Syurga Itu Nyata
Malay
www.syurga.net

Angelica Zambrano 2

Pengalaman kedua Angelica Zambrano di Syurga dan Neraka

www.DivineRevelations.info/MALAYSIAN

Pada perjalanan keduanya, Angelica telah ditunjukkan hukuman terhadap orang Kristian yang telah merompak dari Tuhan dalam persepuluhan dan persembahan, hukuman terhadap para biarawati yang yang menyembah berhala dan anak-anak yang memberontak, Kitab Kehidupan Anak Domba, dan banyak lagi. “Beritahu umatKu bahawa kedatanganKu semakin dekat, Aku datang untuk umatKu yang kudus, beritahu umatKu bahawa hanya orang kudus, orang kudus sahaja yang dapat melihatKu.

4 Jan 2010, 23:50pm, Empalme, Ecuador.  Tuhan telah membawa Angelica buat kali kedua.

Teks ini telah diambil daripada kesaksian dalam bahasa Sepanyol.


Angelica: Pada 12:00 tengah malam, beberapa beberapa saudara dari gereja telah tiba di rumah, diikuti oleh pihak media, dan semuanya dirakamkan.

 

Semasa saya di katil, tiba-tiba saya melihat dua malaikat. Seperti dulu, mereka mengambil tangan saya dan berkata, “Bangkitlah, sebab Raja segala raja dan Tuhan segala tuhan sedang menunggumu.” Semasa saya bangkit, saya melihat jasad saya terbaring serta mereka yang berda di dalam bilik itu. Saya mula berjalan. Saya menghulurkan tangan saya kepada malaikat itu dan kami mula menuju ke atas. Kami naik dengan pantas dan dalam beberapa saat sahaja kami telah tiba di hadapan Tuhan. Saya mendengar para malaikat memuji Tuhan, “Haleluya…Kudus,Kudus.” Saya berasa amat sukacita.

 

Ada sebuah taman yang amat indah dalam Kerajaan Allah. Saya melihat Tuhan menuju ke arah saya. Dia berkata, “ AnakKu, Aku telah menantikan engkau, sebab banyak perkara yang hendak Ku ceritakan kepadamu.” “Tuhan, saya di sini, saya mahu bersama-sama Engkau. Saya tak mahu kembali ke Bumi, tolong benarkan saya tinggal bersamaMu.”

Tuhan menjawab, “ AnakKu, banyak perkara yang harus kau lakukan. Kau harus bekerja dan meneruskan pekerjaanKu. Aku akan menunjukkan sesuatu tentang hidupmu, sesuatu untuk umatKu, dan sesuatu yang istimewa untuk umat manusia, kerana Aku ingin menyelamatkan mereka dan Aku tidak mahu mereka semua binasa.”

 

Kemudian, saya melihat dua malaikat, Michael dan Gabriel memegang skrol-skrol yang besar, ia amat indah dan berkilauan. Sambil saya melihat skrol itu, saya bertanya, “Apakah itu?” dan Yesus berkata, “Adakah kamu ingin mengetahui apa yang di dalam skrol itu?” Saya menjawab, Ya, Tuhan. Dia berkata, “Michael, bukakan itu.” Saat Malaikat Michael membuka skrol, saya dapat melihat huruf-huruf dan nombor-nombor dari emas, namun saya tidak memahaminya. Saya berfikir, “Apakah ini?” dan Malaikat Gabriel menjawab, Semua huruf dan nombor yang tertulis ini ialah mereka di Bumi yang telah menerima Tuhan kita sebagai satu-satunya JuruSelamat mereka, melalui kesaksian yang telah kau kongsikan kepada mereka.” Saya amat teruja dan bertanya, “Berapa jumlah yang ada?” Dia menyatakan jumlah jiwa-jiwa itu dalam lingkungan ribuan orang.   

 

Saya berasa amat sebak lalu menangis sambil berkata, “Tuhan, banyaknya jiwa orang yang telah kembali semula,” Dia membalas, “Sebenarnya, malaikat ini, Malaikat Gabriel ada menyimpan jumlah keseluruhan mereka yang dahulu telah menjauhkan diri dari jalan-Ku dan sekarang telah pun kembali kepadaKu, mereka telah kembali kepadaKu, wahai anakKu.” Saya melirik melihat jumlah jiwa-jiwa itu, ternyata jumlahnya amat besar. Saya bertanya “Tuhan, ini bermaksud, mahkota saya dipenuhi mutiara dan Kau akan membiarkan saya tinggal di KerajaanMu di sini?”. Tuhan pun menjawab, “Tidak anakKu, saatmu belum tiba lagi, kau harus kembali ke Bumi. Adakah kau ingin melihat mahkotamu?

 

Saya menjawab dengan teruja, “Oh Tuhan, saya ingin sekali melihat mahkota saya.” Dia  lalu berkata, “Malaikat Gabriel, bawakan mahkotanya.” Saya pun melihat Gabriel membawa keluar sebuah dulang yang besar, di dalamnya ada sebuah mahkota yang indah namun hanya terdapat beberapa butir mutiara padanya. Saya bertanya, “Tuhan, siapakah empunya mahkota ini?” Dia menjawab, “Inilah mahkotamu, anakKu.” Saya bertanya lagi, “Tapi Tuhan, mengapa mahkotaku tidak dipenuhi mutiara, seandainya ramai jiwa telah kembali kepadaMu, Tuhan?” Dia menjawab, “AnakKu, sungguhpun perjalananmu panjang, namun hanya 3500 jiwa telah datang ke hadiratKu, kau perlu pergi dan memberitakan FirmanKu kerana ramai lagi jiwa yang harus sampai kepadaKu.” “Tapi Tuhan, kenapa saya tidak boleh tinggal di sini?” Dia menjawab, “AnakKu, ini kerana, Mahkota Kehidupan seharusnya dipenuhi dengan mutiara.” Saya berkata, “Baiklah Tuhan, aku akan meneruskan pekerjaanMu.” Kemudian Dia berkata, “Aku ada sesuatu yang harus Ku tunjukkan padamu, anakKu.”

 

Tuhan pun membawa saya dan kami turun dengan pantas dari syurga ke dalam satu lubang neraka, seperti pada saat pertama kali saya mengalami Neraka. Saya berkata, “Oh Tuhan, apakah yang terjadi?” Yesus berkata, “Saya ada sesuatu yang ingin ditunjukkan pada kamu di Neraka.” “Tapi Tuhan, saya tak mahu berada di sini, semasa pengalaman saya dulu, Kau telah banyak menunjukkan banyak perkara.” Dia berkata, Ya anakKu, tapi sekarang Aku akan menunjukkan perkara yang berbeza.

 

Kami turun ke dalam api sekali lagi, dan saya mula menangis. Ia tidak mudah untuk berada di sana. Saya berkata, “Tuhan, saya ingin keluar dari sini, tolong saya, tolong saya.” Saya mendengar jutaan orang, ada di antaranya berkata, “Oh Tuhan, kasihanilah saya, tolonglah saya Tuhan, berikan saya satu lagi peluang.

 

Di antara mereka ini, saya terdengar seseorang berkata, “Saya memohon keampunan dariMu Tuhan, kerana saya telah mencuri dariMu, ampunilah saya kerana mencuri. Saya mencuri dariMu Tuhan dan saya takkan mengulanginya lagi.” Saya bertanya, “Tuhan, siapakah dia dan mengapa dia mengatakan bahawa dia telah mencuri dariMu?” “AnakKu, Aku akan menunjukkan padamu siapakah dia sebenarnya”. Kami masuk ke dalam ruangnya dan saya melihat seorang lelaki yang amat buruk rupanya. Nyalaan api pun membuka dan saya dapat melihat dia sedang disiksa.

 

Semua orang yang berada di neraka mempunyai satu plat di dadanya dan tertulis 666 di dahi mereka. Lelaki ini menghulurkan tangannya dan berkata, “Tuhan, ampunilah saya.” Saya bertanya, “Mengapa kamu berada di sini, mengapa kamu meminta ampun dari Tuhan, mengapa? Kamu menyatakan kamu telah mencuri dari Tuhan, tapi tak ada sesiapa dapat mencuri dari Tuhan? Ini mustahil, mengapa kamu mengatakan kamu mencuri daripadaNya?

 

Lelaki itu menjawab, “Aku akan menceritakan kisahku… Aku dulu merupakan seorang pemimpin Kristian, selama 20 tahun aku telah mengenal Kristus, tapi sepanjang 20 tahun itu aku telah mengatakan: semua duit dari persepuluhan dan persembahan khusus adalah untuk kegunaan para pastor. Namun sekarang aku menyesalinya kerana sekarang aku memahami bahawa itu bukanlah untuk mereka namun untuk Tuhan, dan itulah sebabnya aku mengatakan bahawa aku telah mencuri dari Tuhan… Pada saat ini juga ramai manusia di Bumi sedang mencuri dari Tuhan seperti yang telah kulakukan. Apabila kamu kembali ke Bumi, beritahu mereka yang tidak mahu memberikan persepuluhan dan persembahan khusus, agar tidak mencuri dari Tuhan. Sekiranya tidak, mereka akan berakhir di Neraka, dan tiada pencuri akan dapat memasuki Kerajaan Syurgawi. Aku mengetahui Firman Tuhan, namun sekarang aku menyesal dan menyedari bahawa aku telah mencuri dari Tuhan. (Maleakhi 3:8) Dia berkata, “Beritahu mereka apabila mereka memberi kepada Tuhan, berilah dengan penuh kasih.” (2 Kor 9:7). Lelaki ini terus merayu, “Tuhan, ampunilah saya”, dan Tuhan menjawab, “Ianya sudah terlambat, tiada lagi peluang bagimu.”

 

Saya bertanya pada lelaki itu, “Tapi mengapa kamu mencuri dari Tuhan, mengapa? Kamu amat memahami yang kita tidak seharusnya mencuri persepuluhan dan persembahan khusus Tuhan daripadaNya.” Dia menjawab, “Ya, saya amat mengetahuinya namun tidak mematuhinya. Saya tidak pernah kerana saya dulu sungguh sombong.”  

 

Jangan sekali-kali mencuri daripada Tuhan, berikanlah persepuluhan dan persembahan khusus anda kepada Tuhan kerana apa yang anda dan saya berikan pada Tuhan semasa di Dunia ini bukanlah untuk manusia. Apabila kita memberi kepada Tuhan dengan sepenuh hati, itu adalah untuk Raja segala raja dan Tuhan segala tuhan.

 

Alkitab mengatakan, bahawa Tuhan menguji kita, jelas tertulis di Malachi 3:8-10

8Bolehkah manusia menipu Allah? Namun kamu menipu Aku. Tetapi kamu berkata: Dengan cara bagaimana kami menipu engkau?” Mengenai persembahan persepuluhan dan persembahan khusus!

 

9Kamu telah kena kutuk, tetapi kamu masih menipu Aku, ya kamu seluruh bangsa!

 

10Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke rumah perbedaharaan, supaya ada persediaan makanan di rumah-Ku dan ujilah Aku, firman Tuhan semesta alam, apakah Aku tidak membukakan bagimu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan.

 

Sekiranya anda inginkan Tuhan memberkati hidup dan keluarga anda sepenuhnya, janganlah cuba mencuri dari Tuhan. Inilah masanya untuk memberkati Tuhan, agar Dia memberkati kehidupan kita.

 

Tuhan kemudian berkata, “Sekarang Aku akan menunjukkan kepadamu sesuatu yang berbeza.” Selepas meninggalkan tempat itu, Tuhan mengingatkan saya tentang sesuatu yang telah Dia tunjukkan kepada saya sebelum pengalaman kedua ini, di sekitar November. Pada ketika itu, saya telah ditunjukkan ruang-ruang bilik di Neraka, dan satu Firman yang spesifik.  

 

Perkataan ‘AVIERD’ telah ditunjukkan kepada Angelica. Kajian menunjukkan ia merupakan bahasa Itali lama, ataupun Latin. Dalam kajian kami telah menjumpai sebuah manuskrip lama sebanyak 400 mukasurat mengenai perkataan ini, yang menceritakan perkara sebenar tentang Neraka.

Saya tidak mengerti maksudnya, namun saya memahami bahawa ia berkaitan agama.

Yesus membawa saya kembali ke tempat yang sama, untuk melihat ruangan itu semula. Apabila kami memasukinya, kelihatan ribuan manusia. Ada dua wanita berpakaian serba hitam. Saya  bertanya pada Yesus, “Siapakah mereka?” Saya amat terkejut apabila melihat seorang biarawati, dan di tangannya ada ular-ular besar yang membentuk seperti seakan-akan salib dan rosari.

 

Saya berkata, “Apakah semua ini? Mengapa mereka berada di sini?” Seorang dari mereka pun menjawab, “Dulu saya seorang biarawati semasa di Bumi, namun sekarang saya berada di tempat ini.” Saya melihat bagaimana dia mula berdoa dan ular itu semakin membelit tangannya. Dari tangannya keluar beribu-ribu cacing. Tuhan berkata, “Perhati dan dengarkan perkataannya.” Dia mula menangis, “Oh Tuhan, saya tak mampu bertahan lagi. Saya mahu keluar dari tempat ini, saya tak mahu berada di sini, tolonglah Tuhan, bantulah saya!”

 

Kemudian saya melihat seorang lagi wanita, sebahagian kehidupannya ditunjukkan kepada saya di sebuah skrin. Saya melihat kehidupan sebenar siapakah para biarawati itu sebenarnya dan kehidupan rahsia mereka. Saya melihat bagaimana para biarawati ini mempunyai hubungan seks dengan para paderi, dan sebahagian biarawati ini juga lesbian. Saya melihat banyak perkara, dan sekarang mereka amat menyesalinya.

 

 Namun malangnya tiada peluang lagi untuk mereka bertaubat; ianya sudah terlambat. Para biarawati itu berkata, “Pergi dan beritahu kepada mereka di Bumi agar jangan datang ke sini, tolonglah pergi beritahu mereka agar tidak datang ke sini.”

 

Kadangkala para biarawati dan paderi mengatakan bahawa mereka akan berdoa agar Tuhan membebaskan jiwa dari Purgatory. Tapi saya memberitahu perkara sebnarnya hari ini, terpulang sama ada kamu percaya atau tidak, sebenarnya Purgatori ini TIDAK wujud. Purgatory ini dicipta oleh manusia, oleh Paus. Alkitab jelas menyatakan bahawa ada Syurga dan Neraka sebenar. Yesus telah membawa saya ke dua-dua tempat, tetapi tidak pernah ke Purgatori. Dia menyatakan dengan jelas, Purgatori tidak wujud, pergilah beritakan kepada umat manusia untuk membuat keputusan semasa di Bumi, kerana sementara masih hidup, ada peluangnya untuk pertaubatan.

 

Banyak manusia berkata, “Ayuhlah berdoa, agar para sahabat handai kita akan keluar dari Purgatori.” Hentikan! Kerana sekiranya mereka tidak bersama-sama Kristus di Neraka, mereka TIDAK akan dapat keluar. Ia amat menyedihkan tetapi benar, mereka berada di Neraka. Namun seandainya mereka mati dengan Kristus di dalam hati mereka, maka mereka sekarang sedang berada dalam hadirat Bapa Syurgawi kita. Hati saya pedih mengenangkan betapa ramainya jiwa telah diperdayakan oleh iblis agar mempercayai purgatori.    

 

Sahabatku, sekaranglah saatnya untuk anda mengetahui kebenaran, purgatory TIDAK wujud, ia TIDAK wujud. Anda harus membuat keputusan, di mana dan dengan siapa anda akan habiskan masa yang abadi ini nanti? Anda harus membuat keputusan sendiri, sama ada di dalam Kerajaan Syurgawi bersama Yesus Kristus atau di Neraka bersama iblis.

 

Tuhan memerintahkan saya untuk memberitahukan ini secara terang kepada anda apabila menceritakan semua ini, terpulang sama ada anda percaya atau tidak. Saya mematuhi perintah-Nya kerana pada satu hari nanti saya dan anda akan berdiri di hadapan Tuhan, dan bersaksi tentang segala yang perkara yang baik dan buruk yang telah kita lakukan semasa di Bumi.

 

Sekiranya anda tidak bertaubat tentang dosa serta penyembahan berhala, anda akan berakhir di Neraka. Berpalinglah kepada Kristus; Dia akan memberikan anda kehidupan yang kekal.    

 

Say tidak mahu menakutkan anda, namun itulah yang sebenarnya. Firman Tuhan amat jelas mengatakan bahawa TIADA pencuri akan memasuki Syurga.

 

Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa ada roh jahat dalam setiap gambar/patung. Itulah sebabnya mengapa manusia datang ke Bunda dari Guadalupe, the Bunda dari CinemaBunda Maria dan banyak lagi bunda 1 2 3 4.  Malah patung yang bersama “Anak Kudus” (yesus yang bayi). Percayalah, semua patung ini ada roh jahat di dalamnya. Ramai orang menuntut bahawa mereka telah pergi ke Bunda dari Guadalupe atau Anak Kudus dan telah menerima penyembuhan.

 

Namun dalam setiap imej ini terdapat satu roh jahat. Iblis mendengarkan dan dengan kuasa iblisnya, dia menjadikan seakan-akan satu keajaiban telah berlaku, agar anda tetap percaya dan terus memujanya. Dengarlah kata-kata saya, iblis itu akan membuatkan anda membayar dengan dahsyatnya dan dia akan memberikan anda kematian kekal. Jadi, hentikanlah memuja gambar dan patung dan mulalah mencari Kristus, kerana hanya Dia sahaja dapat memberikan kehidupan kekal dan hidup yang berkelimpahan.

Tuhan menunjukkan para biarawati itu tadi, dan mereka menangis, “Saya mahu keluar dari sini, saya menyesal kerana menyembah berhala, dan melakukan dosa semasa di Bumi, sekarang saya tidak dapat keluar dari sini.” Saya bertanya kepada salah seorang dari mereka, “Tapi kamu tahu kebenaran? Kamu tahu tentang Firman Tuhan?” dia menjawab, “Ya, saya tahu tentang Firman Tuhan, namun saya tidak pernah bertaubat, saya tidak pernah mencari Kristus. Ramai biarawati memasuki biara atas sebab-sebab tertentu. Saya berada di biara kerana mengalami kekecewaan dalam hubungan cinta. Ramai biarawati berada di biara akibat mengalami kekecewaan dalam percintaan. Dalam kes tertentu, ada yang ditinggalkan oleh tunang mereka di hadapan altar perkahwinan, atau teman lelaki mereka curang, ramai lagi biarawati memasuki biara kerana masalah hidup mereka dan biara ini dijadikan alasan. Hakikatnya ialah mereka melayani iblis.”

 

Firman Tuhan mengatakan di 1 Kors 6:9-10 9Atau tidak tahukah kamu, bahwa orang-orang yang tidak adil tidak akan mendapat bagian dalam kerajaan Allah? Janganlah sesat! Orang cabul, penyembah berhala, orang berzinah, banci, orang pemburit,

10pencuri, orang kikir, pemabuk, pemfitnah dan penipu tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah.”

 

FirmanNya amat jelas, Wahyu 21:8 Tetapi orang-orang penakut, orang-orang yang tidak percaya, orang-orang keji, orang-orang pembunuh, orang-orang sundal, tukang-tukang sihir, penyembah-penyembah berhala dan semua pendusta, mereka akan mendapat bagian mereka di dalam lautan yang menyala-nyala oleh api dan belerang; inilah kematian yang kedua.

 

Semua orang di Neraka tiada jalan keluar, ia telah terlambat bagi mereka. Tapi bagi anda yang masih hidup di Bumi ini, anda masih dapat berdamai dengan Tuhan. Jangan lepaskan peluang ini, kemungkinan anda yang sedan menonton ini, mungkin ini peluang terakhir anda untuk bertaubat kepada Tuhan. Lepaskan diri dari Neraka, kerana Kristus sedang menghulurkan tangan-Nya yang penuh rahmat kepada anda.

 

Apabila kami meninggalkan ruangan bilik itu, saya mula menangis dan berkata, “Tuhan bawalah saya keluar dari sini, Tuhan saya tak ingin berada di sini.” Dia mengeluarkan saya dan berkata, “Saya ingin menunjukkan lebih banyak lagi…” Sambil kami berjalan pergi, saya terdengar jeritan seorang gadis muda, “Tolong! Tolong!Siapa kau?, Mengapa kau berada di sini?” Gadis muda itu menjawab, “Saya seorang remaja, mati ketika berusia 15 tahun, dan sampai di tempat ini.” “Tapi mengapa kamu di sini? Apa sebabnya kamu di sini?” saya bertanya.

 

Dia menjawab, “Aku sangkakan umurku masih panjang lagi, sebab aku masih muda. Orang selalu bercakap mengenai Kristus dan keselamatan jiwa, tetapi aku selalu mengatakan bahawa Kristian itu itu gila, dan aku selalu menolak Firman Tuhan. Aku tak mahu menerima Tuhan. Setiap kali mereka memberitakan kepadaku, aku hanya mengetawakan dan mengejek mereka. Sekarang aku telah melihat kesilapan terbesar dalam hidupku. Lihatlah diriku, sedang terbakar dalam nyalaan api. Aku telah mati dalam kemalangan jalan raya dan aku merasa amat menyesal. Aku telah banyak mencari jalan keluar dari tempat ini tapi apabila aku menemuinya, aku tidak dapat pergi kerana iblis yang menyeksaku ini berkata, “Kau tak boleh meninggalkan tempat ini, kau akan berada di sini buat selamanya.” Aku tak mahu berada di sini, oh tolonglah aku, tolong aku!Saya berkata, “Aku tak dapat berbuat apa-apa untukmu, aku harap aku dapat berbuat sesuatu untuk mereka semua.”

 

Tuhan berkata, “Tiada peluang bagi mereka yang berada di sini, tapi hanya untuk mereka yang berada di Bumi sahaja. Anak gadis itu berkata lagi, “Oh tolonglah pergi dan beritahu semua umat manusia, dan seluruh ahli keluargaku agar tidak datang ke sini. Pergi dan ceritakan kepada muda-mudi yang masih mempunyai peluang untuk mencari Kristus, untuk memberitahu mereka agar mengelak dosa. Semasa di Bumi dulu, aku menjalani kehidupan yang dahsyat, kehidupan bergelumang dosa, aku amat angkuh, suka menghadiri pesta-pesta, suka membantah kata orang tuaku, aku sentiasa memberontak. Sekarang aku berasa amat menyesal, dan mahukan keampunan dari mereka, aku mahu keluar dari sini, untuk memberitahu semua orang di Bumi agar tidak datang ke sini, takkan ke sini. Memberitahu mereka agar patuh kepada orang tua, untuk menerima Kristus, kerana Dia yang menyelamatkan. Iblis telah memperdayakanku, sekarang aku tahu aku tidak akan keluar dari sini, betapa aku sungguh menyesalinya.”

 

Dia menangis dan menghulurkan tangannya, saya cuba menolong menyambut tangannya, dia mula menjerit lalu ditarik semula ke dalam api. Saya berteriak, “Tuhan, tempat ini sungguh dahsyat.” Dia menjawab, Ya anakKu ingatlah ini, kembalilah ke Dunia dan turutilah perintahKu, agar umat manusia percaya bahawa Neraka itu nyata dan abadi, kerana ramai lagi yang tidak percaya tentang kewujudan Neraka lagi, ramai yang mencemuh dan mengatakan bahawa Neraka itu dongeng semata-mata.

 

Beberapa hari sebelum pengalaman pertama saya ke Neraka, Tuhan telah memberikan satu penglihatan dan berkata, “Lihat, orang ini telah pergi ke Neraka.” Saya sedang bercakap mengenai lelaki terkenal yang dikenali sebagai MJ, dan dengan sarung tangan putihnya. Dia berada di Neraka atas sebab yang telah saya ceritakan pada video saya yang lepas. Semasa saya merakam video tersebut, Tuhan telah berkata, “Ceritakan tentang dia.” Itulah sebabnya saya menceritakan tentangnya yang berada dalam api Neraka.

 

Saya berkata, “Tuhan, Kau telah mengatakan dulu bahawa aku akan mendapat pengalaman kedua, jadi aku memohon agar Kau mendedahkan siapa lelaki ini padaku, aku ingin melihat siapa lelaki ini, Tuhan.” Semasa mendekati nyalaan api tersebut, saya melihat banyak iblis berkumpul dalam satu bulatan, dan di tengah-tengah bulatan itu kelihatan seseorang sedang diseksa. Dia menghulurkan tangannya dan menjerit, “Tolong! Tolong!” Saya memahami bahasa yang digunakan oleh lelaki itu. Saya amat teringin membantunya, dan saya dapat melihat sekumpulan iblis akan mengangkatnya dan memaksanya menari dan menyanyi seperti yang dia lakukan di Dunia. Para iblis itu mencemuhnya dan mencampakkannya ke dalam api. Selepas itu mereka akan mengangkat lalu menyebatnya. Dia menjerit dengan dahsyat sekali. Oh, betapa hebatnya dia diseksa.

 

Hati saya patah melihatkan keadaan ini lalu saya berkata, “Tuhan, tolong lakukan sesuatu, oh! Tuhan bantulah dia.” Tatkala saya menghulurkan tangan untuk membantunya, tiba-tiba tangan saya meletus dengan nyalaan api, lalu dipenuhi oleh cacing-cacing. Saya berkata, “Tuhan lihatlah! Apa yang sedang berlaku?” Para iblis mula mentertawakan saya dan mencemuh sambil berkata, “Kau akan terus kekal di tempat ini.”

 

Saya kemudian menyedari yang saya tidak dapat melihat atau merasakan Tuhan di sisi saya, kelihatan seperti saya keseorangan. Saya menjerit, “Tuhan, Kau telah pergi, mengapa saya masih di sini?” Para iblis berkata, “Kami akan menyeksa engkau, kau akan kekal di sini.”

 

Kemudian saya terdengar ketawa yang menakutkan, ianya sungguh mengerikan, “Ha ha ha, kau akan terus kekal di sini. Akhirnya aku berjaya memerangkap kau, tepat di mana aku mahu kau berada. Aku mahu kau berada di sini kerana kau telah banyak mencuri ramai jiwa dariku dan aku akan memusnahkan kau, di sinilah tempat kau sepatutnya.” Dia memberi arahan kepada para iblis, “Bawa dia pergi, bawa dia ke tempat yang sepatutnya.”

 

Say menjawab, “Tidak, tidak, aku tidak akan tinggal di sini kerana Tuhan bersamaku. Dia mengatakan yang Dia tidak akan membiarkan aku di sini.” Kemudian aku terdengar suara iblis “Kau akan kekal di sini, kau kekal di sini kerana Tuhan tiada bersama-sama kau. Lihatlah sekeliling, Dia tiada bersama kau.” Saya melihat, tapi tiada melihat Tuhan. Saya berasa bersendirian, dan merasa ragu-ragu. Saya mula menangis dan meraung, “Tuhan, mengapa Kau tinggalkan aku? Mengapa Tuhan, mengapa?

 

Dengan tiba-tiba Tuhan menjawab, “AnakKu, Aku di sini.” Saya mendengar suaranya di telinga ini. Sambil melihat iblis tepat, saya menjawab, “Tuhan ada bersamaku di sini.” Namun dia membalas, “Tidak, Dia tiada. Lihatlah.” Saya tidak melihat Yesus, namun saya dapat mendengar suaranya. Saya mula merasa ragu semula kerana iblis semakin menghampiri. Sya merasa ada tali telah diikat di pinggang saya lalu menarik saya menghampiri suara yang dahsyat itu. Ia berkata, “Kau bodoh, itulah kau sebenarnya, si bodoh. Aku akan memusnahkan kau kerana kau telah menggalakkan ramai jiwa untuk tidak datang ke Neraka, ramai jiwa juga telah keluar dari Neraka kerana kau menginjili. Jangan lakukannya lagi, diam saja, tutup saja mulut kau, aku akan musnahkan kau, aku akan bunuh kau.

 

Saya hanya mampu menangis di saat dia menuduh saya demikian. Tiba-tiba saya menjawab, “TIDAK, iblis, kau takkan mampu memusnahkan aku, kerana Tuhan berkata Dia ada bersamaku. Aku tak dapat melihat Dia, namun aku tahu dia ada di sini.” Iblis terus mentertawakan saya.

 

Saya terasa ditarik ke satu arah, semakin mendekati suara iblis yang sedang bercakap tadi. Saya melaungkan,”Darah Yesus Berkuasa dan saya dilitupi dalam darahNya, Ia melitupi saya sekarang dan iblis akan lari kerana darah Yesus yang ada pada saya. Dia yang ada di dalamku lebih besar lagi dari kamu. Besar lagi Dia yang ada bersamaku.” Saya tetap mengulangi kata-kata itu. Tidak lama kemudian, saya terasa ada sesuatu melonggar dari saya; seakan-akan sesuatu terlepas, rupa-rupanya itu ialah tali yang melilit di pinggang saya tadi.

 

Akhirnya, saya dapat keluar dari neraka, dan kembali dalam hadirat Tuhan. Tuhan berkata, “Aku mahu kau menyampaikan pesan ini sekembalinya kau ke Bumi, pergi dan beritakan pada umatKu untuk mencariKu dalam Roh dan Kebenaran. (Yoh 4:24). Beritakan pada umatKu agar diam dalam kekudusan. Beritakan pada mereka bahawa inilah masanya, inilah masanya untuk menghayati FirmanKu. Aku tidak mahu umatKu hanya membaca, malahan meneliti FirmanKu. Sebabnya, AnakKu, inilah yang sedang berlaku di Bumi, di Bumi ini, yang murtad semakin bertambah dari sehari ke sehari, malah ramai anak-anakKu, ramai yang telah Kupilih akan terpedaya. AnakKu, beritakan kepada umatKu agar meneliti FirmanKu supaya mereka tidak akan terpedaya dan akan terus mencari hadiratKu dalam roh dan kebenaran.

        

Sambil menangis saya berkata, “Ya Tuhan, saya akan menurut. Tapi Tuhan, saya perlukan bantuan dariMu ya Tuhan, Tolonglah saya.” Dia membalas, “AnakKu, apabila kau kembali nanti, kau tidak perlu takut kerana aku di sampingmu. Aku akan bercakap kepada umatKu melalui mulutmu, tapi kau harus ingat bahawa Aku akan selalu bersamamu seperti yang telah Ku janjikan padamu, dan Aku adalah saksimu yang setia.” Kemudian saya melihat para malaikat mengelilingiku.

 

Saya mengenali Malaikat Gabriel kerana saya pernah berjumpanya dahulu. Tuhan berkata, “Dengarkanlah, kerana Malaikat Gabriel ingin menunjukkan sesuatu padamu.” Malaikat Gabriel juga berada di sampingku. Kemudian Malaikat Gabriel mengambil tanganku, dan Tuhan memerintahkan padanya, “Bawa dan perlihatkan kepadanya apa yang harus kau tunjukkan.”

 

Kami berjalan dan menaiki tangga yang sungguh indah. Ia kelihatan seperti sebuah Dewan Tari-Menari. Di sebuah ruangan yang tinggi di bilik itu kelihatan ada sebuah altar dengan sebuah mimbar emas. Apabila saya sampai di mimbar itu saya terlihat sebuah buku yang besar dan saya bertanya pada Michael, “Ini buku apa?”

 

Michael sedang berada di kanan mimbar itu, dia meletakkan tangannya pada buku lalu berkata dengan suara yang lantang, “Angelica, buku yang kau lihat ini ialah Kitab Kehidupan.” Lalu saya membuka buku dan melihat setiap lembaran. Saya bertanya, “Apakah makna buku ini dan apakah yang tertulis di dalamnya?” Michael menjawab, “Bukalah, pada buku ini telah tertulis setiap nama mereka di Bumi yang telah bertaubat dan membalikkan semula kehidupan mereka kepada Bapa Syurgawi kita.

 

Sambil saya meneliti buku itu, saya bertanya pada Michael, “Adakah nama saya tertulis di sini?“Ya, carilah maka kau akan menjumpainya.” Saya mencari namun tiada menjumpainya. Dengan sedikit bimbang saya bertanya, “Ia tiada di sini, nama saya tiada di sini, saya tidak menjumpainya, di manakah ia?” Dia menjawab, “Lihat, namamu ada di sini.” Saya amat gembira melihat nama saya, namun saya tidak memahaminya kerana ia ditulis dalam bahasa asing. Saya perasan bahawa banyak nama yang bergemerlapan, lalu saya menanyakan padanya, “Mengapa pula nama-nama ini bercahaya dan berkelipan?” Dia menjawab, “Nama-nama yang sedang kau lihat bergemerlapan di dalam Kitab Kehidupan itu ialah mereka yang di Bumi yang pada saat ini sedang bertaubat dari dosa-dosa mereka dan mencari hadirat Tuhan. Lihatlah, nama-nama yang lain yang hampir pudar dan banyak yang lainnya telah terpadam, ialah mereka di Bumi yang telah keluar dari jalan Tuhan. Kau harus melakukan sesuatu, lakukan sesuatu!”

 

Sekali lagi dia meletakkan tangannya pada Kitab Kehidupan dan berkata pada saya, “Pergi dan beritakan kepada manusia bahawa seandainya nama mereka tiada tertulis dalam Kitab ini, mereka tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Syurgawi.Saya menjawab, “Baiklah, saya akan melakukannya.” Ia telah tertulis di Wahyu 20:15 Dan setiap orang yang tidak ditemukan namanya tertulis di dalam Kitab Kehidupan itu, ia dilemparkan ke dalam lautan api itu. Kami keluar dan menemui Tuhan Yesus semula, dia kemudian berkata, “Telah tiba masanya kau harus kembali ke Bumi.

 

Adakah anda merasakan bahawa nama anda ada tertulis di dalam Kitab Kehidupan itu? Sekiranya tidak, carilah Tuhan. Sekiranya anda telah berpaling dari Tuhan, berdamailah denganNya kerana Dia akan mengampuni anda tanpa mengira apa yang telah anda lakukan dahulu. Ingatlah, dia telah datang untuk menyelamatkan orang yang berdosa; dia telah datang untuk mengampuni segala dosa umat manusia di Bumi ini. Hanya bukakan hati anda untuk memohon keampunan dariNya. Dia sanggup menyucikan kita dari segala kejahatan, seperti yang jelas dinyatakan di              1 Yohanes 1:9 Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni dosa akan mengampuni segala dosa kita dan akan menyucikan kita dari segala kejahatan.”

 

Sekembalinya saya ke Bumi, saya melihat jasad saya di sana. Saat itu ialah awal pagi, sekitar 7:00am. Saya dapat melihat ahli keluarga dan saudara-saudara dari gereja di dalam rumah saya. Tuhan berkata, “AnakKu, masuklah ke dalam jasadmu, lakukan sekarang.” “Baiklah Tuhan,” saya menjawab.

 

Ingatlah ini, kau akan mengalami banyak pertemuan denganKu, dan tidak lama lagi akan ada pertemuan yang ketiga berkaitan dengan apa yang berlaku di kalangan umatKu. Sentiasa ingat bahawa Aku sentiasa bersamamu.” Serta-merta saya terlihat satu cahaya dan para malaikat mula bernyanyi. Setelah beberapa jam kemudian, akhirnya saya mampu membuka mata. Saya sembuh sepenuhnya setelah beberapa hari kemudian.

Saya mahu anda mengetahui bahawa apa yang anda dengar di dalam video ini bukanlah cerita rekaan semata, tetap Tuhan telah mengizinkan saya mengalaminya. Saya mahu anda tahu sekiranya anda mahu Tuhan untuk mengampuni anda, pejamkan sahaja mata dan letakkan tangan anda di hati lalu berdoa kepadanya sambil berkata, “

 

“Tuhan Yesus, aku menyesal dan bertaubat atas segala dosa yang telah kulakukan, aku bertaubat kerana aku telah berdosa terhadap Mu; aku mohon padaMu Tuhan agar mengampuni dosa dan menyucikan diriku dengan DarahMu yang Berharga, aku mohon agar Kau menuliskan namaku dalam Kitab Kehidupan. Meteraikanlah aku dengan Roh KudusMu, masuk dan diamlah dalam hidupku dan bebaskan aku dari segala kejahatan. Aku memutuskan segala keinginan dagingku, aku memutuskan segala kehidupan lampauku, serta segala perkara yang tidak menyenangkanMu, aku mengisytiharkan pada pada hari ini, segala rantai yang mengikatku selama ini dileraikan, aku telah bebas, kerana Kau telah membebaskanku. Dalam nama Yesus, Amen.”  

 

Semoga damai Tuhan berada dalam hati kita, dan sentiasa ingat bahawa Roh Kudus, dan hanya Roh Kudus sahaja yang mampu membuatkan kita rasa bersalah atas dosa-dosa kita. Semoga Tuhan memberkati anda.  

Angelica Zambrano Mora

----------------------------------------------

Sekiranya anda mahu menjadi sebahagian pelayanan ini anda boleh menghubungi kami dengan e-mel ini.

esdios@hotmail.com
palabraderevelaciondivina@hotmail.com
(Gunakan bahasa Sepanyol)

**Versi ini telah diringkaskan dengan minima, diubah dan diilustrasi.

   Video yang asli ialah di dalam bahasa Sepanyol.   

 





Website Builder