Syurga Itu Nyata
Malay
www.syurga.net

Mary K. Baxter Syurga

Wahyu Syurga
oleh Mary K. Baxter

Selepas 30 malam pengalaman ke neraka, Mary Baxter diperlihatkan syurga. Gambarannya termasuklah pesanan dari syurga, hal yang berlaku kepada kanak-kanak dan takhta Allah. Gambaran selayang pandang tentang syurga yang menakjubkan  membuatkan anda tertarik dengan keindahan dan kegembiraan yang dinanti-nantikan oleh setiap orang yang mempercayai Kritus.


Prakata

Karya yang diinspirasikan oleh Mary Kathry Baxter adalah diurapi Tuhan dan telah memberkati ratusan ribu orang. Saya percaya bahawa adalah sangat penting bagi kita untuk menyebarkan pesanan yang telah disampaikan Allah kepadanya. Setiap tahun dia berkongsi pengalamannya ini kepada ratusan gereja, dan kini dia merangkumkannya dalam sebuah buku. Bukunya yang terdahulu, A Divine Revelation of Hell (Wahyu Naraka), dimaksudkan Allah untuk menyampaikan pesanan abadi tentang keselamatan kepada jiwa-jiwa yang sesat. Buku tersebut disambut baik oleh banyak pembaca di seluruh dunia. Buku tersebut dicetak dalam berbagai-bagai bahasa dan diedarkan di berbagai-bagai negara. Sehingga penulisan buku ini dibuat, buku tersebut telah terjual lebih daripada 500,000 naskhah. Disebabkan itu, saya percaya buku ini,  A Divine Revelation of Heaven (Wahyu Syurga) akan lebih mendapat sambutannya di seluruh dunia. Telah beberapa tahun saya menjadi pendeta untuk Mary Kathryn Baxter. Saya mengenali dia secara peribadi dan sepenuhnya mendukung misi penginjilannya. Allah telah merestui pelayanannya dengan cara mengurapi semua yang dikerjakan seperti yang dapat dilihat melalui sambutan luar biasa terhadap pesanan-pesanan yang disampaikanNya. Buku ini adalah jawapan doa, air mata dan hasil kerja keras banyak orang. Saya berdoa semoga penyebaran buku ini akan membawa banyak jiwa kepada Tuhan dan mempersiapkan umat Tuhan untuk hidup kekal di syurga.

- T. L. Lowery, Ph.D.

PENDAHULUAN

Buku ini mengandungi sejumlah kisah nyata yang telah saya alami sendiri bersama Allah. Hal ini bukan hasil ilusi seorang pengkhayal yang menginginkan sesuatu yang lebih baik daripada yang didapatinya dalam hidup.

Syurga itu sesuatu yang nyata, dan pengalaman yang saya jelaskan di dalam buku ini adalah seperti yang terjadi kepada saya. Saya tidak dapat melihat semua yang dapat dilihat di dalam syurga, kerana memerlukan waktu yang kekal untuk melihat kesemuanya. Saya tidak dapat menceritakan segalanya yang saya lihat di dalam syurga, bahkan Paulus pun tidak dapat melakukannya (lihat 2 Korintus 12:1-4). Namun saya menceritakan apa-apa yang Allah mengenhendaki saya untuk dikongsikan bersama umatNya.

Saya ingin mengucapkan penghargaan dan berterima kasih kepada pendeta saya, Dr. T. L. Lowery, dan juga kepada isterinya yang cantik, Mildred, atas segala sokongan, dorongan serta sumbangan yang berharga dalam penulisan buku ini. Saya juga perlu berterima kasih setulus-tulusnya kepada semua kakitangan di National Church of God dan juga kepada Pendeta Marcus V. Hand atas bimbingan redaksi yang diberikan oleh mereka dalam penulisan buku ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada semua kakitangan Whitaker House di New Kensington, Pennsylvania, Amerika Serikat, yang telah begitu memainkan peranan dalam proses penyiapan  dan pengedaran buku  A Divine Revelation of Heaven (Wahyu Syurga) dan  A Divine Revelation of Hell (Wahyu Naraka) kepada pembaca.

Saya sangat berterima kasih kepada Allah yang telah memanggil saya untuk berkongsi pesananNya ini. Saya berterima kasih kepada anda semua yang telah menguatkan semangat saya dalam pelayanan ini. Allah memberkati anda semua.

- Mary Kathryn Baxter

UNTUK KATHRYN DARIPADA YESUS

Untuk maksud ini engkau dilahirkan,

untuk menulis dan menceritakan

apa yang telah Aku perlihatkan dan sampaikan kepadamu,

kerana semua ini tulus dan benar.

Panggilanmu adalah untuk memberitahukan kepada dunia

bahawa syurga itu benar-benar ada, dan neraka itu juga benar-benar ada,

dan bahawa Aku, Yesus, telah diutuskan oleh Bapa

untuk menyelamatkan mereka semua daripada penghukuman

dan menyediakan mereka tempat di syurga.”

DI PINTU GERBANG SYURGA

Allah, dalam kasih dan limpah kurniaNya yang abadi mengizinkan saya untuk masuk ke dalam tempat yang indah yang dipanggil syurga. Berkenaan logistik perjalanan saya ke rumah Tuhan dan kembali ke bumi adalah kurang jelas bagi saya . Walau bagaimanapun, kenyataan yang saya alami tidak mungkin tersilap.

Bagaimana caranya ketakjuban syurga yang tidak terbanding itu diperlihatkan kepada seorang manusia fana seperti saya? Biarkan saya mulai dari  awal peristiwa.

Pada suatu malam, Tuhan Yesus menampakkan diriNya kepada saya dan berkata bahawa saya telah dipilihNya untuk suatu tugas khusus. Dia berkata:“AnakKu, Aku akan memanifestasikan diriKu kepadamu untuk membawa manusia keluar dari dalam kegelapan untuk masuk ke dalam terang. Aku telah memilihmu untuk satu tujuan: Engkau akan menulis dan mendokumentasikan semua yang akan Kutunjukkan dan katakan kepadamu.”

Ketika saya menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, hal-hal yang luar biasa mulai terjadi. Saya dijemput dari tempat saya berada dan dipindahkan secara langsung ke alam maut. Saya sedar bahawa kelima-lima pancaindera saya bekerja dengan baik: Saya dapat berasa, mendengar, menghidu dan merasa. Namun, semuanya terjadi secara ghaib. Saya tahu bahawa semua kejadian ini mempunyai tujuan tertentu. Selepas saya pernah dibawa Tuhan ke neraka, saya  berasa sangat sedih. Hati saya sedih dan dibebani oleh  pandangan mengerikan yang saya lihat. Saya sudah menyaksikan penghakiman Allah terhadap dosa dan terhadap mereka yang masuk ke neraka. Saya berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah dan meminta ketenangan daripadaNya.

Pada malam ke-31 setelah semua kejadian ini bermula, kuasa Allah Yang Mahahebat itu menyelimuti saya lagi. Pada jam 2 pagi, seorang malaikat yang gagah perkasa berdiri di samping katilku. Yesus Kristus tampak berdiri di belakang malaikat itu. Yesus tersenyum ketika saya cuba memerhatikan wajahNya. Namun Dia tidak berkata sepatah pun.

Malaikat itu berkata: “Allah telah memberi aku tugas khusus. Aku dikirim ke sini untuk membawamu ke syurga dan memperlihatkan kepadamu beberapa bahagian dari syurga.”

Kemudian dia berkata lagi, “Mari dan saksikan kemuliaan Allah.”

Dalam masa yang singkat, saya sudah dibawa keluar dari rumah secara ghaib dan tiba-tiba saya mendapati diri saya sedang berdiri bersama malaikat itu di hadapan satu daripada pintu-pintu gerbang di syurga.

Indahnya pemandangan yang saya lihat di situ begitu menakjubkan hingga saya nyaris tidak dapat bernafas. Pakaian yang dikenakan oleh malaikat syurga itu ialah jubah yang dibuat daripada cahaya terang-benderang. Malaikat itu memiliki sayap-sayap berbentuk segi tiga yang memantulkan warna-warni pelangi. Meskipun saya tidak terperanjat, tetapi saya sangat takjub sekali menyaksikan tempat Allah yang keindahannya tidak dapat diceritakan dan terbukti ada sekeliling saya.

Kemudian saya mendengar seruan malaikat yang dinyatakannya berulang-ulang:

“Saksikanlah ini kemuliaan Allah.”

Pintu gerbang  megah di depan saya itu dibuat daripada mutiara yang padat. Saya memandang dengan kagum pintu gerbang itu. Sesampainya di situ saya  tidak melihat Tuhan Yesus, tetapi saya diselimuti perasaan terpesona oleh kemuliaan syurga.

MASUK KE DALAM SYURGA

Ketika kami tiba di sana, dua orang malaikat yang sangat tinggi sedang berdiri di depan pintu gerbang. Kedua-duanya mengenakan jubah dengan cahaya yang berkilauan di samping pedang terhunus di tangan. Rambut mereka bagai untaian emas sementara wajah mereka memancarkan cahaya berkilauan.

Malaikat yang membawa saya maju ke depan dan berbicara dengan salah satu daripada malaikat penjaga pintu syurga itu, sementara saya berdiri sendirian di situ. Sambil berasa kagum, saya berbicara dalam hati: “Betapa indahnya pintu gerbang syurga ini. Alangkah bahagianya saya dapat melihat dengan mataku sendiri semua ini.” Tiba-tiba saya sedar bahawa saya akan masuk ke dalam syurga.

Sambil memerhatikan para malaikat itu, saya dapat mendengar percakapan mereka. Satu daripada malaikat-malaikat itu masuk ke dalam lalu kembali lagi sambil membawa sebuah buku. Buku tersebut bersampul emas dan isinya pun ditulis dengan tinta emas. Rupa-rupanya buku itu tentang riwayat kehidupan saya. Di sampul buku itu tertulis nama:

Mary Kathryn Baxter

Di wajah malaikat-malaikat itu terpancar senyuman persetujuan. Mereka memeriksa buku itu dan sambil berpandangan mereka berkata secara serentak : “Dia boleh masuk ke dalam gerbang ini.”

Malaikat penunjuk jalan menghantarkan saya ke dalam.

Tiba-tiba terdengar muzik indah yang melingkupi saya. Muzik itu tampaknya datang dari atas dan meresap ke dalam seluruh tubuhku. Alun-alunan muzik yang sangat indah disertai nyanyian indah berkumandang di seluruh tempat itu. Irama syurga itu menyelimuti seluruh  tempat dan semua orang yang ada di situ.

Ketika saya melangkah masuk ke dalam kota Allah, perasaan takjub yang sangat besar membuatkan saya nyaris tidak dapat bernafas. Indahnya tempat itu tidak dapat diceritakan dengan bahasa manusia. Di sekeliling saya ada bunga-bunga kembang yang berwarna-warni dan yang paling indah pernah saya lihat. Di situ ada dataran hijau dengan tumbuh-tumbuhan sangat subur di mana-mana. Bahkan kuncup-kuncup bunga di situ pun hidup dan bereaksi terhadap irama muzik dan nyanyian indah itu.

Alun-alunan muzik itu memenuhi dan menyelimuti saya yang bagaikan sebahagian daripada muzik itu sendiri.

Adalah satu hal untuk menceritakan semua keajaiban kota itu; adalah satu hal yang lain bahawa kamu bakal berkongsi kesenangan itu.

Saya melihat beberapa warga syurga asyik tenggelam dalam kesenangan itu. Mereka semua memakai jubah.  Terlintas di fikiran saya firman dalam Kitab Suci:

Aku bersukaria di dalam TUHAN, jiwaku bersorak-sorai di dalam Allahku, sebab Ia mengenakan pakaian keselamatan kepadaku dan menyelubungi aku dengan jubah kebenaran, seperti pengantin laki-laki yang mengenakan perhiasan kepala dan seperti pengantin  perempuan yang memakai perhiasannya.” (Yesaya 61:10)

Kebahagiaan dan keriangan yang terpancar dari wajah mereka tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata.

Syurga itu memang tempat yang nyata. Bukan kiasan atau hasil imaginasi seseorang. Di dalam Alkitab Yesus bersabda:

Janganlah gelisah hatimu; percayalah kepada Allah, percayalah juga kepada-Ku. Di rumah Bapa-Ku banyak tempat tinggal. Jika tidak  demikian, tentu Aku mengatakannya kepadamu. Sebab Aku pergi ke situ untuk menyediakan tempat bagimu.” (Yohanes  14:1-2)

Syurga ialah tempat yang disediakan bagi orang-orang yang bersiap sedia. Oleh sebab kita sebagai anak-anak Allah yang telah berubah melalui kelahiran baru daripada generasi susulan dan oleh sebab kita sekarang adalah ciptaan baru  dalam Kristus, amatlah menggembirakan bahawa tempat  yang bakal kita akan tinggal dalam kekekalan ialah tempat yang disediakan oleh Juruselamat yang telah menyelamatkan kita.

Syurga ialah tempat yang sempurna. Hal ini disebabkan Juruselamat kita itu sempurna, kekal dan tidak terbatas kuasaNya, maka syurga pun ialah tempat yang sempurna. Oleh sebab Dia menyediakan tempat bagi kita untuk tinggal bersamaNya di sana selama-lamanya, maka rumah kita yang abadi itu sempurna adanya. Tidak ada sesuatu apapun yang dapat mengotori rumah syurga kita itu. Tidak akan ada suatu apapun yang diizinkan masuk ke syurga untuk mengotori atau mencemari tempat itu.

Tetapi tidak akan masuk ke dalamnya sesuatu yang najis, atau orang yang melakukan kekejian atau dusta, tetapi hanya mereka yang namanya tertulis di dalam kitab kehidupan Anak Domba itu.”

(Wahyu 21:27)

Syurga itu jauh di luar jangkauan dosa mahupun pendosa dalam bentuk apa-apapun. Syaitan tidak akan dapat masuk ke situ hingga selama-lamanya.

 Maka tampaklah suatu tanda yang lain di langit; dan lihatlah, seekor naga merah padam yang besar, berkepala tujuh dan bertanduk  sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota. Dan ekornya menyeret sepertiga dari bintang-bintang di langit dan melemparkannya ke atas bumi. Dan naga itu berdiri di hadapan 

perempuan yang hendak melahirkan itu, untuk menelan Anaknya, segera sesudah perempuan itu melahirkan-Nya. Maka timbullah peperangan di sorga. Mikhael dan malaikatmalaikatnya berperang melawan naga itu, dan naga itu dibantu oleh malaikat-malaikatnya, tetapi mereka tidak dapat bertahan; mereka tidak mendapat tempat lagi di sorga. Dan naga besar itu, si ular tua, yang disebut Iblis atau Satan, yang menyesatkan seluruh dunia, dilemparkan ke bawah; ia dilemparkan ke bumi, bersama-sama dengan malaikat-malaikatnya. Dan aku mendengar suara yang nyaring di sorga berkata: Sekarang telah tiba keselamatan dan kuasa dan pemerintahan Allah kita, dan kekuasaan Dia yang diurapi-Nya, karena telah

dilemparkan ke bawah pendakwa saudara-saudara kita, yang mendakwa mereka siang  dan malam di hadapan Allah kita. Dan ketika naga itu sadar, bahwa ia telah dilemparkan di atas bumi, ia memburu perempuan yang melahirkan Anak laki-laki itu.” (Wahyu 12:3-4, 7-10, 12-13):

Si ular tua, Iblis atau Syaitan, dan semua pengikutnya tidak akan pernah mengangkat kepalanya yang jelik itu dalam iklim dan suasana kudus di syurga.

Syaitan-syaitan tidak dapat masuk ke syurga. Malaikat yang mermberontak terhadap Allah dan yang dicampakkan ke bumi iaitu “yang tidak menetap di tempat semestinya tetapi meninggalkannya” (Yudas 1:6) tidak akan dapat kembali ke syurga. Di syurga tidak ada orang yang kekuarangan apa-apapun. Tidak ada setitik, sekecil manapun yang tidak sempurna.

Tidak kira ke mana kita pergi di bumi, tidak kira di mana kita tinggal, atau seberapa mahalnya rumah kita di bumi, masih tetap ada kecacatannya. Namun tidak begitu keadaannya di syurga. Di sana Allah telah membangunkan tempat yang bernama syurga itu dengan sangat sempurna. Kemuliaannya, keindahannya, serta keajaibannya tidak mungkin dapat diceritakan dalam bahasa manusia.  Kesenangan yang tidak dapat digambarkan dari tempat mahaindah itu sungguh sangat menakjubkan.

Tidak ada pelukis di muka bumi yang dapat menggambarkan secara tepat betapa indahnya kegemerlapan cahaya daripada Putra Allah yang memantul dari tembok-tembok permata jasper, pintu-pintu gerbang mutiara, serta istana-istana yang tidak terhitung banyaknya, serta Sungai Kehidupan di sana.

RUMAH BAGI JIWA-JIWA YANG TELAH DITEBUS

Syurga itu ialah tempat yang kekal. Tidak akan ada musuh yang sanggup menakluk kediaman Allah kita. Bangunan-bangunnya tidak dapat runtuh, bahan-bahan bangunannya tidak dapat rosak, dan semua tumbuhan di sana tidak dapat layu. Lagipun tidak ada asap atau pencemaran yang dapat mencemari tempat kudus itu. Tempat-tinggal kekal ini bersifat abadi, sebuah kota yang terus ada selama-lamanya. Kita akan bernyanyi di sana lagu-lagu seperti  yang diciptakan oleh  Hattie Buell seperti berikut:

A tent or a cottage, why should I care?

They’re building a palace for me over there;

Tho’ exiled from Him, yet still I may sing;

All glory to God, I’m a child of the King.

[Sebuah khemah atau kotej, mengapa harus kupedulikan?]

[Di sana mereka sedang membangunkan tempat bagiku;]

[Walaupun jauh terbuang dariNya, tetaplah aku menyanyi;]

[Segala puji bagi Allah, aku anak Sang Raja]

Di tempat yang tidak terkatakan itu, orang-orang kudusNya terlepas daripada segala kekewecaan, sakit hati, tragedi dan bencana. Hal ini disebabkan di sana tidak ada kesedihan atau kesukaran. Tidak ada kesakitan atau kesusahan, tidak ada orang yang menangis di syurga.

 Dan Ia akan menghapus segala air mata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap  tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu yang lama itu telah berlalu.” (Wahyu 21:4)

Para warga Kerajaan Syurga yang saya lihat di sana tampaknya terdapat dalam pelbagai usia dan pelbagai negara di bumi. Jelas sekali bahawa mereka ketika di bumi berasal dari pelbagai kewarganegaraan. Seketika saya teringat ayat Alkitab yang berkata:

Mereka menyanyikan suatu nyanyian baru iaitu:

Engkau layak menerima gulungan kitab itu dan membuka meteraimeterainya; karena Engkau telah disembelih dan dengan darah-Mu Engkau telah membeli mereka bagi Allah dari tiap-tiap suku dan bahasa dan  kaum dan bangsa.” (Wahyu 5:9)

BEKERJA UNTUK MEMUJI ALLAH

Dengan sangat bersukacita jiwa saya mulai memuji kebesaran Allah. Kesusahan dan kepedihan hati yang saya alami, ketika Tuhan mewahyukan kepada saya tentang neraka sebelum kejadian ini, langsung lenyap. Disebabkan sekarang saya mengalami pewahyuan tentang syurga.

Saya melihat banyak keluarga secara lengkap. Kesemua mereka sangat berbahagia, sedang melakukan sesuatu, dan sedang tersenyum bahagia. Ada sinar kebahagiaan memancar daripada setiap wajah yang saya lihat di sana.

Orang-orang kudus di syurga tampak sedang sibuk melakukan sesuatu. Mereka selalu sibuk pada setiap masa. Hal ini disebabkan waktu mereka dipakai untuk memuji dan membesarkan nama Allah. Ada nyanyian di bibir setiap orang. Muzik indah memenuhi semua tempat.

Keabadian di syurga itu tidak untuk bersantai atau bermalas-malas. Jadi tidak seperti yang disangka kebanyakan orang. Di sana kita tidak hanya melayang bebas di atas awan, atau membunyikan alat muzik hap atau mencelupkan hujung jari kaki di air Sungai Kehidupan. Waktu kita akan dipenuhi dengan kegiatan untuk berbakti kepada Allah. Seperti apa pengabdian itu gambarannya tidak dapat kita gambarkan selengkapnya, tetapi semua umatNya akan melayani Dia.

BERLIAN BAGI  PEMENANG JIWA BARU

Sejauh mata memandang saya melihat permata dan berlian bersinar berkilauan memantulkan cahaya ke segala tempat. Ada berlian yang sebesar kayu balak besarnya. Sebahagian daripada batu mulia ini dikhaskan untuk menjadi bahagian daripada istana yang diperuntukkan bagi mereka yang membawa jiwa baru kepada Allah ketika berada di bumi. Jadi, setiap kali ada seseorang membawa satu jiwa baru kepada Kristus, di syurga disediakan satu batang berlian untuk istananya. Alkitab berkata:

Hasil orang benar adalah pohon kehidupan, dan siapa bijak, mengambil hati orang.” (Amsal 11:30)

 “Dan orang-orang bijaksana akan bercahaya seperti cahaya cakrawala, dan yang telah menuntun banyak orang kepada kebenaran  seperti bintang-bintang, tetap untuk selamalamanya.” (Daniel 12:3)

Sementara saya berdiri dan menikmati keagungan tempat itu, saya melihat seorang malaikat yang amat elok rupa parasnya berjalan turun. Di tangannya ada gulungan kertas yang ada emas di pinggirannya. Malaikat itu meletakkan gulungan kertas tersebut di sebuah meja yang dibuat daripada bahan seperti perak, tetapi ini tidak seperti perak yang pernah saya ketahui. Meja panjang itu memancarkan cahaya terang.

Di gulungan kertas itu tertulis satu nama. Seorang kudus tampil lalu membuka dan membaca gulungan ketas itu:

Yesus ialah jurubina yang unggul,” orang kudus itu berkata kepada saya. “Dialah yang menentukan siapa yang layak menerima berlian dan di mana mereka ditempatkan. Gulungan kertas yang kupegang ini adalah laporan dari bumi tentang seorang yang telah membawa jiwa baru bagi Yesus. Dia memberi makanan kepada orang miskin, dia memberi pakaian kepada orang telanjang dan melakukan perbuatan baik bagi Allah.”

Baca Matius 25:31—41, 46:

Apabila Anak Manusia datang dalam kemuliaan-Nya dan semua malaikat bersama-sama dengan Dia, maka Ia akan bersemayam di atas takhta kemuliaan-Nya. Lalu semua bangsa akan dikumpulkan di hadapan-Nya dan Ia akan memisahkan mereka seorang dari pada seorang, sama seperti  gembala memisahkan domba dari kambing, dan Ia akan menempatkan domba-domba di sebelah kanan-Nya dan kambingkambing di sebelah kiri-Nya. “Dan Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya: Mari, hai kamu yang diberkati oleh Bapa-Ku, terimalah Kerajaan yang telah disediakan bagimu sejak dunia dijadikan. Sebab ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan; ketika Aku haus, kamu memberi Aku minum; ketika Aku seorang asing, kamu memberi Aku tumpangan; ketika Aku telanjang, kamu memberi Aku pakaian; ketika Aku sakit, kamu melawat Aku; ketika Aku di dalam penjara, kamu  mengunjungi Aku. Maka orang-orang benar itu akan menjawab Dia, katanya: Tuhan, bilamanakah kami melihat Engkau lapar dan kami memberi Engkau  makan, atau haus dan kami memberi Engkau minum? Bilamanakah kami melihat Engkau sebagai orang asing, dan kami memberi Engkau tumpangan, atau telanjang dan kami

memberi  Engkau pakaian? Bilamanakah kami melihat Engkau sakit atau dalam penjara dan kami mengunjungi Engkau? Dan Raja itu akan menjawab mereka: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku. Dan Ia akan berkata juga kepada mereka yang di sebelah kiriNya: Enyahlah dari hadapan-Ku, hai kamu orang-orang terkutuk, enyahlah ke dalam api yang kekal yang telah sedia untuk Iblis dan malaikat-malaikatnya.Dan mereka ini akan masuk ke tempat siksaan yang kekal, tetapi orang benar ke dalam hidup yang kekal.”

TEMPAT ABADI UNTUK SEMUA ORANG

Malaikat mengulangi ucapan selamat datangnya: Mari dan saksikan kemuliaan AllahMu.”

Atas petunjuk Tuhan, saya mencatat pemandangan tentang syurga ini seperti yang saya saksikan di sana. Kita mesti mengerti sepenuhnya bahawa fokus daripada pengharapan dan keinginan kita adalah tinggal bersama Tuhan kita di syurga untuk selama-lamanya. Syurga ialah tempat impian yang pasti menjadi kenyataan.

Saya begitu girang tentang syurga disebabkan setelah semua pekerjaan dan penat lelah kita di bumi ini berlalu maka kita akan pergi ke sana. Allah telah menyediakan kota itu untuk kita.  Yesus sedang menyiapkan tempat di sana untuk semua orang yang mencintai Dia.

PENYATUAN YANG SEMPURNA

Hubungan antara Allah dengan manusia tidak akan terpisah di syurga.

Ketika Adam dan Hawa berada di Taman Eden, Allah datang ke bumi menjenguk mereka. Setelah hubungan dengan Allah dirosakkan oleh dosa dan ketidaktaatan, Allah masih terus menunjukkan keinginanNya untuk berhubungan dengan manusia.

Kasih sayang kepada manusia yang tidak terhingga ditunjukkan dengan memberikan AnakNya sendiri untuk mati secara begitu kejam di atas kayu salib. Melalui kematian dan kebangkitan Kristus itulah hubungan antara Allah dengan manusia dimungkinkan untuk terjadi lagi.

Hingga kini, keadaan kehidupan kita dapat menghalang keakraban hubungan kita dengan Allah. Tetapi di syurga, tidak ada apa-apapun yang menghalang kita. Kita akan mengetahui ertinya hubungan sempurna dengan Raja Segala Raja dan Tuhan Segala Tuhan. Keintiman kita dengan Dia akan menjadi lengkap.

Syurga ialah tempat kediaman Allah yang tetap. Syurga itu letaknya jauh di seberang langit yang dapat kita lihat dan jauh di seberang semua planet dan galaksi. Syurga ialah tempat tinggal abadi bagi semua yang ditebus oleh Tuhan” (Yesaya 62:12). Tempat itu adalah destinasi abadi bagi semua anak Allah yang beriman kepada Kristus.

Di sana anda tidak akan khuatir kalau akan bersesak-sesakan masuk ke tempat yang disebut istana. Tatkala semua yang ditebus dari segala zaman berkumpul dalam kemuliaan, akan ada tempat yang cukup bagi semua orang untuk mendapat satu daripada begitu banyak mahligai megah di sana, banyak sekali tempat kediaman iaitu tempat tinggal abadi yang dijanjikan Yesus ketika Dia berbicara tentang Rumah Bapa:

Janganlah gelisah hatimu; percayalah kepada Allah, percayalah juga kepada-Ku. Di rumah Bapa-Ku banyak tempat tinggal. Jika tidak demikian, tentu Aku mengatakannya kepadamu. Sebab Aku pergi ke situ untuk menyediakan tempat bagimu. Dan apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempat-Ku, supaya di tempat di mana Aku berada, kamu pun berada. Dan ke mana Aku pergi, kamu tahu jalan ke situ.” (Yohanes 14:1-4)

Di syurga pasti ada tempat bagi setiap orang beriman:

Kemudian dari pada itu aku melihat: sesungguhnya, suatu kumpulan besar orang banyak yang tidak dapat terhitung banyaknya, dari segala bangsa dan suku dan kaum dan bahasa, berdiri di hadapan takhta dan di hadapan Anak Domba, memakai jubah putih dan  memegang daun-daun palem di tangan mereka. Dan dengan suara nyaring mereka berseru: “Keselamatan bagi Allah kami yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba!”Dan semua malaikat berdiri mengelilingi takhta dan tua-tua dan keempat makhluk itu; mereka tersungkur di hadapan takhta itu dan  menyembah Allah.” (Wahyu 7:9-11)

AIR MATA DARI SYURGA

Ada suatu ketika, malaikat itu membawa saya ke suatu tempat lalu dia berhenti di situ dan kemudian berkata: “Allah menyuruh aku untuk menunjukkan kepadamu ruangan untuk air mata.”

Anda mungkin sering membaca dalam Mazmur tentang air mata kita dan apa yang dibuat Allah terhadap air mata kita. Para  malaikat menangkap semua air mata kita dan menyimpannya di dalam botol-botol (Mazmur 56:8). Banyak kali saya sering tertanya-tanya tentang maksud ayat ini.

 Saya tahu bahawa banyak antara anda yang membaca penulisan ini pernah atau sering menangis ketika ditinggal pergi oleh orang yang dikasihi sama ada anggota keluarga atau kekasih hati, apatah lagi apabila anda diceraikan suami atau isteri. Mungkin anda berfikir bahawa semua harapan telah lenyap sehingga anda menangis tersedu-sedu kerananya.

Saya ingin memberitahu anda bahawa Allah menunjukkan ruangan yang penuh air mata kepada saya. Indah sekali ruangan itu. Malaikat membawa  saya masuk ke ruangan yang tidak berpintu itu.

Melihat ke dalamnya, saya tahu ruangan itu sendiri tidak terlalu besar. Di dinding kamar itu ada banyak rak yang dibuat daripada papan-papan kristal dan tembok bahagian dalamnya bertaburkan cahaya gemerlap.

Di rak-rak itu ada banyak botol, ada yang diletakkan berkelompok, misalnya tiga botol setiap kelompok. Botol-botol itu kelihatan lutsinar. Di bawah setiap kelompok botol itu terdapat papan nama yang bertuliskan nama pemilik air mata tersebut.

Ada banyak botol seperti ini di dalam ruangan tersebut. Kemudian, di dalam ruangan itu kelihatan seorang yang dimuliakan malaikat Tuhan. Jubahnya yang berwarna ungu tua tampak sangat indah bagai sutera.

Kelihatan di dalam sana ada sebuah meja mewah dan bersinar-sinar. Pemandangan yang elegan itu membuatkan saya terpesona.

Di atas meja itu ada banyak buku yang tampaknya dijahit dengan sutera yang sangat indah yang belum pernah saya lihat. Ada buku yang berlapiskan berlian, ada yang berlapiskan mutiara, ada pula yang dilapisi batu mulia berwarna hijau dan ungu. Semua buku itu sangat rapi dan teliti buatannya.

Saya berkata di dalam hati: “Ya Tuhan, betapa indahnya buku-buku ini!” Saya memang suka buku, tetapi buku-buku yang saya lihat di situ betul-betul sangat indah dan membuatkan saya amat terpukau.

Sementara terpegun memandang buku-buku itu, orang yang berada di dalam ruangan itu berkata,” Mari, dan lihat. Aku akan menunjukkan isi ruangan ini kepadamu. Aku akan menerangkan erti daripada air mata. Ini hanyalah satu daripada banyak ruangan sejenis ini. Aku bertanggungjawab untuk ruangan ini.”

Sementara dia berbicara, seorang malaikat tinggi besar masuk datang dari pintu masuk. Keindahan dan kemuliaannya membuatkan saya amat kagum. Saya melihat dia memakai jubah putih yang dibuat daripada bahan yang bercahaya. Tepian jubahnya terbalut emas yang berkilau terus ke bahagian depan. Postur malaikat ini besar, tingginya kira-kira 12 kaki (144 inci = 3,6 meter) dan sayapnya pun sangat besar.

Malaikat besar ini memegang sebuah mangkuk emas berisi cairan (lihat Wahyu 5:8). Kemudian malaikat yang di dalam ruangan itu berkata kepada saya: “Dia membawa kepadaku mangkuk berisi air mata dari bumi. Aku ingin memperlihatkan kepadamu apa yang kami lakukan terhadap air mata ini.”

Malaikat tadi menyerahkan mangkuk tersebut beserta sehelai kertas yang di atasnya tercatat nama orang yang air matanya berada di dalam mangkuk itu.

Malaikat di dalam ruangan itu membacakan catatan itu lalu pergi ke salah satu rak botol. Lalu dia membaca  nama di bawah botol untuk mencocokkan namanya dengan air mata yang baru saja dibawa dari bumi.

Dia kemudian mengangkat botol yang sudah hampir penuh itu dan membawanya ke mangkuk tadi. Lalu dia memasukkan air mata dari mangkuk itu ke dalam botol tersebut.

“Sekarang aku akan menunjukkan kepadamu apa yang kami lakukan di sini,” ucap orang kudus itu. “Ceritakanlah ini kepada manusia di  bumi.”Kemudian dia membawa botol itu ke meja, membuka salah satu buku lalu berkata: “Sekarang, lihat.”

Halaman-halaman buku itu kosong dan tidak bertuliskan apa-apa. Dia berkata: “Ini ialah air mata daripada orang-orang kudus di bumi yang melayani Allah ketika mereka menangis. Sekarang lihat apa yang terjadi.”

Dia menjatuhkan satu titis air mata itu dari botol ke atas halaman kosong itu. Sebaik titisan air mata tersebut menyentuh lembaran kertas kosong itu, timbullah tulisan. Kata-kata indah dengan ukiran tulisan tangan yang indah muncul di halaman itu hingga penuh  halaman itu berisikan tulisan. Dia melakukan kerja ini halaman demi halaman hingga selesai.

Dia kemudian menutup buku tersebut dan berbicara. Seakan-akan dia sedang berbicara kepada seluruh umat manusia di bumi dan juga kepada saya. “Doa yang paling sempurna adalah doa yang diiringi air mata yang datang dari hati dan jiwa laki-laki dan perempuan di bumi.”

Kemudian malaikat dengan sayap pelangi itu berkata kepada saya: “Mari dan saksikan kemuliaan Allah.”

 


ALLAH MEMBUKA BUKU ITU

Tanpa disedari kami sudah berpindah ke sebuah dataran luas berisi ribuan orang dan makhluk-makhluk syurga. Betapa indahnya pemandangan itu.

Dalam masa sekejap sahaja semua orang di situ perlahan-lahan lenyap dari pandanganku dan mulai terasa kemuliaan memenuhi tempat itu. Puji-pujian kepada Allah kedengaran begitu lantang bergema bagai guruh membelah langit.

 Sejurus itu, malaikat membawa saya ke depan takhta Allah.

Saya melihat awan besar yang berkabut dan juga suatu bentuk Sang MahaAda di dalam kabut itu. Saya tidak dapat memandang wajah Allah, tetapi saya melihat kemuliaan Allah dan sebentuk pelangi melingkupi takhta Allah. Kemudian saya mendengar suara Allah yang bunyinya sama seperti apa yang telah ditulis oleh Yohanes: “Aku mendengar suara dari sorga bagai bunyi air bah dan bagai bunyi guntur.” (Wahyu 14:2). Di tempat mahakuasa ini saya melihat banyak kuda dengan penunggangnya berdiri di samping takhta itu.

Tiba-tiba saya melihat ada sebuah buku di atas altar di depan takhta Allah. Saya melihat para malaikat menyembah di hadapanNya. Sambil berdiri termangu-mangu dan menyaksikan semua ini, saya melihat sesuatu yang tampaknya seperti tangan manusia muncul dari celahan awan itu lalu membuka buku tersebut.

Saya tahu itu tangan Allah yang sedang membuka buku tersebut.

Saya terpegun ketika saya melihat sesuatu yang seperti asap naik dari buku itu. Dengan tidak disangka-sangka, tersebarlah aroma wangian yang sangat luar biasa yang tidak pernah saya bau keharumannya. Malaikat itu memberitahu saya bahawa buku tersebut berisi doa orang-orang kudus dan Allah telah menghantar malaikatNya ke bumi untuk menjawab doa yang keluar dari hati yang menjerit kepadaNya. Tampak sejumlah besar orang kudus memuji dan memuliakan Allah.

Ketika Allah membuka buku tersebut, halaman-halaman buku tampak muncul secara berganti-ganti dan kemudian terbang pergi ke dalam tangan malaikat-malaikat penunggang kuda. Saya masih dapat mendengar suara Allah, bagai bunyi guruh yang dahsyat, berkata, “Pergilah dan jawablah doa perempuan itu. Pergilah dan jawablah doa laki-laki itu.”

Sengsaraku Engkaulah yang menghitung-hitung, airmataku Kautaruh ke dalam kirbatMu. Bukankah semuanya telah Kaudaftarkan? Maka musuhku akan mundur pada waktu aku berseru; aku yakin, bahwa Allah memihak kepadaku. Kepada Allah, firman-Nya kupuji, kepada TUHAN, firman-Nya kupuji, kepada Allah aku percaya, aku tidak takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku?” (Mazmur 56: 8-11)

Firman Allah yang hidup menerangkan kepada kita tentang apa yang dibuat terhadap air mata kita. Betapa indahnya apabila kita mengerti kemuliaan dan keajaiban Allah kita. Betapa hebatnya bahawa kita menjadi penerima kasih sayangNya! Dia begitu mengambil berat, bahkan terhadap air mata kita.

Kitab Suci banyak berbicara tentang air mata kita, tentang kesedihan kita, dan tentang penghiburan daripada Allah buat kita.

Baliklah dan katakanlah kepada Hizkia, raja umat-Ku: Beginilah firman TUHAN, Allah Daud, bapa leluhurmu: Telah Kudengar doamu dan telah Kulihat air matamu; sesungguhnya Aku akan menyembuhkan engkau; pada hari yang ketiga engkau akan pergi ke  rumah TUHAN.” (II Raja-Raja 20:5)

Lesu aku karena mengeluh; setiap malam aku menggenangi tempat tidurku, dengan air mataku aku membanjiri ranjangku. Mataku mengidap karena sakit hati, rabun karena semua lawanku. Menjauhlah dari padaku, kamu sekalian yang melakukan kejahatan, sebab TUHAN telah mendengar tangisku; TUHAN telah mendengar permohonanku, TUHAN menerima doaku.” (Mazmur 6:6-9)

Ya, Engkau telah meluputkan aku dari pada maut, dan mataku dari pada air mata, dan kakiku dari pada tersandung.” (Mazmur 116:8)

Orang-orang yang menabur dengan mencucurkan air mata, akan menuai dengan bersorak-sorai. Orang yang berjalan maju dengan “Orang-orang yang menabur dengan mencucurkan air mata, akan menuai dengan bersorak-sorai. Orang yang berjalan maju dengan menangis sambil menabur benih, pasti pulang dengan sorak-sorai sambil membawa  berkas-berkasnya.” (Mazmur 126:5-6)

Ia akan meniadakan maut untuk seterusnya; dan Tuhan ALLAH akan menghapuskan airmata dari pada segala muka; dan aib umatNya akan dijauhkan-Nya dari seluruh bumi, sebab TUHAN telah mengatakannya.” (Yesaya 25:8)

Beginilah firman TUHAN: Cegahlah suaramu dari menangis, dan matamu dari mencucurkan air mata, sebab untuk jerih payahmu ada  ganjaran, demikianlah firman TUHAN; mereka akan kembali dari negeri musuh.” (Yeremia 31:16)

Sebab Anak Domba yang di tengah-tengah takhta itu, akan menggembalakan mereka dan akan menuntun mereka ke mata air kehidupan. Dan Allah akan menghapus segala air mata dari mata mereka.” (Wahyu 7:17)

Dan Ia akan menghapus segala air mata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu yang lama itu telah

berlalu.” (Wahyu 21:4)

“… dan orang-orang yang dibebaskan TUHAN akan pulang dan masuk ke Sion dengan bersorak-sorai, sedang sukacita abadi meliputi  mereka; kegirangan dan sukacita akan memenuhi mereka, 23Wahyu Allah tentang Sorga Wahyu Allah tentang Sorga kedukaan dan keluh kesah akan menjauh.” (Yesaya 35:10)

Segala puji bagi Allah, kerana syurga itu benar-benar ada! Kita benar-benar akan ke sana. Kita tidak akan menjadi wap atau asap yang beterbangan ketika kita tiba di syurga, kerana kita mengenakan tubuh mulia.

Salah satu hal yang indah di syurga adalah segala air mata dan dukacita kita akan diganti dengan kebahagiaan kekal, seperti yang telah dijanjikan dalam Kita Suci. Bahkan masih ada lebih banyak lagi kesenangan yang akan kita alami di sana. Syurga itu benar-benar nyata. Syurga ialah tempat pasti yang menjadi hala tuju kita. Hal itu bukan suatu mimpi atau ilusi. Allah telah menyatakan kepada kita semua tentang banyak fakta syurga melalui Kitab Suci.


SYURGA YANG PERTAMA

Syurga yang pertama, ialah atmosfera syurga. Ini adalah kawasan yang melingkupi planet bumi. Inilah kawasan tempat unggas beterbangan dan angin berhembus. Inilah kawasan tempat terjadinya hujan, badai, kabut, wap, dan awan. Inilah bentangan langit yang dimaksudkan oleh malaikat dalam Kisah Para Rasul 1:11 ketika ia bertanyakan sebab murid-murid Yesus “memandang ke langit”. Yesus, ketika berbicara kepada  BapaNya, “mataNya menengadah tertuju ke syurga” (Yohanes 17:1) atau memandang ke langit.

SYURGA YANG KEDUA

Kemudian, ada pula syurga yang disebut kawasan luar angkasa. Ini adalah kawasan tempat bulan, matahari, dan bintang-bintang. Kawasan langit ini disebutkan dalam Alkitab berulang kali, misalnya:

“… maka Aku akan memberkati engkau berlimpahlimpah dan membuat keturunanmu sangat banyak seperti bintang di langit dan seperti  pasir di tepi laut, dan keturunanmu itu akan menduduki kota-kota musuhnya.” (Kejadian 22:17)

“… dan juga supaya jangan engkau mengarahkan matamu ke langit, sehingga apabila engkau melihat matahari, bulan dan bintang, segenap  tentara langit, engkau disesatkan untuk sujud menyembah dan beribadah kepada sekaliannya itu, yang justru diberikan TUHAN, Allahmu, kepada segala bangsa di seluruh

kolong langit sebagai bagian mereka.” (Ulangan 4:19)

Dapatkah engkau memberkas ikatan bintang Kartika, dan membuka belenggu bintang Belantik? Dapatkah engkau menerbitkan Mintakulburuj pada waktunya, dan memimpin bintang Biduk dengan pengiring-pengiringnya? Apakah engkau mengetahui hukum-hukum bagi langit  atau menetapkan pemerintahannya di atas bumi?” (Ayub 38:31-33)

 “Sebab bintang-bintang dan gugusan-gugusannya di langit tidak akan memancarkan cahayanya; matahari akan menjadi gelap pada waktu terbit, dan bulan tidak akan memancarkan sinarnya.” (Yesaya 13:10) 

 “Segera sesudah siksaan pada masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang akan berjatuhan dari langit dan kuasa-kuasa langit akan goncang.” (Matius 24:29)

SYURGA YANG KETIGA

Destinasi yang menjadi hala tuju semua orang yang dibenarkan oleh Tuhan Yesus itu jauh di seberang langit yang berbintang. Inilah tempat yang dimaksudkan oleh Rasul Paulus ketika dia berkata: “Aku tahu tentang seorang Kristen; empat belas tahun yang lampau--entah di dalam tubuh, aku tidak tahu, entah di luar tubuh, aku tidak tahu, Allah yang mengetahuinya--orang itu tibatiba diangkat ke tingkat yang ketiga dari sorga.” (II Korintus 12:2).

Istilah syurga yang saya gunakan dalam buku ini ialah kawasan yang sering digambarkan sebagai tempat takhta Allah.

Sebab Kristus bukan masuk ke dalam tempat kudus buatan tangan manusia yang hanya merupakan gambaran saja dari yang sebenarnya, tetapi ke dalam sorga sendiri untuk menghadap hadirat Allah guna kepentingan kita.” (Ibrani 9:24)

Syurga ialah tempat Allah berdiam. Waktu Yesus mengajar kita untuk berdoa, Dia menyuruh kita berdoa kepada Bapa … di dalam sorga.” (Matius 6:9).

Dalam I Raja-Raja 8:30, syurga disebut sebagai tempat tinggal abadi bagi Allah. Dalam Mazmur 11:4 tempat itu dinamakan Bait Kudus Allah dan tempat di mana ada takhta Allah. 

Di sana, di dalam kediaman Tuhan yang Mahaagung, kemuliaanNya diperlihatkan dengan begitu nyata sekali. Tempat itu ialah tempat suci yang penuh cahaya kemuliaan dan kegembiraan. Kita tidak dapat mengetahui letaknya tempat itu secara tepat. Tetapi Alkitab selalu menggunakan kata “di atas” untuk menunjukkan arah tempat tersebut.

Kita tahu bahawa Allah Yang Mahakuasa itu berada di sana. Di tempat itu, Allah Bapa dan Yesus Kristus menjadi pusat perhatian semua orang kudus, malaikat dan semua makhluk yang menyembahNya.

Di sana ada suatu penyatuan yang begitu indah. Ada malaikat, kerana Yesus berkata di syurga “ada malaikat yang selalu memandang wajah Bapaku” (Matius 18:10).

Ada orang-orang kudus di sana kerana Yesus berjanji, “dimana Aku berada, kamu pun berada” (Yohanes 14:3).Kita mempelajari daripada I Petrus 1:4  bahawa harta berharga telah disediakan bagi kita di syurga iaitu harta yang tidak akan rosak, tiadak akan kotor dan tidak akan layu.

Orang-orang kudus, itu membangkitkan ghairah saya untuk bersaksi tentang kunjungan saya yang indah ke syurga. Saya sangat ingin memberitahu anda tentang apa yang saya lihat dan orang yang saya lihat.

PUJIAN DI SYURGA

Setelah malaikat Tuhan menunjukkan tempat air mata di syurga, dia kembali mengulangi ungkapan yang sering diucapkannya selama kunjungan saya di syurga: “Mari dan lihat kemuliaan Allahmu.”

Gemerlapnya cahaya abadi yang sangat indah di syurga menyelubungi diri saya. Kemuliaan Allah yang merebak dan memancar dari berbagai-bagai arah membuatkan saya terpegun menyaksikan kesemuanya. Keindahan dan semarak tempat itu tidak mungkin dapat digambarkan secara tepat oleh akal fikiran manusia sebelum seseorang menyaksikannya sendiri. Seketika itu juga saya teringat sebuah sajak yang pernah saya dengar di bumi:

Terang di syurga ialah wajah Yesus.

Sukacita di syurga ialah kehadiran Yesus.

Harmoni di syurga ialah pujian kepada Yesus.

Tema di syurga ialah karya Yesus.

Pekerjaan di syurga ialah melayani Yesus.

Kepenuhan di syurga ialah Yesus itu sendiri.

Sewaktu berjalan bersama malaikat itu, saya dapat merasakan kegembiraan, kedamaian dan kebahagiaan di semua tempat. Lalu fikiran saya melayang kembali teringatkan keluarga di bumi. Malaikat itu tahu apa yang sedang saya fikirkan. Dia berkata: “Ada tugas yang mesti kamu kerjakan bagi Allah. Kamu ditugaskan untuk menyampaikan kepada manusia di bumi tentang apa-apa yang kamu lihat di sini. Allah sedang menunjukkan kepadamu beberapa bahagian syurga, tetapi bukan semua bahagian syurga. Mari dan saksikan kemuliaan Allahmu.”

Ketika kami tiba di suatu tempat, saya mendengar sangat banyak orang sedang memuji Allah. Alunan muzik yang indah bersama nyanyian para penyembah itu menggetarkan jiwa saya.

Penghormatan dan kemuliaan kepada Allah bergema dan terus bergema sepanjang ruangan luas syurga daripada para pemuja dan orang-orang kudus yang bernyanyi tanpa henti-hentinya dalam pujian dengan penuh semangat.

MENDEKATI TAKHTA ALLAH

Jiwa saya sungguh keriangan dan dalam kebahagiaan. Tetapi saya tetap sedar bahawa kami sedang mendekati Takhta Allah. Malaikat yang menunjukkan jalan itu berhenti jauh, sangat jauh dari takhta Allah. Saya masih dapat melihat suatu panorama yang sangat indah dengan berbagai-bagai kejadian yang sedang terjadi di situ. Saya melihat pemandangan yang sama dengan apa yang telah dilihat oleh Rasul Yohanes seperti yang tertulis di dalam

Wahyu 5:11: “Maka aku melihat dan mendengar suara banyak malaikat sekeliling takhta, makhluk-makhluk dan tua-tua itu; jumlah mereka berlaksa-laksa dan beribu-ribu laksa.”

Wahai penduduk di bumi, jika betapa anda memahami tentang apa yang disediakan Allah bagi semua orang yang mengasihi Dia.

Sementara saya memandang panorama indah itu dengan penuh kebahagiaan, sesuatu yang menakjubkan terjadi. Saya mendengar gemuruh puji-pujian kepada Allah yang dinyanyikan oleh sejumlah besar orang. Kemudian, hal yang paling menakjubkan saya, malaikat itu mengizinkan saya untuk menyaksikan sendiri sesuatu yang sudah sekian lama saya dambakan: Takhta Allah.

TAKHTA KEMULIAAN ALLAH

Takhta Allah itu “tinggi dan terangkat ke atas” (Yesaya 6:1). Di bawah takhta itu mengalir Sungai Kehidupan. Sungguh jernih, sungguh sangat indah dan murni sungai itu. Kemuliaan Allah menutupi seluruh takhta itu. Ada halilintar sambar-menyambar, ada guruh bergemuruh dan ada suara di sekeliling takhta itu. Yohanes, ketika berbicara tentang sorga, berkata:

“Dan dari takhta itu keluar kilat dan bunyi guruh yang menderu, dan tujuh obor menyala-nyala di hadapan takhta itu: itulah ketujuh Roh Allah.” (Wahyu 4:5)

Saya melihat seakan-akan pelangi melingkar di atas takhta itu “ bagaikan zamrud rupanya.” (Wahyu 4:3). Pelangi itu berkilauan lagi mulia, bercampur cahaya terang-benderang dan memantulkan kilauan warna-warni yang gemerlapan.

Pemandangan ini belum pernah saya lihat di atas bumi. Warna-warni pelangi itu menandakan kemuliaan dan kuasa. Keagungan Allah memancar keluar dari takhta itu bagai berkas-berkas cahaya yang mahaindah.

Dari situ sinar-sinar kemuliaan Allah tersebar keluar lalu menerangi dan dipantulkan di seluruh bahagian syurga.

Saya tidak tahu jangka masa saya berada di tempat ini. Tetapi saya diliputi rasa kagum yang amat sangat. Saya membayangkan begitu banyak orang yang sudah sampai ke syurga dan begitu banyak lagi yang akan sampai ke sana. Saya merenung tentang kekudusan Allah, kemurnian kebesaranNya, dan kesempurnaan sabdaNya. Tiba-tiba saya memekik: Oh Tuhan, betapa  indahnya aku memandang kemuliaan, kebesaran dan kekuasaanMu.

Seperti kebiasaannya, malaikat itu berseru lagi: “Mari,  ikutlah aku. Masih ada banyak hal lain yang belum dan akan aku  tunjukkan kepadamu.”

PUSAT PENCATATAN DI SYURGA

Saya terpesona melihat sebuah ruangan di syurga yang menyimpan catatan sangat terperinci mengenai semua kejadian di bumi. Malaikat itu berkata, Allah memiliki malaikat-malaikat untuk mencatat semua kejadian dalam setiap kebaktian di gereja serta kebaktian di rumah apabila namaNya diangkat dan dipuji.

Allah juga mempunyai catatan lengkap tentang kehidupan mereka yang tidak mengikut kehendakNya. Malaikat itu menunjukkan kepada saya tentang caranya para malaikat membuat catatan tentang wang yang dikumpulkan dalam kebaktian serta hati setiap orang yang memberi derma. Dia bercerita tentang mereka yang memiliki wang tetapi tidak mahu memberi bagi tujuan pekerjaan Tuhan.

Lalu saya teringat ketika Yesus begitu teliti memerhatikan persembahan dalam Bait Allah:

Pada suatu kali Yesus duduk menghadapi peti persembahan dan memperhatikan bagaimana orang banyak memasukkan uang ke dalam peti itu. Banyak orang kaya memberi jumlah yang besar. Lalu datanglah seorang janda yang miskin dan ia memasukkan dua peser, yaitu satu duit. Maka dipanggil-Nya murid-murid-Nya dan berkata kepada mereka: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya janda miskin ini memberi lebih banyak dari pada semua orang yang memasukkan uang ke dalam peti persembahan.Sebab mereka semua memberi dari kelimpahannya, tetapi janda ini memberi dari kekurangannya, semua yang ada padanya, yaitu seluruh nafkahnya.” (Markus 12:41-44)

Sementara banyak perkara ditunjukkan kepada saya, malaikat itu mengingatkan saya untuk tidak lupa mencatatkan kesemuanya ini. Dia berkata ada banyak hal yang akan menjadi misteri kepada saya kerana saya hanya melihatnya secara samar-samar (I Korintus 13:12). Namun dia menekankan bahawa saya harus menceritakan apa-apa yang dilihat kepada manusia di muka bumi.

Ketika kami sampai di bahagian lain di syurga, saya melihat sebuah koridor yang sangat panjang. Tembok-temboknya sangat tinggi dan tampaknya dibuat daripada platinum. Dari dalamnya, keluar bunyi gemuruh puji-pujian kepada Allah. Pujian itu tidak henti-hentinya dinyanyikan. Sekali lagi saya terpegun melihat keindahan tempat itu yang tembok-temboknya memancarkan sinar-sinar kemuliaan Allah. Apa ini,” saya bertanya kehairan, kerana tembok-tembok itu tidak berpenghujung sehingga saya tidak sanggup melihat di mana hujungnya.


GUDANG BERKAT ALLAH

Malaikat itu berkata, “Pandanglah bahagian atas tembok ini.” Di bahagian atasnya tertulis kata  Storehouse (rumah stor). Saya bertanya, “ini ruangan apa?” Malaikat itu menjawab bahawa ruangan-ruangan itu berisi berkat-berkat yang disediakan Allah bagi umatNya.

Syurga ialah kesucian yang sempurna, oleh sebab itulah Allah ingin memurnikan orang-orang kudusNya di bumi agar mereka dapat menikmati suasana di syurga. Syurga penuh dengan kesenangan, maka disebabkan itu Allah hendak memberikan kesenangan kepada umatNya di bumi. Syurga ialah kemerdekaan abadi, maka Allah menginginkan  umatNya mengalami pelepasan bahkan ketika masih di bumi. Syurga ialah keutuhan sempurna, dan disebabkan itu Allah mahu menyembuhkan umatNya di bumi. Syurga ialah keamanan sempurna, dan Allah ingin umatNya berasa aman tenteram di bumi. Syurga ialah keberhasilan dan pencapaian kepuasan. Oleh itu, Allah ingin melihat keinginan umatNya dipenuhi di bumi.

Ketika Yesus menyuruh kita berdoa “Jadilah kehendakMu di bumi seperti di dalam sorga” (Matius 6:10). Dia sebenarnya menyatakan bahawa Allah ingin kita merasakan suasana syurga itu berlaku di bumi.

 Umat Allah, di sana ada gudang-gudang penuh berkat yang disediakan Allah untukmu. Gudang-gudang itu menunggu di syurga dan anda harus menuntutnya untuk menerima berkat-berkat itu di sini, di bumi, sekarang. Allah ingin menyelamatkanmu, memberimu pelepasan  dan penyembuhan. Dia ingin anda mengetahui tentang “damai sejahtera Allah yang melampaui segala akal,” (Filipi 4:7). Dia ingin anda  mengalami “kegirangan yang tak terkatakan dari kemuliaan”  selama-lamanya (I Petrus 1:8).

YESUS KRISTUS SANG PENYEMBUH

Saksikanlah kemuliaan Allahmu,” seru malaikat itu lagi. Seketika dia lenyap dari pandangan saya dan di sisiku berdiri Yesus.

Saya memandang wajah Yesus. Ternyata perawakanNya lebih tinggi daripada yang saya bayangkan sebelumnya. JubahNya yang berkilau-kilauan itu terurai begitu elegan dan mantap. SandalNya yang khas membungkus kakiNya yang kudus. Wajah dan rambutNya begitu anggun dan indah.

Sambil terpesona memandang wajahNya, saya bertanya, “Yesus, ruangan apa ini?”

Tuhan tidak menjawab. Tetapi Dia menghulurkan tanganNya ke arah tembok. Tiba-tiba tembok itu terbuka sendiri. Di sekeliling tepi pintu itu saya melihat kemuliaan, kuasa dan cahaya. Seperti objek lainnya, hal ini pun bersaksi tentang kemuliaan Allah. Saya memekik: “Oh, Tuhan, apa ini?”

Dia berkata, “AnakKu, ini semua untuk umatKu. Ini disediakan untuk orang-orang berdosa di bumi, kalau  hanya mereka percaya, Aku telah mati untuk membuat mereka lengkap.”

Sambil menatap ke dalam mataNya, saya diberi pengertian bahawa Dia menghendaki manusia percaya bahawa Dia, Yesus Kristus, telah mati supaya kita semua dapat menjadi lengkap. Dia berkata, “penyembuhan menanti semua orang di bumi. Akan datang harinya akan terjadi badai mukjizat dan penyembuhan di bumi.”

Yesus kembali melanjutkan: “AnakKu, sejauh matamu memandang, ini semua adalah bangunan tempat bekalan atau gudang-gudang berkat. Semua berkat di sini menunggu iman kepercayaan manusia di bumi. Perkara yang diperlukan mereka hanyalah percaya bahawa Aku  ialah Tuhan Yesus Kristus dan bahawa Aku sanggup melakukan semua ini. Hanya itu yang perlu dilakukan mereka lalu mereka akan  menerima semua berkatKu ini.

Nanti, ketika engkau kembali ke bumi,” Dia menegaskan, ingatlah, bahawa bukan dirimu yang akan menyembuhkan, bukan apa yang engkau gunakan, tetapi Aku. Ucapkan saja sabdaKu dan berdoa dan Aku akan melakukan penyembuhan. Percayalah bahawa Aku sanggup melakukan itu.”

Saya memekik kegirangan: “Kemuliaan bagiMu Tuhan, haleluyah. Terima kasih Yesusku.”

Kemudian Dia menurunkan tanganNya lalu tembok besar itu tertutup sendirinya lagi seperti sediakala.

Lalu malaikat dan saya bergerak dengan kepantasan yang sangat tinggi  dan tiba di suatu tempat lain. Di sini pun saya masih mendengar sorak pujian kepada Allah. Malaikat itu berkata, “Anak, aku telah diperintahkan Tuhan untuk menunjukkan kepadamu beberapa hal. Sampaikan semua hal ini kepada manusia di bumi.”

DAHULU, SEKARANG, DAN AKAN DATANG

Sehingga tahap ini, malaikat Tuhan mulai menyingkapkan kepada saya hal-hal yang sebelumnya selalu saya tanyakan. Dia mulai  membuka tabir sebuah misteri.

Dia berkata: “Allah telah berbicara kepadaku dan aku akan menunjukkan kepadamu tentang masa lalu, masa ini dan masa yang akan datang. Hal-hal yang akan kutunjukkan kepadamu akan membuat engkau kagum. Aku akan menunjukkan kepadamu apa yang terjadi ketika seseorang dilahirkan semula (lahir baru).

Aku akan tunjukkan kepadamu caranya dosa manusia dihapuskan oleh darah Anak Domba Allah di ruangan  -ruangan pencatatan itu.

“Aku akan tunjukkan apa yang terjadi ketika seseorang yang sudah dilahikan semula kemudian meninggal dunia lalu jiwanya datang ke syurga. Mari dan saksikan kemuliaan Allahmu.”

Dengan kepantasan yang sangat tinggi kami meninggalkan syurga dan kembali ke bumi.  Saya melihat bumi ini  seperti dalam suatu penglihatan, lalu malaikat itu berkata, “Pandanglah dan fahamilah.”

Malaikat itu membawa penglihatan itu melewati saya. Saya melihat ada sebuah bangunan gereja kecil dan indah. Tetapi saya tidak tahu secara tepat kedudukan gereja itu di bumi. Namun, bangunan itu benar-benar sebuah bangunan gereja, seperti di kawasan pedalaman.

Dengan bantuan malaikat Allah, saya diperbolehkan mengintip ke dalam gedung itu. Di sana ada sekitar 30 orang sedang duduk di bangku. Pendeta di mimbar sedang berkhutbah tentang Yesaya 55:6-7:

“Carilah TUHAN selama Ia berkenan ditemui; berserulah kepada-Nya selama Ia dekat! Baiklah orang fasik meninggalkan jalannya, dan orang jahat meninggalkan rancangannya; baiklah ia kembali kepada TUHAN, maka Dia akan mengasihaninya, dan kepada Allah kita, sebab Ia memberi pengampunan dengan limpahnya.”

Sambil menatap pemandangan itu, saya Nampak seorang malaikat gagah perkasa di atas gereja itu. Malaikat  yang membawa saya itu kemudian berkata: “Di setiap gereja ditugaskan seorang malaikat besar. Malaikat besar ini mengepalai malaikat-malaikat lainnya di gereja  itu.”

MALAIKAT-MALAIKAT DI GEREJA

Dua orang malaikat memegang buku berdiri di pintu masuk gedung gereja. Saya melihat jemaah Tuhan masuk dan keluar dari gereja itu. Kemudian malaikat yang membawa saya memberikan isyarat dengan tangannya lalu tampak bumbung gedung gereja itu tergulung sehingga saya dapat melihat ke dalamnya.

Di sisi kiri dan kanan pendeta yang sedang berdiri di mimbar itu berdiri pula dua malaikat Tuhan. Di belakang dua malaikat itu ada dua malaikat lagi sedang berdiri. Jadi, mimbar itu dijaga oleh empat malaikat Tuhan.

Di bahagian belakang berdiri dua malaikat lagi yang menjaga jemaah yang sedang beribadah. Dua malaikat lagi berdiri agak jauh di luar, sementara berdekatan altar itu berdiri dua malaikat lagi. Jadi ada cukup banyak malaikat Tuhan di gereja dan beberapa daripada mereka memegang gulungan kertas berserta pen di tangannya. Lalu malaikat penjaga saya berkata,” Sekarang akan aku tunjukkan apa yang akan terjadi.”

Dua malaikat berdiri di belakang gereja, iaitu di belakang jemaah. Dua lagi berdiri sekitar tengah-tengah lorong, dan di altar berdiri dua lagi malaikat lain. Malaikat kemudian berkata kepadaku, “Aku akan menunjukkan kepadamu apa yang akan terjadi.”

Pendeta mulai berbicara dan para pengumpul mulai mengedarkan kantung persembahan. Ketika persembahan diberikan, para malaikat mencatat sikap orang-orang yang memberikan persembahan. Mereka menulis isi fikiran daripada setiap orang yang memberikan persembahan-adakah ada orang yang memberi untuk pekerjaan Tuhan dengan rasa kesal, atau adakah ada orang yang memberi dengan bersukacita kerana yakin bahawa hal itu sebahagian daripada ibadahnya. Semuanya dicatat oleh para malaikat di dalam buku-buku mereka.

Kemudian dua malaikat besar yang berdiri di depan mimbar menganggukkan kepala kepada malaikat-malaikat lainnya.  Walapun semua kejadian ini tidak dapat dilihat oleh jemaah yang sedang beribadah di situ, saya dapat menyaksikan kesemuanya secara jelas. Malaikat yang membawa saya kemudian berkata: “Aku akan menunjukkan kepadamu sesuatu yang lain lagi. Perhatikanlah dengan teliti maka engkau akan diberkati.”

Tiba-tiba saya merasakan diri saya telah dipindahkan berada di belakang pendeta itu. Ketika pendeta itu berbicara tentang ayat keenam, “Carilah TUHAN sementara Ia berkenan ditemui. Berserulah kepadaNya selagi Ia dekat,” tiba-tiba saya melihat sekelompok makhluk syurga (serafim) di dalam gereja itu. Sepanjang kebaktian itu para malaikat  bersorak-sorak. Pendeta itu diurapi sementara dia menyampaikan firman. Satu

daripada malaikat itu mencurahkan sesuatu yang bentuknya seperti api ke atas kepala pendeta itu. Kemuliaan Allah tampak mengalir keluar dari mulut pengkhutbah itu.

Pintu di bahagian belakang gereja itu terbuka dan seorang yang sangat mabuk berjalan dengan terhuyung-hayang masuk. Rupa-rupanya dia datang dari pulau kecil di seberang sana. Dia berkata: “Akulah salah satu daripada yang sedang kalian bicarakan, wahai pendeta. Aku memerlukan Tuhan. Aku perlu diselamatkan, kerana aku seorang pemabuk.” Dia berlutut di depan altar dan mulai menangis kepada Allah.

Dua orang paderi maju ke mimbar dan melayani orang ini. Sambil meletakkan tangan ke atasnya, mereka bertanya: “Adakah saudara bersungguh-sungguh ingin berurusan dengan Tuhan? Adakah saudara bersungguh-sungguh mahu diselamatkan?”     Ya, saya mahu diselamatkan,” jawab orang itu. “Saya pemabuk. Saya ingin dilepaskan daripada ketagihan.”

KETIKA SATU JIWA DISELAMATKAN

Tiba-tiba muncul dua malaikat lagi. Mereka membawa gulungan di tangan dan mulai mencatat kata-kata si pemabuk itu. Kemudian paderi mulai membimbingnya dalam proses bertaubat. Saya melihat si pemabuk itu penuh dengan dosa. Namun ketika paderi mulai berdoa untuknya, satu daripada malaikat itu mulai menyentuh hati orang ini, lalu asap hitam tebal bagai awan berisi hujan lebat meluap-luap keluar dari dada orang itu.

Saya langsung teringat akan firman Allah tentang dosa yang meluap-luap keluar dari hati:

Orang yang baik mengeluarkan hal-hal yang baik dari perbendaharaannya yang baik dan orang yang jahat mengeluarkan halhal yang jahat dari perbendaharaannya yang jahat.” (Matius 12:35)

Tetapi apa yang keluar dari mulut berasal dari hati dan itulah yang menajiskan orang. Karena dari hati timbul segala pikiran jahat, pembunuhan, perzinahan, percabulan, pencurian, sumpah palsu dan hujat.” (Matius 15: 18-19)

Orang ini mulai berdoa kepada Allah dengan tangan yang terangkat. Saya melihat tubuhnya dililit pita-pita hitam yang lebar. Dia dibelenggu segala macam dosa, tetapi dosa yang paling besar adalah pita dosa ketagihan alkohol dan bermabuk-mabuk. Seorang paderi berkata kepadanya: “Saudara harus mengakui semua dosa ini kepada Allah agar Dia memberimu pengampunan, maka saudara dapat dibasuh oleh darah Anak Domba.”

Ketika dia mulai mengakui semua dosanya, seorang malaikat menyentuh dia. Saya melihat api keluar dari tangan malaikat itu. Semua pita pengikat dosa itu terbakar dan terlepas daripada diri orang itu. Hal ini memberinya kelegaan yang luar biasa. Dia mulai mengangkat tangan dan memuji Tuhan. Dia berdiri dan saya melihat kemuliaan Allah turun ke atasnya. Saya tahu Tuhan telah menghiburkan dia kerana dia mulai bersorak sambil memuji Tuhan.

Kemudian dua malaikat besar itu saling berpandangan lalu menganggukkan kepala. Mereka menghampiri kami dan berkata, “Mari dan  saksikanlah kemuliaan Allah.”

KEMBALI KE RUANGAN PENCATATAN

Dalam kepantasan yang sangat tinggi, kami terbang kembali ke syurga bersama dua malaikat besar itu. Setelah masuk melalui pintu gerbang, kami berjalan menuruni sebuah jalan yang indah dengan beralaskan emas. Dengan sekelip mata kami tiba di sebuah ruangan yang sangat indah.

 Mari dan saksikan apa yang kami kerjakan di sini,” ujar malaikat pendampingku. Koridor panjang tempat kami berada itu bersambung ke ruangan-ruangan lain yang sama seperti ruangan yang telah kami masuk. Malaikat itu berkata: “Ada banyak ruangan seperti ini di syurga. Ruangan Ini dinamakan ruangan tempat menyimpan catatan. Engkau akan melihat apa yang berlaku di di dalam ruangan-ruangan ini.”

Malaikat itu berkata lagi: “Kita akan masuk ke ruangan menyimpan nama orang yang baru sahaja bertaubat itu.”

Di dalam ruangan itu,  saya melihat para malaikat yang datang dari bumi dan menyerahkan laporan yang ditulis di atas gulungan kepada seorang malaikat yang lain.

Ada beberapa tangga yang disandarkan pada dinding di dalam ruangan yang berbentuk empat persegi. Ada rak-rak menempel di dinding-dinding ruangan itu, dan di sana ada banyak buku, seolah-olah sama seperti perpustakaan di bumi.

Malaikat-malaikat lain berbaris di depan meja besar sambil memuji-muji Allah. Ukuran meja itu kira-kira 8 kaki kali 4 kaki. Di tengahnya ada papan emas berbentuk empat persegi dan meja itu keseluruhannya dibuat daripada emas padu. Sangat indah meja itu kerana ada ukiran berbentuk buah-buahan dan dedaun di permukaannya.

Inilah meja yang paling indah yang pernah saya lihat. Belum pernah saya melihat meja seperti itu atau gambarnya sekalipun di bumi. Saya diliputi perasaan kagum akan kekuasaan dan kemuliaan Allah yang memenuhi ruangan itu.

Malaikat-malaikat sedang turun dan naik di tangga itu. Mereka sibuk menarik buku-buku dari rak-rak itu kemudian mengembalikan ke tempat asalnya semula. Beberapa malaikat lain sedang berdiri berhampiran di situ sambil membawa laporan-laporan dari pelbagai pelosok bumi.

Saya memerhatikan buku-buku di dinding itu dan ternyata ada yang berbeza-beza warnanya. Kemudian, saya melihat dua daripada malaikat-malaikat yang tadi berada di gereja itu berdiri di satu baris sambil memegang sebuah buku yang telah diambil daripada rak itu. Buku itu berisi catatan kehidupan si pemabuk yang sudah bertaubat itu.

Malaikat berkata: “Adakah kamu melihat dua malaikat tadi yang berada di gereja itu?”

Ya,” jawab saya.

Kamu melihat buku yang dibawa mereka?”

Ya,” jawab saya.

Itulah buku yang mencatat seluruh kehidupan orang yang baru bertaubat itu. Mereka mengambilnya dari rak itu. Sekarang mereka mesti pergi ke ketua malaikat di sini.”

Malaikat menjelaskan bahawa di setiap ruangan pencatatan ada seorang melaikat yang menjadi ketua. Segala sesuatu yang  terjadi di sini mesti melalui ketua malaikat itu. Semuanya berjalan begitu rapi untuk memuliakan Allah. Saya terpesona menyaksikan semua kejadian itu. Ketua malaikat mengenakan jubah yang berkilauan. Saya tidak sanggup menggambarkan keagungannya. Rambutnya seperti emas yang berkilauan, jubahnya putih dan bertabur emas. Malaikat luar biasa ini memiliki rentang sayap berukuran 12 kaki. Dia malaikat paling indah yang pernah saya lihat.

Dia penjaga utama di ruangan itu. Dia menatap saya dan memberi isyarat agar saya pergi berdiri di sisinya.

Kuasa Allah memindahkan saya dan dalam sekelip mata saya sudah berdiri di sisi kanan malaikat indah itu.

Dia berkata: “Engkau diizinkan berada di sini supaya kami dapat menunjukkan kepadamu apa-apa yang terjadi ketika seseorang dilahirkan kembali di bumi.

Engkau harus menceritakan perkara ini kepada orang-orang di bumi.”Kejadian yang ajaib ini menggetarkan saya dan tidak dapat dilukiskan secara tepat dengan kata-kata.


MEKANISME PENYIMPANAN CATATAN

Sambil melihat ke depan, gemuruh pujian kepada Allah kedengaran dari berbagai-bagai penjuru. Saya mendengar loceng berbunyi, walaupun tidak tahu di mana loceng itu berada. Penuh keseronokan, gelak tawa dan gemilang, para malaikat yang berbahagia itu berdiri memegang buku-buku sambil menunggu giliran untuk melapor kepada ketua malaikat pencatat.

Saya mulai memuliakan Allah lagi bagi semua kejadian dan tindakan menakjubkan yang saya saksikan di situ.

“Apakah kamu melihat dua malaikat di depan meja itu?” tanya malaikat.

“Ya,” jawabku.

“Mereka hadir di sana ketika orang itu dilahirkan kembali.”

Malaikat itu menarik satu pesanan daripada gulungan, seolah-olah  ada penanda dalam buku. Saya tidak dapat melihat apa-apa yang tertulis di helaian kertas itu mahupun gulungan itu.

Kemudian, sambil menunjukkannya kepada saya, malaikat berkata: “Lihatlah apa yang tertulis di sini.”

Catatan itu ditulis dengan teliti dan tampak sangat bagus. Saya melihat di situ tertulis nama negara, nama negeri, nama bahagian negara, nama kota, dan nama gereja.

Malaikat itu menunjukkan kepada saya nama pendeta di gereja itu dan jumlah jemaah di dalam gereja. Dia menunjukkan pula susunan organisasi gereja. Semua data itu lengkap tercatat di situ. Dia juga menunjukkan nama orang-orang yang menghadiri kebaktian dan perincian  daripada persembahan  yang dikumpulkan mereka.

Nama orang yang baru dilahirkan semula tadi juga ada di situ. Begitu juga pesanan-pesanan Injil Tuhan Yesus yang diberitakan hingga jiwa ini bertaubat tercacat lengkap. Lebih terperinci lagi, jam, minit dan detik ketika orang itu bertaubat dan dilahirkan semula dicatat secara lengkap dicatatkan. Saya memekik: “Kemuliaan bagi Allahku.”

Ketika membaca hingga bahagian orang itu mengakui dosa dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat, malaikat yang membawaku berkata kepada dua malaikat itu: “Adakah benar kamu berdua ialah saksi bahawa orang ini telah lahir semula pada jam yang disebutkan di sini?”

Mereka menjawab: “Ya, benar, kamilah saksinya. Kami berada di sana ketika dia menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan  Juruselamat. Kami menyaksikan hal itu terjadi.”

Kedengaran gemuruh besar yang memuliakan, memuji  dan pekikan kegirangan yang mengejutkan. Seluruh syurga dipenuhi sorak-sorai itu.

Kemudian, malaikat itu menulis sesuatu di dalam buku itu kemudian menutupnya. Buku tersebut sangat tebal. Dia berkata kepada saya:  “Perhatikanlah di belakangmu.” Saya melihat di sana ada sejumlah besar orang, iaitu  jiwa-jiwa yang sudah ditebus berjubah putih bersih berbaris dalam kemegahan.

DARAH YESUS

Para orang kudus itu sedang memuji Allah Yang Mahaagung dengan lagu ini:

Oh, nothing but the blood of Jesus can wash my sins away.

Oh, nothing but the blood of Jesus can make me whole today.

Oh, nothing but the blood of Jesus can cleanse me today.

I’ve been redeemed by the blood of the Lamb.

[Oh, hanya darah Yesus yang dapat menghapuskan dosaku.]

[Oh, hanya darah Yesus yang dapat membuat aku utuh kini.]

[Oh, hanya darah Yesus yang dapat membersihkan aku kini.]

[Aku telah ditebus oleh darah Anak Domba.]

Sambil memandang ke situ, saya melihat buku orang itu diserahkan kepada salah seorang daripada para orang kudus yang sedang bersorak kegirangan. Halaman demi halaman semua tulisan yang lama di buku itu dicuci bersih. Mereka mengangkat halaman-halaman itu satu  demi satu. Saya melihat setiap halaman benar-benar sudah dicuci dalam darah Yesus. Tidak ada satu pun dosa orang itu yang tertinggal di dalam bukunya. Hal Ini mengingatkan saya tentang ayat daripada Yesaya:

“Aku, Akulah Dia yang menghapus dosa pemberontakanmu oleh karena Aku sendiri, dan Aku tidak mengingat-ingat dosamu.” (Yesaya 43:25) 

Saya berfikir: “Oh Tuhanku, betapa indahnya bahawa sabdaMu tetaplah relevan. Sebab semua dosa orang itu sudah terhapus dalam  darah Anak Domba.”

Saya memerhatikan buku tersebut diserahkan kepada seorang malaikat lain. Malaikat yang satu ini rambutnya panjang dan sangat indah rupanya. Buku itu diletakkan di atas dulang yang dipegang malaikat tersebut. Para malaikat itu saling memberi hormat dalam acara serah terima buku itu dan sebaik sahaja berlangsung, kedengaran sorakan dan pujian lagi memenuhi syurga.

Malaikat yang membawaku berkata: “Mari dan saksikan kemuliaan Allahmu.” Saya mulai meluncur dengan sangat cepat bersamanya melewati koridor di syurga.

KITAB KEHIDUPAN ANAK DOMBA

Saya berdiri lagi di depan takhta Allah. Umat yang disayangi Tuhan…, di situ saya mendengar bunyi sangkakala, dan tiupan trompet bagai membelah ruangan. Awan kemuliaan, kemuliaan Shekinah, menerangi seluruh kawasan di sekitar takhta itu.

Bunyi guruh bergemuruh yang dahsyat dan halilintar sambar-menyambar. Saya mendengar suara sejumlah besar orang kudus memuji Allah, katanya: “Kemuliaan bagi Allah, Halleluyah!”

Saya memandang panorama hebat ini dan melihat malaikat meletakkan kitab itu di atas altar Allah lalu membongkokkan badan sambil menyembah. Lalu, suara Allah bergema amat keras membelah udara. Namun saya mengerti setiap kata yang diucapkan Allah.

Allah berkata: “Satu jiwa lagi telah ditebus oleh darah AnakKu. Seorang lagi telah menerima keselamatan melalui darah AnakKu.”

Loceng syurga bersahut-sahutan menyambut pengumuman itu. Semua penduduk syurga bertempik, bersorak dan memekik kegirangan. Saya menundukkan badan lalu menyembah sambil memuji Allah.

Saya melihat Kitab Kehidupan Anak Domba (Wahyu 21:27) berada di atas altar Allah. Kelihatan satu tangan terhulur keluar dari awan kemuliaan itu lalu membuka kitab tersebut. Saya melihat nama orang yang bertaubat itu ditulis di dalam Kitab Kehidupan  itu. Kemuliaan bagi Allah. Para orang kudus di bumi, dengarlah…! Nama kita semua juga ditulis di sana, di dalam Kitab Kehidupan Anak Domba Allah.

Sambil memandang panorama menakjubkan ini, malaikat Tuhan berkata: “Mari dan saksikan kemuliaan Allahmu.” Dalam kepantasan yang sangat tinggi saya dibawa keluar dari syurga. Walau bagaimanapun, pada ketika itu saya sempat mengingati ayat dalam Yesaya 45:3-4:

Aku akan memberikan kepadamu harta benda yang terpendam dan harta kekayaan yang tersembunyi, supaya engkau tahu, bahwa Akulah TUHAN, Allah Israel, yang memanggil engkau dengan namamu. Oleh karena hamba-Ku Yakub dan Israel, pilihan-Ku, maka Aku memanggil engkau dengan namamu, menggelari engkau, sekalipun engkau tidak mengenal Aku.”

SUNGAI KEHIDUPAN

Dalam visi penglihatan yang seterusnya, saya melihat Tuhan membawa semua orang kudusNya melintasi Sungai Kehidupan. Sungai itu mengalir keluar dari takhta Allah dan Anak Domba (Wahyu 22:1). Ketika para kudusNya melewati sungai itu, mereka memekik: Kemuliaan bagi Allah kita.”

Kemudian saya melihat sejumlah besar orang kudus yang tidak terhitung banyaknya, mengenakan jubah putih yang sangat bersih, sangat indah yang belum pernah dilihat oleh mata manusia. Hal ini sama seperti yang diberitakan Yohanes dalam Wahyu 7:13-14:

Dan seorang dari antara tua-tua itu berkata kepadaku: ‘Siapakah mereka yang memakai jubah putih itu dan dari manakah mereka datang?’ Maka kataku kepadanya: ‘Tuanku, tuan mengetahuinya.’ Lalu ia berkata kepadaku: ‘Mereka ini adalah orang-orang yang keluar dari kesusahan yang besar; dan mereka telah mencuci jubah mereka dan membuatnya putih di dalam darah Anak Domba.’”

KEMBALI KE TAKHTA ALLAH

Sekali lagi saya dibenarkan masuk dan berdiri di hadapan takhta Allah. Saya sangat kagum memandang kemuliaanNya. Bunyi trompet terus bergema membuatkan saya terpukau. Tidak ada bahasa yang dapat saya gunakan untuk menggambarkan secara tepat kekaguman yang saya saksikan.

Ada 12 malaikat yang melayan berdiri di depan takhta Allah. Mereka mengenakan pakaian bergemerlapan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan bahasa manusia. Cuma yang dapat saya katakan ialah pada bahagian dadanya terdapat permata yang tertanam pada pakaian itu. Di atas kepala mereka terdapat seperti bahan syurga yang berwarna-warni sementara tepian jubah panjang yang dipakai mereka ialah emas.

Gema trompet itu memanggil para orang kudus untuk tampil satu persatu dan berdiri di depan takhta Allah. Ada sejumlah orang kudus, malaikat dan makhluk syurga lainnya yang tidak terhitung banyaknya berkerumun di situ. Semuanya sedang memuji-muni dan memuliakan Allah.

ORANG-ORANG YANG SUDAH DITEBUS

Orang-orang kudus yang ditebus dari segala zaman sungguh tampak indah dan mulia. Mereka ialah manusia sebenarnya dan bukan asap atau awan yang terapung di udara.

Di mana-mana saya lihat, saya tetap melihat malaikat yang sedang bersorak memuji Allah tanpa  hentinya.

Sambil berdiri di depan takhta Allah, saya mendengar suatu suara besar berkata:

“Lihatlah, kemah Allah ada di tengah-tengah manusia dan Ia akan diam bersama-sama dengan mereka. Mereka akan menjadi umatNya dan Ia akan menjadi Allah mereka.” (Wahyu 21:3)

Kemudian saya saksikan awan kemuliaan yang diselimuti halilintar yang sambar-menyambar dan diiringi bunyi guruh yang dahsyat dan juga suara-suara. Lalu, saya melihat tangan Allah terhulur keluar dari awan kemuliaan itu lalu menyapu air mata dari para orang kudusNya.  Firman Allah berkata, “Allah akan menyapu airmata dari mata mereka.” (Wahyu 21:4)

Saya mendengar Tuhan yang berkata:  “Ia akan menghapus segala air mata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala

sesuatu yang lama itu telah berlalu.” (Wahyu 21:4-5)

Tuhan berkata kepada para orang kudus: Aku tahu bahawa nama kamu semua tercatat di dalam Kitab Kehidupan Anak Domba. Disebabkan itu, selamat datang dalam sukacita Allahmu.”Benar sungguh, firman Tuhan  iaitu

“Maka kata tuannya itu kepadanya: Baik sekali perbuatanmu itu, hai hambaku yang baik dan setia; engkau telah setia dalam perkara kecil, aku akan memberikan kepadamu tanggung jawab dalam perkara yang besar. Masuklah dan turutlah dalam kebahagiaan tuanmu.” (Matius 25:21).

Dengan itu Tuhan menempatkan mahkota-mahkota kemuliaan di atas kepala para orang kudus yang suci.

Saya tahu bahawa berkat Allah akan terus mengalir bagi semua orang yang sudah ditebus. Saya tahu anugerah ini mengalir dengan tidak berkesudahan

SIMFONI SYURGA

Saya percaya Yesus Kristus menyingkapkan syurga kepada saya agar memberikan saya keseimbangan. Dia tahu bahawa sebelum ini saya telah berhari-hari dibawaNya ke neraka yang begitu mengerikan sehingga Dia perlu mengimbanginya dengan cara membawa saya ke syurga.

Dalam satu lawatan saya ke syurga, saya telah diperlihatkan gudang-gudang syurga. Malaikat Tuhan berkata: “Mari dan saksikan kemuliaan Allahmu.”

Rupa malaikat itu sangat elok dan tinggi. Sayapnya yang berwarna seperti pelangi berbentuk segitiga. Dia mengatakan bahawa Allah telah memberinya arahan untuk memperlihatkan sebahagian daripada syurga kepada saya.

Kami naik tinggi di angkasa dan masuk melalui pintu gerbang utama syurga. Di sana saya melihat ada banyak pohon berbuah lebat dengan buah yang sangat indah. Saya juga melihat ada keluarga-keluarga mengenakan jubah yang anggun sedang berjalan naik turun bukit sambil memuji Allah.

Muzik sangat indah berkumandang di seluruh tempat itu. Muzik dan nyanyian di syurga adalah ungkapan rasa kebahagiaan yang  amat sangat. Itulah bukti ada kedamaian dan kegembiraan besar di syurga.

Saya sudah menyaksikan paduan-paduan suara dan kelompok-kelompok muzik yang menyanyi di bumi. Tetapi, para orang kudus Allah, tidak ada satu pun di bumi ini yang dapat dibandingkan dengan keindahan

dan keanggunan muzik yang saya dengar di syurga.

Syurga itu setiap saat penuh dengan simfoni yang sangat indah. Bayangkan sekiranya anda dapat, jutaan suara sempurna menyanyi dengan merdu diiringi alunan musik sempurna di syurga. Tidak pernah terdengar walau hanya satu suara atau bunyi yang sumbang. Muzik dan suara di syurga  adalah simfoni yang sangat sempurna sekali.

Ada alat-alat muzik bertali, ada alat muzik tiupan seperti trompet dan banyak lagi alat muzik lain yang mengiringi nyanyian di syurga. Kesepaduan muzik yang sempurna itu berbaur mengiringi suara para orang kudus menyanyi dalam perasaan keriangan yang tidak terhingga. Semua suara dan bunyi muzik di sana dibuat dengan begitu sempurna oleh kuasa Allah.

Oh, begitu menyenangkan  sekali mendengar simfoni sempurna itu yang memuji-muji Allah dengan tiada hentinya. Kalau di bumi suara yang kedengaran sumbang atau tidak cocok dengan irama band di bumi akan sempurna di syurga. Di sana kita semua akan bergembira. Kumpulkan 10,000 orang dalam satu paduan suara di bumi dan dengarkan mereka bernyanyi. Hal ini tidak ada apa-apanya apabila dibandingkan dengan paduan suara dan muzik yang melantunkan simfoni indah di kota abadi Allah.

Gelombang demi gelombang nada dan irama pujian memenuhi panorama dan bergema melintasi semua jalan raya di syurga. Begitu indah dan menakjubkan hingga saya tidak dapat  berfikir tentang hal-hal lain ketika mendengar muzik di syurga.

Kemudian, malaikat itu berkata lagi, “Mari dan saksikan kemuliaan Allahmu.”

Saya ingat kami berjalan melewati suatu tempat yang sangat subur dan hijau seperti yang tidak pernah dibayangkan manusia.

Ada gugusan-gugusan bunga di bahagian tertentu pada rumput itu. Bunga itu cantik-cantik dan menyerupai bunga ros di bumi. Setiap pohon bunga memiliki paling sedikit satu kuntum yang sedang mekar. Para orang kudus, bunga-bunga itu indahnya sama  dengan nyanyian di syurga.


KUDA-KUDA DI SYURGA

Sambil berjalan bersama malaikat itu, saya melihat ada kuda-kuda putih yang elok. Saya teringat ayat Alkitab tentang kuda-kuda dan bagaimana Yesus menunggang seekor kuda putih dalam memimpin bala tentera syurga.

Lalu aku melihat sorga terbuka: sesungguhnya, ada seekor kuda putih; dan Ia yang menungganginya bernama: “Yang Setia dan Yang Benar”, Ia menghakimi dan berperang dengan adil. Dan mata-Nya bagaikan nyala api dan di atas kepala-Nya terdapat banyak mahkota dan pada-Nya ada tertulis suatu nama yang tidak diketahui seorangpun, kecuali Ia sendiri. Dan Ia memakai jubah yang telah dicelup dalam darah dan nama-Nya ialah: “Firman Allah.” Dan semua pasukan yang di sorga mengikuti Dia; mereka

menunggang kuda putih dan memakai lenan halus yang putih bersih.” (Wahyu 19:11-14)

Kuda-kuda ini kelihatan begitu cantik, dan seperti patung-patung besar yang dipisahkan daripada batu pijakannya, tetapi kuda-kuda itu kuda  benar-benar ada dan hidup pula. Telapak kakinya besar, warna kuda-kuda itu putih bersih dan berkuasa. Seorang perempuan yang memakai jubah indah  tersenyum sambil berbicara kepada kuda-kuda itu. Dia memberikan petunjuk agar kuda-kuda itu berlutut sambil memuji Allah. Semua haiwan suci itu serentak berlutut dengan lutut kanannya lalu memuji Allah dengan bahasa syurga.

Alangkah indahnya,saya berfikir.  Saya teringat ketika membaca ayat-ayat Alkitab tentang hal ini, bahawa semua makhluk di bumi dan di syurga akan menyembah Allah.

Demi Aku sendiri Aku telah bersumpah, dari mulut-Ku telah keluar kebenaran, suatu firman yang tidak dapat ditarik kembali: dan semua orang akan bertekuk lutut di hadapan-Ku, dan akan bersumpah setia dalam segala bahasa...” (Yesaya  45:23)

Karena ada tertulis: ‘Demi Aku hidup, demikianlah firman Tuhan, semua orang akan bertekuk lutut di hadapan-Ku dan semua orang akan memuliakan Allah.’” (Roma 14:11)

Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama di atas segala nama, supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi, dan segala lidah mengaku: ‘Yesus Kristus adalah Tuhan,’ bagi kemuliaan Allah, Bapa.” (Filipi 2:9-11)

Dan aku mendengar semua makhluk yang di sorga dan yang di bumi dan yang di bawah bumi dan yang di laut dan semua yang ada di dalamnya, berkata: ‘Bagi Dia yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba, adalah puji-pujian dan hormat dan kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya!’” (Wahyu 5:13)

Kedamaian, kegembiraan dan kebahagiaan bertebaran di semua penjuru syurga. Semua orang memuji-muji Allah setiap masa.

Tiba-tiba malaikat yang membawaku hilang. Yesus berdiri di sisiku. PerawakanNya sangat tinggi, dan Dia memakai jubah yang sangat lain daripada semua jubah yang saya lihat di sana.

Sorotan mataNya yang menembusi segala sesuatu tampak begitu anggun. JangguttNya sangat rapi dan rambutNya lebat. Saya membayangkan wajahNya, kelembutan yang terpancar dari wajahNya tidak dapat diceritakan dengan bahasa penulis. Keelokan rupa juruselamat membuatkan saya kagum dan terpesona.

Keseluruhan perasaan saya adalah seperti seluruh bahagian tubuh saya ingin membongkok untuk menyembah Dia, Raja Segala Raja dan Tuhan Segala Tuhan, Yesus Kristus namaNya. Kemuliaan dan kekuasaan memancar keluar dari sekeliling tubuhNya.

GUDANG KESEMBUHAN

Tiba-tiba saya lihat mata Tuhan Yesus sepertinya memantulkan kesedihan. Saya bertanya: “Yesus, ada apa?”

“AnakKu, tengoklah,” jawabNya.

Dia melambaikan tanganNya ke arah sebuah gedung dan tampak terbuka pintunya. Dari pintu itu, kemuliaan dan kekuasaan mengalir keluar bagai arus yang deras.

Saya bertanya lagi: “Yesus, ada apa lagi?”

AnakKu,” jawabNya, adakah engkau melihat penyembuhan di dalam gudang-gudang ini?”

Ya, saya lihat, Tuhan.”

Semua penyembuhan ini sedang menantikan umat Allah,” jawab Yesus.

Betapa banyaknya penderitaan dalam kehidupan di bumi. Ada penyakit, ketidaksempurnaan fizikal,kecacatan tubuh, dan banyak lagi penderitaan yang dialami manusia.

 Anda dapat melihatnya di mana-mana. Cubalah pergi ke rumah sakit atau pusat rawatan. Lawatlah wad bagi mereka yang menderita penyakit yang menular, penyakit gangguan mental, unit gawat darurat, dan tempat-tempat lain yang menjaga banyak orang yang menderita secara fizikal dan mental.

Penyakit adalah akibat daripada jatuhnya Adam dan Hawa ke dalam dosa di Taman Eden dahulu kala. Penyakit adalah akibat daripada dosa. Ada orang yang menganggap penyakit sebagai rintangan, tragedi manusia, atau mungkin sebahagian daripada kehidupan normal manusia. Padahal, penyakit ialah kutukan yang dilakukan oleh Iblis.

PENYEMBUHAN DI SYURGA

Keperluan untuk penyembuhan amatlah diperlukan.

Penyakit bukanlah kehendak Allah. Penyakit merupakan elemen bukan secara semula jadi daripada hukum ekonomi Allah. Penyakit tidak berasal dari Allah; penyakit tidak datang dari syurga. Hal ini kerana dosa berasal daripada kejahatan, bukan daripada sumber yang baik.

Ketika kita sampai di syurga, semua penyakit dan penderitaan langsung lenyap selama-lamanya. Paulus menulis hal ini ketika ia berbicara tentang pemulihan tubuh kita secara sempurna:

Sebab aku yakin, bahwa penderitaan zaman sekarang ini tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan kepada kita. Sebab dengan sangat rindu seluruh makhluk menantikan saat anak-anak Allah dinyatakan.” (Roma 8:18-19)

Walau bagaimanapun, penderitaan fizikal yang terberat di bumi ini tidak ada apa-apanya apabila dibandingkan dengan kesenangan dan kemuliaan menakjubkan yang bakal kita alami di syurga. Di syurga tubuh kita menjadi sempurna dan kita akan bersandar pada Kristus, kerana tidak akan ada lagi penderitaan fizikal.Namun, selagi kita  masih di bumi, Dia mahu kita disembuhkan, sekarang.

Salah satu nama Allah di dalam Alkitab adalah Jehovah-Rapha, yang bererti  “Tuhan, Penyembuh Kita.” Allah membuat perjanjian khusus dengan umatNya ketika Ia berjanji kepada bangsa Israel:

Jika kamu sungguh-sungguh mendengarkan suara TUHAN, Allahmu, dan melakukan apa yang benar di mata-Nya, dan memasang telingamu kepada perintah-perintah-Nya dan tetap mengikuti segala ketetapan-Nya, maka Aku tidak akan menimpakan kepadamu penyakit manapun, yang telah Kutimpakan kepada orang Mesir; sebab Aku Tuhanlah yang menyembuhkan engkau.” (Keluaran 15:26)

Walaupun penyakit ialah kutukan dosa, Yesus telah mengangkat kutukan itu melalui karya penebusaan dosa. Luka-luka dan bilur-bilur yang dideritai Kristus membayar harga untuk menebus dosa. Dia menjadi Juruselamat kita. Penderitaan Kristus lebih daripada sekadar  menebus dosa kita. PenderitaanNya membuatkan Dia dikenali sebagai Penyembuh kita.

Tetapi dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh.” (Yesaya 53:5)

Ia sendiri telah memikul dosa kita di dalam tubuh-Nya di kayu salib, supaya kita, yang telah mati terhadap dosa, hidup untuk kebenaran. Oleh bilur-bilur-Nya kamu telah sembuh.” (I Petrus 2:24)

MINTA YESUS UNTUK MENYEMBUHKAN

Khidmat penyembuhan Tuhan Yesus tidak berhenti ketika Dia terangkat ke syurga. Kisah Para Rasul adalah lanjutan daripada semua yang  telah dimulai Yesus (Kisah Rasul 1:1)

Yesus membentuk khidmat penyembuhan di bumi dan mengajarkan bahawa penyembuhan adalah sebahagian daripada kerajaanNya. Sebelum kembali kepada Bapa, Yesus memberi perintah kepada orang-orang yang percaya untuk pergi dan menyembuhkan orang sakit.

Dia berkata: “Tanda-tanda ini akan menyertai orang-orang yang percaya: mereka akan mengusir setan-setan demi namaKu, mereka akan berbicara dalam bahasa-bahasa yang baru bagi mereka;  mereka akan memegang ular, dan sekalipun mereka minum racun maut, mereka tidak akan mendapat celaka; mereka

akan meletakkan tangannya atas orang sakit, dan orang itu akan sembuh.” (Markus 16-17-18)

Yesus juga berpesan kepada kita dalam Yohanes 14:13-15: ... dan apa juga yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dipermuliakan di dalam Anak. Jika kamu meminta sesuatu kepada-Ku dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya. Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku.”

Yesus seakan-akan menghilang. Malaikat yang membawaku kembali berdiri di sisi saya dan berjalan bersama saya di antara gudang-gudang itu. “Betapa banyaknya gudang ini, Tuhan,” saya berkata dalam hati.

Yesus berbicara ke dalam rohku: “AnakKu, ketika engkau berdoa buat seseorang di bumi, berdoalah dengan memakai namaKu. Ingat, bukan engkau yang melakukan penyembuhan, tetapi Aku yang melakukannya. Mintalah Aku untuk mencelikkan mata yang buta atau menyembuhkan kaki yang tempang, dan Aku akan melakukannya. Mintalah Aku meluruskan rusuk yang bengkok atau menyembuhkan  tubuh yang sedang sakit, maka Aku akan menyembuhkan mereka.

Apa pun yang engkau mau Aku lakukan, mintalah itu di dalam namaKu maka Aku akan melaksanakannya. Sebab jawapan untuk semua persoalan itu sedang menunggu di dalam gudang-gudang ini, menunggu engkau memintanya.”

Yesus kembali menegaskan kepada saya bahawa berkat-berkat yang tersedia di dalam gudang-gudang itu memang diperuntukkan bagi umatNya, bagi orang-orang berdosa di bumi. Saya ingat Dia mengatakan bahawa dalam waktu terdekat akan terjadi badai penyembuhan di atas bumi.

Saya kemudian berfikir tentang penyembuhan yang sedang terjadi di bumi, lalu berkata: “Tuhan, betapa baiknya Kau menyembuhkan tubuh kami.”

Semakin usia kita bertambah, semakin lemah dan rosak tubuh kita. Hal ini adalah kesan daripada dosa dan kita tidak dapat bebas sepenuhnya daripada kesan dosa. Tetapi Allah tidak berkehendakkan usia kita dihabiskan dalam penyakit sehingga tidak dapat berbuat apa-apa. Allah menghendaki kita menjadi produktif dan aktif.  Disebabkan itulah Yesus telah mati agar kita dipulihkan sepenuhnya.

Yesus Kristus, Anak Allah, mencurahkan darahNya agar kita terbebas daripada neraka. Jika kita percaya bahwa Yesus Kristus ialah Anak Allah, maka kita memiliki pengharapan. Harapan bagi jiwa kita adalah dalam Yesus.

Yesus Kristus telah menderita agar tubuh kita disembuhkan. Di dalam Yesus ada berkat, dan pengharapan dan kelebihan kita. Dia sajalah pengharapan untuk menyempurnakan tubuh jasmani kita. Para orang kudus, di syurga ada gudang-gudang berkat yang belum kita tebus. Gudang-gudang berkat itu mesti ditebus oleh umat Allah yang  meminta dengan iman dalam nama Yesus. Ketika Dia masih di bumi, Dia pernah berkata:

“Aku pergi untuk menyediakan tempat bagi kamu.” (Yohanes 14:2).

Tempat yang disediakanNya itu ialah syurga. Tempat itu sangat indah dan segala sesuatu yang di sana itu indah.

Ketika saya bersaksi dalam buku ini dan berbicara tentang syurga, ingatan tentang tempat itu menyemarakkan jiwa saya. Terima kasih, Tuhan, untuk Firman yang begitu indah yang telah Dikau berikan kepada anak-anakMu.

 


ARAHAN DI SYURGA

Syurga itu tempat yang amat ramai. Tempat itu padat dengan banyak sekali kegiatan dan kegembiraan. Malaikat-malaikat selalu tampak sedang mengerjakan sesuatu, sibuk dengan berbagai-bagai urusan yang mulia.

Salah satu tujuan buku ini ditulis adalah agar saya menceritakan hal yang dikerjakan oleh para malaikat di syurga. Mereka selalu bergembira, tidak pernah letih, tidak pernah murung, dan selalu memuji Allah.

Orang-orang kudus yang sudah ditebus juga selalu tampak sibuk di syurga. Ada saja kegiatan yang dilakukan mereka di sana. Perincian tentang pekerjaan mereka tidak dapat saya jelaskan. Tetapi yang jelas di tempat abadi itu tidak ada orang yang menganggur. Para orang kudus mengerjakan pekerjaan yang tidak pernah ada di bumi. Mereka terlibat dalam kegiatan merangsang, menambah kegembiraan dan melaksanakan tugas-tugas menunaikan. Kebiasaannya mereka memuji-muji Allah sambil menyelesaikan tugas yang diberikan Allah kepada mereka.

Ketika saya melihat malaikat-malaikat yang membawa laporan naik dari bumi, mereka itu ternyata datang dari berbagai-bagai bahagian di bumi. Mereka telah mengunjungi berbagai-bagai acara kebaktian gereja dan perjumpaan doa.

Mereka selalunya akan membawa kertas-kertas putih yang berbentuk gulungan bertepian emas. Dari bumi

mereka terbang balik ke beberapa tempat di syurga dan menyerahkan laporan-laporan itu kepada malaikat lainnya untuk direkodkan.

PENGHUNI SYURGA

Di sebuah tempat di syurga saya melihat sejumlah laki-laki berjubah putih bersih dan sangat indah. Terkenang saya akan ayat  firman Tuhan di dalam Yesaya 61:10 yang berbunyi:

 “Aku bersukaria di dalam TUHAN, jiwaku bersorak-sorai di dalam Allahku, sebab Ia mengenakan pakaian keselamatan kepadaku dan menyelubungi aku dengan jubah kebenaran, seperti pengantin laki-laki yang

mengenakan perhiasan kepala dan seperti pengantin perempuan yang memakai perhiasannya.”

Orang-orang yang saya lihat itu memiliki ciri khas yang berbeza-beza dan berasal dari berbagai-bagai bangsa di bumi seperti yang difirmankan dalam Wahyu 7:9:

“Kemudian dari pada itu aku melihat: sesungguhnya, suatu kumpulan besar orang banyak yang tidak dapat terhitung banyaknya, dari segala bangsa dan suku dan kaum dan bahasa, berdiri di hadapan takhta dan di hadapan Anak Domba, memakai jubah putih dan memegang daun-daun palem di tangan mereka.”

Satu hal lain lagi yang membuatkan saya terpesona agak lama ialah syurga itu sebuah tempat yang teratur. Segala sesuatu yang dikerjakan di situ dikerjakan secara pantas, dengan betul dan dengan darjat kesempurnaan yang sangat tinggi. Tidak ada satu pun pekerjaan yang rendah mutunya, tidak ada satu pun kegiatan yang tidak bermutu tampak di sana.

Pemandangan yang paling menyenangkan adalah ketika saya melihat sebuah keluarga yang berjalan di atas bukit kudus. Keriangan dan kegembiraan mereka begitu besar dan tidak terkata. Mereka tampak sibuk mengerjakan pekerjaan luar biasa dalam hadirat Tuhan.

Segala yang dikerjakan di situ, entah dikerjakan secara sendiri-sendiri atau secara bersama-sama, selalu terjadi dalam kesempurnaan. Keadaan ini disebabkan syurga itu tempat yang bebas daripada kecacatan. Segala yang ada di situ sempurna dalam erti yang sesungguhnya. Kesenangan dan kebahagiaan yang sempurna terpancar keluar dari wajah, hati, dan tubuh setiap orang yang ada di syurga.

KETERATURAN YANG SEMPURNA

Keagungan, keteraturan sempurna dan tujuan yang pasti mewarnai segala sesuatu yang terjadi di syurga.

Pada setiap masa, para malaikat dan orang-orang kudus terlibat dalam pelayanan penuh kedamaian dan kesejahteraan yang sempurna. Tidak seorang pun tidak bekerja di syurga. Tidak seorang pun berasa bosan tinggal di syurga. Semua anak Allah, para malaikat dan semua makhluk syurga lainnya melayani Dia selama-lamanya.

Ketika kita menerima tubuh baru, iaitu tubuh syurga setelah kebangkitan orang-orang kudus, kita tidak akan lagi berasa letih atau lemah. Tidak ada seorang pun yang lesu badan. Disebabkan tubuh mulia yang ghaib itu tidak akan hilang kekuatannya. Dalam keabadian hidup, waktu telah tergantung malah fikiran, kehendak, dan tubuh kita tidak akan dapat terganggu oleh situasi dan keadaan seperti di bumi.

Untuk melibatkan diri dalam pekerjaan dan kegembiraan di syurga, kita hanya dapat ke sana dengan tubuh syurga. Hal ini dimulai ketika seseorang dilahirkan semula lalu ikut mengambil bahagian dalam bahagian syurga seperti diuraikan dalam II Petrus 1:4:

“Dengan jalan itu Ia telah menganugerahkan kepada kita janji-janji yang berharga dan yang sangat besar, supaya olehnya kamu boleh mengambil bagian dalam kodrat ilahi, dan luput dari hawa nafsu duniawi yang

membinasakan dunia.”

Seni bina syurga dirancang dan dibangun dalam kekekalan oleh Allah. Di suatu tempat, saya melihat semua deretan bangunan di dalam Kota Allah. Bangunan-bangunan itu sangat besar. Di atas setiap bangunan itu saya melihat mahkota yang teramat besar yang dibuat daripada sangat banyak permata. Saya tidak tahu ada berapa banyak orang tinggal di dalam istana-istana megah itu kerana saya tidak masuk ke dalamnya. Tetapi semua bangunan itu tampak kukuh, lengang dan luas, jauh melampaui mana-mana bangunan besar yang ada di planet bumi.

Saya teringat firman Tuhan yang berkata jika kita bekerja keras di bumi untuk Yesus, kita sebetulnya sedang menabung harta di syurga  (Lukas 18:22): Lalu, dalam ingatanku muncul ayat-ayat firman Tuhan seperti berikut:

Dan kedua puluh empat tua-tua, yang duduk di hadapan Allah di atas takhta mereka, tersungkur dan menyembah Allah, sambil berkata: Kami mengucap syukur kepada-Mu, ya Tuhan, Allah, Yang Mahakuasa, yang ada dan yang sudah ada, karena Engkau telah memangku kuasa-Mu yang besar dan telah mulai memerintah sebagai raja dan semua bangsa telah marah, tetapi amarah-Mu telah datang dan saat bagi orang-orang mati untuk dihakimi dan untuk memberi upah kepada hamba-hamba-Mu, nabi-nabi dan orang-orang kudus dan kepada mereka yang takut akan nama-Mu, kepada orang-orang kecil dan orang-orang besar dan untuk membinasakan barangsiapa yang membinasakan bumi.” (Wahyu 11:16-18)

Bersukacitalah pada waktu itu dan bergembiralah, sebab sesungguhnya, upahmu besar di sorga; karena secara demikian juga nenek moyang mereka telah memperlakukan para nabi.” (Lukas 6:23)

Sesungguhnya Aku datang segera dan Aku membawa upah-Ku untuk membalaskan kepada setiap orang menurut perbuatannya.” (Wahyu 22:12)

 

KENDERAAN ALLAH

Ketika kami berganjak pergi ke kawasan lain di syurga, malaikat yang membawaku berkata lagi: “Mari dan saksikan kemuliaan Allahmu.”

Malaikat itu menunjukkan kepada saya kenderaan Allah. Roda-roda kenderaan itu sangat besar sehingga saya tidak tahu mengukurnya dengan kata-kata. Roda-roda itu ditaburi permata  berlian, delima dan zamrud.

Setiap kenderaan memiliki paling sedikit dua roda besar di setiap sisinya. Bahagian depan kereta itu agak rendah dan terbuka. Semua kereta itu tampak diselubungi nyalaan api tetapi tidak terbakar. Kenderaan-kenderaan itu dikemudikan oleh para malaikat. Bentuk kenderaan itu sangat besar dan penuh dengan keagungan. Elia naik ke syurga dengan menggunakan kereta kuda. Tidak perlu berasa hairan kuda dapat berlari naik ke syurga. Hal yang mustahil dalam akal fikiran manusia itu tidak mustahil bagi Allah. 

TUBUH MULIA

Semua orang yang saya lihat di syurga itu mulia dan cantik. Tidak ada seorang pun orang di sana memiliki kedutan walau sedikit pun. Semua orang itu sangat berseri dan kacak.

Saya pernah mendengar orang berkata bahawa kelak nanti di syurga tubuh kita hanya bagaikan gumpalan asap. Perkara itu tidak benar. Tubuh kita akan memiliki bentuk dan sifat-sifat syurga.

Menurut Alkitab para  golongan tua ada dekat dengan takhta Allah: “Dan sekeliling takhta itu ada dua puluh empat takhta, dan di takhta-takhta itu duduk dua puluh empat tua-tua, yang memakai pakaian putih dan mahkota emas di kepala mereka.” (Wahyu 4:4)

Para ketua keluarga di syurga ialah orang-orang kudus yang tampak begitu anggun, iaitu mereka yang telah mendahului kita. Allah telah memberikan kehidupan kekal kepada mereka. Tubuh mereka ialah tubuh mulia seperti yang akan diberikan kepada orang-orang yang akan dibangkitkan kelak.

Dengar, umat Tuhan…, anda akan sangat bahagia di syurga, lebih daripada yang dapat anda bayangkan pada saat ini. Ketika saya berada di syurga, kenangan tentang rumah saya di bumi nyaris-nyaris tidak saya fikirkan. Hal ini disebabkan di syurga tidak ada kesedihan, tidak ada kesusahan atau sengsara. Saya sendiri tenggelam dalam sukacita yang amat besar dan terpesona oleh keindahan Tuhan kita.

Di syurga tidak ada kegelapan. Yang ada hanya kegembiraan, kuasa dan keagungan Allah terpancar dari segala tempat, khususnya ketika kita mendekati takhta Allah. Sungai kehidupan mengalir dari takhta Allah;  bagai lautan kaca itu terlalu indah untuk diperkatakan.

“Lalu ia menunjukkan kepadaku air Sungai Kehidupan, yang jernih bagaikan kristal, dan mengalir ke luar dari takhta Allah dan takhta Anak Domba itu.” (Wahyu 22:1)

Malaikat itu berkata “Mari dan saksikan kemuliaan Allahmu,” ketika saya berganjak pergi dari tempat itu.

Dengar, umat Tuhan…, saya dibawa dalam kepantasan yang sangat tinggi ke suatu tempat lain di syurga dengan sorak pujian dan alunan muzik terdengar kian bergema. Muzik itu mahaindah yang pernah saya dengar. Sorak dan teriakan kegembiraan bergema di  seluruh tempat.

Kemudian malaikat itu berkata lagi: “Kini kita makin dekat dengan takhta Allah.” Saya berkata: “Ya Tuhan, betapa indahnya tempat  ini.”

KETIKA ALLAH BAPA BERBICARA

Sebelum Allah Bapa berbicara, tampak 12 malaikat besar dan tinggi-kira-kira 12-15 kaki tingginya-berdiri di depan takhtaNya sambil  meniup trompet.

Permata yang sangat indah menghiasi bahagian depan jubah mereka. Dengan muzik yang bergema ditambah suara mereka, dan semua yang dilakukan mereka di situ, mereka tampak mendominasi suasana. Mereka sibuk melakukan persiapan sebelum Allah Bapa mulai berkata-kata.

Setiap kali Allah Bapa mengucapkan sepatah kata, saya melihat awan mulia menutupi takhta itu. Begitu juga ketika Yang Mahakuasa menyampaikan pesanan.

“Dan dari takhta itu keluar halilintar dan bunyi guruh yang dahsyat, dan tujuh obor menyala-nyala di hadapan takhta itu: itulah ketujuh Roh Allah.” (Wahyu 4:5)

Kemudian kuasa Allah naik dari bagian depan takhta itu. Di tengah takhta itu Yang Mahakuasa berdiam di dalam awan kemuliaanNya. Ketika Allah Bapa berbicara, suaraNya mengaum bagai desau air bah (Wahyu 14:2).

Tetapi saya mengerti setiap kata yang diucapkanNya. Suatu ketika Allah berbicara tentang darah AnakNya. Allah berkata bahawa darah AnakNya telah ditumpahkan bagi (penebusan dosa) semua manusia di bumi. Allah berkata bahawa hanya darah Yesus Kristus sajalah yang dapat menghapus dosa manusia (I Yohanes 1:7).

Dan barangsiapa yang mendengarnya, hendaklah ia berkata:Marilah!’ Dan barangsiapa yang haus, hendaklah ia datang, dan barangsiapa yang mau, hendaklah ia mengambil air kehidupan dengan cuma-cuma!” (Wahyu 22:17 )

Allah mengatakan bahawa darah anakNya dicurahkan untuk menebus dosa lelaki dan perempuan di bumi. Dia mengatakan bahawa harga yang paling mahal yang telah dibayarNya untuk menghapuskan dosa manusia adalah mengutus AnakNya sendiri untuk mati di kayu salib.

Sebab di dalam Dia dan oleh darah-Nya kita beroleh penebusan, yaitu pengampunan dosa, menurut kekayaan kasih karunia-Nya.” (Efesus 1:7)

“… di dalam Dia kita memiliki penebusan kita, yaitu pengampunan dosa.” (Kolose 1:14)

“… Yesus Kristus, Saksi yang setia, yang pertama bangkit dari antara orang mati dan yang berkuasa atas raja-raja bumi ini. Bagi Dia, yang mengasihi kita dan yang telah melepaskan kita dari dosa kita oleh darah-Nya.” (Wahyu 1:5)

Saya gementar, tetapi sangat gembira kerana dapat mendengar suara Allah. Suara Allah Bapa itu bagai ngauman yang mahadahsyat, tetapi sekali gus sangat menyenangkan dan saya mengerti setiap ucapanNya.

Saya berfikir: Ya Allahku, betapa indahnya Dikau. Dikau telah menyediakan segalanya untuk kita. “Engkau ya Tuhan telah menyediakan segala sesuatu untuk kami. Bahkan kami tak mampu memikirkan semua yang Engkau sediakan untuk orang-orang yang mengasihi Dikau” (I Korintus 2:9).

SYURGA ITU BENAR-BENAR WUJUD

Saya ingat ketika di sana saya berkata dalam hati: Sungguh, syurga itu benar-benar ada. Orang-orang yang saya lihat itu nyata. Malaikat-malaikat itu nyata. Semua yang indah-indah ini semua nyata. Suatu hari nanti saya akan datang lagi ke sini untuk terus melayani Tuhan.

Bagi saya, berbicara tentang Allah dan keindahanNya adalah sesuatu yang menyenangkan. Saya bersyukur dengan segenap hati kepadaNya kerana berkesempatan melayani Dia. Saya berterima kasih kepada Bapa kerana Yesus Kristus menyelamatkan saya daripada neraka durjana. Saya bersyukur kerana saya dilahirkan kembali dan menjadi anak Sang Raja yang ditebus oleh darah Yesus. Saya bersyukur dan berasa sangat beruntung bahawa Yesus ialah Tuhan saya.

Jika anda belum dilahirkan semula, anda perlu dibebaskan daripada semua dosamu itu. Undanglah Yesus Kristus untuk masuk ke dalam hatimu agar Dia menyelamatkan jiwamu.

Yakinlah bahawa Dia benar-benar Anak Allah. Percayalah bahawa Allah Bapa mengutus Dia ke dunia, Dia dilahirkan melalui Perawan Maria dan Dialah Anak Allah Yang Kudus yang dihantar ke dunia untuk menebus dosa semua kita agar kita terlepas daripada neraka. Hal yang paling penting, anda perlu yakin bahawa Yesus telah melakukan satu-satunya pengorbanan yang dapat menghapuskan dosamu  ketika Dia mati di kayu salib.

ANAK-ANAK DI SYURGA

Ketika mengajar dahulu Yesus pernah berbicara tentang anakanak. “Biarkanlah anak-anak itu datang kepadaKu dan janganlah melarang mereka, karena yang seperti inilah yang empunya kerajaan sorga.” (Matius 19:14)

Baca juga Matius 18:3-4: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika kamu tidak bertobat dan menjadi seperti anak kecil ini, kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga. Sedangkan barangsiapa merendahkan diri dan menjadi seperti anak kecil ini, dialah yang terbesar dalam Kerajaan Sorga.”

Markus 10:15: “Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa tidak menyambut Kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, ia tidak akan masuk ke dalamnya.”

Markus 9:37: “Barangsiapa menyambut seorang anak seperti ini dalam nama-Ku, ia menyambut Aku. Dan barangsiapa menyambut Aku, bukan Aku yang disambutnya, tetapi Dia yang mengutus Aku.”

Yoel 1:3: “Ceritakanlah tentang itu kepada anak-anakmu, dan biarlah anak-anakmu menceritakannya kepada anak-anak mereka, dan anak-anak mereka kepada angkatan yang kemudian.”

Bahagian syurga yang satu ini akan membuat banyak orang terperanjat. Saya tahu banyak orang tidak dapat menerima hal ini, tetapi saya tahu Allah sudah menyatakannya kepada saya ketika saya mengunjungi syurga. Hal ini berlaku semasa salah satu kunjungan saya ke syurga.

Saya didampingi malaikat hebat yang sayapnya merupakan pelangi berbentuk segi tiga. Dia mengenakan pakaian putih berkilauan dan rambutnya berupa emas yang lepas terurai. Susuk badannya anggun dan mulia. Cahaya kemuliaan dan kekuatan mengelilingi dia.

Dia berkata: “Mari dan lihat kemuliaan Allahmu. Allah telah bersabda bahawa saya harus menunjukkan tempat anak-anak berada dan apa yang terjadi ketika seorang anak meninggal dunia.”

Saya ingin menjelaskan bahawa ketika Tuhan membawa saya ke neraka, saya tidak melihat seorang anak pun di sana. Sepanjang ingatan saya, tidak nampak baik bayi mahupun anak-anak kecil di neraka.

Mungkin orang lain tidak dapat menerima hal ini, tetapi ingin saya sampaikan hal yang diperlihatkan kepada saya oleh malaikat Tuhan kepada saya syurga,neraka dan tempat kediaman anak-anak.

Bersama malaikat itu saya terbang tinggi di angkasa syurga dan ketika berhenti, dia berkata, “Saya harus menunjukkan semua ini  kepadamu.”

INGATAN

Banyak hal terjadi ketika saya bersama malaikat itu tetapi tidak semuanya dapat saya ingat sekarang, kerana saya tidak diperkenankan Allah untuk  mengingat semua hal yang saya lihat. Banyak peristiwa terjadi selama perjalanan saya ke syurga iaitu hal-hal yang saya lihat tetapi otak saya dibuat untuk tidak boleh mengingat kesemuanya. Apa yang saya ceritakan di sini adalah hal-hal yang diizinkan Allah untuk saya ingat agar disampaikan kepada Anda  semua tentang syurga.

Daniel mengerti sepenuhnya tentang penglihatan dan mimpi-mimpinya. Tetapi ketika Tuhan membawa saya ke syurga, ada banyak peristiwa yang terjadi yang tidak diterangkan maknanya kepada saya. Saya hanya dibawa ke berbagai-bagai tempat di syurga. Tempat yang paling menakjubkan ialah tempat tinggal bayi-bayi dan anak-anak kecil.

 

BAYI-BAYI YANG KEGUGURAN

Malaikat Allah berkata: “Mari dan lihat.” Dia menggerakkan tangannya dan tampak di sana sebuah rumah sakit. Saya melihat ruang bersalin. Seorang perempuan seperti mahu melahirkan anak

.

Malaikat berkata: “Dia keguguran. Bayi itu usianya baru tiga bulan.”

Saya menatap dengan teliti. Dua malaikat yang tampan mendekati tempat tidur perempuan itu. Mereka membawa sesuatu yang tampaknya seperti sebuah bakul bayi yang dibuat daripada pualam putih dan mutiara. Benda yang sangat indah sekali saya lihat. Di bahagian tengahnya terbuka manakala bahagian tepinya tertutup.

Malaikat itu terus memuji Allah. Saya mendengar dengan jelas sekali. Ketika terjadi keguguran, roh bayi yang berusia tiga bulan itu bagaikan  wap dan naik dari janin tersebut. Malaikat menangkap roh itu lalu meletakkannya di dalam bakul, kemudian menutup bahagian atasnya. Malaikat-malaikat itu kemudian mengangkat tangan menunjuk ke syurga, lalu mereka bersorak dengan menyanyikan pujian bagi Tuhan. Mereka  mengagungkan dan meninggikan Dia sebagai Raja Segala Raja dan Tuhan Segala Tuhan, Pencipta segala yang ada di syurga dan di  bumi. Mereka berseru, “Kemuliaan bagi Tuhan.”

Ketika dua malaikat itu naik melewati kami,  mereka berkata lagi: Mari dan lihat.”

Kami berjalan kembali melalui pintu gerbang masuk ke dalam syurga. Ya Tuhan, inilah bahagian yang sungguh paling indah di syurga. Saya belum pernah melihat tempat yang satu ini.

Saya ingat saya pergi ke suatu tempat di syurga bersama malaikat-malaikat itu. Saya didampingi malaikat yang membawa saya. Kami naik tinggi sekali dan saya dapat melihat lagi takhta Allah. Saya dapat mendengar lagi gemuruh sorakan pujian. Pada kali ini, kami menuju bahagian sebelah kiri dari takhta.

Ketika sampai di situ saya masih berucap: “Allahku, betapa indahnya Dikau. Betapa menakjubkan diriMu.” Dari segala penjuru sorakan pujian tiada hentinya.

Saudara tahu, Ayat Suci banyak berkata tentang malaikat. Ini adalah contohnya:

Mazmur 103:20. “Pujilah TUHAN, hai malaikat-malaikat-Nya, hai pahlawan-pahlawan perkasa yang melaksanakan firman-Nya dengan mendengarkan suara firman-Nya.”

Mazmur 34:7. “Orang yang tertindas ini berseru, dan TUHAN mendengar; Ia menyelamatkan dia dari segala kesesakannya.”

Matius 28:2-3. “Maka terjadilah gempa bumi yang hebat sebab seorang malaikat Tuhan turun dari langit dan datang ke batu itu dan menggulingkannya lalu duduk di atasnya. Wajahnya bagaikan kilat dan pakaiannya putih bagaikan salju.”

Yesus berbicara tentang dibawa ke syurga oleh malaikat-malaikat:

Lukas 16:22. “Kemudian matilah orang miskin itu, lalu dibawa oleh malaikat- malaikat ke pangkuan Abraham.”

MALAIKAT-MALAIKAT TUHAN

Banyak rujukan tentang malaikat-malaikat dalam Firman Tuhan. Saya berfikir bagaimana FirmanNya nyata melalui hal-hal yang terjadi lagi dan lagi. ketika wahyu itu diberikan kepada seseorang, hal itu memberi penerangan yang lebih mendalam.

Panggilan  yang mula-mula adalah melalui mimpi, penglihatan dan pewahyuan. Kesaksian saya sendiri hanyalah seorang hamba di tangan Tuhan dan disebabkan itu kerinduan saya adalah menyampaikan cerita tentang anak-anak.

Oh, betapa mulianya yang saya saksikan berserta puji-pujian yang memenuhi segala tempat. Terdapat halilintar dan guruh yang bergemuruh serta pelangi di sekeliling takhtaNya. Di takhta itu ada sesusuk tubuh  manusia, seperti seorang lelaki di dalam awan kemuliaan yang menutupi takhta itu.

Para malaikat meletakkan bakul itu di takhta Allah kemudian membongkokkan badan untuk menyembah. Sayap-sayapnya terangkat ke atas lalu sorakan pujian berkumandang memenuhi syurga: “Kemuliaan, haleluyah, pujian bagi Allah.”

 Tampaknya kami berada di sebuah arena yang amat luas. Malaikat-malaikat besar sedang meniup trompet seperti mahu mengumumkan  sesuatu.

Sekarang, saya tidak dapat melihat wajah Tuhan, tetapi saya melihat sesuatu yang seperti dilihat Musa (Keluaran 33:17-23). Kemudian saya  melihat ada tangan yang terhulur ke depan membuka bakul tadi. Saya tahu itu ialah tangan Bapa.

Umat Tuhan, dengar…, seandainya anda pun berada di situ ketika itu, betapa bahagianya dapat memandang kemuliaan Allah seperti yang sdiperlihatkan kepada saya. Kuasa kehadiranNya sungguh amat menyilaukan, tetapi sangat indah dan luar biasa.

Tangan itu keluar dari awan kemuliaan itu dan mengangkat jiwa bayi itu lalu mengeluarkannya kemudian meletakkannya di atas altar. Kemudian saya melihat tangan-tangan bekerja seperti sedang melakukan sesuatu terhadap jiwa bayi tersebut.

Setelah selesai pekerjaan itu, tampaklah sesusuk tubuh manusia yang begitu elok dan sempurna muncul di situ. Susuk bayi itu berkembang dan terus membesar hingga menjadi seorang manusia yang sangat tampan seperti yang belum pernah saya lihat di bumi.

DALAM PELIHARAAN ALLAH

Sejauh mata memandang tidak pernah saya lihat ada sesuatu yang cacat atau kurang sempurna di syurga.  Segala sesuatu yang hilang pada zaman Adam yang pertama dipulihkan oleh Adam yang kedua.

Saya percaya bahawa hanya pada tubuh Yesus dapat kita temukan “kecacatan” di syurga, iaitu tangan dan kakiNya yang berbekas paku serta sisiNya yang dulu ditikam. Tanda-tanda ini tetap selama-lamanya sebagai bukti bahawa hanya Dialah yang telah membayar harga yang begitu mahal untuk menebus dosa-dosa manusia.

Kemudian saya melihat sesuatu yang menurut hemat saya merupakan bahagian atas dari kepala Allah Bapa -bentuknya seperti bulu biri-biri (Wahyu 1:14). Suatu transformasi yang dahsyat terjadi ketika Allah menghembuskan nafas ke bayi itu lalu berkembang menjadi manusia sempurna.

Para malaikat mula memuji-muji Tuhan. Sambil menyaksikan kejadian ini, lenyaplah semua pertanyaan saya sebelumnya yang selalu menyelubungi saya tentang hal yang terjadi  terhadap bayi yang mengalami keguguran. Sekarang saya sudah mengerti bahawa bayi seperti itu ternyata hidup di syurga dan menjadi ciptaan sempurna dalam peliharaan Allah Bapa.

Kemudian, malaikat yang membawa saya naik tinggi, lebih tinggi ke suatu tempat di syurga. Kelihatan di sana ada banyak pohon rendang dan banyak buah-buahan yang sangat bagus. Ada banyak bunga dari pelbagai jenis dan variasi. Saya juga melihat banyak burung beterbangan yang tidak pernah saya lihat di bumi. Indahnya pemandangan itu tidak mungkin dapat dihuraikan dengan kata-kata.

Kami terus naik ke suatu tempat lain yang lebih tinggi. Gemuruh sorakan pujian kedengaran di sana. Seorang malaikat  yang sangat besar yang mengenakan jubah putih berdiri di sisi pintu gerbang. Dia berdiri di belakang sebuah meja. Dia membuka sebuah buku emas dan memberikannya kepada seorang malaikat lain.

Malaikat tersebut kemudian membuka buku itu lalu jalur-jalur cahaya yang sangat bersinar-sinar terpancar keluar dari buku itu dan mulai berkelip-kelip. Hal ini mengingatkan saya tentang jutaan bunga api yang memancar serentak.

Kemudian saya melihat para ibu bapa dan ahli keluarga serta  banyak orang lain secara individu bergerak ke segala arah mendekati orang-orang tertentu. Mereka bersorak-sorak dan melompat-lompat. Saya tidak mengerti apa-apa yang sedang berlaku.

Malaikat yang membawa saya berkata: “Orang-orang ini mengenali sanak keluarga mereka di sini.” Semua orang yang ketika di bumi putus anggota badannya, yang lumpuh, yang tempang atau meninggal pramatang sekarang menjadi manusia sempurna, menjadi manusia seutuhnya di syurga.

Di syurga anda akan mengenali semua orang. Anda akan kenal Abraham, Isak, Yakub. Anda akan kenal Musa dan semua nabi lain. Anda juga akan kenal semua murid Tuhan Yesus seperti yang diceritakan di dalam Perjanjian Baru.

Setiap orang di syurga mengenali setiap orang di syurga. Anda akan mengenali mereka sama seperti Allah mengenalimu (I Korintus 13:12). Pengetahuanmu akan sangat luas ketika berada di syurga.

Malaikat pengawal berkata lagi: “Mari, kamu akan masuk melalui pintu gerbang ini.”

Inilah pintu gerbang yang paling indah saya lihat di syurga. Tampaknya bagai pintu gerbang sebuah taman yang berkayu tetapi pintu gerbang ini dibuat daripada pualam putih bersih atau marmar. Terdapat bunga-bunga cantik di sekitarnya.

Kami masuk ke dalam dan menyaksikan penyatuan berbagai-bagai keluarga yang sedang bersorak gembira dalam keluarga besar Allah.

PENYATUAN SEMULA DI SYURGA

Raja Daud faham betul bahawa ketika bayi-bayi yang dilahirkan secara pramatang lalu meninggal, jiwanya pergi ke syurga sambil menunggu sanak saudaranya yang beriman datang ke situ pada kemudian hari. Ketika bayinya sendiri yang lahir di luar nikah melalui Betsyeba meninggal, Daud secara tulus bertaubat dari dosa perzinahannya dan kemudian menyedari Allah telah memberinya pengampunan (Mazmur 32:5).

Hal ini kerana Daud menemui kedamaian dalam keyakinannya bahawa bayinya akan tinggal di syurga bersama Allah (Mazmur 23:6) dan akan berjumpa dengan bayinya itu (II Samuel 12:23) maka ia dapat menghiburkan Betsyeba yang sedang berduka.

Baca II Samuel  12:13-24: “Lalu berkatalah Daud kepada Natan: Aku sudah berdosa kepada TUHAN.’ Dan Natan berkata kepada Daud: ‘TUHAN telah menjauhkan dosamu itu: engkau tidak akan mati. Walaupun demikian, karena engkau dengan perbuatan ini telah sangat menista TUHAN, pastilah anak yang lahir bagimu itu akan mati.’ Kemudian pergilah Natan ke rumahnya. Dan TUHAN menulahi anak yang dilahirkan bekas isteri Uria bagi Daud, sehingga sakit. Lalu Daud memohon kepada Allah oleh karena anak itu, ia berpuasa dengan tekun dan apabila ia masuk ke dalam, semalammalaman itu ia berbaring di tanah. Maka datanglah kepadanya para tua-tua yang di rumahnya untuk meminta ia bangun dari lantai, tetapi ia tidak mau; juga ia tidak makan bersama-sama dengan mereka. Pada hari yang ketujuh matilah anak itu. Dan pegawai-pegawai Daud takut memberitahukan kepadanya, bahwa anak itu sudah mati. Sebab mereka berkata: Ketika anak itu masih hidup, kita telah berbicara kepadanya, tetapi ia tidak menghiraukan perkataan kita. Bagaimana kita dapat mengatakan kepadanya: anak itu sudah mati? Jangan-jangan ia mencelakakan diri! Ketika Daud melihat, bahwa pegawai-pegawainya berbisik-bisik, mengertilah ia, bahwa anak itu sudah mati. Lalu Daud bertanya kepada pegawai-pegawainya: Sudah matikah anak itu? Jawab mereka: Sudah. Lalu Daud bangun dari lantai, ia mandi dan berurap dan bertukar pakaian; ia masuk ke dalam rumah TUHAN dan sujud menyembah. Sesudah itu pulanglah ia ke rumahnya, dan atas permintaannya dihidangkan kepadanya roti, lalu ia makan. Berkatalah pegawai-pegawainya kepadanya: Apakah artinya hal yang kauperbuat ini? Oleh karena anak yang masih hidup itu, engkau berpuasa dan menangis, tetapi sesudah anak itu mati, engkau bangun dan makan! Jawabnya: Selagi anak itu hidup, aku berpuasa dan menangis, karena pikirku, siapa tahu TUHAN mengasihani aku, sehingga anak itu tetap hidup. Tetapi sekarang ia sudah mati, mengapa aku harus berpuasa? Dapatkah aku mengembalikannya lagi? Aku yang akan pergi kepadanya, tetapi ia tidak akan kembali kepadaku.

Kemudian Daud menghibur hati Batsyeba, isterinya ...”

Malaikat Tuhan berkata kepada saya: “Mulai sejak terjadi janin di dalam kandungan, setiap bayi merupakan jiwa yang kekal. Apabila seorang bayi digugurkan atau keguguran, Allah mengetahuinya. Allah menugaskan malaikat-malaikat untuk memelihara bayi itu. Kami membawa jiwa-jiwa kecil itu ke syurga kemudian Allah membuat mereka menjadi ciptaan sempurna, tidak peduli sama ada bayi itu digugurkan atau meninggal secara alamiah.

Tangan Allah yang Mahakuasa itulah yang membentuk mereka  menjadi ciptaan sempurna. “Apabila ibu bapa para bayi itu hidup benar dalam Yesus Kristus, maka ketika mereka datang ke syurga mereka akan dipertemukan kembali dan mengenali anak-anak mereka. Mereka akan berjumpa di pintu gerbang kebahagiaan.”

PEMUJAAN SEKELILING TAKHTA

Saya bersyukur kepada Allah kerana berkesempatan menulis buku ini. Semua kenangan ini membara dalam hati saya terus-menerus. Memang banyak orang meminta saya menuliskan pengalaman ini dan berkongsi penglihatan tentang syurga yang diperlihatkan oleh Tuhan kepada saya.

Saya telah berkongsi pengalaman saya ke syurga dan neraka dalam setiap kesempatan mengunjungi gereja

-gereja yang saya layani.  Saya mahu membahagikan beberapa pengalaman lain yang saya alami di syurga kerana saya mahu anda mengetahui bahawa syurga itu benar-benar wujud. Yakinlah, bahawa apabila anda telah kehilangan seorang anggota keluarga atau orang yang dicintai, dia akan menemui anda di pintu gerbang kebahagiaan. Saya mahu anda mengerti hal ini, kerana kita memiliki harapan yang pasti dalam Yesus yang telah menyediakan tempat untuk kita.

Semua malaikat yang saya lihat di syurga itu besar dan kuat-kuat. Mereka memakai jubah yang bersinar-sinar secara luar biasa. Mereka sangat kuat tetapi juga tulus dan fikiran mereka selalu tertuju pada Allah. Malaikat-malaikat yang berdiri di pintu-pintu gerbang ialah malaikat pengawal yang memegang pedang terhunus.     Setiap kali saya melihat pedang mereka, saya selalu berfikir, “Kemuliaan bagi Allah,  haleluya, Allah benar-benar melindungi anak-anakNya. “

MALAIKAT-MALAIKAT TUHAN

Anda tahu, Alkitab banyak berbicara tentang malaikat dengan banyak bahagian yang merujuk kepada malaikat-malaikat. Sungguh menakjubkan tetapi kadangkala kita tidak mengendahkan kata-kata daripada Tuhan yang terbukti beberapa kali. Setelah terjadi pewahyuan, barulah kita mendapat lebih banyak penjelasan yang lebih tentang topik ini.

Berikut adalah beberapa pernyataan Alkitab tentang malaikat:

“… sebab malaikat-malaikat-Nya akan diperintahkan-Nya kepadamu untuk menjaga engkau di segala jalanmu. Mereka akan menatang engkau di atas tangannya, supaya kakimu jangan terantuk kepada batu. (Mazmur 91:11-12)

TUHAN, yang di hadapan-Nya aku hidup, akan mengutus malaikat-Nya menyertai engkau, dan akan membuat perjalananmu berhasil, sehingga engkau akan mengambil bagi anakku seorang isteri dari kaumku dan dari rumah ayahku.” (Kejadian 24:40)

Dan aku melihat seorang malaikat lain yang kuat turun dari sorga, berselubungkan awan, dan pelangi ada di atas kepalanya dan mukanya sama seperti matahari, dan kakinya bagaikan tiang api.” (Wahyu 10:1)

Kemudian dari pada itu aku melihat seorang malaikat lain turun dari sorga. Ia mempunyai kekuasaan besar dan bumi menjadi terang oleh kemuliaannya.” (Wahyu 18:1)

Sebab apabila orang bangkit dari antara orang mati, orang tidak kawin dan tidak dikawinkan melainkan hidup seperti malaikat di sorga.” (Markus 12:25)

Maka seorang malaikat dari langit menampakkan diri kepadaNya untuk memberi kekuatan kepada-Nya.” (Lukas 22:43)

Bukankah mereka semua adalah roh-roh yang melayani, yang diutus untuk melayani mereka yang harus memperoleh keselamatan?” (Ibrani 1:14)

Aku berkata kepadamu: Demikian juga akan ada sukacita pada malaikat-malaikat Allah karena satu orang berdosa yang bertobat.”(Lukas 15:10)

Saya merenungkan betapa sabdaNya terbukti dalam berbagai-bagai kesempatan. Setiap kali Tuhan memberikan pewahyuan kepada seseorang, makna sabdaNya semakin tersingkap. Dalam Firman Allah masih ada banyak rujukan lain tentang malaikat.

Pujilah TUHAN, hai malaikat-malaikat-Nya, hai pahlawanpahlawan perkasa yang melaksanakan firman-Nya dengan mendengarkan suara firman-Nya.” (Mazmur 103:20)

Malaikat TUHAN berkemah di sekeliling orang-orang yang takut akan Dia, lalu meluputkan mereka.” (Mazmur 34:7)

Maka terjadilah gempa bumi yang hebat sebab seorang malaikat Tuhan turun dari langit dan datang ke batu itu dan menggulingkannya lalu duduk di atasnya. Wajahnya bagaikan kilat dan pakaiannya putih bagaikan salju.” (Matius 28:2-3)

Yesus sendiri juga berbicara tentang cara manusia dibawa pergi ke syurga oleh malaikat. “Kemudian matilah orang miskin itu, lalu dibawa oleh malaikat-malaikat ke pangkuan Abraham.” (Lukas 16:22)

Sekali lagi saya dibenarkan masuk melalui pintu gerbang syurga. Saya teringat betapa besarnya kedamaian, kesejahteraan dan kegembiraan yang ada di sana. Oh! Kemuliaan nyanyian dan puji-pujian! Orang-orang kudus, Saya yakin tidak ada seorang pun di bumi dapat menggambarkannya secara tepat kerana bumi belum pernah merasakan kedamaian sebegitu. Sejak Taman Eden, bumi belum pernah mengalami kedamaian, kegembiraan dan lain-lain seperti yang ada di syurga.

Tidak ada penyakit di syurga. Tidak ada kerusi roda di syurga. Tidak ada orang yang memiliki ketidakupayaan fizikal di syurga. Semua orang sempurna dan sangat cantik. Tidak ada kepincangan. Tidak ada tipu daya dan kebohongan. Tidak ada dosa, kerana Allah tidak mengizinkan satu dosa pun mendekati syurga.

KEAGUNGAN YANG BESAR-BESARAN

Dalam kepantasan yang sangat tinggi malaikat yang membawa saya pergi lagi melintasi kawasan pepohon yang rendang dan berbuah lebat di tepi Sungai Kehidupan. Kelihatan setiap pohon di situ penuh dengan buah-buahan yang sangat bagus.

Sambil berjalan, saya berasa seperti menjadi sebahagian daripada irama muzik yang sedang berkumandang. Di syurga, setiap saat akan terdengar irama muzik dan selalu ada saja muzik-muzik dan nyanyian baru. Saya mendengar alunan muzik berkesinambungan memuji Allah.

Malaikat Tuhan berkata: “Kita akan berjalan di depan takhta untuk menyaksikan penyembahan kepada Allah.” Di sepanjang perjalanan, saya lihat orang-orang yang datang dari berbagai-bagai penjuru syurga. Mereka datang untuk menyembah “Raja  Segala Raja dan Tuhan Segala Tuhan.”

PENYEMBAHAN DI SYURGA

Pada awalnya jumlah mereka beberapa ratus. Kemudian bertambah dan menjadi beberapa ribu. Setelah itu bertambah dengan mendadak hingga tidak terhitung jumlahnya. Kami berada di sebuah tempat yang diceritakan oleh Rasul Yohanes dalam Wahyu 4:2-5, 10-11:

Segera aku dikuasai oleh Roh dan lihatlah, sebuah takhta terdiri di sorga, dan di takhta itu duduk Seorang. Dan Dia yang duduk di takhta itu nampaknya bagaikan permata yaspis dan permata sardis; dan suatu pelangi melingkungi takhta itu gilang-gemilang bagaikan zamrud rupanya. Dan sekeliling takhta itu ada dua puluh empat takhta, dan di takhta-takhta itu duduk dua puluh empat tua-tua, yang memakai pakaian putih dan mahkota emas di kepala mereka. Dan dari takhta itu keluar kilat dan bunyi guruh yang menderu, dan tujuh obor menyala-nyala di hadapan takhta itu: itulah ketujuh Roh Allah. Maka tersungkurlah kedua puluh empat tua-tua itu di hadapan Dia yang duduk di atas takhta itu, dan mereka menyembah Dia yang hidup sampai selama-lamanya. Dan mereka melemparkan mahkotanya di hadapan takhta itu, sambil berkata: Ya Tuhan dan Allah kami, Engkau layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan.”

Kelihatan  di depan sana ada awan kemuliaan Allah yang bergerak masuk dan keluar dari takhta. Bentuknya

seperti ledakan bom atom yang berbentuk cendawan. Tetapi setiap gumpalan awan kemuliaan itu berwarna-warni dan sangat menakjubkan.

Sebentuk pelangi kemuliaan yang bersinar-sinar melindungi takhta itu. Dari situ keluar kuasa Allah yang amat dahsyat dan tidak dapat  saya temukan ungkapan yang sesuai untuk menggambarkannya. Saya tahu bahawa susuk yang tampak di dalam awan kemuliaan itu ialah Allah Bapa. Ribuan tahun silam Allah menjadikan manusia menurut gambaranNya:

“Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.” (Kejadian  1:27)

Allah benar-benar mengambil tanah dari bumi ini dan membuatnya menjadi seorang manusia. Cuba bayangkan kehadiran Allah ketika  itu.

“… ketika itulah TUHAN Allah membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup.” (Kejadian 2:7)

Manusia itu memberi nama kepada segala ternak, kepada burung-burung di udara dan kepada segala binatang hutan, tetapi baginya sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia.” (Kejadian 2:20)

Oleh sebab Adam berseorangan - “Tetapi bagi Adam sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia.” (Kejadian 2:20) - Allah membuatnya tertidur dengan nyenyak. Allah membuka bahagian rusuknya lalu mencabut satu daripada tulang rusuk Adam dan membentuk perempuan daripadanya. Tuhan membentuk Hawa, iaitu pendamping dan teman Adam semasa hidupnya, yang juga diciptakanNya serupa dengan gambaranNya (Kejadian 1:27).

Bayangkan betapa mulianya manusia diciptakan serupa menurut gambaran Allah!

PERSIAPAN BAGI SANG RAJA

Penyembahan di hadapan takhta itu menyaksikan betapa indah dan kudus Allah kita. Ketika kami tiba di tempat perhimpunan itu, saya melihat banyak orang kudus dan malaikat. Walaupun sangat besar jumlah orang di situ, suasananya tetap tertib. Para orang kudus dan malaikat terus menyembah dan memuji Allah.

Sungai Kehidupan yang mengalir keluar dari takhta itu bagai lautan kaca yang begitu hening dan kristal yang sangat indah, cuma kaca itu mengalir kerana tempat itu benar-benar sungai.

Kemudian, wahai umat Tuhan, sekali lagi saya melihat kuda-kuda putih yang berbadan besar dan sangat anggun. Kuda-kuda ini tubuhnya seperti dibuat daripada pualam yang tidak ada cacat sedikit pun. Di atas punggung kuda-kuda ini terdapat selimut putih yang sangat rapi jahitannya dan tepiannya dilapisi emas. Di mulut kuda tampak tali kekang yang dibuat daripada emas. Kuda-kuda itu mengenakan perhiasan yang sangat indah di kaki dan di ekor. Kuda-kuda ini berdri tegap dan bersiap sedia di hadapan takhta Allah.

Saya melihat ada 12 malaikat berdiri di depan takhta sambil membawa trompet dan nafiri yang tergantung di pinggang. Mereka mengenakan pakaian yang bercahaya mengalir keluar dari jubah-jubah itu dan tertanam batu-batu permata mulia yang rapi.

Tiba-tiba muncul berbagai-bagai jenis alat muzik yang tidak pernah dibayangkan oleh fikiran manusia. Banyak pula hap kelihatan di sana. Betapa indahnya tempat itu. Saya memerhatikan secara teliti siapa yang berada di tempat peralatan muzik itu.

Saya berfikir ,“Oh, segala kemuliaan bagi Allah! Haleluya.”

 

SERUAN PENYEMBAHAN

Dengar, umat Tuhan, Roh Kudus menunjukkan kepada saya sesuatu secara amat jelas. Seorang perempuan berada di tengah antara kuda-kuda itu. Dia berdiri dengan diam. Para malaikat di depan takhta Allah, masing-masing mangangkat trompet dan nafiri lalu  membunyikannya. Bunyi alat muzik itu sungguh luar biasa indahnya mengiringi sorakan pujian, lalu terdengar suara:

Sekarang telah tiba masanya untuk memberikan pujian syukur tertinggi, menyembah Dia dalam nyanyian dan tarian, menyembah Dia dengan muzik, menyembah Dia kerana kebaikanNya. Dia sajalah Allah. Dialah Raja segala Raja dan Tuhan segala Tuhan.  Dialah Penebus dosa semua umat manusia.”

Pengumuman itu disambut dengan tiupan trompet dan sangkakala. Kemudian malaikat yang sedang membacakan pengumuman dari gulungan kitab itu berhenti dan satu tanda lain diberikan. Kuda-kuda yang mulia itu membongkokkan badan lalu berlutut. Kepala kuda-kuda itu serentak menunduk rapi dalam barisan sebagai penghormatan kepada Allah.

“… supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi.” (Filipi 2:10)

Dan aku mendengar semua makhluk yang di sorga dan yang di bumi dan yang di bawah bumi dan yang di laut dan semua yang ada di dalamnya, berkata: ‘Bagi Dia yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba, adalah puji-pujian dan hormat dan kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya!’” (Wahyu 5:13)

Kuda-kuda itu kemudian bangun lalu berlari dan melompat-lompat dengan girang di hadapan Tuhan. Kuda-kuda itu menunjukkan semua kemampuan untuk memuliakan dan menyembah Allah. Oh, betapa baiknya jika anda juga menyaksikan semua ini. Allah sungguh senang melihat  penyembahan itu.

MOTIVASI UNTUK MEMUJI ALLAH

Umat Tuhan, saya yakin bahawa banyak antara kita tidak menyedari sepenuhnya betapa Allah menyukai puji-pujian yang kita berikan. Kita patut memuji Allah, bukan kerana telah terlepas daripada semua kesusahan, melainkan kerana kita memang mencintai Dia.

Ketika kita menyembah Dia, kita tidak melakukannya untuk kepentingan kita. Kita memuji Dia kerana segala peristiwa luar biasa yang telah dilakukanNya dalam hidup kita, sepatutnya kita mengalihkan fokus kita daripada diri sendiri kepada Allah. Dalam proses penyembahan, barulah kita boleh menyedari bahawa Dialah satu-satunya  yang sanggup mengatasi semua masalah yang kita hadapi dan kita boleh mempercayaiNya untuk mendapatkan pertolongan. Oleh itu, sebenarnya kita sangat beruntung kerana dapat memuji dan menyembah Tuhan.

SANJUNGAN PUJIAN

Pada ketika itu, semua pemain muzik di syurga turut memainkan alat muziknya. Sejumlah besar penyanyi mendendangkan lagu pujian. Gemuruh sorakan pujian bergema lagi diiringi dentangan loceng kedengaran di seantero syurga. Berjam-jam suasana meriah itu terjadi dan semua tertuju kepada Allah.

Betapa indahnya saya mendengarnya dan betapa bahagia hati saya ketika berada di tengah sanjungan pujian itu. Di sana, di tengah-tengah pujian itu ingatan tentang planet bumi ini seperti lenyap ditelan kegembiraan syurga. Kesusahan dan masalah telah semakin jauh. Kengerian tentang neraka semakin hilang.

AMANAH YANG DIBERIKAN ALLAH

Walau bagaimanapun, saya menyedari bahawa saya mempunyai tanggungjawab yang diberikan Allah. Malaikat Allah menyentuh saya dan seketika itu tang dalam tubuh saya.

Dia berkata: “Anak, Allah membolehkan engkau melihat semua ini agar engkau memberitahu mereka dan mengingat semua ini. Wahyu, penglihatan dan mimpi diberikan kepadamu agar engkau dapat memberitahu hal ini kepada manusia di bumi tentang “segala sesuatu yang telah Allah sediakan bagi mereka ... yang mengasihi Dia dan melaksanakan perintah-perintahNya .” (I Korintus  2:9, Ulangan 7:9).

Kemudian, umat Tuhan, saya mendengar suara Allah. Mendengarkan suaraNya saja sudah membuatkan saya gembira yang luar biasa. Bunyi suara Allah Bapa itu bagaikan gemuruh, tetapi saya memahami kata-kataNya.

Mendengar sahaja suaraNya, saya langsung rebah dan bersujud, menyembah dan memuji Sang Raja Segala Raja dan Tuhan Segala Tuhan.

AYAT-AYAT TENTANG SYURGA DALAM ALKITAB

Ketika saya kembali ke planet bumi dan merenungkan semua peristiwa hebat yang telah ditunjukkan Allah, saya memeriksa Kitab Suci. Anehnya, di setiap lembar Alkitab, saya seperti sedang membaca sesuatu tentang syurga dan kebesaran Allah. Beberapa ayat yang saya temukan adalah:

Hanya Engkau adalah TUHAN! Engkau telah menjadikan langit, ya langit segala langit dengan segala bala tentaranya, dan bumi dengan segala yang ada di atasnya, dan laut dengan segala yang ada di dalamnya. Engkau memberi hidup kepada semuanya itu dan bala tentara langit sujud menyembah kepada-Mu.” (Nehemia 9:6)

Bukankah Allah bersemayam di langit yang tinggi? Lihatlah bintang-bintang yang tertinggi, betapa tingginya!” Awan meliputi Dia, sehingga Ia tidak dapat melihat; Ia berjalanjalan sepanjang lingkaran langit!” (Ayub 22:12, 14)

“… sebab Ia telah memandang dari ketinggian-Nya yang kudus, TUHAN memandang dari sorga ke bumi” (Mazmur 102:19)

TUHAN sudah menegakkan takhta-Nya di sorga dan kerajaanNya berkuasa atas segala sesuatu.” (Mazmur 103:19)

Biarlah semuanya memuji-muji TUHAN, sebab hanya nama-Nya saja yang tinggi luhur, keagungan-Nya mengatasi bumi dan langit.” (Mazmur 148:13)

Tetapi kamu sudah datang ke Bukit Sion, ke kota Allah yang hidup, Yerusalem sorgawi dan kepada beribu

-ribu malaikat, suatu kumpulan yang meriah…” (Ibrani 12:22)

                 

MAKHLUK-MAKHLUK  SUCI SYURGA

Ini kisah nyata tentang apa yang terjadi pada saya. Malaikat Tuhan datang lagi dan berkata kepada saya: “Saksikanlah kebesaran  Allahmu.”

Dengan pantas dia membawa saya lagi ke syurga melalui salah satu pintu gerbang indah itu. Setiap gerbang itu dibuat daripada mutiara tulen berhiaskan dekorasi yang amat cantik. Keindahan syurga itu tidak dapat diceritakan sepenuhnya. Kami berjalan melewati Sungai Kehidupan. Di sepanjang tepi sungai itu saya mendengar sorakan pujian yang tidak berhenti-hentinya. Sekali lagi saya dibawa ke depan takhta Allah yang seperti dikisahkan dalam bab keempat kitab Wahyu. Luar biasa gemuruh pujian dan penyembahan di situ.

Umat Tuhan..., takhta Allah yang saya lihat itu sama seperti yang diperkatakan dalam Alkitab. Ada pelangi di sekitarnya. Bayangan bersama awan kemuliaan dan keagungan kuasaNya. Saya mendengar suara-suara, melihat cahaya-cahaya dan kilat. Saya melihat tanda kuasaNya yang hebat.

Dan dari takhta itu keluar kilat dan bunyi guruh yang menderu, dan tujuh obor menyala-nyala di hadapan takhta itu: itulah ketujuh Roh Allah. Dan di hadapan takhta itu ada lautan kaca bagaikan kristal; di tengah-tengah takhta itu dan di sekelilingnya ada empat makhluk penuh dengan mata, di sebelah muka dan di sebelah belakang.” (Wahyu 4:5-6)

Sambil menyaksikannya, saya mendengar paduan suara malaikat yang bergemuruh di sekeliling takhta itu. Malaikat-malaikat itu tidak terhitung banyaknya. Lalu, saya melihat makhluk-makhluk syurga yang lainnya dan juga para tua-tua. Ada empat makhluk syurga dan 24 orang tua-tua, sama seperti yang ditulis di dalam Alkitab:

Maka aku melihat dan mendengar suara banyak malaikat sekeliling takhta, makhluk-makhluk dan tua-tua itu; jumlah mereka berlaksa-laksa dan beribu-ribu laksa…” (Wahyu 5:11)

Dan semua malaikat berdiri mengelilingi takhta dan tua-tua dan keempat makhluk itu; mereka tersungkur di hadapan takhta itu dan menyembah Allah…” (Wahyu 7:11)


SERAFIM DI DEPAN TAKHTA ALLAH

Dalam perjalanan kali ini, saya menyaksikan apa yang disebut serafim atau makhluk syurga di depan takhta Allah.

Makhluk ini memiliki mata yang besar, ada yang matanya di bahagian depan dan ada yang di bahagian belakang kepala mereka. Disebabkan itu, mereka dapat melihat ke depan dan ke belakang sekali gus.Setiap makhluk itu memiliki enam sayap. Ada yang  wajahnya seperti singa. Makhluk kedua, rupanya seperti anak lembu.

Makhluk ketiga berwajah manusia. Cuba anda bayangkan, makhluk yang tinggi dengan enam sayap. Makhluk keempat pula yang wajahnya seperti burung helang yang sedang terbang.

Kesemua makhluk yang luar biasa ini bertempik dan bersorak, “Kudus, kudus, kuduslah, Tuhan Allah Mahakuasa.”

Saya dapat merasakan pemandangan itu aneh kerana sebelum ini tidak pernah saya melihat makhluk seperti itu. Namun, saya betul-betul sedar bahawa Allah menciptakan mereka untuk tinggal di syurga. Saya memuji Allah kerana karya dan kuasaNya yang luar biasa itu. Ternyatalah Allah kita itu terlalu hebat.

Saya ingin anda memahami bahawa setelah melihat makhluk syurga itu saya mulai menyelidik tentang mereka dan saya menemui pernyataan Rasul Yohanes yang menakjubkan di kitab Wahyu 4:6-8:

“Dan di hadapan takhta itu ada lautan kaca bagaikan kristal; di tengah-tengah takhta itu dan di sekelilingnya ada empat makhluk penuh dengan mata, di sebelah muka dan di sebelah belakang. Adapun makhluk yang pertama sama seperti singa, dan makhluk yang kedua sama seperti anak lembu, dan makhluk yang ketiga mempunyai muka seperti muka manusia, dan makhluk yang keempat sama seperti burung nasar yang sedang terbang. Dan keempat makhluk itu masing-masing bersayap enam, sekelilingnya dan di sebelah dalamnya penuh dengan mata, dan dengan tidak berhenti-hentinya mereka berseru siang dan malam: Kudus, kudus, kuduslah Tuhan Allah, Yang Mahakuasa, yang sudah ada dan yang ada dan yang akan datang.”

TUGAS PARA SERAFIM

Alkitab memberitahu kita tentang serafim ini dan tugas mereka. Mereka terus-menerus memberikan pujian dan penghormatan kepada Tuhan. Bersama-ma dengan para tua-tua, memuji Tuhan adalah pekerjaan utama mereka:

Dan keempat makhluk itu masing-masing bersayap enam, sekelilingnya dan di sebelah dalamnya penuh dengan mata, dan dengan tidak berhenti-hentinya mereka berseru siang dan malam: Kudus, kudus, kuduslah Tuhan Allah, Yang Mahakuasa, yang sudah ada dan yang ada dan yang akan datang. Dan setiap kali makhluk-makhluk itu mempersembahkan pujipujian, dan hormat dan ucapan syukur kepada Dia, yang duduk di atas takhta itu dan yang hidup sampai selama-lamanya, maka tersungkurlah kedua puluh empat tua-tua itu di hadapan Dia yang duduk di atas takhta itu, dan mereka menyembah Dia yang hidup sampai selama-lamanya. Dan mereka melemparkan mahkotanya di hadapan takhta itu, sambil berkata: Ya Tuhan dan Allah kami, Engkau layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan.” (Wahyu 4:8-11)

Dan mereka menyanyikan suatu nyanyian baru katanya: Engkau layak menerima gulungan kitab itu dan membuka meteraimeterainya; karena Engkau telah disembelih dan dengan darah-Mu Engkau telah membeli mereka bagi Allah dari tiap-tiap suku dan bahasa dan kaum dan bangsa. Dan Engkau telah membuat mereka menjadi suatu kerajaan, dan menjadi imam-imam bagi Allah kita, dan mereka akan memerintah sebagai raja di bumi.” (Wahyu 5:9-10)

Maka aku melihat dan mendengar suara banyak malaikat sekeliling takhta, makhluk-makhluk dan tua-tua itu; jumlah mereka berlaksa-laksa dan beribu-ribu laksa, katanya dengan suara nyaring: “Anak Domba yang disembelih itu layak untuk menerima kuasa, dan kekayaan, dan hikmat, dan kekuatan, dan hormat, dan kemuliaan, dan puji-pujian!” Dan aku mendengar semua makhluk yang di sorga dan yang di bumi dan yang di bawah bumi dan yang di laut dan semua yang ada di dalamnya, berkata: Bagi Dia yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba, adalah puji-pujian dan hormat dan kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya!  Dan keempat makhluk itu berkata: “Amin”. Dan tua-tua itu jatuh tersungkur dan menyembah.” (Wahyu 5:11-14)

Dan semua malaikat berdiri mengelilingi takhta dan tua-tua dan keempat makhluk itu; mereka tersungkur di hadapan takhta itu dan menyembah Allah, sambil berkata: “Amin! puji-pujian dan kemuliaan, dan hikmat dan syukur, dan hormat dan kekuasaan dan kekuatan bagi Allah kita sampai selama-lamanya! Amin!” (Wahyu 7:11-12)

Dan kedua puluh empat tua-tua dan keempat makhluk itu tersungkur dan menyembah Allah yang duduk di atas takhta itu, dan mereka berkata: Amin, Haleluya. Maka kedengaranlah suatu suara dari takhta itu: Pujilah Allah kita, hai kamu semua hamba-Nya, kamu yang takut akan Dia, baik kecil maupun besar! Lalu aku mendengar seperti suara himpunan besar orang banyak, seperti desau air bah dan seperti deru guruh yang hebat, katanya: Haleluya! Karena Tuhan, Allah kita, Yang Mahakuasa, telah menjadi raja.” (Wahyu 19:4-6)

Ketika Ia mengambil gulungan kitab itu, tersungkurlah keempat makhluk dan kedua puluh empat tua-tua itu di hadapan Anak Domba itu, masing-masing memegang satu kecapi dan satu cawan emas, penuh dengan kemenyan: itulah doa orang-orang kudus.” (Wahyu 5:8)

Maka aku melihat Anak Domba itu membuka yang pertama dari ketujuh meterai itu, dan aku mendengar yang pertama dari keempat makhluk itu berkata dengan suara bagaikan bunyi guruh: Mari!” (Wahyu 6:1)

Dan ketujuh malaikat dengan ketujuh malapetaka itu, keluar dari Bait Suci, berpakaian lenan yang putih bersih dan berkilau-kilauan dan dadanya berlilitkan ikat pinggang dari emas. Dan satu dari keempat makhluk itu memberikan kepada ketujuh malaikat itu tujuh cawan dari emas yang penuh berisi murka Allah, yaitu Allah yang hidup sampai selama-lamanya. Dan Bait Suci itu dipenuhi asap karena kemuliaan Allah dan karena kuasa-Nya, dan seorangpun tidak dapat memasuki Bait Suci itu, sebelum berakhir ketujuh malapetaka dari ketujuh malaikat itu.” (Wahyu 15:6-8)

Saya melihat malaikat yang tidak terhitung jumlahnya ketika mereka mulai memuji Tuhan. Saya mendengar dan mengalami kejadian yang tidak dapat dilupakan bersama dengan para tua-tua yang memuji. Saya juga, memuji Raja, dan berfikir, ‘Oh, betapa mulianya melihat kemuliaan Tuhan Yang Maha Kuasa!’

KEMULIAAN SYURGA

Tuhan Yesus membawa saya ke syurga sebanyak 10 kali. Saya tiba di syurga dalam kuasa Allah. Hal ini terjadi dengan segera setelah Dia membawa saya ke neraka 30 malam.

Perjalanan ini berlangsung dalam musim Paskah. Yesus pertama kali muncul pada suatu subuh, antara jam 02:00 dan jam  05:00. Pada mulanya Dia membawa saya ke neraka untuk menunjukkan kepada saya tempat perhentian bagi semua manusia yang menolak atau tidak percaya kepadaNya.  Hal ini bermakna manusia yang tidak percaya kepada Yesus tidak akan pernah sampai ke syurga. Oleh itu, sebelum Dia membawa saya ke syurga, Dia terlebih dahulu membawa saya ke neraka dan menunjukkan tempat tinggal orang mati. Kunjungan ke neraka telah saya bukukan dalam buku berjudul  A Divine Revelation of Hell. Selesai sahaja perjalanan selama 30 malam ke neraka yang penuh kengerian itu, selama 10 malam berikutnya Yesus menunjukkan  kepada saya tentang  kemuliaanNya di syurga. Setelah itu masih ada lagi  kunjungan-kunjungan daripada Tuhan.

Semua yang saya tulis di dalam buku ini adalah kisah nyata yang saya alami sendiri. Roh Tuhan menyingkapkan kepada saya semuanya tentang apa yang saya ceritakan kepadamu.

Ketika Yesus Kristus membawa saya dalam perjalanan ini, saya terpesona kerana  syurga, tidak ada penderitaan, tidak ada kematian dan tidak ada penyesalan. Dalam syurga hanya ada kegembiraan, kedamaian, kebahagiaan dan roh-roh suci di mana-mana.

Saya terpesona dengan malaikat-malaikat syurga yang beribu-ribu jumlanya. Ada malaikat yang memiliki sayap dan ada juga yang tidak memiliki sayap. Setiap kali saya tiba di syurga, saya melihat setiap malaikat itu sedang sibuk mengerjakan sesuatu tugas. Mereka menyelesaikan semua tugas yang diberikan bahkan dengan sangat terperinci. Setiap malaikat memiliki tugas tertentu, jadi tugas mereka  berbeza-beza. Tetapi perkara yang sama adalah setiap daripada mereka selalu memuji Allah semasa melaksanakan tugas.

Mereka mengerjakan semua tugas itu dengan penuh  sukacita walaupun tampak begitu sibuk.  Misalnya, setiap kali jiwa-jiwa baru tiba di syurga, para malaikat menemui mereka dan menghantar mereka melewati Sungai Kehidupan. Jadi, ada malaikat yang tugasnya menghantar jiwa melewati Sungai Kehidupan. Malaikat penghantar ini menyerahkan jiwa-jiwa itu kepada malaikat-malaikat lain lagi yang tugasnya adalah memakaikan pakaian baru kepada jiwa-jiwa yang baru tiba tersebut. Pakaian keselamatan yang diberikan itu ialah “jubah kebenaran.” Setelah itu, malaikat penghantar membawa jiwa-jiwa itu ke sebuah ruangan lain bernama “ruang mahkota.” Di sini setiap jiwa akan menerima mahkota yang dipakaikan di atas kepalanya.

Semua keagiatan ini berlangsung secara sangat tertib dan sangat indah pula. Dalam melakukan tugas ini, para malaikat selalu tampak girang dan kebahagiaan terpancar daripada mereka.

Saya tidak pernah melihat loceng di syurga, tetapi saya selalu mendengar bunyi loceng berdentang secara teratur. Saya diberitahu bahawa setiap kali loceng di syurga itu berbunyi setiap kali itu juga ada jiwa baru yang diselamatkan di bumi. Hal ini dinamakan “kemuliaan syurga.”


PERABOT SYURGA

Setiap kali kunjungan ke syurga, saya sering melihat meja-meja yang amat cantik. Saya tidak tahu untuk mengungkapkan keindahan meja-meja itu dengan sepuasnya.

Di bumi ada banyak meja cantik seperti meja bergaya Victoria atau yang lain yang pernah  anda lihat, misalnya ada meja ditempatkan di sudut ruangan dan di  atasnya ada pasu bunga atau buku. Di syurga juga begitu. Tetapi, perbezaannya ialah meja-meja di syurga itu memiliki reka bentuk yang keindahannya adalah lebih halus buatannya.

Ada banyak sekali buku di mana-mana, di samping benda-benda lain.

 

CATATAN DI SYURGA

Dengar baik-baik, umat Tuhan, anda harus sedar setiap kali memberikan wang untuk kemuliaan Tuhan, atau setiap kali anda membayar perpuluhan, semuanya dicatat di syurga. Saya mengingatinya dengan baik tentang hal ini kerana ketika sampai di sana, Tuhan membuatkan hal ini tidak akan terhapus daripada ingatan saya.

Selama lawatan saya, saya melihat banyak malaikat yang baru saja kembali dari bumi. Mereka membawa laporan dari berbagai-bagai pelosok planet bumi. Mereka kemudian pergi ke pusat pencatatan syurga dan menyerahkan laporan-laporan itu kepada malaikat pencatat yang bertugas. Namun, sebelum itu, malaikat pembawa laporan akan membacakan laporannya. Malaikat pencatat kemudian bertanya: “Adakah benar engkau  menyaksikannya sendiri hal itu? Adakah benar kejadiannya sama seperti yang engkau laporkan?”Setelah laporan itu dipastikan kebenarannya, barulah direkodkan di dalam buku kehidupan jiwa-jiwa yang dilaporkan itu. Buku-buku ini  selalunya dibawa ke hadapan takhta Allah. Tetapi sebelum itu harus melewati suatu proses yang khusus terlebih dahulu.

Saya masih ingat dengan jelas bahawa Roh Tuhan sentiasa bergerak di syurga. Roh itu  jauh lebih hebat daripada apa-apapun di bumi. Segala sesuatu yang ada di bumi ini sebenarnya diciptakan berdasarkan model yang sudah ada di syurga, tetapi semua yang di bumi hanyalah pantulan atau bayang-bayang daripada apa yang ada di syurga. Misalnya muzik di bumi ini tidak ada  apa-apanya jika dibandingkan dengan muzik di syurga. Begitu juga dengan puji-pujian serta kemuliaan yang ada di syurga tidak dapat dibandingkan dengan apa-apapun yang ada di seantero bumi.

Allah memang menghendaki umatNya memuliakan Dia. Dari kitab Kejadian hingga kitab Wahyu, Allah menghendaki adanya keluarga  besar Allah yang mencintai Dia.

Hingga ke saat ini anda membaca buku ini, ingatlah bahawa syurga disediakan bagi orang-orang yang mengasihi Yesus Kristus. Suatu hari nanti saya akan pergi lagi ke sana. Suatu hari nanti anda pun akan pergi ke sana jika anda sudah bertaubat daripada semua dosa dan jika Yesus Kristus tetap kekal di hatimu. Hanya Yesus sahajalah yang dapat menghapuskan dosa manusia melalui darahNya yang kudus dan mulia. Berikutnya, saya akan berbicara tentang darah Yesus penghapus dosa manusia.


DARAH YANG MENGHAPUSKAN DOSA

Sebelum ini, saya sudah menjelaskan ruangan catatan di syurga. Tetapi saya mahu memberikan maklumat yang lebih terperinci lagi. Di dalam ruangan itu ada beberapa malaikat yang duduk sambil bekerja. Di depan mereka ada timba-timba yang dibuat daripada emas. Hal ini juga merupakan sebahagian daripada kemuliaan syurga.

Di depan malaikat-malaikat itu ada timbunan buku. Di dalam buku-buku itu terdapat penanda bacaan yang berisi pesanan-pesanan dari bumi tentang kehidupan seseorang. Setiap pesanan itu harus diperiksa oleh seorang malaikat besar yang bertugas melakukan penyimpanan data.

Saya melihat dua malaikat lain datang dari bumi sambil membawa pesanan-pesanan seperti yang tertulis di penanda bacaan itu. Setiap kali seseorang dilahirkan semula, maka satu pesanan dituliskan tentang hal itu dan dibawa ke syurga. Keadaan ini terjadi ketika seseorang bersungguh-sungguh bertaubat dan menerima Yesus di hatinya. Ketika seseorang benar-benar bertaubat daripada dosa-dosanya dan meminta Yesus menjadi Tuhan dan Juruselamatnya, maka di penanda bacaan itu akan ditulis bahawa orang tersebut telah menyerahkan  hidupnya kepada Tuhan.

Malaikat yang mengawasi timba-timba emas itu kemudian mengambil sebuah buku daripada timbunan buku itu. Setiap malaikat itu memegang sesuatu  yang tampak seperti secarik kain yang dibasuh dengan darah dan ini mewakili darah Yesus. Kain berwarna merah darah ini juga memancarkan sinar kemuliaan dan kuasa. Kain ini tidak kelihatan menyeramkan walaupun basah kerana darah, melainkan tampak sangat indah.

Setiap malaikat itu kemudian meletakkan buku yang telah diambil di hadapannya dan, mulai dari halaman yang paling awal, malaikat itu menghapuskan tulisan-tulisan di dalam buku itu dengan menggunakan kain berdarah itu. Hebatnya, walaupun kain penghapus itu berwarna merah, tetapi halaman yang dihapuskan tidak ternodai melainkan menjadi putih bersih. Atas petunjuk Allah, malaikat menghilangkan semua catatan lama di dalam buku-buku itu kemudian membuat catatan baru yang mengatakan bahawa orang berdosa ini benar-benar telah dilahirkan semula dan Allah tidak mengingati dosanya lagi.

Aku, Akulah Dia yang menghapus dosa pemberontakanmu oleh karena Aku sendiri, dan Aku tidak mengingat-ingat dosamu.” (Yesaya 43:25)

Dengar, anak-anak. Sabda Allah itu benar. Allah benar-benar menghapuskan dosa-dosa kita. Suatu pemandangan yang sungguh indah melihat para malaikat itu bekerja membersihkan halaman demi halaman buku-buku itu. Haleluyah, kerana Tuhan menghapuskan dosa setiap daripada kita yang mempercayai Dia. Sekali lagi saya mendengar gemuruh pujian. Lirik nyanyian itu adalah seperti berikut:

Oh, nothing but the blood of Jesus can wash my sins away.

Oh, nothing but the blood of Jesus can make me whole today.

Oh, nothing but the blood of Jesus can cleanse me today.

[Oh, hanya darah Yesus yang dapat menghapus dosaku.]

[Oh, hanya darah Yesus yang dapat membuat aku lengkap kini.]

[Oh, hanya darah Yesus yang dapat membersihkan aku kini]

Kemudian para malaikat bernyanyi:

Another one’s been redeemed

by the blood of the Lamb.

Another one’s been saved from the Devil’s hand

by the blood of the Lamb.

Another one’s been saved from hell

by the blood of Jesus Christ.

[Satu jiwa lagi telah ditebus]

[oleh Darah Anak Domba]

[Satu jiwa lagi telah dilepaskan dari cengkeraman Iblis]

[oleh darah Anak Domba]

[Satu jiwa lagi telah dibebaskan dari neraka]

[oleh darah Yesus Kristus]

Umat Tuhan, jangan pernah berasa malu untuk meminta kuasa darah Yesus. Dua ribu tahun silam darahNya dicurahkan untuk menghapuskan dosa kita. Sejak itu kuasa darah Yesus tidak pernah berkurang. Yesus mengalahkan syaitan “sekali untuk semua ketika Dia bangkit” (Ibrani 7:2,7) dan disalib demi kita semua.

Kristus turun dari syurga yang mulia. Dia dilahirkan oleh Perawan Maria. Dia menyerahkan diriNya agar kita dapat ditebus oleh darahNya yang mulia itu. Dia melakukan ini semua agar kita tidak dimasukkan ke neraka, tempat yang dahsyat diperlihatkan kepada saya.

Sahabat sekalian, ajaraNya adalah benar. Betapa girangnya hati saya ketika menyaksikan dosa manusia dihapuskan oleh darah Yesus. Semua catatan yang lama, dosa-dosa silam dan kekotoran. Kesemua yang lama itu telah hilang dan Allah tidak mengingat lagi semua dosa yang sudah dihapuskan itu.

ALTAR ALLAH

Saya sangat suka melihat altar Tuhan. Ketika saya berada di sebuah gereja yang dipenuhi Roh Allah, saya melihat ada altar yang sangat indah. Keindahan altar itu menyedarkan saya pasti sudah banyak air mata ditumpahkan di sana.

Dalam Perjanjian Lama, Allah berulang kali memberi perintah untuk merobohkan altar-altar penyembahan berhala. Contohnya seperti ayat berikut:

 “Mezbah mereka kamu harus robohkan, tugu-tugu berhala mereka kamu remukkan, tiang-tiang berhala mereka kamu bakar habis, patung-patung allah mereka kamu hancurkan, dan nama mereka kamu hapuskan dari tempat itu. Jangan kamu berbuat seperti itu terhadap TUHAN, Allahmu.” (Ulangan 12:3-4)

Umat Allah diperintahkan untuk melnghapuskan altar-altar penuh dosa yang tidak memuliakan Allah. Mereka diperintahkan untuk menghancurkan semua altar yang tidak menghormati Dia dan mereka diminta membangunkan dan menjaga altar untuk menyembah Dia. Inilah contoh arahan tersebut. Hanya Yesus sajalah yang dapat melakukan bagi kamu. Kamu tidak dapat melakukannya sendiri.

Baca Hakim-Hakim 6:25-26: “Pada malam itu juga TUHAN berfirman kepadanya: Ambillah seekor lembu jantan kepunyaan ayahmu, yakni lembu jantan yang kedua, berumur tujuh tahun, runtuhkanlah mezbah Baal kepunyaan ayahmu dan tebanglah tiang berhala yang di dekatnya. Kemudian dirikanlah mezbah bagi TUHAN, Allahmu, di atas kubu pertahanan ini dengan disusun baik, lalu ambillah lembu jantan yang kedua dan persembahkanlah korban bakaran dengan kayu tiang berhala yang akan kautebang itu.” 

ALTAR PADA ZAMAN SEKARANG

Dalam misi khutbah saya di seluruh Amerika, saya selalu merenungkan berkenaan altar Tuhan. Ketika kita maju ke hadapan  altar gereja dan menyerahkan hati kepada Tuhan , kita tidak malu menghadapi Dia. Altar  yang dikhususkan bagi Tuhan adalah tempat untuk kita berada dalam hadirat Allah, tempat untuk kita dapat memanggil-manggil Dia dan mengakui semua dosa kita dan kemudian meminta pengampunan daripadaNya.

Banyak antara kita yang telah merasakan kehadiranNya yang amat hebat. Dia menjawab doa kita. Kadang-kadang kita juga  merasakan tanganNya sedang merangkul diri kita. Ada sesuatu yang luar biasa tentang altar dalam Perjanjian Lama. Di sana kamu dapat berlutut dan menyembah Tuhan.

Kamu juga dapat memuji Allah ketika berada di rumah atau di dalam kereta.  Di mana-manapun kamu berada kamu dapat memuji Tuhan. Tetapi saya ingin mengatakan satu perkara: Altar ialah tempat kamu berjanji temu untuk berhubung dengan Allah secara intim.

Nabi-nabi dahulu dalam Perjanjian Lama mendirikan altar sebagai tempat untuk mereka dapat berseru kepada Allah meminta  pengampunan bagi umat Allah dan juga bagi diri mereka sendiri. Di altar itu mereka bertaubat dan mempersembahkan korban curahan darah atas nama umat. Allah menerima taubat dan korban itu.        

Namun, disebabkan Kristus telah mencurahkan darahNya sebagai korban yang paling tinggi maka kita tidak perlu lagi memberikan korban curahan untuk penebusan dosa. Tetapi kita tetap mesti bertaubat daripada semua dosa. Tempat yang paling baik untuk bertaubat ialah di mezbah atau altar. Oleh itu, ketika melihat altar gereja, jangan segan-segan maju dan berlutut di sana untuk berdoa sebaik mungkin.

Altar itu sangat bererti. Di setiap rumah mesti ada altar seperti itu, agar kita dapat sentiasa berbicara dengan Allah dan agar ada tempat untuk berdu-duaan dengan Allah.

Setiap kali saya berkhutbah, saya selalu mengatakan “ Jangan malu untuk maju ke altar ini, sebab di sini Allah akan berjumpa denganmu. Betul, Dia dapat menemuimu ketika kamu sedang duduk. Tetapi ada nilai yang lebih tentang altar yang diurapi Tuhan iaitu kamu merendahkan diri, mengangkat tanganmu dan berkata: Tuhan, aku ada di sini. Tuhan, saya di sini, ambillah saya dan pakailah saya demi kemuliaanMu.”

MENYEMBAH ALLAH SECARA TULUS

Hatimu harus selaras dengan kata-katamu ketika berdoa. Allah masih terus mencari orang-orang yang secara tulus hati mencintai dan memuji Dia. Allah masih terus mencari orang-orang yang mahu berbalik dari jalan hidup yang jahat dan bertaubat di hadapanNya. Dia masih mencari orang-orang yang mahu menyembah Dia dalam semangat dan kebenaran.

Dan umat-Ku, yang atasnya nama-Ku disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-Ku, lalu berbalik dari jalan-jalannya yang jahat, maka Aku akan mendengar dari sorga dan mengampuni dosa mereka, serta memulihkan negeri mereka.” (II Tawarikh 7:14)

Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahwa penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian. Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran.” (Yohanes  4:23-24)

Tuluslah di hadapan Allah. Jujurlah kepadaNya. Ketika maju ke altar, jangan sekali-kali berlutut untuk berkata “Betty bersalah kepada saya,” atau “Joe membuat aku kecewa.” Tetapi, katakanlah: Bapa, akulah yang bersalah. Itu sebabnya aku ada di sini untuk memohon pengampunanMu.” Engkau sendiri harus mengampuni mereka yang menurut pendapatmu telah bersalah kepadamu.

Tuhan ingin melihat umat yang dibebaskan agar mata yang buta dapat melihat dan telinga yang tuli dapat mendengar apa yang sedang dikatakan Roh kepada gerejaNya. (Wahyu 2:7).

Oh, kemuliaan syurga! Jika kamu dapat melihat apa yang menunggumu di sana! Kita menghadapi banyak cubaan dan godaan setiap hari dalam hidup. Kadangkala si musuh cuba untuk mengambil semuanya daripada kita, tetapi Tuhan memberikan kita kesabaran untuk bertahan dan akhirnya, kemenangan dicapai. Ada banyak tekanan dalam hidup, tetapi dalam Tuhan kita ada kedamaian dan keselamatan.

Jika kamu tidak punya rumah yang elok, yang kukuh, rumah gereja, saya minta kamu untuk mencari pendeta yang tahu Firman Tuhan dan percaya akan kuasa dari Yang Maha Kuasa untuk mengubah hidup dan hati kita. Carilah sebuah gereja yang percaya dengan kuasa Roh Kudus. Di sana kamu akan diajar tentang kebijaksanaan Tuhan dan akan dilepaskan daripada masalah-masalahmu, penderitaanmu dan dukacitamu.

Kamu tahu, adalah penting untuk bertemu dengan umat Tuhan yang lainnya. Alkitab mengatakan kepada kita untuk menggabungkan diri kita dengan yang lain (Ibrani 10:25). Jangan cuba berjalan sendirian. Tuhan mengasihimu, dan di sana ada orang-orang kudus yang mengasihimu juga.

SUKACITA YANG AKAN DINYATAKAN

Bahagian lain dari kemuliaan syurga merupakan misteri yang akan dinyatakan kelak. Saya tidak dibenarkan untuk melihat bahagian tersebut.

Namun yang pasti, dalam salah satu kunjungan saya ke syurga, saya melihat sendiri rumah-rumah megah dan istana-istana yang mahaindah. Hanya sekejap saja saya dibenarkan melihat istana-istana indah itu. Kemudian saya dibawa ke suatu tempat yang malaikat-malaikat sedang sibuk bekerja. Mereka mengerjakan berbagai-bagai bentuk pekerjaan. Tampaknya mereka baru saja tiba dari bumi dan masuk secara teratur. Setiap malaikat itu membawa kertas-kertas di tangannya.

Kadangkala ada juga malaikat yang membawa buku-buku yang penuh dengan catatan yang telah ditulis oleh mereka sendiri. Laporan dari bumi ini kemudian dibawa ke tempat-tempat tertentu untuk disimpan. Antara catatan itu ada catatan tentang ganjaran yang akan diterima semua orang kudus. Nanti, ketika Anda tiba di syurga, anda akan diberikan ganjaran untuk setiap pekerjaan yang telah anda lakukan di bumi untuk kemuliaan Yesus Kristus. Inilah sebabnya buku ini harus saya tulis. Saya menulis  semuanya ini demi hormat dan kemuliaan Tuhan Yesus Kristus.

Saya ingin anda memahami betul-betul tentang bahagian misteri yang di perkenankan Allah untuk saya saksikan. Benar, seperti kata Alkitab,“sebab pengetahuan kita tidak lengkap dan nubuat kita tidak sempurna.” (I Korintus 13:9) bahawa sekarang kita hanya mengetahui sebahagian saja dan kita hanya membuat ramalan sebahagian saja, sebab waktunya belum tiba untuk mengetahui segalanya. Itulah sebabnya Allah juga memperlihatkan hanya sebagian kecil daripada misteriNya di syurga.

Pujilah nama Tuhan, kerana nanti kita tiba di sana, di rumah kita yang abadi, semua pertanyaan kita akan terjawab, semua doa kita akan dijawab, semua kerinduan kita yang terdalam akan dipuaskan.

PENGLIHATAN KERJA PARA MALAIKAT

Saya mahu bercerita tentang penglihatan saya mengenai para malaikat yang sedang bekerja. Saya mahu anda faham tentang beberapa hal indah yang telah Allah nyatakan. Saya ingin berkongsi dengan kamu kegembiraan ketika kita tahu bahawa Tuhan menyediakan ganjaran untuk semua orang yang bekerja bagi kemuliaanNya.

Bapa di syurga begitu hebat kerana Dia terus menyingkapkan banyak “rahasiaNya kepada hamba-hambaNya-para nabi” (Amos 3:7). Keinginan Bapa di syurga adalah menyingkapkan semuanya ini kepada mereka yang peka terhadap wahyuNya dan mereka yang tergerak hati untuk menyebarluaskan pesananNya.

Beginilah firman TUHAN, Raja dan Penebus Israel, TUHAN semesta alam: Akulah yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah selain dari pada-Ku. Siapakah seperti Aku? Biarlah ia menyerukannya, biarlah ia memberitahukannya dan membentangkannya kepada-Ku! Siapakah yang mengabarkan dari dahulu kala hal-hal yang akan datang? Apa yang akan tiba, biarlah mereka memberitahukannya kepada kami! Janganlah gentar dan janganlah takut, sebab memang dari dahulu telah Kukabarkan dan Kuberitahukan hal itu kepadamu. Kamulah saksi-saksi-Ku! Adakah Allah selain dari pada-Ku? Tidak ada Gunung Batu yang lain, tidak ada Kukenal!” (Yesaya  44:6-8)

TUHAN menjawab saya, sedemikian: “Tuliskanlah penglihatan itu dan ukirkanlah itu pada loh-loh, supaya orang sambil lalu dapat membacanya.” (Habakuk 2:2)

Ada banyak contoh di dalam Alkitab tentang bagaimana Allah ingin menyatakan sesuatu kepada umatNya melalui utusan-utusan yang  diurapiNya. Sabda Tuhan itu sungguh benar. Menurut Alkitab,  Daniel mendapat penglihatan:

“… bermimpilah Daniel dan mendapat penglihatan-penglihatan di tempat tidurnya. Lalu dituliskannya mimpi itu …” (Daniel 7:1 NIV)

Apa yang engkau lihat, tuliskanlah di dalam sebuah kitab …” (Wahyu  1:11).

Yesaya ialah seorang nabi besar yang membawa pesanan penting untuk Yehuda kerana keberaniannya dalam menyampaikan pesanan Tuhan. Kitab Yesaya dimulai dengan kalimat: “Penglihatan dari Yesaya anak Amos, yang dilihatnya mengenai Yehuda dan Yerusalem” (Yesaya 1:1). Kerana Yehezkiel mendapat penglihatan daripada Tuhan (Yehezkiel 1:1), dia terpanggil dan diurapi untuk suatu misi kenabian.

Allah, dalam belas kasihanNya yang tidak terbatas, telah memanggil saya dan menyingkapkan penglihatan-penglihatan  yang berasal daripada diriNya sendiri. Saya bersyukur kepadaNya untuk hal ini. Ketika saya sedang berdoa dan bermeditasi, mencari kehendak Allah untuk hal-hal tertentu, Roh Kudus membolehkan saya mengetahui berbagai-bagai misteri syurga.

Panggilan saya dalam Tuhan adalah untuk menerima mimpi-mimpi, penglihatan dan wahyu untuk dikongsikan kepada banyak orang. Sebagai salah satu hamba Allah yang diurapi, saya hanya menjelaskan hal-hal yang dinyatakan Allah kepada saya. Saya percaya beginilah peranan alkitab yang harus saya  mainkan.

PENDEDAHAN KEBENARAN TUHAN

Ketika Tuhan Yesus Kristus menyatakan diriNya kepada saya, Dia memakai jubah putih yang berkilau-kilau, penuh cahaya kemuliaan  dan kuasa. Tinggi badan Tuhan Yesus, menurut yang saya lihat,  adalah 6 kaki (6 x 12 inci = 180 sentimeter). JanggutNya amat rapi. RambutNya lebat dan panjang, lepas terurai ke bahu. MataNya amat indah dan sorotan mataNya tajam menembus.

Gambar Tuhan Yesus yang paling mirip dengan wajah asliNya yang saya lihat itu adalah yang tergantung di lokasi Tembok Ratapan di Israel yang menggambarkan Dia sedang berdoa untuk orang-orang Yahudi dan Israel. Dia penuh dengan kasih sayang dan mengambil berat terhadap kita semua, sama seperti yang digambarkan oleh pelukis di Israel itu.

KENDERAAN BERAPI

Lihatlah kata-kata dalam Alkitab:

2 Raja-raja 6:17. Lalu berdoalah Elisa: “Ya TUHAN: Bukalah kiranya matanya, supaya ia melihat.” Maka TUHAN membuka mata bujang itu, sehingga ia melihat. Tampaklah gunung itu penuh dengan kuda dan kereta berapi sekeliling Elisa.

Ketika saya berada di surga, saya melihat kenderaan berapi, dengan para malaikat yang mengendalinya. Kelihatan kenderaan itu sangat besar, dan saya amat kagum dengan kemegahannya.

PEWAHYUAN TUHAN

Baca Kisah Para Rasul 1:10:Ketika mereka sedang menatap ke langit waktu Ia naik itu, tibatiba berdirilah dua orang yang berpakaian putih dekat mereka…”

Bagaimana mungkin seseorang membaca dan tidak mempercayai apa yang dibacanya? Allah secara terang-terangan memperlihatkan kepada manusia tentang adanya malaikat ketika Yesus terangkat ke syurga. Kita perlu mengerti bahawa Allah ingin menyatakan kuasa kemuliaan dan pekerjaanNya yang hebat kepada kita pada akhir zaman ini. Allah mempunyai banyak penglihatan untuk kita saksikan. Dia ingin menyampaikan semua kebenaran ini kepada kita supaya kita bergembira dan bekerja di bumi dengan senang hati untuk Dia.


MUKJIZAT DI GEREJA

Setelah semua penglihatan itu berlalu, saya mulai melayani satu acara di gereja. Saya tenggelam dalam doa dan meditasi yang khusyuk. Pada malam itu, di gereja, saya melihat banyak malaikat datang. Mereka memegang pedang yang dibuat daripada emas.

Roh Allah kemudian berbicara kepada saya dengan sangat jelas:

AnakKu, ketika tiba saatnya umat ini berdoa, Aku akan menyembuhkan berbagai-bagai penyakit. Aku mahu hal ini menjadi tanda dalam pelayananmu, bahawa penglihatan yang telah engkau lihat tentang neraka itu ternyata benar dan wujud. Sudah Kukatakan bahawa Aku akan memberi tanda-tanda ajaib dan mukjizat-mukjizat seperti yang ditulis di dalam Injil Yesus Kristus.”

Saya berasa sangat bahagia ketika mendengar kata-kata itu. Ketika saya sedang berkhutbah, tampak seorang malaikat memegang sebuah buku besar dan menuliskan semua yang saya khutbahkan. Tampak atap gereja itu seolah-olah terbuka dan di atas sana, takhta Allah dapat dilihat dari tempat saya berdiri. Kelihatan Para malaikat di atas sana sedang bertempik dan bersorak.

KETIKA RANTAI DOSA DIPUTUSKAN

Ketika tiba masanya untuk maju ke depan altar, saya melihat para malaikat berjalan-jalan di antara jemaah sambil memujuk mereka untuk berjalan ke altar dan menyerahkan hati kepada Tuhan Yesus. Ketika malaikat menyentuh hati setiap individu yang sedang berlutut di altar itu, asap dosa hitam pekat mulai berpusar-pusar keluar dari hati mereka. Sungguh menakjubkan sekali penglihatan itu. 

Saya melihat juga rantai-rantai yang membelenggu jemaah. Sewaktu mereka menerima pengampunan, para malaikat memutuskan rantai-rantai dosa tersebut dan membuangnya ke luar. Semua rantai pengikat itu mulai putus ketika orang-orang itu mulai mengangkat tangan sambil mengaku dosa kepada Tuhan Yesus.

Ada lagi perkara lain terjadi. Ketika Firman Allah saya bacakan, Firman itu tampak seperti pedang yang melompat keluar dari halaman-halaman Alkitab lalu menembusi tubuh setiap orang dan langsung menyembuhkan penyakit apa-apa pun yang dideritai mereka. Saya sendiri juga berasa hairan. Tetapi kemuliaan Tuhan memenuhi ruangan itu dan saya bersyukur Dia bekerja melalui mukjizat-mukjizat untuk menyalurkan berkat-berkat syurga ke bumi.

Tangisan dan pujian naik dari semua sudut ruangan mengiringi penyelamatan jiwa-jiwa itu. Dalam banyak pelayanan saya di berbagai-bagai tempat di bumi, Allah selalu menunjukkan mukjizat-mukjizatNya seperti ini dan banyak jiwa diselamatkan. Terpujilah nama Tuhan kerana semua tanda ajaibNya itu. Saya yakin betul bahawa malaikat masih terus bekerja sebegitu, membantu saya melaksanakan pelayanan bagi hormat dan kemuliaan Tuhan Yesus Kristus.

FIRMAN ALLAH

Dalam banyak khidmat kebaktian yang saya kunjungi, saya banyak melihat malaikat mengerjakan  hal yang indah. Anda tahu, malaikat ialah roh-roh yang melayani Tuhan. Mereka diutuskan untuk melayani semua orang yang mewarisi keselamatan (lihat Ibrani 1:13). Pada suatu ketika saya melihat seorang hamba Tuhan sedang berkhutbah. Ketika dia sedang berkhutbah, Allah membuka mata saya untuk melihat malaikat yang sedang berdiri di atasnya. Malaikat itu sedang mencurahkan ke atas kepala hamba Tuhan itu sesuatu yang tampak seperti minyak bercampur api yang keluar dari sebuah tanduk. Lalu saya melihat isi hati orang itu yang penuh dengan firman Allah. Firman itu keluar dari hati orang itu kemudian naik melalui kerongkongnya dan keluar melalui mulutnya. Saya lihat firman itu mengalir keluar dari mulutnya. Ketika firman itu menyentuh udara, firman itu berubah bentuk menjadi sebilah pedang tajam bermata dua.

Sementara itu, seorang malaikat lain kelihatan sedang mencatat semua yang diucapkan oleh hamba Tuhan itu.

Saya berkata: “Tuhan, ini benar-benar firmanMu yang keluar untuk umatMu di sini.”

Tampak seorang malaikat lain lagi memegang Kitab Suci. Ketika hamba Allah itu berkhutbah, kata-kata dalam Kitab Suci itu melompat keluar, masuk ke dalam hati pengkhutbah itu lalu keluar dari melalui mulutnya dan kata-kata yang keluar itu pun berubah bentuk menjadi  pedang bermata dua.

Sebagai utusan yang berdoa untuk orang-orang yang sakit, Tuhan membenarkan saya untuk melihat tompokan hitam di dalam paru-paru, kaki, hati atau bahagian lain daripada jemaah yang sakit. Pedang firman Allah yang keluar tadi menyentuh bahagian-bahagian tubuh jemaah yang sakit itu dan wap panas meluap-luap keluar mengelilingi bahagian tubuh yang sakit tersebut. Banyak kali ketika jemaah yang sakit didoakan, mereka berkata “Oh, saya dapat merasa wap panas daripada Roh”.

Saya dapat menyaksikan bagaimana penyakit di tubuh jemaah dibakar dan dilenyapkan oleh firman Allah. Bahagian tubuh yang sakit tadi menjadi sembuh ketika sel-sel baru dan kulit baru muncul menggantikan sel-sel lama yang tadinya diserang penyakit. Betapa indahnya menyaksikan cara Tuhan bekerja melalui mukjizat seperti itu. Terpujilah nama Tuhan Yesus.

Beberapa waktu kemudian, saya berbicara dengan beberapa anggota jemaah yang disembuhkan. Ada yang berkata: “Saya disembuhkan secara sangat ajaib hari itu.” Benar, umat Tuhan, di sini, di bumi, kita hanya melihat secara samar-samar. Kita hanya dibenarkan melihat dan mengetahui apa yang diizinkan Allah untuk kita ketahui. Apa yang saya lihat hanyalah apa yang Allah mempenarkan saya saksaikan, dan saya memberikan Dia segala penghargaan, penghormatan dan kemuliaan.

DATANG KE TAKHTA ALLAH

Saya menyedari betapa pentingnya peranan para nabi di dunia pada masa ini sama seperti peranan mereka di dunia pada masa dahulu. Saya mulai menyedari batapa pentingnya pelayanan seperti yang diberitakan dalam Efesus 4:11-12:

“Dan Ialah yang memberikan baik rasul-rasul maupun nabi-nabi, baik pemberita-pemberita Injil maupun gembala-gembala dan pengajar-pengajar, untuk memperlengkapi orang-orang kudus bagi pekerjaan pelayanan, bagi pembangunan tubuh Kristus.’”

Saya faham betapa pentingnya setiap daripada kita sebagai anggota dalam Tubuh Kristus.

Alkitab menjelaskan kepada kita bahawa kita dapat “menghampiri takhta kasih karunia, supaya kita menerima rahmat dan menemukan kasih karunia untuk mendapat pertolongan kita pada waktunya.” (Ibrani 4:16).

Kata-kata itu meyakinkan kita bahawa kita memiliki “penuh keberanian dapat masuk ke dalam tempat kudus” (Ibrani 10:19), kerana “hampir segala sesuatu disucikan menurut hukum Taurat dengan darah, dan tanpa penumpahan darah tidak ada pengampunan.” (Ibrani 9:22).

Kawan-kawan, saya bersaksi di sini bahawa semuanya adalah benar. Hanya darah Yesus Kristus sajalah yang dapat melakukan pendamaian bagi jiwa manusia. Darah dan firmanNya bekerja bersama dalam anugerahNya.

Sebab itu marilah kita dengan penuh keberanian menghampiri takhta kasih karunia, supaya kita menerima rahmat dan menemukan kasih karunia untuk mendapat pertolongan kita pada waktunya.” (Ibrani  4:16)

BANTUAN PADA WAKTU ITU

Berapa banyak kalikah kita memerlukan pertolongan? Kita menghidapi penyakit dalam badan. Kita akan menghadapi seksaan jiwa kerana cinta tidak berbalas. Kita akan mengalami perceraian. Kita kehilangan orang yang dicintai. Masalah anak yang hidup dalam kesesatan duniawi. Masalah seolah-olah tiada punca pendapatan langsung dan memerlukan pertolongan. Pada saat-saat begini, kita memerlukan pertolongan. Kita akan datang dengan berani menghadap takhta Allah dan berdoa: “Ya Allahku, aku memerlukan pertolonganMu.”

Dalam penglihatan yang diberikan Allah kepada saya tentang berbagai-bagai kejadian di muka bumi, setiap kali ada hamba Tuhan berdoa meminta pertolonganNya, Firman Allah ada di sana. Seorang malaikat yang memegang sebuah Kitab Suci besar datang ke situ. Malaikat itu membuka firman Allah lalu menolak wajah Iblis dengan firman itu. Si Iblis biasanya muncul dalam bentuk roh jahat ataupun ular. Ketika malaikat membuka Kitab Suci, Iblis langsung terpelanting jauh dan menjerit, kerana dia sememangnya tahu bahawa malaikat itu sedang menggunakan pedang tajam bermata dua.

Tidak semua mukjizat itu terjadi pada setiap gereja yang saya layani. Dalam roh biasanya saya dapat melihat hal-hal yang terjadi di berbagai-bagai tempat yang jauh. Kadangkala saya tidak tahu tempat apa yang sedang saya lihat di dalam roh atau masa hal-hal itu terjadi.

Puji syukur kepada Bapa di syurga kerana Tuhan Yesus telah mengalahkan Iblis secara menyeluruh demi kita semua, agar kita boleh memperoleh pelepasan dan hidup kekal. Dengan itu kita kini boleh secara berani menghadap takhta Allah yang penuh limpah kurnia itu di  mana-mana tempat pun kita berada.

 

PENGURAPAN DAN PENYEMBUHAN

Melalui Kitab Suci, belas kasihan dan berkat Allah sudah nyata tersedia demi menyembuhkan semua penyakit yang kita deritai. Saya ingin saudara bersemangat dalam firman Allah pada hari ini.

Jika anda mempunyai suatu keperluan, datanglah dengan berani menghadap takhta kemurahan Allah dan mintalah Dia menolong saudara. Hal ini disebabkan “malaikat-malaikat Allah adalah roh-roh yang melayani yang diutus untuk melayani semua orang yang menjadi ahli waris keselamatan” (Ibrani 1:14).

Saya yakin betul akan hal ini kerana saya mengalaminya. Saya sudah melihat semuanya dalam roh berulang kali. Ketika kita berseru  kepada Tuhan, Dia mengutuskan malaikat-malaikatNya untuk menolong kita melalui kuasa dan kebesaran firman dan rohNya.

Ketika syaitan-syaitan telah dibuang keluar dari diri seseorang yang dilayani, saya melihat roh-roh jahat menyembul keluar seperti bayang-bayang hitam. Ketika nama Yesus disebutkan, saya sering melihat malaikat menyeret keluar roh-roh jahat itu lalu mengikat mereka dengan rantai. Spontan saya berseru: “Oh Tuhan, betapa berkuasanya firmanMu untuk menyelamatkan umatMu daripada belenggu kuasa jahat. “

Firman Tuhan sajalah yang mengerjakan semua ini. Firman adalah kata-kata yang diucapkan Yesus. Hanya dalam nama Yesus yang  berkuasa itu semua kuasa kegelapan dapat ditakluk.

Sekarang, panggillah Yesus. Sebutlah namaNya, maka Dia akan menolong saudara. Anda akan dilahirkan semula dan dibebaskan daripada dosa-dosamu agar dapat memiliki istana megah di syurga.

KEKUASAAN FIRMAN

Suatu ketika saya berada di Malaysia. Orang-orang di sana sangat kehausan akan firman Tuhan. Saya sedar bahawa dengan kehadiran Allah di sana banyak orang akan melihat mukjizat. Kemuliaan Tuhan tercurah ke atas Malaysia ketika itu bagai hujan yang lebat.

Roh Kudus bergerak di antara umat yang berhimpun di sana dan menyelamatkan banyak jiwa. Banyak orang terjatuh dari kerusinya dan tersungkur ke tanah ketika mereka menerima Tuhan Yesus. Banyak jiwa diselamatkan ketika kuasa Tuhan  menyentuh mereka.

Ternyata betapa hausnya mereka akan firman Allah! Mereka bergegas ingin segera dilahirkan semula dan mengundang Yesus ke dalam hati  mereka. Kuasa Tuhan bekerja amat menakjubkan dalam kunjungan itu.

MAKANAN UNTUK FIKIRAN

Saya ingin saudara merenungkan ayat-ayat berikut ini:

“Kemudian bergeraklah Malaikat Allah, yang tadinya berjalan di depan tentara Israel, lalu berjalan di belakang mereka; dan tiang awan itu bergerak dari depan mereka, lalu berdiri di belakang mereka. Demikianlah tiang itu berdiri di antara tentara orang Mesir dan tentara orang Israel; dan oleh karena awan itu menimbulkan kegelapan, maka malam itu lewat, sehingga yang satu tidak dapat mendekati yang lain, semalam-malaman itu.” (Keluaran 14:19-20)

Anak-anak Tuhan, dengar! Tidak tahukah kamu bahawa Tuhan ingin untuk mengerjakan mukjizatNya dalam hidupmu pada hari ini juga, sama seperti yang dilakukanNya pada masa lalu? Sedarkah kita bahawa  kita sering  mengabaikan hal ini yang sudah semestinya mendatangkan keuntungan bagi kita? Hal-hal indah yang disediakan Tuhan bagi kita maka sering tidak kita hiraukan.

Berbagai-bagai jenis ilmu sihir, perdukunan dan sejenisnya di negeri kita. Hal-hal ini disalurkan oleh Iblis sebagai jawapan untuk memuaskan hati banyak orang. Orang pada zaman sekarang mencari petunjuk daripada berbagai-bagai sumber tentang kehidupan mereka. Tetapi saya mahu tegaskan kepada anda hari ini: Allah itu benar-benar ada dan Dia sajalah yang sungguh benar. Dia tidak mengizinkan kita untuk mencari pertolongan daripada sumber lain. Bapa di syurga membenci semua amalan ilmu ghaib, sihir, perdukunan dan apa  pun namanya di dunia.

Janganlah kamu berpaling kepada arwah atau kepada roh-roh peramal; janganlah kamu mencari mereka dan dengan demikian menjadi najis karena mereka; Akulah TUHAN, Allahmu.” (Imamat 19:31)

Sangat besar dosanya dan menjadi kesalahan besar apabila anda mencari pertolongan atau petunjuk melalui medium atau alat Iblis. Hal ini kerana malaikat Tuhan itu nyata dan diutuskan untuk melayani kita demi keselamatan kita.

“… sebab malaikat-malaikat-Nya akan diperintahkan-Nya kepadamu untuk menjaga engkau di segala jalanmu.” (Mazmur 91:11)

“… dalam segala kesesakan mereka. Bukan seorang duta atau utusan, melainkan Ia sendirilah yang menyelamatkan mereka; Dialah yang menebus mereka dalam kasih-Nya dan belas kasihanNya. Ia mengangkat dan menggendong mereka selama zaman dahulu kala.” (Yesaya 63:9)

Berkatalah Nebukadnezar: “Terpujilah Allahnya Sadrakh, Mesakh dan Abednego! Ia telah mengutus malaikat-Nya dan melepaskan hamba-hamba-Nya, yang telah menaruh percaya kepada-Nya, dan melanggar titah raja, dan yang menyerahkan tubuh mereka, karena mereka tidak mau memuja dan menyembah allah manapun kecuali Allah mereka.” (Daniel 3:28)

PASUKAN MALAIKAT SYURGA

Ketika Tuhan Yesus memperlihatkan neraka kepada saya, dapat saya saksikan dengan mata rohani saya bahawa rumah saya di bumi dikawal oleh firman Allah yang ditulis di udara.

Tiga pasukan malaikat Tuhan mengawal rumah saya. Ada yang duduk, ada yang  sedang bercakap-cakap antara satu sama lain. Satu pasukan lain yang kelihatan sangat berwibawa dan berkuasa juga tampak mengawal rumah itu. Jadi ada tiga pasukan malaikat yang mengawal rumah saya ketika roh saya dibawa ke neraka dan ke syurga. Kelompok yang ketiga berdiri begitu rapat satu dengan lainnya. Sayap mereka bersentuhan dan wajah mereka menghadap keluar. Malaikat dalam kumpulan ini sangat besar tubuh badannya dan  kelihatan bagai pahlawan-pahlawan perang yang gagah perkasa. Mereka memiliki pedang yang tergantung di pinggang. Setiap kali ada bayangan hitam cuba untuk mendekati rumah itu, mereka secara serentak mencabut pedang, bersiap sedia melindungi keluarga saya. Pedang yang ditarik mereka itu sebenarnya ialah firman Allah.

Ingatlah, “pedang Roh….yaitu firman Allah.” (Efesus 6:17). Pedang firman Allah itu ketika ditarik keluar dari sarungnya menyerupai nyalaan api yang akan menghanguskan musuh. Musuh akan hancur lebur dan menjadi debu.

Saya teringat firman Allah dalam Maleaki 4:3 yang  membuat saya kagum. Ingat, ketika Allah mengirimkan firmanNya, maka Petrus yang terbelenggu di dalam penjara dibebaskan oleh malaikat.

Apabila Tuhan mengirim FirmanNya, para malaikat membebaskan Petrus dari penjara:

“Tiba-tiba berdirilah seorang malaikat Tuhan dekat Petrus dan cahaya bersinar dalam ruang itu. Malaikat itu menepuk Petrus untuk membangunkannya, katanya: “Bangunlah segera!” Maka gugurlah rantai itu dari tangan Petrus. Lalu kata malaikat itu kepadanya: “Ikatlah pinggangmu dan kenakanlah sepatumu!” Iapun berbuat demikian. Lalu malaikat itu berkata kepadanya: “Kenakanlah jubahmu dan ikutlah aku!” Lalu ia mengikuti malaikat itu ke luar dan ia tidak tahu, bahwa apa yang dilakukan malaikat itu sungguh-sungguh terjadi, sangkanya ia melihat suatu penglihatan. Setelah mereka melalui tempat kawal pertama dan tempat kawal kedua, sampailah mereka ke pintu gerbang besi yang menuju ke kota. Pintu itu terbuka dengan sendirinya bagi mereka. Sesudah tiba di luar, mereka berjalan sampai ke ujung jalan, dan tiba-tiba malaikat itu meninggalkan dia. Dan setelah sadar akan dirinya, Petrus berkata: “ Sekarang tahulah aku benar-benar bahwa Tuhan telah menyuruh malaikat-Nya dan menyelamatkan aku dari tangan Herodes dan dari segala sesuatu yang diharapkan orang Yahudi.”

MALAIKAT DAN FIRMAN

Untuk mengetahui peranan malaikat Allah dalam kehidupan manusia, baca ayat-ayat berikut ini:

Tetapi ketika ia mempertimbangkan maksud itu, malaikat Tuhan nampak kepadanya dalam mimpi dan berkata: “Yusuf, anak Daud, janganlah engkau takut mengambil Maria sebagai isterimu, sebab anak yang di dalam kandungannya adalah dari Roh Kudus.” (Matius 1:20)

Kemudian TUHAN menyingkapkan mata Bileam; dilihatnyalah Malaikat TUHAN dengan pedang terhunus di tangan-Nya berdiri di jalan, lalu berlututlah ia dan sujud.” (Bilangan 22:31)

Yakub melanjutkan perjalanannya, lalu bertemulah malaikatmalaikat Allah dengan dia.” (Kejadian 32:1)

“… dan tampaklah olehnya dua orang malaikat berpakaian putih, yang seorang duduk di sebelah kepala dan yang lain di sebelah kaki di tempat mayat Yesus terbaring.” (Johanes 20:12)

Kemudian berkatalah seorang malaikat Tuhan kepada Filipus, katanya: ‘Bangunlah dan berangkatlah ke sebelah selatan, menurut jalan yang turun dari Yerusalem ke Gaza.’ Jalan itu jalan yang sunyi.”(Kisah Para l 8:26)

Karena tadi malam seorang malaikat dari Allah, yaitu dari Allah yang aku sembah sebagai milik-Nya, berdiri di sisiku…” (Kisah Para Rasul 27:23)

Oleh sebab itu, saudaraku, sebagai pengikut Yesus kita perlu memahami bahawa kita dilindungi secara sangat sempurna. Kita perlu tahu bahawa Allah telah menyediakan segala sesuatu  untuk kita melalui firmanNya yang kudus. Apabila anda memerlukan pertolongan, datanglah kepadaNya dengan berani. Di sana, di takhta kemurahan Allah, dalam nama Yesus Kristus, kita dapat meminta apa-apa yang kita inginkan.

Apabila saudara dan saya memerlukan bantuanNya, Dia akan selalu menunaikannya. Dia gemar menolong kita ketika kita memelihara dan mematuhi perintah-perintahNya dan melayani Dia.

KENANGAN TENTANG NERAKA

Banyak hari selepas dibawa ke neraka, selama itu juga saya sakit. Setiap malam saya tidur dengan lampu tidak dipadamkan. Saya juga memerlukan Alkitab setiap masa dan sentiasa membacanya terus-menerus. Jiwa saya benar-benar terkejut. Saya telah mengalami pengalaman seperti yang dialami oleh jiwa sesat.

Yesus berkata: “Damai, tenanglah.” (Markus 4:39) dan seketika itu ketenangan mengisi jiwa saya. Namun, tidak lama kemudian saya masih terkenang lagi kengerian neraka lalu menjerit ketakutan. Kemudian saya meyakini diri bahawa saya tidak bersendirian kerana Tuhan Yesus selalu berada  di samping saya. Meskipun saya mengerti akan hal itu, kadangkala saya tidak dapat merasakan kehadiran Tuhan. Saya begitu takut untuk kembali ke neraka walaupun Yesus bersama saya.

Apabila saya menceritakan pengalaman saya di neraka, orang-orang tidak mahu mendengar. Saya merayu-rayu mereka dan berkata: “Tolong bertaubatlah daripada dosa-dosamu sebelum semuanya terlambat.” Sangat sukar untuk sesiapapun mempercayai cerita saya tentang seksaan di neraka yang  telah saya alami sendiri. Lebih sukar lagi bagi mereka untuk mempercayai bahawa Yesus menyuruh saya menuliskan pengalaman di neraka dalam buku.

 Tuhan kemudian meyakinkan saya bahawa Dia ialah Tuhan yang menyembuhkan. Walaupun pada awalnya saya tidak yakin akan dapat pulih daripada trauma neraka itu, tetapi akhirnya penyembuhan daripada Tuhan tiba juga dan saya disembuhkan secara sempurna.

PLANET BARU

Setelah itu, Tuhan datang lagi kepada saya. Sekali lagi bersama Yesus, kami naik tinggi di luar angkasa. Yesus berkata: “Aku akan menunjukkan kepadamu tentang cinta kasih dan kebaikan Allah dan tentang beberapa kawasan lain di syurga. Aku mahu engkau melihat pekerjaan-pekerjaan besar yang sudah Kulakukan yang semuanya sangat indah untuk dilihat.”

Malaikat Tuhan berkata: Pandanglah betapa baiknya Tuhan, Allahmu. Kasih setiaNya tetap selama-lamanya.”

Perasaan kasih dan kelembutan yang amat sangat mengalir keluar dari malaikat itu dan membuat saya hampir menangis ketika dia berkata lagi: “Lihatlah kuasa dan keagungan dan kebesaran Allah. Baiklah kutunjukkan kepadamu tempat yang telah disediakanNya bagi anak-anakNya.

Tiba-tiba sebuah planet besar muncul di depan kami. Planet baru ini besarnya sama seperti planet bumi.

Lalu aku melihat langit yang baru dan bumi yang baru, sebab langit yang pertama dan bumi yang pertama telah berlalu, dan lautpun tidak ada lagi. Dan aku melihat kota yang kudus, Yerusalem yang baru, turun dari sorga, dari Allah, yang berhias bagaikan pengantin perempuan yang berdandan untuk suaminya.” (Wahyu 21:1-2)

Seterusnya, saya mendengar suara Allah Bapa berbicara: “Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah satu. Bapa dan Anak adalah satu. Bapa dan Roh Kudus adalah satu. Aku mengutus AnakKu untuk mati di kayu salib agar tidak ada seorang pun yang harus binasa. Aku akan menunjukkan kepadamu tempat yang telah Kusediakan bagi anak-anakKu. Aku sangat ambil berat terhadap semua anak-anak. Aku mengambil berat sejak ketika seorang ibu kehilangan anaknya, sekalipun benih kandungannya lahir sebelum waktunya. Ingat, Aku mengetahui segalanya.  Aku mengetahui sejak bermula  ada kehidupan di dalam kandungan, Aku tahu. Aku tahu tentang bayi-bayi yang dibunuh ketika mereka masih di dalam rahim ibunya. Bayi-bayi yang digugurkan kerana tidak dikehendaki kehadirannya. Aku tahu tentang bayi yang meninggal ketika lahir dan yang lahir dengan cacat. Sejak terjadinya percamtuman benih, sudah ada jiwa di situ. Malaikat-malaikat Kuutus untuk turun dan membawa anak-anak yang meninggal itu kepadaKu. Di syurga, mereka disayangi dan mereka berkembang menjadi manusia yang sempurna. Aku memberikan  mereka tubuh yang lengkap dan memulihkan bahagian manapun daripada tubuh mereka yang cacat ketika dilahirkan. Aku memberi mereka tubuh yang sempurna.”

Di seluruh planet yang muncul itu ada perasaan saling menyayangi, rasa menjadi manusia sempurna. Segala yang ada di situ amatlah sempurna. Di sana sini di tengah-tengah kawasan rerumput hijau lebat dan kolam-kolam air kristal  terdapat tempat-tempat duduk yang  dibuat daripada pualam, dilengkapi bangku-bangku kayu yang amat halus tampaknya.

Sejauh mata memandang, saya melihat anak-anak sedang sibuk dengan berbagai-bagai kegiatan. Setiap anak mengenakan jubah putih yang tidak bernoda sedikitpun. Mereka memakai sandal. Jubah-jubah mereka sangat berkilauan sehingga memancarkan cahaya bergemerlapan yang terpantul di planet itu. Warna-warni yang cantik di semua tempat terpancar pada jubah anak-anak itu. Pintu gerbang ke sana dijaga oleh para malaikat dan nama anak-anak ini lengkap tertulis di dalam sebuah buku.

Saya melihat ada anak-anak yang sedang mempelajari firman Allah dan ada juga yang sedang belajar bermain muzik  daripada buku yang dibuat daripada emas. Saya terperanjat melihat berbagai-bagai jenis binatang berlari menghampiri anak-anak itu lalu duduk atau berbaring berdekatan dengan anak-anak yang  sedang bersekolah di sekolah malaikat tersebut.

Tiada seorangpun anak di situ yang menangis. Tiada seorangpun yang tampak bersedih kerana suasananya sangat menyenangkan dan kebahagiaan menyelimuti seluruh tempat itu.

Kemudian, malaikat menunjukkan planet bercahaya dengan terang benderang yang muncul di depan saya. Cahayanya bagaikan disinari jutaan bintang. Segalanya tentang planet ini amat indah, menyenangkan dan hidup. Dari kejauhan tampak dua buah gunung yang keseluruhannya merupakan emas tulen sementara yang lebih dekat dengan saya kelihatan dua pintu gerbang yang juga dibuat dari emas tulen. Pintu-pintu gerbang itu dihiasi berlian dan banyak batu berharga yang lain.

Saya sedar bahawa inilah bumi baru yang diberitakan dalam Akitab dan kota yang tampak sangat anggun di planet itu ialah Yerusalem Baru—Kota Allah yang akan turun ke bumi.

KEMBALI KE BUMI

Dalam masa yang singkat, saya kembali tiba di bumi lama, iaitu bumi yang keadaannya akan menjelang masa Kesukaran Besar tetapi sebelum Perang Armageddon memurnikannya. Di situ saya melihat Yerusalem, ibu kota Milennium (seribu tahun).

Dalam penglihatan itu, kelihatan banyak orang datang dari tempat-tempat jauh dan dekat, semuanya berusaha untuk masuk ke dalam kota tersebut. Raja di kota itu ialah Yesus. Semua bangsa di atas bumi membawa kepadaNya banyak hadiah sebagai penghormatan kepadaNya. Di situ Dia diakui tidak hanya sebagai raja, tetapi Raja Segala Raja.

Tuhan Yesus kemudian menjelaskan maksud daripada penglihatan itu kepada saya dan menerangkan hal yang akan segera terjadi. Yesus  berkata:

“Tidak lama lagi Aku akan kembali dan membawa balik ke syurga pertama-tama orang-orang benar yang sudah meninggal. Setelah itu, mereka yang masih hidup akan diangkat untuk berjumpa denganKu di angkasa. Setelah itu, Antikris akan muncul dan memerintah bumi selama waktu yang telah ditetapkan. Pada masa itu, akan ada kesukaran dan penderitaan amat besar seperti yang belum pernah terjadi dan tidak akan terjadi lagi. Kemudian Aku akan datang kembali bersama orang-orang kudusKu, dan syaitan akan dicampakkan ke dalam jurang yang tidak berhujung untuk tinggal di situ selama seribu tahun. Dalam masa seribu tahun itu Akulah yang akan memerintah seluruh bumi. Aku memerintah dari Yerusalem. Pada akhir masa seribu tahun itu syaitan akan dibebaskan untuk satu masa, tetapi Aku akan mengalahkan dia dengan gemerlap cahaya kedatanganKu. Lalu, bumi yang lama ini akan lenyap. Tetapi, akan ada bumi yang baru dan Yerusalem Baru yang akan turun dari syurga dan Aku akan memerintah untuk selama-lamanya.”

KEDATANGAN KEMBALI YESUS KRISTUS

Dalam penglihatan yang lain, saya menyaksikan kembalinya Tuhan Yesus Kristus ke bumi. Saya mendengar panggillanNya. BunyiNya bagai bunyi trompet dan saya mendengar juga suara penghulu malaikat. (I Tesalonika 4:16). Seluruh planet bumi bergetar dan dari kubur keluar semua orang kudus yang diangkat naik ke angkasa untuk bertemu Tuhan.

Selama berjam-jam gemuruh trompet itu saya dengar. Bumi dan laut menyerahkan semua orang yang terkubur di sana (Wahyu 20:13). Tuhan Yesus Kristus tampak berdiri di atas awan. Gaun luar jubahnya berbentuk nyala api dan kemuliaanNya memancar keluar penuh keagungan.  Trompet terus membelah udara dan sambil mengamati semuanya, saya melihat orang-orang beriman yang masih hidup juga terangkat ke angkasa untuk bertemu mereka.

Karena jikalau kita percaya, bahwa Yesus telah mati dan telah bangkit, maka kita percaya juga bahwa mereka yang telah meninggal dalam Yesus akan dikumpulkan Allah bersama-sama dengan Dia. Ini kami katakan kepadamu dengan firman Tuhan: kita yang hidup, yang masih tinggal sampai kedatangan Tuhan, sekali-kali tidak akan mendahului mereka yang telah meninggal. Sebab pada waktu tanda diberi, yaitu pada waktu penghulu malaikat berseru dan sangkakala Allah berbunyi, maka Tuhan sendiri akan turun dari sorga dan mereka yang mati dalam Kristus akan lebih dahulu bangkit; sesudah itu, kita yang hidup, yang masih tinggal, akan diangkat bersama-sama dengan mereka dalam awan menyongsong Tuhan di angkasa. Demikianlah kita akan selamalamanya bersama-sama dengan Tuhan.” (I Tesalonika 4:14-17)

Saya melihat orang-orang yang sudah ditebus itu bagai jutaan titik cahaya yang berkumpul di suatu tempat di angkasa raya. Di sana malaikat-malaikat memberikan jubah baru yang putih bersih kepada mereka semua. Mereka bertempik dan bersorak setelah mengenakan pakaian baru itu. Malaikat-malaikat memang ditugaskan untuk melayani mereka. Para malaikat itu tampak memberikan perhatian khusus kepada semua orang yang baru bangkit tersebut. Orang-orang ini menggunakan tubuh baru iaitu tubuh mulia. Mereka mendapat tubuh baru itu ketika mereka terangkat ke angkasa.

Keriangan dan kegirangan yang bergemuruh terdengar memenuhi syurga dan para malaikat bernyanyi: “Kemuliaan bagi Raja Segala Raja.”

TUBUH KRISTUS

Dalam penglihatan yang lain, saya melihat sesusuk tubuh rohani yang besar jauh tinggi di syurga. Itulah Tubuh Kristus yang berada dalam posisi terlentang. Dari sana mengalir darah ke bumi. Hal ini mewakili  tubuh Tuhan kita yang telah disembelih dahulu. Tubuh ini terus bertambah besar hingga memenuhi seluruh syurga.

Jutaan jiwa yang sudah ditebus masuk ke dalam tubuh tersebut. Saya memandang dengan penuh kekaguman ketika jutaan orang menaiki tangga dan masuk menjadi satu dengan tubuh itu. Mereka masuk mulai dari bahagian kaki terus ke lutut, lengan, perut, jantung, dan terus ke kepala.

Ketika tubuh itu sudah penuh, tampaklah bahawa tubuh itu berisi manusia dari berbagai-bagai penjuru planet bumi. Dengan suara yang menggegar, orang-orang itu bernyanyi sambil memuji Tuhan seperti yang ditulis dalam Alkitab:

“Engkau layak menerima gulungan kitab itu dan membuka meterai-meterainya; karena Engkau telah disembelih dan dengan darah-Mu Engkau telah membeli mereka bagi Allah dari tiap-tiap suku dan bahasa dan kaum dan bangsa. Dan Engkau telah membuat mereka menjadi suatu kerajaan, dan menjadi imam-imam bagi Allah kita, dan mereka akan memerintah sebagai raja di bumi.” (Wahyu 5:9-10)

Jutaan manusia kelihatan berhimpun di hadapan takhta Allah dan saya melihat para malaikat membawa buku-buku untuk penghakiman. Ada juga kerusi pengasihan dan banyak ganjaran yang diberikan kepada banyak orang.

Sambil memandang dengan penuh kekaguman, tiba-tiba kegelapan menutupi seluruh bumi lalu kuasa-kuasa kegelapan beterbangan ke semua penjuru. Roh-roh jahat yang tidak terhitung banyaknya dilepaskan dari penjara neraka dan kembali ke bumi. Lalu kedengaran suatu suara berkata, seperti dalam Wahyu 12:12:

“Karena itu bersukacitalah, hai sorga dan hai kamu sekalian yang diam di dalamnya, celakalah kamu, hai bumi dan laut! karena Iblis telah turun kepadamu, dalam geramnya yang dahsyat, karena ia tahu, bahwa waktunya sudah singkat.”

KEMURKAAN TUHAN

Kemudian saya melihat seekor binatang buas yang sedang marah dengan melepaskan geramnya ke atas bumi. Neraka bergegar kerana kemarahan binatang itu. Kemudian, dari neraka muncul sejumlah besar rombongan makhluk jahat. Jumlahnya sangat banyak sehingga bumi menjadi gelap pekat.

Kelihatan manusia sama ada laki-laki ataupun perempuan berlari sambil menjerit-jerit mencari bukit, gunung dan gua-gua persembunyian. Berlakulah peperangan besar di bumi, kebuluran dan kematian. Sesudah itu, kelihatan kuda-kuda mulia dan kenderaan berapi di syurga. Bumi terhuyung-huyung sementara “matahari menjadi gelap sehitam rambut dan bulan menjadi seperti darah” (Wahyu 6:12).

Seorang malaikat mengumumkan: “Dengar, wahai penduduk bumi, Sang Raja sedang datang.”

Setelah pengumuman itu, tampak Raja Segala Raja dan Tuhan Segala Tuhan muncul di angkasa. Bersama Dia dalam kemuliaanNya itu banyak orang kudus dari berbagai-bagai zaman dan masa, kesemuanya mengenakan jubah putih bersih. Saya ingat kata daripada “setiap mata akan melihat Dia” (Wahyu 1:7) dan “setiap lutut akan bertelut…. dan semua lidah mengaku” (Roma 14:11) bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan.

Kemudian kelihatan para malaikat mengacungkan sabit dan menuai gandum yang telah matang (Wahyu 14:14-19) dan inilah pengakhiran dunia.

Umat Tuhan..., saya yakin kita mesti saling mengasihi. Kita mesti berdiri teguh dalam kebenaran dan memperbetul kelakuan anak-anak kita untuk menyedari bahawa Tuhan Yesus akan datang segera. Raja Segala Raja itu pasti datang.

PERMINTAAN TERAKHIR YESUS KRISTUS

Tuhan Yesus berkata kepada saya: Bertaubatlah dan kalian akan selamat, kerana kerajaan Allah sudah hampir tiba. KehendakKu dan FirmanKu akan terlaksana. Siapkanlah jalan bagi Tuhanmu.” Kemudian Dia berkata lagi, sama seperti dalam ayat-ayat berikut:

Peringatkanlah kepada orang-orang kaya di dunia ini agar mereka jangan tinggi hati dan jangan berharap pada sesuatu yang tak tentu seperti kekayaan, melainkan pada Allah yang dalam kekayaanNya memberikan kepada kita segala sesuatu untuk dinikmati.” (I Timotius 6:17).

“Maksudku ialah: hiduplah oleh Roh, maka kamu tidak akan menuruti keinginan daging.” (Galatia 5:16).

“Jangan sesat! Allah tidak membiarkan diri-Nya dipermainkan. Karena apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituainya. Sebab barangsiapa menabur dalam dagingnya, ia akan menuai kebinasaan dari dagingnya, tetapi barangsiapa menabur dalam Roh, ia akan menuai hidup yang kekal dari Roh itu.” (Galatia 6:7-8).

Perbuatan daging telah nyata, yaitu: percabulan, kecemaran, hawa nafsu, penyembahan berhala, sihir, perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah, kedengkian, kemabukan, pesta pora dan sebagainya. Terhadap semuanya itu kuperingatkan kamu--seperti yang telah kubuat dahulu--bahwa barangsiapa melakukan hal-hal yang demikian, ia tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah. Tetapi buah Roh ialah: kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemahlembutan, penguasaan diri. Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu. Barangsiapa menjadi milik Kristus Yesus, ia telah menyalibkan daging dengan segala hawa nafsu dan keinginannya.” (Galatia 5:19-24).

Tuhan Yesus melanjutkan kata-kataNya: “Ketika Firman Allah sudah digenapi, maka kesudahan itu tiba. Tidak seorang pun tahu hari dan jam ketika Anak Allah akan turun ke bumi lagi. Anak Allah pun tidak tahu masa Dia akan ke bumi lagi sebab hanya BapaKulah yang mengetahuinya. Firman Allah kini sedang digenapi secara cepat. Datanglah seperti seorang anak kecil biar Aku membersihkan kalian daripada dosa-dosa kedaginganmu. Katakanlah kepadaKu:

“Tuhan Yesus, masuklah ke dalam hatiku dan ampunilah aku dari semua dosaku.

Aku tahu aku orang berdosa, disebabkan itu aku bertaubat sekarang. Basuhlah aku

dalam darahMu dan bersihkanlah aku. Aku telah berdosa terhadap syurga dan di

hadapanMu aku tidak layak disebut anak. Sekarang aku menerima Dikau dalam

iman sebagai Juruselamatku.”

Aku akan menjadi Gembalamu dan engkau akan menjadi umatKu. Dan Aku akan menjadi Allahmu. Bacalah firman Allah dan janganlah meninggalkan persekutuan. Serahkanlah seluruh hidupmu kepadaKu maka Aku akan menjagamu. Aku tidak akan pernah meninggalkanmu.”

BERSIAP SEDIALAH MENEMUI ALLAH

Kekasih Tuhan, dari lubuk hati yang terdalam saya telah berkongsi denganmu penglihatan dan wahyu yang diberikan kepada saya oleh Allah Yang Mahakuasa. Saya dapat menyimpulkan bahawa Allah sangat menyayangi kita semua. Dia telah menunjukkan kasih setiaNya kepada kita melalui FirmanNya dan melalui penglihatan-penglihatan pada hari-hari terakhir ini.

Anak-anak yang dikasihi Tuhan, kita mesti bersiap-siap untuk berjumpa dengan Tuhan kita. Pada setiap saat kita mesti merindukan kedatanganNya. Saudara dan saya mengetahui segala kesusahan, tanda-tanda akhir zaman dan tempat kita berada kini. Perhatikanlah dengan saksama berbagai-bagai kejadian di dunia pada saat ini. Tidak pernah ada masa seperti yang sekarang sedang kita alami. Semua ini adalah penggenapan daripada hal yang tertulis dalam Alkitab. 

Oleh sebab itu, dengan segenap hati saya menganjurkan saudara yang sedang membaca buku ini untuk mempersiapkan diri karena engkau tidak tahu kapan hari dan tanggalnya Anak Manusia akan datang” (Matius 25”13). Yesus Kristus pasti akan datang lagi.

Tidak ada kuasa atau kekuatan apapun di seluruh alam semesta ini yang dapat menghalangi Dia. Yesus Kristus sang Maharaja alam semesta itu tidak memerlukan persetujuan manusia untuk melaksanakan rancangan kedatanganNya. Dia pasti akan datang ke dunia sebagai Hakim Yang Adil. Hanya Dialah satu-satunya jalan untuk manusia dapat sampai ke syurga. Dia bersabda:

“Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.” (Yohanes 14:6)

Ingatkah anda tentang orang-orang kudus yang saya ceritakan dan sekarang berada di syurga? Malaikat memberitahu saya bahawa apabila kita hidup dengan beriman, kita akan berjumpa dengan semua orang dikasihi yang sudah mendahului kita.

Adakah anda menerima mesej yang indah ini ke dalam hatimu?

Saya pernah bercakap tentang buku-buku catatan yang disimpan oleh malaikat. Ingatlah bahawa apa-apapun yang kita lakukan di bumi untuk Yesus pasti dicatat di syurga. Ganjaran kita di syurga pasti lebih besar daripada ganjaran apapun yang dapat kita terima di bumi, disebabkan semua perbuatan kita di bumi dicatat oleh para malaikat Tuhan.

Banyak kali para penginjil, pengkhutbah, dan guru agama harus meninggalkan sanak keluarga untuk memberitakan firman Tuhan sambil mengalami berbagai-bagai kesulitan. Tuhan tahu segalanya kerana Dia melihat semuanya.

Dia juga tahu betapa kita sering ditolak atau tidak diperlakukan dengan baik. Tetapi jangan khuatir, kerana kita tetap anak-anak sang Raja Segala Raja itu.

Dia menghendaki kita menjadi pelayan untuk para pelayan yang lain. Dia mahu kita saling melayani seperti Dia melayani kita.

Allah tidak menjanjikan taman bunga mawar untuk kita. Walaupun Dia tidak menjanjikan kesenangan untuk kita di bumi, kita dapat menikmati berkat-berkat, kekayaan, penghormatan dan berbagai-bagai kebendaan mengikut kehendakNya. Kita dapat memiliki semuanya semasa kita memikul salib dan mengikuti Kristus.

Saya ingin anda mempersiapkan diri. Sekiranya anda belum menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamatmu, sekaranglah saatnya, agar anda diselamatkan, seperti ayat-ayat berikut.

“Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini sehingga telah dikaruniakanNya AnakNya yang tunggal, supaya siapa yang percaya kepadaNya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.” (Johanes 3:16)

Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahwa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahwa Allah telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka kamu akan diselamatkan. Karena dengan hati orang percaya dan dibenarkan, dan dengan mulut orang mengaku dan diselamatkan. Sebab,

barangsiapa yang berseru kepada nama Tuhan, akan diselamatkan.” (Roma 10:9-10, 13)

SEKARANG, BERDOALAH SEPERTI INI

            Bapa di dalam nama Yesus Kristus.  Aku datang kini kepadaMu sebagaimana adanya diriku.

Aku seorang yang berdosa, ya Tuhan. Aku telah berdosa terhadap Dikau dan terhadap syurga.

Disebabkan itu aku mohon kepadaMu, Tuhan Yesus, ampunilah aku dan masuklah ke dalam

hatiku dan selamatkanlah jiwaku. Biarlah aku dilahirkan kembali oleh Roh Allah Yang Hidup.

Aku menyerahkan hidupku ke dalam tanganMu, Tuhan Yesus. Aku percaya sungguh bahawa       Engkaulah Anak Allah. Aku percaya bahawa Engkaulah Yesus Kristus yang diutus untuk          menyelamatkan jiwaku agar terluput dari neraka. Aku berterima kasih kepadaMu dan memuji

dan memuliakan Dikau, kerana Tuhan telah mencurahkan darahMu untuk menebus aku.

Jika anda tadi berdoa dengan penuh keyakinan seperti yang tertulis di atas, maka pada saat ini juga anda sudah diselamatkan. Oleh sebab Tuhan Yesus telah masuk ke dalam hatimu, sekarang, akuilah Dia dengan hati dan bibirmu; dan dengan hati dan bibirmu pujilah Dia. Biarkanlah Dia memimpin hidupmu setiap hari. Berdoalah kepadaNya setiap hari agar anda sentiasa dekat denganNya dan Dia pasti akan menjawab doa-doa anda. Segala hormat dan puji bagi Allah sampai selama-lamanya!

BERKENAAN PENULIS

Mary Kathryn Baxter dilahikan di Chattanooga, Tennessee. Dia membesar di rumah Tuhan. Ketika dia masih muda, ibunya mengajarnya semua tentang Yesus Kristus dan keselamatanNya.

Kathryn dilahirkan semula pada umur sembilan belas. Setelah melayani Tuhan untuk beberapa tahun, dia kembali berdosa untuk suatu alasan. Roh Tuhan tidak melepaskannya, dan dia kembali memberikan hidupnya dan memberikan hidup barunya untuk Kristus. Dia tetap melayaniNya dengan setia.

Pada pertengahan tahun 1960-an. Kehryn berpindah bersama keluarganya ke Detroit, tempat dia tinggal untuk sementara. Dia kemudian berpindah ke Belleville, Michigan, iaitu dia berpindah untuk memiliki penglihatan daripada Tuhan.

Para pelayan, para ketua dan orang-orang kudus Tuhan berbicara dengan sangat kerap kepadanya. Pergerakan Roh Kudus memberi tekanan dalam semua pelayanannya, dan banyak mukjizat terjadi. Pemberian Roh Kudus dengan demonstrasi daripada kuasa manifestasi dalam persekutuannya sebagaimana dia dipimpin oleh Roh Tuhan. Dia mengasihi Tuhan dengan segenap hatinya, fikiran jiwa dan kekuatan dan kehendak atas yang lain untuk menjadi jiwa pemenang kepada Yesus Kristus.

Dia sangat berdedikasi sebagai ciptaan Tuhan. Panggilannya yang mula-mula adalah dalam mimpi-mimpi, penglihatah-penglihatan dan pewahyuan-pewahyuan. Dia dijadikan sebagai pelayan pada 1983 pada Full Gospel Church di Taylor, Michigan. Kini, dia sebagai pelayan dengan National Church di Washington, D.C.

Pada 1976, ketika dia tinggal di Belleville, Yesus menampakkan diri kepadanya dalam bentuk manusia, dalam banyak penglihatan, dan dalam banyak pewahyuan. Sejak itu, dia telah menerima kunjungan daripada Tuhan. Selama kunjungan-kunjungan itu, Tuhan menunjukkan dalamnya, tahapnya, parasnya, dan seksaan untuk jiwa yang sesat di neraka. Dia juga menerima banyak penglihatan syurga, zaman Kesengsaraan Besar, dan kiamat.

Selam satu peringkat hidupnya, Yesus menampakkan diri kepadanya setiap malam selama empat puluh hari. Tuhan menyembuhkannya setiap ingatan buruk daripada neraka dan kemuliaan syurga. Tuhan berkata kepadanya agar menyampaikan pesanan ini ke seluruh dunia.

Kita sebagai anak-anak Tuhan telah ditransformasi dan menjadi baru oleh mukjizat daripada regenerasi.










Website Builder