Syurga Itu Nyata
Malay
www.syurga.net

Syurga 7 Belia Columbia

Wahyu-wahyu Di Syurga
Oleh 7 Orang Belia Columbia

www.DivineRevelations.info/Malaysian

Bersama dalam sekumpulan, ketujuh-tujuh orang belia dari Columbia The Way to Jesustelah dibawa oleh Yesus Kristus dan diperlihatkan syurga dan neraka. Dengarlah cerita mereka tentang kemuliaan syurga dan kengerian neraka.

http://www.divinerevelations.info/Documents/7_Jovenes/Group_Picture.jpg--- Kesaksian Pertama : Esau ---

 2 Kor 12:2, Aku tahu tentang seorang Kristen ;  empat belas tahun yang lampau - entah di dalam  tubuh, aku tidak tahu, entah di luar tubuh, aku  tidak tahu, Allah yang mengetahuinya - orang itu  tiba-tiba diangkat ketingkat yang ketiga dari  sorga.

Heaven Kami sedang berada di dalam bilik semasa  kami mengalami pengalaman pertama.  Bilik dipenuhi cahaya dari kemuliaan Tuhan.Sinaran itu sangat terang dan  menerangi Keseluruhan bilik. Bilik itu  penuh dengankemuliaanNya, begitu indah  sekali dapat berdepan dengan Tuhan.

 Yesus berkata kepada kami, “Anak  anakKu, sekarang Aku akan  menunjukkan KerajaanKu, kita akan pergi  ke syurga.” Kami saling berpegangan  tangan dan kemudian kami diangkat ke  atas. Aku melihat ke bawah dan mendapati  bahawa kami sedang keluar dari tubuh kami. Ketika kami pergi, kami memakai jubah putih dan kami terus terbang ke atas dengan kepantasan yang tinggi.

Kami sampai di depan sepasang pintu gerbang untuk masuk ke Kerajaan Syurga. Kami semua berasa hairan dengan perkara yang terjadi kepada kami semua. Syukur, Yesus, Putera Allah ada di sana berada dengan kami, bersama-sama dengan dua malaikat yang masing-masing memiliki empat sayap.

Kedua-dua malaikat ini kemudian berbicara kepada kami, tetapi kami tidak memahami apa yang diperkatakan mereka. Bahasanya sangat jauh berbeza dengan bahasa manusia. Kedua-dua malaikat ini mengalu-alukan kedatangan kami dan mereka membuka kedua-dua pintu yang sangat besar itu. Kami melihat suatu tempat yang sangat indah, dengan banyak hal yang belum pernah kami lihat. Ketika kami masuk, ada suatu perasaan damai yang mengisi hati kami. Alkitab katakan bahwa Tuhan akan memberi kita kedamaian yang melampaui pemahaman semua manusia. (Filipi 4:7).

Hal yang pertama aku lihat ialah seekor rusa, dan aku bertanya kepada salah seorang temanku, “Sandra, adakah kau lihat apa yang aku lihat?”, dia tidak lagi menangis atau berteriak, seperti ketika kami diperlihatkan Neraka. Dia tersenyum dan berkata : “Ya Esau, aku sedang melihat seekor rusa!”. Kemudian aku tahu bahawa semuanya adalah nyata, kami benar-benar sedang berada di Kerajaan Syurga. Semua hal yang mengerikan kami lihat ketika berada di Neraka telah terlupa dengan cepat. Kami menikmati kemuliaan Tuhan. Kami mendekati rusa tersebut, di belakang rusa itu ada sepohon pokok yang besar dan tinggi. Pokok itu berada di tengah-tengah firdaus.

Alkitab mengatakannya dalam Wahyu 2:7, Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaat-jemaat: Barangsiapa menang, dia akan Kuberi makan dari pohon kehidupan yang ada di Taman Firdaus Allah.

Pohon itu adalah simbol dari Yesus, kerana Kristus Hidup Selamanya. Di belakang pokok tersebut, ada sebuah sungai yang airnya bagaikan kristal. Begitu jernih dan indah, yang kami tidak pernah melihatnya di bumi. Kami sangat teringin untuk tinggal di sana. Beberapa kali kami meminta, “Tuhan kami minta! Jangan bawa kami keluar dari tempat ini! Kami ingin berada di sini untuk selama-lamanya! Kami tidak ingin kembali ke bumi!”. Kemudian Tuhan menjawab, “Adalah perlu untuk bersaksi dari semua hal yang Aku siapkan bagi semua yang mengasihiKu kerana Aku akan datang semula dengan segera, dan ganjarannya adalah tinggal bersama denganKu”.

Ketika kami melihat sungai itu, kami pergi ke sana dengan segera dan ingin melihat air tersebut. Kami ingat bahawa ada tertulis dalam Yoh 7:38, barangsiapa percaya kepada-Ku, seperti yang dikatakan oleh Kitab Suci: Dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran air hidup.Air dari sungai ini seperti mempunyai kehidupan di dalamnya, jadi, kami membenamkan diri kami ke dalamnya. Di dalam air dan di luar air kami dapat bernafas dengan normal. Sungai itu sangat dalam dan di sana terdapat banyak jenis ikan yang berwarna-warni. Cahaya di dalam dan luar air sama-sama normal, di syurga cahaya tidak datang dari sumber cahaya tertentu, semua disinari dengan cerah. Alkitab menuliskannya dalam Wahyu 21:23-24 bahwa, dan kota itu tidak memerlukan matahari dan bulan untuk menyinarinya, sebab kemuliaan Allah meneranginya dan Anak Domba itu adalah lampunya. Dan bangsa-bangsa akan berjalan di dalam cahayanya dan raja- raja di bumi membawa kekayaan mereka kepadanya.

Kami meninggalkan sungai itu dan berlari ke semua tempat yang dapat kami pergi, kami ingin menyentuh dan mengalami semuanya. Kami ingin membawa semuanya pulang bersama kami, Hal ini kerana kami benar-benar terpukau dengan semua hal yang terdapat di syurga. Semuanya tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Ketika Rasul Paulus di bawa ke syurga, dia melihat banyak hal yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata, kerana keagungannya tentang apa-apa sahaja yang terdapat di Kerajaan Syurga. (2 Korintus 12:4) Ada hal yang kita lihat hampir tidak dapat dijelaskan.


Kami tiba di suatu tempat yang luas sekali, tempat yang indah dan menakjubkan. Tempat itu penuh dengan batuan berharga; emas, intan, zamrud, dan berlian. Lantainya dibuat daripada emas tulen. Kami kemudiannya pergi ke tempat yang terdapat tiga buah buku yang sangat besar. Buku yang pertama ialah Alkitab yang dibuat daripada emas. Dalam Mazmur 119:89 dikatakan Firman Tuhan adalah kekal dan Firman Tuhan berada di syurga selama-lamaya. Kami memperhatikan Alkitab emas yang besar, halamannya, kitabnya, semuanya dibuat daripada emas tulen.

Buku yang kedua adalah lebih besar daripada ukuran Alkitab. Ketika dibuka, ada seorang malaikat yang sedang menulis di dalam buku tersebut. Bersama dengan Tuhan kami dapat melihat apa yang sedang ditulis oleh malaikat tersebut. Malaikat itu sedang menulis semua hal yang terjadi di bumi. Semua yang telah terjadi, termasuk tarikh, jam, semuanya tercatat di situ. Hal ini dilakukan adalah untuk memenuhi kata-kata Tuhan yang ditulis ketika bukunya dibuka, dan orang-orang di bumi akan diadili berdasarkan apa yang dilakukan mereka mengikut yang tertulis di buku itu. Wahyu 20:12, dan aku melihat orang-orang mati, besar dan kecil, berdiri di depan takhta itu. Lalu dibuka semua kitab. Dan dibuka juga sebuah kitab lain, yaitu kitab kehidupan. Dan orang-orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan apa yang ada tertulis di dalam kitab-kitab itu.

Buku yang ketiga ialah buku yang lebih besar lagi daripada buku yang kedua! Buku itu tertutup, tetapi kami mendekati buku itu. Kami bertujuh menurunkan buku itu dari tempatnya, mengikut perintah Tuhan, dan kami meletakkannya pada sebuah tiang.

Tiang dan penyangga di syurga benar-benar indah! Rupanya tidak seperti yang terdapat di bumi. Penyangganya seperti tocang itu dibuat daripada batuan berharga. Ada yang dibuat daripada berlian, ada yang dibuat daripada zamrud tulen, yang lain dibuat daripada emas murni, dan yang lain-lainnya dibuat daripada campuran batuan berharga tadi. Aku kemudian memahami bahawa Tuhan ialah pemilik semua hal yang ada, seperti tertulis di Hagai 2:9, Kepunyaan-Kulah perak dan kepunyaan-Kulah emas, demikianlah firman TUHAN semesta alam.Aku memahami bahawa Tuhan kita adalah yang benar-benar kaya dan Dia memiliki semua kekayaan yang ada di dunia. Saya juga memahami bahawa kesemua hal pun ialah kepunyaan Tuhan, dan Dia ingin memberikannya kepada semua yang memintanya di dalam iman.

Tuhan berkata, “Mintalah kepadaKu dan Aku akan memberikan bangsa-bangsa sebagai warisan”. Mazmur 2:8. Buku yang kami letak pada penyangga tersebut adalah sangat besar, bahkan untuk membuka halaman berikutnya, kami terpaksa berjalan dari satu sisi ke sisi yang lain. Kami berusaha membaca apa yang tertulis di dalam buku itu, kerana Tuhan yang meminta kami membacanya. Pada awalnya, sangat sukar membacanya kerana ditulis dengan huruf-huruf asing yang kami tidak dapat fahami. Hal ini sangat jauh berbeza dengan bahasa yang ada di dunia, dan merupakan sesuatu yang benar-benar milik syurga. Namun, dengan bantuan daripada Roh Kudus, kami diberikan berkat untuk memahami buku tersebut. Seperti pembalut yang dikeluarkan  dari mata, kemudiannya kami dapat memahami tulisan-tulisan tersebut, sejelas-jelasnya dengan bahasa kita.

Kami dapat melihat bahawa nama ketujuh-tujuhkami tertulis di dalam buku itu. Tuhan kemudian memberitahu kami bahawa buku itu ialah Buku Kehidupan. (Wahyu 3:5). Kami mencatat bahawa nama-nama yang tertulis di buku adalah tidak sama dengan nama kami yang disebut di bumi, nama-nama ini adalah nama-nama baru, agar Firman Tuhan dapat dipenuhi ketika dikatakan bahawa, siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat: Barangsiapa menang, kepadanya akan Kuberikan dari manna yang tersembunyi; dan Aku akan mengaruniakan kepadanya batu putih, yang diatasnya tertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh siapapun, selain oleh yang menerimanya.

Di syurga, kami dapat mengucapkan nama-nama kami, tetapi ketika Tuhan membawa kami kembali lagi ke bumi, nama-nama tersebut dihapuskan daripada ingatan dan hati kami. Firman Tuhan adalah kekal, dan harus ditepati. Teman-temanku, Alkitab berkata dalam Wahyu 3:11, Aku datang segera. Peganglah apa yang ada padamu, supaya tidak seorang pun mengambil mahkotamu. Di syurga, terdapat jutaan hal-hal yang menakjubkan, kita tidak dapat mengungkapkannya dengan kata-kata daripada mulut kita. Tetapi saya mahu mengatakan sesuatu, “Tuhan sedang menunggumu!” Bagaimanapun hanya orang-orang yang setia hingga akhirnya yang akan di selamatkan. (Markus 13:13).


--- Kesaksian Kedua, Ariel ---

Kami terbang ke atas dan menuju ke Kerajaan Syurga, kami akhirnya tiba di suatu tempat yang sangat indah dengan sepasang pintu yang indah. Di depan pintu tersebut ada dua malaikat yang menyambut kami. Kemudian mereka berkata-kata, tetapi apa yang diperkatakan mereka adalah bahasa malaikat dan kami tidak dapat memahami apa-apa yang mereka katakan. Tetapi Roh Kudus memberikan kami pengertian. Mereka mengucapkan ucapan selamat datang kepada kami. Tuhan Yesus meletakkan tangan di depan pintu dan pintu tersebut terbuka. Jika Yesus tidak bersama kami, kami tidak dapat masuk ke dalam syurga.

Kami kemudian takjub dengan apa yang ada di dalam syurga. Kami melihat sebuah pokok yang sangat besar, Alkitab menjelaskan pokok ini sebagai “Pohon Kehidupan”, Wahyu 2:7. Kami kemudian menuju ke sebuah sungai, di dalamnya terdapat berbagai-bagai jenis ikan. Semuanya begitu menakjubkan, akhirnya kami memutuskan untuk masuk ke dalam air. Kami kemudian berenang di dalam air. Kami melihat ikan yang berenang mengelilingi kami dan menyentuh kulit kami. Ikan-ikan itu tidak melarikan diri seperti ikan di bumi, kehadiran Tuhan menenangkan ikan-ikan tersebut. Ikan-ikan tersebut mendekati kami kerana tahu bahawa kami tidak akan menyakiti mereka. Saya begitu diberkati dan kehairanan apabila saya menangkap seekor ikan tersebut dan mengambilnya keluar dari air. Hal yang menghairankan ialah ikan tersebut sangat tenang dan menikmati kehadiran Tuhan walaupun ikan tersebut saya pegang. Saya kemudian meletakkan ikan tersebut kembali ke air.

 Saya dapat melihat dari kejauhan bahawa ada kuda putih di syurga, sebagaimana tertulis dalam Firman Tuhan dalam Wahyu 19:11, Lalu aku melihat sorga terbuka: sesungguhnya, ada seekor kuda putih; dan Ia yang menungganginya bernama: "Yang Setia dan Yang Benar", Ia menghakimi dan berperang dengan adil.Kuda-kuda tersebut akan digunakan salah seekornya oleh Tuhan ketika Dia kembali ke dunia untuk menjemput anak-anakNya, gerejaNya. Saya mendekati kuda-kuda tersebut dan menepuk-nepuknya. Tuhan mengizinkan saya untuk menaiki salah seekor daripadanya. Ketika saya menungganya, saya merasakan sesuatu yang belum pernah saya rasakan sebelumnya di bumi. Saya merasakan kedamaian, kebebasan, cinta, kesucian bahawa seseorang dapat merasakan tempat yang indah tersebut. Saya benar-benar menikmati apa yang saya dapat lihat dengan mata saya. Saya ingin menikmati semua hal yang indah di syurga yang telah sediakan Tuhan untuk kita.

Kami dapat melihat meja jamuan pernikahan, semuanya telah disediakan. Meja itu tidak mempunyai awal dan akhir. Kami melihat kerusi-kerusi yang telah disediakan. Di sana juga tersedia mahkota kehidupan yang disediakan untuk kita. Kami melihat makanan yang lazat-lazat yang telah dihidang, untuk semua yang telah di undang ke Perjamuan Kahwin Anak Domba.
 

The banquet tableMalaikat-malaikat yang ada di situ bersama dengan kain putih untuk jubah yang disediakan Tuhan untuk kita. Saya terpukau dengan semua hal yang ada di sana. Firman Tuhan mengatakan kepada kita bahwa yang akan masuk ke Kerajaan Surga adalah seperti anak-anak, Matius 18:3. Ketika kami di syurga kami seperti anak-anak. Kami kemudian menikmati apa yang ada di sana, bunga-bunga, tempat tinggal, bahkan Tuhan membenarkan kami masuk ke dalam rumah-rumah tersebut.

Kemudian Tuhan membawa kami tempat yang terdapat anak-anak. Tuhan berada di tengah-tengah antara mereka dan Dia kemudian bermain dengan mereka. Dia memastikan ada waktu yang cukup untuk bermain dengan setiap daripada mereka dan Dia gembira ketika bersama dengan mereka. Kami mendekati Tuhan dan bertanya kapadaNya, “Tuhan, adakah anak-anak ini yang akan di lahirkan ke dunia?”. Tuhan manjawab, “Bukan, anak-anak ini adalah yang digugurkan di bumi”. Ketika mendengar jawapan ini, saya merasakan sesuatu di dalam diri saya dan membuatkan saya menggeletar.

Saya teringat sesuatu yang saya lakukan pada masa lampau, sebelum saya mengenali Tuhan. Pada masa itu, saya menjalin hubungan dengan seorang wanita dan akhirnya dia hamil. Ketika dia menyatakan bahawa dirinya hamil, saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan, jadi saya meminta diam memberikan saya sedikit masa untuk berfikir tentang keputusan untuk diambil. Masa terus berlalu dan apabila saya menemuinya, semuanya sudah terlambat kerana dia sudah melakukan pengguguran. Bahkan ketika saya menerima Tuhan dalam hati saya, pengguguran adalah sesuatu yang tidak dapat saya maafkan diri saya. Kemudian Tuhan melakukan sesuatu pada hari itu, Dia membenarkan saya untuk memasuki tempat tersebut dan berkata kepada saya, “Ariel, adakah kau lihat anak perempuan yang ada disana? Anak tersebut ialah anakmu.” Ketika Dia berkata demikian, saya dapat merasakan luka dalam jiwa saya untuk waktu yang lama, kemudian menjadi sembuh. Tuhan mengizinkan saya untuk mendekatinya dan bersama dengan saya. Saya memegang tangannya dan menatap ke matanya. Satu perkataan yang saya dengar daripada bibirnya, “Ayah”. Saya faham dan saya dapat merasakan Tuhan berbelas kasihan dan telah mengampuni saya, tetapi saya kemudian belajar untuk memaafkan diri saya sendiri.

Teman-teman yang dikasihi, sesiapapun yang membaca artikel ini, saya ingin memberitahumu satu perkara. Tuhan telah mengampuni dosamu, sekarang belajarlah mengampuni dirimu sendiri. Saya berterima kasih kepada Tuhan kerana membenarkan saya untuk  berkongsi kesaksian ini dengan kamu. Tuhan Yesus Kristus saya berikan hormat dan pujian! Kesaksian ini adalah tentang Tuhan, Dia ijinkan kita untuk menerima pewahyuan ini. Saya harap bahwa saudara-saudara yang menerima kesaksian ini akan menerima juga berkat dan dapat memberkati yang lain. Tuhan memberkati.


--- Kesaksian Ketiga ---

Wahyu 21:4, dan la akan menghapus segala air mata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu yang lama itu telah berlalu.

Apabila kami tiba, pintu yang besar itu terbuka untuk kami. Kami melihat ada lembah yang penuh dengan bunga. Bunga-bunga itu sangat menakjubkan dan baunya sangat harum. Kami mulai berjalan dan merasakan kebebasan sepenuhnya yang kami tidak pernah mandapatkannya di bumi. Kami merasakan ketenangan hati apabila memperhatikan  bunga-bunga tersebut tersebut yang unik, setiap kelopak bunga mempunyai perbezaan, keaslian, dan mempunyai warna yang berwarna-warni.

Dalam hatiku, saya berkata kepada Tuhan kalau saya dapat memiliki salah satu daripada bunga tersebut. Tuhan memberikan persetujuan. Saya mendekati satu bunga dan mencabutnya. Tetapi tidak terjadi apa-apa. Saya tidak dapat mencabutnya dari tanah. Bahkan saya juga tidak dapat mencabut daun bunga tersebut. Kemudian Tuhan memecah kesunyian dan berkata, “Semuanya harus dilakukan atas dasar kasih”. Dia menyentuh salah satu bunga itu lalu jatuh ke tangan Tuhan dengan sendirinya. Kemudian Dia memberikannya kepada kami. Kami meneruskan perjalanan dan  aroma bunga tersebut masih bersama dengan kami.

Kami tiba di suatu tempat dengan sepasang pintu yang sangat indah. Pintu itu bukannya biasa, banyak hiasannya dalam keindahannya dan mempunyai batuan berharga yang terpahat mengelilingi pintu itu. Pintu tersebut terbuka dan kami memasuki ke dalam satu ruangan dengan di dalamnya terdapat banyak orang. Semua orang berlari dan membuat persiapan-persiapan. Beberapa daripada mereka membawa gulungan kain putih bersinar-sinar di bahu mereka, ada yang membawa gulungan benang emas, dan ada juga yang membawa plat dengan sesuatu seperti perisai di dalamnya. Semuanya berlari dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kami bertanya pada Tuhan mengapa di sini ada banyak sekali usaha dan terburu-buru. Tuhan meminta seorang yang muda untuk mendekati kami. Orang ini mempunyai sebuah gulungan di bahunya. Dia kemudian mendekati dan menatap Tuhan dengan penuh hormat. Ketika Tuhan bertanya padanya sebab dia membawa gulungan kain, dia menatap Tuhan dan berkata, “Tuhan, Engkau tahu untuk apa pakaian ini! Pakaian ini adalah untuk membuat jubah untuk mereka yang telah diselamatkan, jubah-jubah itu adalah untuk pengantin yang hebat” Mendengar katanya, kami merasakan keriangan yang besar dan kedamaian melimpah. Wahyu 19:8 berkata, Dan kepadanya dikaruniakan supaya memakai kain lenan halus yang berkilau-kilauan dan yang putih bersih! Lenan halus itu adalah perbuatan-perbuatan yang benar dari orang-orang kudus.

Jesus with the Children Ketika kami keluar dari tempat itu kami dapat merasakan kedamaian yang lebih lagi, kerana adalah menakjubkan sekali untuk mrlihat Tuhan dengan SendiriNya telah membuat sesuatu yang menarik untuk kita. Dia mempunyai tempat dan waktu untukmu kerana kamu penting bagiNya. Ketika kami keluar dari tempat itu, kami kehilangan pandangan dengan terperinci dari syurga. Setiap hal mempunyai kehidupan tersendiri, dan setiap objek yang ada di sana adalah kemuliaan untuk Tuhan. Ketika kami datang ke suatu tempat yang terdapat jutaan dan jutaan anak-anak, dari semua peringkat umur. Ketika mereka melihat Tuhan, semuanya ingin memeluk Dia, untuk merasakan cintaNya, kerana Dialah kerinduan mereka. Yesus ialah kerinduan bagi setiap anak-anak di sini. Kami seperti ingin menangis melihat bagaimana Tuhan menjadi rebutan daripada setiap anak-anak, bagaimana Dia mencium dan memegang tangan mereka.

Kami melihat bagaimana malaikat-malaikat mendekati Tuhan dan membawakanNya bayi-bayi yang dibungkus kain linen. Tuhan menjamah, menyentuh, dan memberikan mereka ciuman pada dahi mereka dan kami melihat malaikat-malaikat tersebut membawa bayi-bayi itu kembali. Kami bertanya kepada Tuhan mengapa di sana ada banyak sekali anak-anak, adakah anak-anak itu yang akan dikirim ke dunia. Tuhan menghela nafas untuk menjawab, dan Dia menjawab “Bukan, anak-anak ini tidak akan dikirim ke dunia! Semua anak ini adalah yang telah dgugurkan di dunia, iaitu orang tuanya tidak menginginkan mereka. Anak-anak ini adalah anak-anakKu dan Aku mengasihi mereka.” Saya menundukkan kepala dan suara saya gementar untuk menanyakan pertanyaan seperti itu kepadaNya.

Ketika saya tidak mengenali Tuhan dan Jalan Hidup yang benar, saya membuat kesalahan dan berbuat dosa seperti orang lain juga. Antara dosa-dosa itu ialah pengguguran yang telah saya lakukan. Ada waktunya saya berdepan dengan Tuhan dari muka ke muka dan kemudian bertanya kepadaNya, “Tuhan, adakah bayi yang saya gugurkan dahulu ada  di sini?” Tuhan menjawab, “Ya”. Saya kemudian berjalan ke salah satu tempat dan saya melihat anak kecil yang comel. Berhampiran dengannya ada seorang malaikat yang sedang berdiri. Malaikat itu memandang ke arah Tuhan, dan anak kecil itu membelakangi kami.

Tuhan berkata kepadaku, “Lihat, itu adalah anakmu”. Saya ingin melihatnya jadi saya berlari ke arahnya, tetapi malaikat itu menghentikan saya dengan tangannya. Dia berkata saya harus mendengar kata-kata anak itu terlebih dahulu. Kemudian saya mendengar apa yang anak itu katakan. Dia berkata dan melihat ke arah anak-anak lain. Dia bertanya kepada malaikat “Adakah ayahku dan ibuku akan datang kemari segera?” Malaikat itu menatap saya, kemudian menjawabnya ,”Ya, ayahmu dan ibumu akan datang segera.”

Saya tidak faham mengapa saya dikhaskan untuk mendengar kata-kata itu, tetapi di hati saya tahu bahawa kata-kata itu adalah yang terbaik yang Tuhan dapat berikan kepada saya. Anak kecil itu tidak bercakapa dengan marah, atau sakit hati, mungkin dia tahu kami tidak mahu dia dilahirkan. Dia hanya menunggu dengan kasih yang Tuhan tempatkan di hatinya.

Kami meneruskan perjalanan, tetapi saya terus memikirkan anak itu. Saya tahu setiap hari saya perlu berusaha agar dapat bersamanya suatu hari nanti. Saya mempunyai suatu alasan untuk pergi ke sana, kerana seseorang telah menunggu saya dalam kerajaan syurga. Firman Tuhan berkata dalam Yesaya 65:19, Aku akan bersorak-sorak karena Yerusalem, dan bergirang karena umat-Ku; di dalamnya tidak akan kedengaran lagi bunyi tangisan dan bunyi erangpun tidak.

Kami tiba di suatu tempat dengan pergunungan yang kecil, dan Tuhan Yesus menari. Di depanNya, ada sekumpulan orang dengan pakaian jubah putih dan mereka mengangkat tangan dengan ranting pokok zaitun hijau. Ketika mereka melambaikannya di udara, minyak telah dilepaskan. Tuhan mempunyai banyak hal yang telah dipersiapkan untukmu! Sekarang adalah waktu yang harus kamu serahkan hatimu di hadapanNya.

Tuhan memberkatimu.


--- Kesaksian Keempat ---

Di dalam Kerajaan Syurga, kami melihat banyak sekali hal-hal yang menakjubkan sebagaimana tertulis di dalam Firman Tuhan, di 1 Korintus 2:9, tetapi seperti ada tertulis: Apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, dan tidak pernah didengar oleh telinga, dan yang tidak pernah timbul di dalam hati manusia: semua yang disediakan Allah untuk mereka yang mengasihi Dia.

Apabila kami tiba di Kerajaan Syurga, tempat itu ada sangat banyak hal yang luar biasa dan menakjubkan, banyak hal yang besar dan merasakan kemuliaan Tuhan. Tempat itu begitu istimewa, tempat yang penuh dengan anak-anak. Kami dapat mengatakan ada jutaan anak-anak di tempat itu.

Kami melihat anak-anak dari berbagai-bagai usia, Syurga dibahagi kepada beberapa bahagian. Kami melihat seakan-akan rumah untuk anak-anak antara umur 2-4. Kami juga memperhatikan anak-anak di Kerajaan Syurga yang membesar di sana dan ada sekolah untuk anak-anak tersebut belajar Firman Tuhan. Guru-gurunya ialah malaikat-malaikat dan mereka mengajarkan anak-anak untuk menyanyikan lagu pujian dan untuk memuliakan Tuhan Yesus.

Katika Tuhan tiba, kami dapat melihat kegembiraan Raja kami yang amat besar sekali. Walaupun kami tidak dapat melihat wajahNya, kami dapat melihat Dia tersenyum, yang memenuhi seluruh tempat. Ketika Dia tiba, semua anak-anak berlari ke arahNya! Antara anak-anak itu, kami melihat Maria, ibu Tuhan Yesus sewaktu di Dunia. Dia seorang wanita yang sangat cantik. Kami tidak melihat dia di takhta dan tidak ada juga orang-orang yang memuji dia. Dia ada di sana adalah sebagaimana wanita lainnya yang berada di Surga, seperti semua orang di Dunia dia diselamatkan. Dia memakai jubah putih dan memakai tali pinggang emas, dan rambutnya panjang hingga ke pinggang.

Di Dunia, kami telah mendengar kalau banyak orang yang memuji Maria sebagai ibu Yesus, tetapi saya ingin memberitahu bahawa Firman Tuhan dalam Yohanes 14:6, Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku. Jalan masuk ke dalam Kerajaan Syurga hanyalah melalui Yesus dari Nazareth.

Kami juga memperhatikan bahawa di sana tidak ada matahari atau bulan. Firman Tuhan ada mengatakannya dalam Wahyu 22:5, dan malam tidak akan ada lagi di sana dan mereka tidak memerlukan cahaya lampu dan cahaya matahari, sebab Tuhan Allah akan menerangi mereka, dan mereka akan memerintah sebagai raja sampai selama-lamanya.

Kami dapat melihat kemuliaan Tuhan. Kami sukar untuk menjelaskan betapa ngerinya sewaktu kami di Neraka, tetapi adalah lebih sukar untuk menjelaskan sesuatu yang berhubungan dengan Syurga dan kesempurnaan daripada sang Pencipta. Ketika kami ada di sana, kami ingin berlari dan melihat segala-galanya. Kami dapat tidur di rumput, dan kami dapat merasakan kemuliaan Tuhan. Siulan yang lembut, angin yang sepoi-sepoi berhembus di wajah kami, semuanya adalah sesuatu yang amat indah.

Di tengah-tengah langit, kami dapat melihat sebuah salib yang besar yang dibuat daripada emas tulen. Kami percaya bahawa hal ini bukan penyembahan terhadap berhala tetapi sebagai simbol yang menunjukkan bahawa melalui kematian Yesus di kayu salib, kita dapat masuk ke dalam Kerajaan Syurga.

Kami meneruskan perjalanan di Syurga. Sesuatu yang sangat mengasyikkan apabila dapat berjalan-jalan bersama Tuhan Yesus Kristus. Kami tahu dengan yakin, bahawa Tuhan yang kami layani ialah Yesus dari Nazareth. Banyak antara kita berfikir ada Tuhan di atas sana, hanya menunggu kita melakukan dosa, jadi Dia dapat menghukum kita dan mengirim kita ke Neraka. Namun, realitinya bukan begitu. Kami dapat melihat gambaran yang lain tentang Yesus, Yesus ialah seorang sahabat, Yesus juga menangis kalau kamu menangis. Yesus ialah Tuhan yang penuh penyayang, berbelas kasihan dan pengasih, Dia membawa kita dalam tanganNya untuk membantu kita meneruskan jalan kepada keselamatan.

Tuhan Yesus juga mempertemukan kami dengan seseorang yang ada di Alkitab. Kami bertemu dengan Raja Daud, Raja Daud yang ada di Alkitab. Dia adalah lelaki yang tampan, tinggi dan wajahnya menggambarkan kemuliaan Tuhan. Ketika kami berada di dalam Kerajaan Syurga, perkara yang dilakukan Raja Daud adalah menari, menari, menari dan memberikan semua kemuliaan dan hormat kepada Tuhan.

Bagi semua yang membaca kesaksian ini, saya ingin memberitahu kamu bahawa dalam Firman Tuhan iaitu Wahyu 21:27, tetapi tidak akan masuk ke dalamnya sesuatu yang najis, atau orang yang melakukan kekejian atau dusta, tetapi hanya mereka yang namanya tertulis di dalam kitab kehidupan Anak Domba itu. Saya juga ingin memberitahu kamu bahawa hanya yang berani yang masuk ke Kerajaan Syurga.

Tuhan memberkatimu.


--- Kesaksian Kelima ---

2 Korintus 5:10, sebab kita semua harus menghadap takhta pengadilan Kristus, supaya setiap orang memperoleh apa yang patut di terimanya, sesuai dengan yang dilakukannya dalam hidupnya ini, baik ataupun jahat.

New Jerusalem Dalam Kerajaan Syurga, kami dapat  melihat Yerusalem Baru melalui Alkitab  yang diceritakan dalam Yohanes 14:2, di rumah Bapa-Ku banyak tempat tinggal. Jika tidak demikian, tentu Aku mengatakannya kepadamu. Sebab Aku pergi ke situ untuk menyediakan tempat bagimu. Kami dapat melihat kota itu dan masuk ke dalamnya, kota itu benar-benar nyata dan kota yang menakjubkan! Yesus pergi ke sana untuk mempersiapkan tempat kediaman itu untuk kita.

Di dalam kota, kami dapat melihat tempat tinggal atau rumah dengan nama pemilik ada di depan rumah-rumah itu. Kota itu belum didiami, tetapi telah siap untuk kita. Kami kemudian pergi ke dalam rumah dan melihat semua yang ada di dalamnya. Tetapi kemudiannya apabila kami meninggalkan kota itu, kami lupa akan hal-hal yang kami lihat, memori itu dihapuskan daripada ingatan kami. Bagaimanapun, kami dapat mengingat tiang rumah-rumah itu dibuat daripada besi berharga dan banyak jenis batuan berharga yang menghiasinya. Ada juga emas tulen.

Emas yang ada di kota ini adalah seperti yang dikatakan Alkitab, hampir semuanya lutsinar dan begitu berkilauan. Emas yang ada di bumi tidak dapat dibandingkan dengan kilauan dan keindahan emas yang ada di Syurga.

Sesudah itu, kami dibawa ke suatu tempat yang banyak terdapat botol. Di dalamnya terdapat air mata yang di kristalisasikan. Air mata yang anak-anak Tuhan yang bercucuran di bumi. Bukan tangisan mengadu, tetapi tangisan orang-orang yang bercucuran dalam hadirat Tuhan, tangisan penyesalan, tangisan ucap syukur. Tuhan menyimpan tangisan-tangisan sebagai sebagai harta karun berhergadi Syurga, seperti yang disebutkan dalam Mazmur 56:9, sengsaraku Engkaulah yang menghitung-hitung, air mataku Kautaruh ke dalam kirbat-Mu. Bukankah semuanya telah Kau daftarkan?

Kami juga pergi ke tempat yang terdapat banyak sekali malaikat. Walaupun di Syurga kami melihat banyak jenis malaikat, tempat ini adalah tempat khusus sejenis malaikat. Kami mendapat tahu bahawa Tuhan mempunyai malaikat yang dikhaskan untuk setiap orang. Dia juga menunjukkan bahawa malaikat akan dekat dengan kita selama kita hidup di dunia. Dia memperkenalkan malaikat yang ditugasi untuk mengawal kita. Kami dapat melihat karakter mereka, tetapi Tuhan melarang kami untuk memberitahu kepada yang lain tentang hal ini. Kita baca dalam Mazmur 91:11, sebab malaikat-malaikat-Nya akan diperintahkan-Nya kepadamu untuk menjaga engkau di segala jalanmu.

Kami tiba di suatu tempat dengan banyak gerobok, di dalamnya terdapat banyak sekali bunga yang berbeza-beza. Ada bunga yang berkembang indah dan berseri-seri. Tetapi ada juga bunga yang terkulai, dan ada juga bunga yang layu. Kami bertanya kepada Yesus erti bunga-bunga ini? Dia menjawab, “Kerana hidup kalian adalah seperti bunga-bunga ini.” Dia mengambil salah satu bunga yang layu. Dia berkata, “Lihat, orang ini sedih kerana mereka sedang menghadapai dugaan, atau kesulitan. Ada sesuatu dalam hidup ini yang menghalang persekutuan denganKu. Adakah kamu tahu apa yang Aku lakukan agar bunga-bunga ini sihat dan berkembang kembali?” Dia mengambil bunga di tanganNya dan berkata, “Aku cucurkan tangisanKu kepadanya  dan Aku menyegarkanya kembali.” Kami melihat bagaimana dengan cara yang sangat kuat bunga ini mulai bangkit dan berkembang dalam warna-warninya dan mulai berseri-seri kembali.

Kemudian Dia mengambil bunga yang layu dan Ia melemparkannya ke dalam api dan berkata, “Lihat, orang ini telah mengenalKu dan berbalik dari padaKu. Sekarang dia mati tidak dalamKu dan kemudian dilemparkan ke dalam api.” Yohanes 15:5-6.

Kemudian, kami meninggalkan tempat itu, kami melihat istana yang menakjubkan dari jauh. Tidak ada seorang pun yang berani mendekati istana itu, dan kami percaya tentang apa yang dikatakan Alkitab dalam Wahyu 22:1, lalu ia menunjukkan kepadaku sungai air kehidupan, yang jernih bagaikan kristal, dan mengalir ke luar dari takhta Allah dan takhta Anak Domba itu. Kami percaya bahawa istana tersebut lokasinya berdekatan dengan hadirat dan tahta Tuhan.

Ketika mengalami semua hal ini dalam Kerajaan Syurga, kami memiliki kedamaian di hati kami, kami mengalami kedamaian yang melampui segala akal. Filipi 4:7. Kami mengerti sebagaimana tertulis dalam 1 Petrus 1:4, untuk menerima suatu bagian yang tidak dapat binasa, yang tidak dapat cemar dan yang tidak dapat layu, yang tersimpan di sorga bagi kamu.


--- Kesaksian Keenam ---

Lukas 22:30, bahwa kamu akan makan dan minum semeja dengan Aku di dalam Kerajaan-Ku dan kamu akan duduk di atas takhta untuk menghakimi kedua belas suku Israel.

Di tempat yang mengagumkan itu, Tuhan memperbolehkan kami untuk melihat dewan menyambut yang paling indah antara mana-mana saja yang wujud di alam semesta. Kami melihat takhta besar dengan dua kerusi dari emas tulen dan batuan berharga yang tidak ada di mana-manapun di dunia. Di depan takhta itu ada sebuah meja yang tidak berhujung, dan ada alas meja putih di atasnya. Warnanya sangat putih dan tidak dapat terbanding oleh mana-mana yang ada di bumi.

Segala aturan keindahan dan kehalusan makanan telah disediakan di atas meja. Kami melihat anggur dengan ukuran sebesar oren, dan Tuhan Yesus Kristus mengizinkan kami untuk mencuba sedikit daripada makanan itu. Kami masih dapat mengingat betapa lazatnya makanan itu, sesuatu yang menakjubkan! Saudaraku dan teman-temanku, anda tidak dapat membayangkan semua hal yang telah disediakan di Kerajaan Syurga dan semua hal yang telah disediakan Tuhan untukmu. 1 Korintus 2:9. Tetapi seperti ada tertulis: Apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, dan tidak pernah didengar oleh telinga, dan yang tidak pernah timbul di dalam hati manusia: semua yang disediakan Allah untuk mereka yang mengasihi Dia.

Di atas meja meja juga, Tuhan memperlihatkan sebuah roti, “Manna”. Roti ini adalah roti daripada Tuhan yang diceritakan dalam Alkitab. Kami juga dibenarkan untuk merasa dan menikmati banyak hal lain yang istimewa yang tidak wujud di dunia.

Kesemuanya telah menunggu kita sebagai warisan dalam Kerajaan Syurga. Kita akan menikmati makanan indah dan lazat ketika kami berada di Kerajaan Syurga. Kami kagum melihat kerusi-kerusi yang disusun di kedua-dua bahagian meja. Kerusi-kerusi itu begitu indah dan mempunyai nama-nama yang tertulis pada kerusi itu. Kami tidak dapat membaca nama kami dengan jelas, kerana nama kami ditulis tidak sama dengan penulisan di Syurga. Semuanya adalah nama-nama yang tidak seorang pun tahu kecuali diri mereka sendiri. Wahyu 21:7. Barangsiapa menang, ia akan memperoleh semuanya ini, dan Aku akan menjadi Allahnya dan ia akan menjadi anak-Ku.

Apa yang tertulis dalam Firman Tuhan mengejutkan kami. Namun demikian janganlah bersukacita karena roh-roh itu takluk kepadamu, tetapi bersukacitalah karena namamu ada terdaftar di sorga.Lukas 10:20. Di sana ada banyak sekali kerusi. Cukup untuk semua orang yang masuk dalam Kerajaan Syurga. Ada juga kerusi yang diambil keluar dari meja. Hal ini bererti anak Tuhan yang berhenti melayani Tuhan, dan nama mereka dihapuskan daripada Buku Kehidupan dan mereka dijauhkan daripada Perjamuan Kahwin Anak Domba.

Tuhan juga mempertemukan kami dengan seseorang yang ada dalam Alkitab, orang suci yang kita baca dalam Kitab Suci. Kami terkejut melihat Abraham. Abraham ialah seorang senior, tetapi tidak dalam penampilannya. Dia adalah senior kerana kebijaksanaan yang dimilikinya. Rambutnya putih semua, tetapi setiap rambut seperti benang kaca atau benang berlian. Kami terkejut kerana dia kelihatan lebih muda daripada kami. Dalam Syurga, kita semua akan muda kembali dan muda. Kami juga terkejut oleh kata-katanya. Abraham memberitahu kami sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Dia mengucapkan selamat datang kepada kami ke Kerajaan Syurga dan segera kami akan berada di tempat itu, kerana kedatangan Tuhan Yesus Kristus akan datang segera.





Website Builder