Syurga Itu Nyata
Malay
www.syurga.net

Penglihatan Unity

Penglihatan Unity
Penglihatan tentang akhir zaman oleh seorang gadis dari India bernama Unity.

 (Sebahagian daripada Kebangkitan Shillong)




Pada hari saya mendapat penglihatan tentang Yesus  ialah pada Kebaktian Remaja, Ahad 9 Mac 2006.

Yesus telah menyatakan 3 perkara ini;

1. Kebangkitan Orang-orang Kudus.
2. Pemerintahan Binatang.
3. Penghakiman dari Tuhan


Semua orang kudus yang telah melakukan kehendak-Nya telah diangkat semasa Pengangkatan, di mana Yesus menampakkan diri di antara perjalanan menuju syurga. Dia mengangkat mereka yang telah melakukan segala Kehendak-Nya di Bumi ini. Mereka yang setia yang berada dalam kubur juga telah diangkat bersama ke langit semasa pengangkatan.

Sesudah Pengangkatan, saya melihat para malaikat bertarung dengan seekor naga yang bernama 666. Naga itu dikalahkan dan oleh kerana tiada ruang baginya di Syurga, ia telah jatuh ke dunia. Naga itu kemudiannya berkata bahawa ia akan memerintah dunia untuk beberapa tahun.

Naga kemudian pergi dan selepas itu seekor binatang yang mempunyai 10 kepala dan 7 tanduk telah muncul. Ia mengenakan mahkota di  kepalanya yang tertulis nama-nama menghujat Tuhan.

Pengulas:  Adakah ia kelihatan seperti manusia?

Ia kelihatan seperti manusia tetapi menakutkan. Saya melihat semasa pemerintahannya, malah beras pun dimeterai dengan tandanya. Mata wang pun dimeterai dengan tandanya. Manusia yang percaya kepadanya juga dimeterai dengan tandanya, iaitu 666.



















Pengulas: Dia meletakkan tanda 666 pada semua perdagangan? Jadi, apakah yang berlaku kepada
mereka yang percaya kepada Yesus?

Pada saat itu, mereka yang percaya kepada Yesus akan diseksa dengan dahsyatnya. Daging mereka akan disiat-siat saat mereka masih hidup, dan mata mereka akan dikorek. Leher mereka akan dikelar dan mereka akhirnya digoreng dalam satu bekas besar.  

Apabila Yesus kembali, Ia akan turun ke permukaan Bumi. Naga yang bernama  666 kemudiannya lari apabila melihat kemuliaan Yesus. Semasa Yesus kembali, mereka yang telah mati dan yang tertinggal semasa Pengangkatan telah bangkit daripada kubur mereka. 

Para Malaikat meniup sangkakala dan semua orang yang telah mati kemudian bangkit untuk mengadap penghakiman dari Tuhan.

Pengulas: Hebat! Hebat! Baiklah,  apa lagi, Unity?

Kemudian Yesus mengasingkan kambing-kambing ke sebelah kiri dan anak-anak domba ke sebelah kanan-Nya. Kambing-kambing itu merupakan mereka yang tidak menuruti Kehendak-Nya dan mempunyai tanda 666.

Anak-anak domba berada di kanan-Nya. Mereka mempunyai tanda salib serta telah melakukan Kehendak Yesus.

Tuhan kemudian menghakimi setiap orang yang telah dikumpulkan tadi, iaitu semua kambing dan domba.  Setiap orang dihakimi di hadapan Tuhan. Semua dosa mereka ditunjukkan pada permukaan skrin TV.

Tuhan bertanya, “Apabila seseorang memberikan kesaksian kepadamu mengenai  Yesus Kristus, adakah kamu percaya lalu bertaubat, atau tidak?” Sekiranya mereka menjawab “TIDAK”, mereka akan ke Neraka. Saya melihat semua orang yang dicampakkan ke Neraka akan jatuh ke dalam lubang yang tidak berdasar. Mereka terus jatuh terlambung-lambung ke dalam lubang tanpa penghujungnya. Ada api yang sangat panas bernyala. Mereka menjerit dan berteriak memohon belas daripada Yesus.

Saya juga melihat satu tempat yang penuh dengan cacing, ular-ular besar dan api Neraka. Saya juga ada melihat orang di sana. Ulat-ulat akan masuk melalui sebelah lubang hidung dan keluar melalui satu lagi. Saya melihat seekor ulat besar yang bergantungan  dari pipi seorang lelaki. Saya melihat seekor ular melingkari badannya dan ulat-ulat merayap di atas badan-badan mereka.

PERTAUBATAN HANYA BOLEH DILAKUKAN SEMASA DI DUNIA INI DAN BUKAN DI AKHIRAT

                Pengulas: Apa yang berlaku selepas itu?  

Yesus berkata bahawa inilah saatnya kamu harus bertaubat. Kamu akan diselamatkan dalam Kebangkitan ini. Yesus memberikan kebangkitan ini kerana Dia mengasihi kita.

Pengulas: Ada apa lagi, Unity?

Itu sahaja. That’s all.  [Penglihatan berakhir]

 

    [Unity mendapat satu lagi penglihatan/mimpi mengenai kebangkitan di                                                               Australia!]

Pengulas: Di bahagian mana Australia, bandar yang mana satu?

[Unity seakan tidak pasti akan bandar di mana beliau dibawa di dalam penglihatan /mimpinya]

Saya melihat Yesus pada hari Ahad dan Dia telah menyingkapkan beberapa perkara yang luar biasa. Yesus juga membawa saya ke Australia di mana saya telah bersua dengan 4 rakan, iaitu John, Kenny, Mark dan Mary. Saya melihat ramai orang bersukacita, menari dan bernyanyi. Mereka telah mengecapi Kebangkitan. Saya juga bernyani, menari dan bersukacita bersama-sama mereka kerana Yesus telah melakukan Kebangkitan di Australia. Dalam Gereja di Australia itu, saya melihat ramai para malaikta berada di dalam dan luar gereja. Mereka terbang di sekitarnya sambil meniup sangkakal dan bernyanyi  pemujian dan kesyukuran kepada Yesus. Kemudian Yesus berkata Dia akan membawa saya ke tempat itu lagi dan kami akan bersua kembali satu hari nanti.

[Penghujung Video]
http://www.youtube.com/watch?v=Fz5In54DLpY







Website Builder