Syurga Itu Nyata
Malay
www.syurga.net

Phyliss Maske

AKHIR ZAMAN

dan apa yang Tuhan tunjukkan kepada saya

oleh Phyliss Maske

(Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia)

 

 

Tarikh: 26hb Mac 2006

 

Saya balik ke rumah dari kerja dan ia sedang hujan.  Saya sangat penat dari semua masa panjang yang saya letakkan di kedai.

 

Apabila saya tiba di rumah, saya rasa perlu untuk berbaring dan berehat untuk seketika.  Sebaik saja saya berbaring, Tuhan datang dan membawa saya tinggi ke atas.  Saya boleh nampak bumi dan ada asap dan api di merata-rata!  Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa ia adalah akhir zaman.  Banyak bahagian bumi telah dimusnahkan.  Dia menunjukkan kepada saya orang-orang, mereka sedang berlari menyelamatkan nyawa mereka, tetapi tiada tempat untuk pergi.  Saya nampak lubang-lubang besar yang kotor di dalam tanah dan api ada di dalam mereka, dan asap hitam mendidih naik dari lubang-lubang tersebut.  Kemudian Tuhan Allah menunjukkan kepada saya berita-berita di televisyen, ada pemberita-pemberita cuba melaporkan apa yang sedang terjadi, tetapi mereka sendiri amat ketakutan dan berlari.  Tiada orang nampaknya memahami apa yang sedang berlaku.

 

Ada begitu banyak kemusnahan teruk dan panik.  Saya boleh nampak wajah-wajah orang, mereka begitu ketakutan.  Ada yang cuba pergi ke tepi gunung, tetapi api ada di merata-rata.  Mereka sedang menangis, menjerit dan berlari, mencari satu tempat yang selamat untuk bersembunyi.  Tetapi tiada tempat untuk bersembunyi, tiada tempat untuk pergi.  Mereka kelihatan begitu tiada harapan dan begitu tidak berdaya.

 

Saya berfikir, “Tuhan, Tuhan yang dikasihi!  Apa yang sedang terjadi?”  Dia berkata, “Apa yang kamu nampak adalah akhir zaman.  Berilah amaran kepada orang-orang!  Berteriaklah!  Beritahulah.  Tinggikan suara kamu.  Saya akan datang tidak lama lagi.  Berilah amaran kepada orang-orang untuk bertaubat sebelum terlambat!”

 

[Visi Berakhir]

 

[Kesimpulan-kesimpulan…]

 

Saya juga merasakan Tuhan sedang mengatakan untuk berdoa seperti saya tidak pernah berbuat sebelumnya.  Dia telah memberikan saya satu beban yang baru untuk yang hilang.  Saya tidak dapat mula untuk memberitahu kamu apa perasaan yang sedang bangkit di dalam hati dan jiwa saya.

 

Saya tahu Dia akan datang tidak lama lagi dan saya tahu kita harus lakukan semua yang kita boleh.  Saya juga tahu jika kita tidak mencapai ke dunia yang hilang dan mati ini, kita akan terpaksa berdiri di depan Allah di hari Penghakiman.  Saya tahu saya mesti ada hati yang bersih, hidup bertaubat, berjalan di dalam kesucian, buang semua barang-barang yang tidak berguna dari hidup saya.  Tiada bilik untuk dosa di dalam hidup saya.

 

Banyak perkara yang Tuhan Allah sedang tunjukkan kepada saya, tempat-tempat baru yang Dia akan bawa mereka yang akan bekerja di ladang-ladangNya dan satu penyegaran baru akan datang pada kita yang melakukan kehendak Bapa.

 

Puji Allah, O alangkah saya mahu menyenangkan hatiNya, melayanNya, saya tahu ia bukan kehendakNya untuk satu jiwa binasa!  Saya tidak boleh membazirkan satu saat pun, ada suatu api di atas saya dan di dalam saya.  Saya mesti pergi dan kamu mesti juga, semua untuk kerajaan.

 

Oleh Phyliss Maske

 

 






Website Builder