Syurga Itu Nyata
Malay
www.syurga.net

Angelica Zambrano




Bersiap untuk bertemu Tuhanmu!

Kerajaan Syurga & Neraka,

dan kedatangan Kristus daripada Angelica Zambrano

aka.23 Horas Muerta

 

Dalam tempoh selama 23 jam, seorang gadis Ecuador yang bernama Angelica telah melihat Kerajaan Syurga dan Neraka, serta Kedatangan Yesus. Dia bersaksi Yesus menangis sambil melihat jumlah ramai jiwa yang hilang buat selamanya, dunia yang menolak Dia, banyak Gereja yang belum bersedia, orang-orang yang berhenti bersaksi kepada yang hilang, dan industri hiburan yang menggoda kanak-kanak kepada syaitan. Dia bersaksi ikon budaya yang disanjung menderita dalam Jurang; penyanyi, penghibur, termasuk Paus. Angelica juga diperlihatkan bagaimana Kerajaan Syurga begitu indah tersedia dan siap, sesuatu tempat mulia yang tidak dapat dibayangkan, di mana tiada iblis wujud. Walaupun Yesus Hanya datang kembali bagi Umat yang Kudus, dan ramai anak Tuhan BELUM bersedia pada hari itu, dan akan ditinggalkan dalam dunia yang hancur.

Asal Sepanyol, diubah suai minimum. (Lokasi: El Empalme, Ecuador)

 

Maxima (Ibu):

Nama saya Maxima Zambrano dan kami menghadiri “Casa de Oracion” Gereja di El Empalme. Kami telah selama 15 hari, dan berseru kepada Tuhan. Anak perempuan saya  Angelica juga menyertai kami. Selama 15 hari tersebut, saya dapat melihat sesuatu yang lebih jauh daripada yang biasa, sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini. Kami berpuasa dan berdoa di retret, dan masih meneruskan doa dan seruan tangisan di rumah, menantikan Tuhan untuk berbicara kepada kami.

 

Tuhan telah berikan kami banyak dorongan. Oleh kerana ujian pencubaan, kami seringkali bersedia untuk menyerah, tetapi Tuhan ada di sana untuk menolong kami. Dia berikan kami Yeremia 33:3 “Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan akan memberitahukan kepadamu hal-hal yang besar dan yang tidak terfahami, yakni hal-hal yang tidak kau ketahui.” Anakku sungguh-sungguh memintanya dari Tuhan, walaupun saya tidak mengerti ketika itu.

 

Angelica (Anak perempuan):

Nama saya Angelica Elizabeth Zambrano Mora. Saya 18 tahun, dan belajar di “Colegio José María Velazco Ibarra," di El Canton, El Empalme, Ecuador. Saya mula menerima Yesus sewaktu berumur 12 tahun, tetapi saya berkata kepada diri saya, “Tiada satu pun kawan-kawan saya evangelikal dan saya berasa pelik di tengah-tengah mereka”, oleh itu saya berpaling dari Tuhan, dan menjalani hidup yang tidak baik, hidup yang teruk. Tetapi Tuhan menarik saya keluar dari keadaan itu. Pada harijadi saya yang ke-15, saya berdamai dengan Tuhan, namun saya masih mendua hati. Alkitab mengatakan dalam (Yakobus 1:8), “sebab orang yang mendua hati tidak tenang dalam hidupnya” dan saya adalah salah seorang dari orang-orang demikian. Ayahku akan berkata, “Kamu janganlah seperti itu, ia kelihatan teruk, itu salah,” tetapi saya akan menjawab “Inilah saya yang sebenarnya, dan bagaimana saya mahu menjadi, tiada satu yang perlu beritahu kepada saya bagaimana saya harus menjadi, atau apa yang patut saya buat, atau bagaimana saya harus berpakaian, atau berkelakuan.” Ayah akan merespon, “Tuhan akan berurusan dengan engkau. Dia akan mengubah engkau.”

 

Sewaktu hari jadi saya yang ke-17, saya datang mendekat kepada Tuhan. Pada 28 April saya datang kepada-Nya dan berkata “Tuhan ampunilah saya. Saya mahu Engkau menulis namaku dalam Kitab Kehidupan dan terima saya menjadi anak-Mu.” Saya bertaubat dan berikan semula hidupku kepada Tuhan. Saya  berkata, “Tuhan, saya mahu Engkau mengubah saya,  buatlah sesuatu yang berbeza di dalam saya.” Saya menangis dengan sepenuh hati, dan meminta Tuhan untuk mengubah saya. Namun, sambil masa berlalu saya merasa tiada perubahan. Yang berbeza hanyalah saya sudah mula menghadiri Gereja, membaca Alkitab dan berdoa. Hanya perubahan ini sajalah dalam hidupku.

 

Kemudian, dalam Ogos, saya dijemput berpuasa selama 15 hari. Saya bercadang untuk mengikuti, tetapi sebelum saya masuk saya berkata, “Tuhan, saya mahu Engkau bereskan saya di sini.” Sewaktu berpuasa, Tuhan sedang berbicara hampir semua orang, kecuali saya! Sepertinya Tuhan tidak melihat saya, dan kepedihan itu. Saya akan berdoa, “Tuhan, bukankah Engkau akan membereskan saya?” Saya akan menangis seorang diri dan meneruskan, “Tuhan, adakah Engkau mengasihi saya? Adakah Engkau di sini? Adakah Engkau bersamaku? Mengapa Engkau tidak berbicara denganku seperti Engkau lakukan kepada semua orang. Engkau berbicara begitu banyak sekali terhadap orang lain, termasuk kata-kata nubuat, tetapi bukan dengan saya.” Saya meminta satu tanda bahawa Tuhan itu bersama dengan saya, dan Tuhan berikan saya Yeremia 33:3, Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan akan memberitahukan kepadamu hal-hal yang besar dan yang tidak terfahami, yakni hal-hal yang tidak kau ketahui.”

 

Saya berkata, “Tuhan, adakah itu untuk saya?” Saya menyimpannya bagi diri saya sendiri, sementara semua orang bersaksi apa yang telah Tuhan berikan kepada mereka apa yang telah mereka lihat. Tetapi saya menyimpannya secara rahsia dan akan merenungkan firman tersebut: “Berserulah kepada-Ku” bermaksud berdoa, namun apakah yang dimaksudkan “hal-hal yang besar dan yang tidak terfahami”? Saya berfikir, “Ini hanya bermaksud syurga dan neraka.” Oleh itu saya berkata, “Tuhan, saya hanya mahu Engkau tunjukkan kepadaku syurga, tetapi bukan neraka, sebab saya telah dengar tempat itu sangat menakutkan.” Tetapi kemudian saya akan berdoa dengan sepenuh hati, “Tuhan jika itu kehendak yang Engkau ingin tunjukkan kepada saya apa yang Engkau harus, oleh demikian terjadilah, tapi ubahkan saya dahulu. Saya mahu Engkau lakukan suatu yang berbeza di dalam saya; saya mahu menjadi sesuatu yang berbeza.”

 

Apabila kami telah habis berpuasa, di sana terdapat banyak ujian pencubaan dan kesulitan dan kadang kala saya merasa pitam, tidak berupaya meneruskan perjalanan dengan Tuhan. Namun Dia berikan saya kekuatan. Saya mula mendengar suara-Nya dan mengenal-Nya dengan lebih baik. Kami menjadi sahabat yang baik. Tuhan adalah sahabat kami yang terbaik, iaitu Roh Kudus. Saya beritahu kepada-Nya, “Tuhan, Engkaulah sahabatku yang terbaik. Saya mahu mengenal-Mu lebih dalam,” serta berkongsi segala fikiranku kepada-Nya.

 

Saya berdoa sepanjang Ogos dan kemudian dalam November, seorang hamba Tuhan datang ke rumah kami dan berkata, “Semoga Tuhan memberkati engkau.” Saya membalas, “Amen”  kemudian dia berkata “Saya di sini untuk membawa mesej daripada Tuhan...engkau mesti siapkan diri, kerana Tuhan akan menunjukkan engkau hal-hal yang besar dan yang tidak terfahami, yakni hal-hal yang tidak kauketahui. Dia akan menunjukkan engkau Syurga dan Neraka sebab engkau telah memintanya, dari Yeremia 33:3.” Saya bertanya, “Ya, bagaimana engkau tahu? Saya tidak pernah beritahukan itu kepada sesiapa.” Dia merespon, “Tuhan yang sama engkau layani dan puji, Tuhan yang sama itu juga saya puji telah beritahukan saya segalanya.”

 

Tidak lama kemudian kami mula berdoa. Beberapa saudari dari gereja kami, dan keluarga kami yang lain berada bersama kami berdoa. Namun setelah kami mula berdoa, saya mula melihat Langit-langit terbuka. Oleh itu saya berkata, “Saya melihat Langit-langit terbuka, dan 2 malaikat sedang turun ke bawah!”  Hamba Tuhan itu berkata, “Tanyalah mengapa mereka ada di sini.”

 

Mereka semuanya tinggi dan indah; dengan sayap-sayap yang cantik. Mereka besar dan bersinar dan tampaknya seperti lutsinar, berkilauan seperti emas. Mereka memakai kasut kristal dan mengenakan pakaian kudus. “Mengapa kamu berada di sini?” Mereka tersenyum dan berkata, “Kami di sini sebab kami ada sesuatu tugas yang perlu dijalankan...Kami di sini kerana engkau mesti melawat Syurga dan Neraka dan kami tidak akan pergi sehingga semuanya ini terjadi.” Saya merespon, “Baguslah, tapi saya hanya mahu melawat Syurga, dan bukan Neraka.” Mereka tersenyum, dan tinggal di sana, tetapi tidak mengatakan apa-apa lagi. Selepas kami habis berdoa, saya masih dapat melihat mereka di sana.

 

Saya juga mula melihat Roh Kudus; Dia adalah sahabatku yang baik; Dia Kudus, Dia Maha Mengetahui; Dia adalah Maha Hadir! Saya boleh melihat Dia, lutsinar dan begemerlapan pada masa yang sama; dengan wajah berkilauan, saya boleh melihat senyuman-Nya dan tatapan kasih-Nya! Sukar bagi saya menerangkan Dia, kerana Dia lebih indah dari malaikat-malaikat. Malaikat mempunyai keindahan sendiri, namun Roh Kudus jauh lebih indah dari keindahan yang mereka ada! Saya dapat mendengar suara-Nya dengan jelas, suara yang penuh kasih, suara yang penuh cinta. Saya benar-benar tidak dapat menjelaskan suara-Nya; suara seperti guruh, tetapi pada masa yang sama Dia akan berkata “Aku menyertaimu” oleh itu saya akan berjuang meneruskan perjalanan dengan Tuhan, walaupun ujian pencubaan mengelilingi kami. Kami telah melalui masa-masa yang sangat sukar, tetapi juga sesuatu kemenangan pada masa yang sama. Saya berkata “Tuhan, jadilah kehendak-Mu” Saya juga menyedari malaikat-malaikat tersebut di sekolah, dan juga dalam kelas-kelas saya. Saya sangat gembira, sangat penuh dengan sukacita kerana saya sebenarnya dapat melihat mereka!

 

Hamba Tuhan, yang melawat rumah kami, memberitahu saya supaya saya siapkan diri, kerana saya akan melihat Syurga dan Neraka. Tetapi dia juga memberitahu saya sesuatu yang sulit. Dia berkata, “Kamu akan mati.” Ianya bukan senang apabila mendengar hal ini.

 

Saya bertanya,“Bagaimana saya akan mati? Saya sangat muda.” Dia membalas, “Jangan risau kerana segala sesuatu Tuhan lakukan adalah sempurna, dan Dia akan membawa engkau hidup kembali, supaya engkau dapat bersaksi tentang Syurga dan Neraka, mengenai inilah yang Tuhan ingin kita semua ketahui.”  Saya berkata “Amen, tapi adakah saya akan dilanggar kereta, bagaimana saya akan mati?” Idea terus datang dalam fikiranku, tetapi Tuhan beritahu saya supaya jangan risau, segalanya berada di bawah kawalan. Saya berkata “Terima kasih, Tuhan!”

 

Pada 6 November, selepas saya kembali ke rumah dari sekolah, Malaikat-malaikat tersebut masih berdiri di samping saya, sementara memuji Tuhan. Mereka tidak berkata-kata dengan saya; apa yang mereka hanya katakan ialah, “Kudus, Kudus, Kudus, Haleluyah,” beri kemuliaan, hormat dan pujian kepada Bapa Syurgawi. Roh Kudus juga bersama malaikat-malaikat itu dan saya akan bersukacita. Ramai orang mengatakan injil itu membosankan, tetapi ianya adalah penipuan terbesar dari si Iblis supaya dapat menghindarkan orang daripada mencari hadirat Tuhan. Dahulu saya juga percaya, tetapi setelah bertemu dengan Tuhan dan Roh Kudus, saya tahu bahawa injil itu bukan membosankan, tetapi yang amat terindah yang pernah engkau dapat alami di Bumi!

 

Saya dapat melihat; bermain bersama, juga berkata-kata dengan Roh Kudus. Namun malaikat-malaikat itu tidak berkata-kata dengan saya, tetapi akan memuji Tuhan. Saya akan berkata, “Roh Kudus datanglah bersama saya lakukan ini atau itu” dan Dia akan berada di sana. Saya boleh merasa dan melihat Dia.

Saya telah melihat Dia akan berdiri, dan tempat duduk akan disiapkan bagi-Nya. Walaupun ramai tidak dapat melihat Dia, Dia ada di sini! Perhubungan itu berlangsung, tiada sebab untuk menghentikannya, sekali kamu alaminya...tiada jalan keluar. Apabila saya ingat di mana Dia menarik saya keluar dari sesuatu, apa saya sebelum ini, saya sangat bersyukur kerana belas kasihan-Nya, bagi segala kasih-Nya terhadap manusia dan terhadap saya!

Pada 7 November, saya kembali ke rumah, saya mendengar suara berkata, “Bersiaplah, kerana engkau akan mati hari ini,” Saya tahu itu adalah Roh Kudus kerana saya dapat melihat Dia. Saya tidak mempedulikan suara-Nya dan berkata, “Tuhan, saya tidak mahu mati hari ini!” Tetapi Dia akan mengulanginya, “Bersiaplah, kerana engkau akan mati hari ini,” Kali ini Dia bersuara lantang dan dengan kuasa besar. Saya membalas, “Tuhan, saya tahu itu adalah Engkau yang sedang berbicara kepadaku; saya hanya minta satu pengesahan dan selepas itu, buatlah sesuai kehendak-Mu. Saya akan lakukan apa saja yang Engkau minta, saya akan menyerah, walaupun saya ketakutan, oleh sebab saya tahu Engkau besertaku dan Engkau nyata.”

Saya berdoa, “Biarlah orang yang Engkau pakai sebelum ini, membawa mesej ini. Biarlah dia berada di rumah saya secepat mungkin, sebelum saya tiba, dan biarlah dia beritahu saya hari ini yang saya akan mati.” Sekarang, sepertinya Tuhan tahu masa lepas kita, sekarang dan masa akan datang. Dia telah mengetahui apa yang akan saya minta kepada-Nya. Oleh itu apabila saya tiba di rumah, hamba Tuhan itu sudah berada di sana.

Maxima:

Apabila anakku tiba di rumah, kami berada di dapur. Apabila Angelica melihat hamba Tuhan dia berkata, “Semoga Tuhan memberkati engkau.” Hamba Tuhan itu merespon, “Tuhan memberkati engkau. Adakah engkau sudah bersedia? Kerana hari ini Tuhan akan membawa engkau pada 4 petang.” Dia hanya berdiri di sana, terkejut bahawa Tuhan telah menunaikan permintaannya.

 


Angelica:

Apabila saya mendengar ini saya berkata “Amen...tapi saya tidak mahu mati, Saya tidak boleh mati! Tidak, Tuhan, saya takut, sangat takut!” Hamba tuhan itu berkata “Mari kita berdoa supaya ketakutanmu itu meninggalkan engkau dalam nama Tuhan kita.” Saya berkata “Amen” dan kami berdoa. Tidak lama kemudian saya merasakan semua ketakutan itu pergi meninggalkan saya, dan sukacita yang tidak dapat dijelaskan datang, berfikir bahawa kematian adalah yang terbaik berlaku pada saya! Saya mula tersenyum dan ketawa sementara setiap orang memperhatikan saya. Mereka hanya dapat melihat saya melalui dari kesedihan kepada sukacita. Saya senyum, melompat dan menyanyi.

Maxima:

Anakku segera merasa sukacita dalam hatinya dan mula makan. Dia merasakan mendapat segalanya, dengan berkata, “Jika saya tidak kembali, saya sudah makan dan saya sudah kenyang.”

Angelica:

Setiap orang mula ketawa dan bertanya, “kenapa engkau berkelakuan seperti ini sepatutnya sedih, sebaliknya engkau gembira, engkau bersukacita?” Saya beritahu mereka, “Mestilah, saya akan melihat Tuhan, saya akan bersama dengan-Nya, tapi saya tidak tahu jika saya akan datang kembali oleh itu saya mahu berikan semua barang-barang saya.”  Mereka menatap saya dan bertanya, “Engkau akan berikan semua yang engkau miliki?” Mata ibu saya terbuka luas kerana terkejut!

Maxima:

Anakku mula memberikan semua barangnya. Dia berikan segalanya, semuanya! Saudari-saudari gereja kami bersama dengan kami, seperti biasa, dan dia berikan sesuatu setiap seorang dari mereka. Apabila saya menyoal maksud hatinya, dia berkata, “Jika saya kembali, mereka boleh berikan kembali semuanya kepada saya, tetapi jika saya tidak datang kembali, mereka boleh menyimpan semuanya.”

Angelica:

Saya boleh bayangkan betapa sedihnya perasaan ibu apabila saya berkata demikian. Namun saya merasa sangat gembira, sehingga saya mula berikan segalanya: pakaianku, katilku, telefon bimbitku, segalanya, dengan satu syarat: jika saya kembali, semuanya mesti dikembalikan kepadaku. Mereka mula ketawa.

Maxima:

Dia begitu bertekad, tetapi sebagai seorang ibu saya merasa sangat pedih. Bukan senang. Saya tertanya-tanya, “Tuhan apabila masa itu datang, bagaimanakah ia akan terjadi?” Saya tidak dapat mengerti. Ketika mereka mula berdoa, saya sedang mengemas barang dalam rumah. Mereka berkata, “Kak, marilah berdoa.” Tetapi saya membalas, “Kamu teruskanlah, saya akan ikut kamu sebentar nanti. Biar kerja ini saya habiskan dahulu.”

Angelica:

Mereka semua memperhatikan saya, sedang kami berdoa. Saya berdoa, Tuhan, saya akan melakukan kehendak-Mu. Engkau bukanlah manusia yang akan membohong atau bertaubat, saya tahu Engkau adalah nyata. Jika saya akan menggagalkan Engkau, adalah lebih baik jika Engkau terus mengambil saya bawa bersama-Mu; jika saya melakukan kehendak-Mu, bawalah saya kembali, tapi bantulah saya mengatakan kebenaran, siapkan saya, bantu saya berkhutbah dan untuk memberitakan kepada manusia supaya bertaubat.” Itulah doa saya yang paling pendek. Saya beritahukan kepada hamba Tuhan dan berkata, “Jangan beritahu ibu saya apa yang saya katakan kepada Tuhan.” Dia membalas, “Saya tidak akan beritahu dia sekarang, tetapi sekali Tuhan mengambil engkau, saya akan beritahu dia.” Kami teruskan berdoa dan kemudian berdoa secara bulatan.

Maxima:

Pada 3.30 petang, Tuhan beritahu kepada hamba-Nya supaya mengurapi anakku. Oleh itu beberapa di antara kami pergi ke bilik dan mengurapinya. Dia berikan kami dua minit untuk mengurapi dia keseluruhannya, dari hujung rambut, semuanya, seluruh tubuhnya. Dia telah diurapi sepenuhya.

 

Kematian

Angelica:

Ibu saya dan saudari dari gereja, Fátima Navarrete, mengurapi saya dengan minyak. Tetapi sedang mereka mengurapi saya, saya merasakan sesuatu menutupi saya, seperti sebuah gelas yang mengelilingi saya. Ianya sukar untuk dijelaskan, saya merasakan dilingkupi dengan sesuatu seperti perisai, dan saya tidak dapat menjelaskan bagaimana saya dilingkupi. Selepas itu, apabila mereka mencuba menjamah saya, mereka sudah tidak dapat lagi.

Maxima:

Sambil kami mendoakan Angelica, saya sedang cuba meletakkan tangan ke atasnya, tetapi saya tidak dapat menyentuh dia! Dia mempunyai sejenis penutup di sekelilingnya. Sangat aneh, tiada satu pun dapat menyentuhnya! Penutup ini mula di atas kepalannya sehingga di kakinya, iaitu 30cm (12 inci). Itulah yang paling mengejutkan saya. Saya sudah pernah meletakkan tangan ke atas orang sebelum ini, dalam kebaktian Tuhan, tetapi yang sekarang ini tidak pernah terjadi sebelum ini! Saya berkata, “Oh, sesuatu mesti sedang terjadi,” dan saya mula berdoa dan bersyukur kepada Tuhan. Tiba-tiba, saya merasa sukacita yang besar. Kepedihan dalam hati saya sudah hilang, kesakitan itu sudah pergi, dan sekarang saya merasa sukacita dan gembira! Kami terus berdoa dan pada 4.00 petang, anakku jatuh ke lantai.

Angelica:

Semasa berdoa, saya merasa nafas menjadi singkat; saya tidak dapat bernafas. Saya merasakan kesakitan dalam perut dan jantung saya. Saya merasakan darah tidak berjalan, dan kesakitan yang dasyat di seluruh tubuh saya. Semua yang dapat saya katakan ialah, “Tuhan, berikan saya kekuatan, berikan saya kekuatan!” Kerana saya berasa saya tidak dapat teruskan. Saya tiada kekuatan, ia sudah meninggalkan saya! Apabila saya memandang ke atas langit, dalam alam roh, bukan dengan mata jasmani, saya melihat langit terbuka. Saya melihat malaikat-malaikat, saya melihat Terang, 10,000 kali lebih bersinar dari matahari. Dan saya berkata, “Tuhan, itu Engkau yang sedang datang!”

Maxima:

Apabila dia terjatuh, kami berusaha untuk berdirikan dia, tetapi dia tidak mampu untuk berdiri sendiri. Pada masa ini, kami sudah dapat menyentuhnya. Dia sedang berkata, “Doa. Saya tiada kekuatan, Mak, saya tiada kekuatan dan saya merasa sakit.” Mulanya, dia merasakan sakit dalam hatinya, dan kemudian ia pergi ke bawah perutnya. Kami terus berdoa dan merayu kepada Tuhan. Tuhan telah mengambil nyawanya!

Tidak pernah dalam hidup saya sebelum ini melihat orang mati. Saya melihat anak saya sendiri, sedang dia dalam kesakitan! Ia bukan senang! Saya tidak dapat mengerti ayat-ayatnya yang terakhir, akhirnya dia berhenti. Saya meletakkan tangan ke atas mukanya, dan sebuah cermin pada mulutnya, untuk melihat adakah dia masih bernafas. Dia tiada nafas, dia kaku. Saya memegang dia, dia masih hangat, seperti normal. Saya mengambil selimut dan menutupinya, dan dalam masa yang singkat dia mula merasa sejuk, sangat sejuk. Rambutnya sekat, seperti rambut orang mati, dan dia berubah menjadi ais yang sejuk.

Angelica:

Yesus sedang turun ke bawah, dan saya merasa tubuhku sedang mati. Sedang Yesus dan malaikat-malaikat semakin dekat, saya merasa saya akan pergi, itu bukan lagi saya. Saya tidak lagi hidup, saya sedang mati, dan dalam kesakitan! Apabila tubuhku jatuh ke lantai, mereka sudah ada di sini. Rumah saya dipenuhi malaikat, dan di tengah-tengah malaikat itu saya melihat Terang, lebih kuat dari matahari! Ia sangat sulit; saya merasa kesakitan amat dasyat, sedang jiwa dan roh saya ditarik keluar.

Saya sedang menangis dan berteriak, sambil saya melihat tubuh saya di atas lantai. Saya bertanya, “Tuhan, apa yang sedang terjadi? Apa sedang terjadi?” Saya ingin menyentuh tubuh saya dan masuk kembali ke dalam, tetapi apabila saya mencubanya, ianya seperti meraba angin; saya tidak dapat menyentuhnya. Tangan saya terus naik ke atas. Tiada seorang pun yang berdoa di sana boleh mendengar saya! Dan saya berteriak, “Tuhan, tolong saya!”

Maxima:

Suami saya tiba, sementara kami sedang berdoa, dan dia melihat anaknya di sana. Tuhan berikan saya kekuatan pada ketika itu kerana saya tidak tahu berbuat apa-apa. Ianya seperti dia sedang dalam koma, tetapi saya tahu dia OK, kerana itu adalah pekerjaan Tuhan. Oleh itu saya berkata “Tuhan, jadilah kehendak-Mu.”

 

Tuhan Yesus Kristus

Angelica:

Pada ketika itu saya mendengar suara Tuhan, suara yang indah dengan guruh dan kasih, “Jangan takut, anak, kerana Akulah Yehovah, Allahmu, dan Aku datang ke sini untuk menunjukkan engkau apa yang telah Aku janjikan padamu. Bangkitlah, kerana Aku Yehovah, yang memegang engkau dengan tangan kanan dan yang memberitahu engkau. Jangan takut, Aku akan menolong engkau.” Tiba-tiba, saya bangkit. Saya sedang bersujud, melihat pada tubuh saya, ingin masuk kembali ke dalam tetapi tidak mampu. Apabila saya mendengar suara-Nya, ketakutan meningggalkan saya, dan saya tidak lagi gentar.

Sedang saya mula berjalan, malaikat-malaikat mula membuka jalan. Di sana ada suatu sinaran cahaya yang sangat kuat, dan sedang saya melihatnya, saya merasa aman. Sedang saya lihat, saya melihat sesuatu yang indah, tinggi, anggun, manusia berotot. Terang keluar daripada-Nya. Terlalu banyak sekali cahaya bagi saya untuk melihat wajah-Nya! Namun saya dapat melihat rambut-Nya yang indah dengan emas berkilauan dan jubah putih dengan tali pinggang yang lebar melintasi dada-Nya. Ia tertulis, “RAJA DI ATAS SEGALA RAJA DAN TUHAN DI ATAS SEGALA TUHAN.”

Saya melihat kaki-Nya, Dia mengenakan kasut emas berkilauan, daripada emas yang begemerlapan. Dia sungguh indah! Dia melanjutkan tangan-Nya kepadaku. Apabila saya mengambil tangan-Nya, ianya bukan seperti saya menyentuh tubuh saya, tangan saya tidak dapat melaluinya. Saya bertanya, “Apa yang sedang terjadi?” Dan Dia berkata, “Aku akan menunjukkan engkau neraka, supaya engkau kembali dan beritahu manusia bahawa neraka itu nyata; bahawa neraka itu wujud. Dan supaya, kemuliaan-Ku akan ditunjukkan kepadamu, supaya engkau beritakan kepada umat-Ku supaya bersiap, kerana kemuliaan-Ku nyata dan Aku nyata.” Dia berkata, “Anak, jangan takut”- Dia berkata lagi dan saya berkata, “Tuhan, saya cuma mahu pergi ke syurga, tapi bukan neraka, sebab sudah saya telah dengar ianya sangat menakutkan!”  Dia berkata, “Anak, Aku akan menyertaimu. Aku tidak akan meninggalkan engkau di tempat itu dan Aku akan menunjukkan engkau tempat itu kerana ramai yang tahu neraka itu wujud, tetapi mereka tidak takut. Mereka percaya itu hanya sebuah permainan, yang neraka itu adalah gurauan, sebab ramai yang akan binasa daripada yang akan masuk di dalam kemuliaan-Ku.” Apabila Dia berkata demikian, Saya dapat melihat air mata-Nya jatuh ke jubah-Nya. Saya bertanya Dia, “Tuhan, mengapa Engkau menangis?” Dia membalas, “Anak, kerana ramai yang binasa, dan Aku akan menunjukkan engkau ini, supaya engkau pergi dan beritahu kebenaran dan supaya engkau tidak akan kembali ke tempat itu.”

Neraka

Tiba-tiba, sedang Dia berkata-kata, segalanya mula bergerak. Bumi bergoncang dan terbelah, dan saya melihat sebuah lubang di bawah gelap sekali. 

Kami sedang berdiri di atas sebuah batu bersama malaikat-malaikat mengelilingi kami. Saya berkata, “Tuhan, saya tidak mahu pergi ke tempat itu!” Dia berkata, “Anak, jangan takut kerana Aku menyertaimu.” Dalam sesaat kami menuju ke bawah ke dalam lubang gelap. Saya berusaha untuk melihat di sana tetapi ada sebuah kegelapan yang sangat dasyat. Saya melihat sebuah bulatan besar, dan mendengar berjuta-juta suara.

Saya kepanasan, saya merasakan kulit saya terbakar. Saya bertanya, “Tuhan, apa ni? Saya tidak mahu pergi ke tempat ini!” Tuhan berkata itu hanyalah sebuah terowong. Di sana ada yang dasyat, menjijikkan dan bau yang meloyakan, saya merayu kepada Yesus jangan bawa saya. Dia merespon, “Anak, engkau mesti datang dan tahu tempat ini.” Saya menangis, “Tapi kenapa, Tuhan kenapa?” Dan Dia berkata, “Supaya engkau boleh beritahu kebenaran kepada manusia; manusia binasa, ia hilang dan sedikit saja yang masuk Kerajaan-Ku.” Dalam kata-kata ini, Dia menangis. Perkataan-Nya menguatkan dan mendorong saya, oleh itu saya terus berjalan.

Kami tiba di hujung terowong, apabila saya melihat ke bawah saya melihat sebuah jurang ditutupi dengan nyalaan api. Tuhan berkata “Anak, Aku berikan ini kepadamu.” Itu adalah sebuah kertas berhelaian kosong yang berjilid. “Anak, ambil pensel ini supaya engkau boleh menulis semua yang Aku tunjukkan kepadamu, apa yang akan engkau lihat dan dengar. Engkau akan menulis segalanya sambil engkau memperhatikannya, sedang engkau akan hidup.” Saya berkata, “Tuhan, saya akan melakukannya, tapi saya sudah melihat terlalu banyak, Tuhan. Saya sedang melihat jiwa-jiwa diseksa, dan api-api yang sangat besar.”

Maxima:

Masa berlalu, dan anakku masih terbaring di sana. “Tuhan, apa yang sedang terjadi?” Air mata keluar dari matanya, tetapi apabila saya mengelapnya, ia akan keluar lagi. Kami memeriksa nadinya, tiada apa-apa. Kami letakkan tangan di atas perutnya, tiada apa-apa. Hamba Tuhan berkata, “tempat yang dia ada sekarang, bukanlah sebuah tempat senyuman tetapi sebuah tempat penyeksaan.

Angelica:

Saya beritahu Yesus, “Saya akan bersaksi bahawa neraka itu nyata, dan neraka itu wujud, tapi ambillah saya keluar dari tempat ini sekarang!” Dan dia membalas, “Anak, kita belum lagi masuk ke tempat itu, dan Aku belum lagi menunjukkan engkau apa-apa, dan engkau sudah mahu Aku bawa engkau keluar dari tempat ini?” “Tuhan, tolonglah bawa saya keluar dari tempat ini,” Saya berkata. Dan kami mula untuk turun ke bawah jurang! Saya mula menangis dan berteriak, “Tuhan, tidak, tidak, tidak, tidak,- Saya tidak mahu pergi!” dan Dia akan menjawab “Kamu perlu lihat ini.”

Saya melihat iblis-iblis, semua jenis, yang besar dan kecil. Mereka berlari begitu laju sekali, dan membawa sesuatu dalam tangan mereka. “Tuhan, mengapa mereka berlari begitu dan apa yang mereka sedang bawa?” Dia menjawab, Anak, mereka berlari begitu kerana mereka tahu mereka sudah kehabisan masa, kerana masa adalah sangat singkat untuk memusnahkan manusia dan terutama sekali umat-Ku. Yang mereka bawa dalam tangan mereka adalah sumpitan untuk memusnahkan manusia, kerana setiap iblis telah diberikan nama dan berdasarkan nama yang telah diberikan mereka, mereka mempunyai sumpit untuk memusnahkan orang itu dan membawa mereka ke tempat ini; matlamat mereka adalah untuk memusnahkan orang itu dan membawa mereka ke neraka.” Dan saya melihat iblis-iblis berlari-lari dan keluar ke Bumi dan Dia memberitahu saya. “Mereka sedang pergi ke Bumi untuk membawa dan melemparkan manusia ke tempat ini.” Sambil Dia mengatakan ini Dia akan menangis, Dia akan menangis begitu banyak sekali. Dia menangis sepanjang masa dan saya juga akan menangis.

Maxima:

Anakku telah mati selama 23 jam, tetapi saya tidak memberitahu pihak atasan. Saya berdoa, “Tuhan, saya akan menunggu selama 24 jam. Jika anakku tidak kembali dalam 24 jam, saya akan panggil doktor.” Tetapi, Tuhan telah membawa dia kembali sebelum 24 jam.

Angelica:

Tuhan berkata kepada saya, “Adakah engkau bersedia untuk melihat apa yang akan Aku tunjukkan kepadamu?” Saya berkata“Ya, Tuhan.” Dia membawa saya ke sebuah sel penjara di mana saya dapat melihat seorang pemuda yang sedang diseksa di tengah-tengah api. Saya menyedari bahawa sel-sel penjara itu dapat dihitung banyaknya, walaupun saya tidak mengerti bilangannya, ia tampaknya mundur ke belakang. Terdapat sebuah plak dalam sel penjara, dan seorang pemuda mempunyai nombor “666” pada dahinya. Dia juga mempunyai sebuat plat metalik yang besar yang sudah dilapiskan ke dalam kulitnya. Cacing-cacing yang sedang memakannya, tidak mampu untuk merosakkan plat tersebut; mahupun api-api tidak dapat membakarnya. Dia menjerit, “Tuhan kasihanilah saya. Keluarkan saya dari tempat ini. Ampunilah saya, Tuhan!”  Tetapi Yesus merespon, “Sudah terlambat, sudah terlambat; Aku sudah berikan engkau banyak peluang dan engkau tidak mahu bertaubat.”

Saya menanyakan Yesus, “Tuhan, kenapa dia ada di sini?” Kemudian saya mengenal dia. Semasa di Bumi, pemuda ini telah mengenal Firman Tuhan, tetapi tiba-tiba dengan segera dia meninggalkan Tuhan, memilih alkohol, dadah dan berjalan dalam jalan yang salah. Dia tidak mahu mengikut jalan Tuhan. Yesus sudah memberikan begitu banyak amaran apa yang akan terjadi padanya. Yesus berkata, “Anak, dia berada dalam tempat ini kerana setiap orang yang menolak Firman-Ku sudah dihakimi: Firman yang telah Ku katakan akan menghakimi dia pada hari yang terakhir,” (Yohanes 12:48) dan Yesus menangis.

Apabila Yesus menangis, ianya berbeza dengan apa yang kita lakukan. Dia akan menangis dengan kepedihan dalam hatinya dan dia akan menangis teresak-esak dengan begitu mendalam. “Aku tidak mencipta neraka untuk manusia,” Yesus berkata. Oleh itu saya menanyakan Dia, “Kalau begitu, kenapa manusia ada di sini, Tuhan?” Dia menjawab, “Anak, Aku ciptakan neraka untuk syaitan dan malaikat-malaikatnya, iaitu iblis; (Matius 25:41) tetapi, oleh kerana dosa dan kurang pertaubatan, manusia berakhir di sini, dan terdapat banyak yang binasa daripada yang mencapai kemuliaan-Ku!” Dia terus menangis dan ianya sangat melukakan saya apabila melihat bagaimana Dia menangis. “Anak, Aku telah berikan hidup-Ku kepada manusia, supaya tidak binasa, supaya tidak berakhir di tempat ini. Aku telah berikan hidup-Ku dengan kasih dan belas kasihan, supaya manusia akan terus bertaubat dan boleh masuk Kerajaan Syurga.” Yesus meratap seperti seseorang yang sudah tidak dapat lagi menahan kesakitan, begitulah betapa sakit rasanya Dia melihat orang-orang di sini.  

Bersama dengan Yesus, membuatkan saya merasa selamat. Saya berfikir, “Jika saya lepaskan Yesus, saya akan tersekat di sini!” Saya bertanya, “Yesus, adakah saudara mara saya di tempat ini?” Dia memandang saya sambil saya menangis dan Dia berkata, “Anak, Aku menyertaimu,” kerana saya sangat ketakutan. Dia membawa saya ke sel penjara yang lain. Saya tidak dapat bayangkan melihat seorang saudara mara dalam sel penjara. Saya melihat wanita ini sedang diseksa, dia mempunyai cacing-cacing yang akan memakan mukanya, dan iblis-iblis akan menusuk sejenis tombak ke dalam tubuhnya. Dia akan menjerit, “Tidak, Tuhan, kasihanilah saya, ampunilah saya, tolonglah, bawalah saya keluar dari tempat ini untuk satu minit!”

Dalam neraka, orang-orang akan diseksa dengan memori-memori apa yang telah mereka lakukan di Bumi. Iblis akan menghina orang dan memberitahu mereka, “Sembahlah dan puji sebab inilah kerajaanmu!” dan orang-orang akan menjerit mengingat bahawa mereka telah mengenal Tuhan, kerana mereka mengenal Firman. Yang telah mengenal Tuhan akan diseksa dua kali ganda.

Tuhan berkata, “Tiada lagi kesempatan (bagi yang di sini); kesempatan adalah bagi yang masih hidup.” Saya bertanya Dia, “Tuhan, mengapa nenek moyangku ada di sini? Saya tidak tahu adakah dia pernah mengenal-Mu. Kenapa dia ada di dalam neraka, Tuhan?” Dia membalas, “Anak, dia ada di sini kerana dia gagal untuk mengampuni...Anak, dia yang tidak mengampuni, Aku juga tidak mengampuni dia.”

Saya bertanya, “Tuhan, tetapi Engkau mengampuni, dan Engkau berbelas kasihan.” Dan Dia menjawab, “Ya, Anak, tetapi adalah kewajipan untuk mengampuni, kerana mereka tidak mahu mengampuni banyak orang, dan itulah sebabnya ramai orang di tempat ini, oleh kerana mereka gagal untuk mengampuni...Pergi dan beritahu manusia bahawa inilah masanya untuk mengampuni, dan terutamanya umat-Ku, kerana ramai umat-Ku tidak mengampuni. Beritahu mereka supaya buangkan dari diri mereka kedengkian, kemarahan, kebencian dalam hati mereka, kerana ini masanya untuk mengampuni! Jika kematian mengejut menimpa orang yang gagal mengampuni, orang itu akan pergi ke neraka, kerana tiada satu pun boleh membeli hidup.” Apabila kami meninggalkan tempat itu, nenek moyangku diliputi dalam api dan dia menjerit “Aaaah,” dan mula menghujat nama Allah, dia akan mengutuk-Nya; setiap orang dalam neraka menghujat terhadap Allah.

Sedang kami meninggalkan kawasan itu, saya dapat melihat bahawa neraka penuh dengan jiwa-jiwa yang terseksa. Ramai orang akan melanjutkan tangan mereka keluar, merayu Yesus menolong mereka dan membawa mereka keluar dari sana. Tetapi Tuhan tidak dapat berbuat apa-apa bagi mereka dan mereka akan mula menhujat Allah. Apabila Yesus menangis dan berkata, “Ia sangat melukakan Aku mendengar mereka, ia melukakan Aku untuk melihat apa yang mereka buat, kerana Aku tidak lagi dapat berbuat apa-apa untuk mereka. Apa yang akan Aku beritahu engkau adalah Aku masih mempunyai kesempatan kepada dia yang masih ada di Bumi, yang belum mati, yang masih hidup; dia masih ada masa untuk bertaubat!”

Tuhan memberitahu saya terdapat ramai orang yang terkenal dalam Neraka, dan juga ramai yang telah mengenal Tuhan. Dia berkata, Aku akan menunjukkan engkau sebahagian lain dari perapian.” Kami pergi ke tempat di mana seorang wanita yang dikelilingi api. Dia berada dalam penyeksaan yang dasyat dan akan menjerit, merayu belas kasihan Tuhan. Yesus menunjuk ke arahnya dengan tangan-Nya dan beritahu saya, “Anak, wanita itu yang engkau lihat di sana, yang dikelilingi api itu ialah Selena.” Sedang kami semakin dekat, dia menjerit, “Tuhan, kasihanilah saya, ampunilah saya, keluarkan saya dari tempat ini!” Tetapi Tuhan memandangnya dan berkata, “Sudah terlambat, sudah terlambat. Kamu tidak boleh bertaubat sekarang.”

Dia melihat saya dan berkata, “Tolonglah, saya merayu kepadamu, pergi beritahu orang tentang hal ini, tolong katakan dan jangan berdiam diri; pergi dan katakan mereka jangan mendengar lagu-lagu saya, atau menyanyikan lagu saya.” Oleh itu saya bertanya dia, “Mengapa engkau mahu saya pergi dan mengatakan begitu?” Dan dia menjawab, “Sebab setiap kali orang menyanyikan dan mendengar lagu-lagu saya, saya diseksa lebih banyak, orang yang melakukan ini, yang bernyanyi dan mendengar, sedang berjalan ke tempat ini. Tolonglah, pergi beritahu mereka jangan pergi ke tempat ini; pergi beritahu mereka bahawa neraka itu nyata!” Dia akan menjerit dan iblis-iblis akan melempar tombak-tombak dari jauh ke tubuhnya dan dia akan menangis, “Tolong saya, Tuhan, kasihanilah saya, Tuhan!” Namun sedihnya, Tuhan memberitahu dia, “Sudah terlambat.”

Saya melihat seluruh kawasan itu, ia penuh dengan penyanyi dan artis yang telah mati. Semua yang mereka lakukan adalah menyanyi, menyanyi dan menyanyi, mereka tidak berhenti menyanyi. Tuhan menjelaskannya. “Anak, orang-orang yang ada di sini, mesti terus melakukannya apapun yang mereka telah lakukan di Bumi, jikalau mereka tidak bertaubat.”

Sambil saya memperhatikan kawasan itu, saya menyedari bahawa ada begitu banyak iblis yang tertumpah ke bawah seperti hujan. Saya sebenarnya berfikir itu adalah hujan. Tetapi saya menyedari orang-orang dalam nyalaan api berlarian menjauhkan daripada hujan dan teriakan, Tidak, tolong saya, Tuhan!...Tidak, ini tidak mungkin,” dan iblis-iblis akan ketawa dan beritahu orang-orang itu, “Pujilah dan sembah sebab ini adalah kerajaanmu selama-lamanya!”  Saya melihat nyalaan api bertambah dengan cacing-cacing pada orang-orang akan berganda! Di sana tidak ada air, ia adalah belerang yang akan menggandakan nyalaan api dan menambahkan penderitaan setiap seorang. Saya menanyakan Yesus, “Tuhan apa sedang terjadi?...Tuhan, apa ini?” Tuhan membalas, “Ini adalah upah-upah bagi setiap orang yang tidak bertaubat.” (Mazmur 11:6)

Kemudian Tuhan membawa saya ke tempat di mana terdapat seorang yang sangat terkenal. Sebelum ini, dahulu saya hidup sebagai seorang gadis Kristian yang mendua hati. Dahulu saya berfikir bahawa orang yang mati sedemikian akan pergi ke Syurga; mereka yang bersembahyang Katolik, juga akan pergi ke syurga, tetapi saya salah. Apabila Pope John Paul II meninggal dunia, kawan-kawan saya dan saudara mara akan memberitahu saya bahawa dia telah pergi ke syurga. Semua berita dalam TV, dalam Extra dan banyak tempat akan berkata, “Pope John Paul II telah meninggal dunia, semoga beliau bersemadi dengan aman. Beliau kini bersukacita dengan Tuhan bersama malaikat-malaikat-Nya di syurga” dan saya mempercayai kesemuanya. Namun saya hanya memperbodohkan diri saya sendiri, kerana saya telah melihatnya di neraka, sedang diseksa dengan nyalaan api. Saya lihat wajahnya, itu adalah John Paul II! Tuhan berkata kepada saya, “Lihat, Anak, orang yang engkau lihat di sana, ialah Pope John Paul II. Dia berada di tempat ini; dia telah diseksa kerana dia tidak mahu bertaubat.”

Namun saya bertanya, “Tuhan, kenapa dia ada di sini? Dia pernah berkhutbah di gereja.”  Yesus membalas, “Anak, tiada pencabul, tiada penyembah berhala, tiada orang yang tamak akan mewarisi Kerajaan-Ku.” Saya membalas, “Ya, saya tahu ianya benar, tapi saya ingin tahu kenapa dia berada di sini, kerana dia pernah berkhutbah kepada orang yang sangat ramai!” Dan Yesus merespon, “Ya, Anak, dia memang pernah berkata banyak perkara. Dia tidak pernah mengatakan kebenaran seperti yang ada. Dia tidak mengatakan kebenaran dan mereka tahu kebenaran dan walaupun dia telah mengenal kebenaran, dia memilih wang dari khutbah mengenai keselamatan. Dia tidak akan menawarkan yang nyata; tidak akan mengatakan neraka itu nyata dan syurga juga wujud; Anak, sekarang di berada di tempat ini. 

Apabila saya memandang orang ini, dia mempunyai seekor ular yang besar dengan jarum-jarum, dililit sekeliling kerongkongnya, dan dia akan cuba menanggalkannya. Saya merayu dengan Yesus, “Tuhan, tolong dia!” Orang ini akan menjerit, “Tolong saya, Tuhan; kasihanilah saya; keluarkan saya dari tempat ini! Saya bertaubat, Tuhan; saya ingin kembali ke Bumi, saya mahu pergi balik ke Bumi untuk bertaubat.” Tuhan memperhatikan dia dan berkata kepadanya, “Engkau tahu benar. Engkau tahu benar yang tempat ini nyata...Sudah terlambat; tiada peluang bagimu.”

Tuhan berkata “Lihat, Anak, Aku akan pergi menunjukkan engkau kehidupan orang ini.” Yesus menunjukkan saya sebuah skrin besar di mana saya dapat memperhatikan bagaimana orang ini banyak kali mengadakan upacara sembahyang Katolik kepada orang yang amat ramai. Dan bagaimana orang-orang di sana begitu menyembah berhala. Yesus berkata, “Lihat, Anak, begitu ramai penyembah berhala di tempat ini. Anak, penyembahan berhala tidak akan menyelamatkan. Hanya Aku sahaja yang menyelamatkan, dan di luar Aku, tiada siapa akan diselamatkan. Anak, Aku mengasihi orang berdosa, tetapi Aku benci dosa. Pergi dan beritahu manusia bahawa Aku mengasihi mereka dan mereka perlu datang kepada-Ku”

Sambil Yesus berkata-kata, saya mula melihat bagaimana orang ini menerima begitu banyak  duit syiling dan bil; wang, semua yang dapat dia simpan. Dia mempunyai begitu banyak wang. Saya melihat imej orang ini duduk di atas sebuah takhta, tetapi saya dapat melihat jauh daripada itu. Sementara ianya benar bahawa orang ini tidak berkahwin, saya boleh pastikan engkau, saya tidak membikin semuanya ini. Tuhanlah yang menunjukkan kepada saya, orang-orang ini pernah meniduri rahib-rahib; dengan ramai wanita di sana! [1 contoh]

Tuhan menunjukkan saya orang-orang ini hidup dalam percabulan, dan Firman mengatakan bahawa tiada pencabul akan mewarisi Kerajaan-Nya. sambil saya melihat semuanya ini, Tuhan memberitahu saya, “Lihat Anak, semua ini di mana Aku sedang tunjukkan engkau adalah apa yang sedang berlaku, apa yang dia telah dihidupi dan apa yang senantiasa berlaku di antara ramai orang, di antara ramai imam dan paus yang ada.” Kemudian Dia memberitahu saya, “Anak, pergi dan beritahu manusia bahawa inilah masanya untuk kembali kepada-Ku.

Tuhan tunjukkan saya sebuah tempat di mana ramai orang sedang berjalan ke neraka. Saya bertanya kepada-Nya, “Tuhan, bagaimana mereka dapat berjalan ke tempat ini?” Dia membalas, “Aku akan menunjukkan engkau.” Dia menunjukkan saya sebuah terowong dengan ramai orang berjalan melaluinya. Orang-orang ini dirantai dari tangan ke kaki. Mereka berpakaian hitam dan sedang membawa sebuah beban di atas belakang mereka. Yesus berkata, “Lihat Anak, orang-orang itu yang engkau lihat di sana, orang-orang itu belum lagi mengenal Aku. Yang mereka bawa di atas belakang mereka ialah dosa, tetapi pergi dan beritahu mereka untuk pusingkan beban mereka kepada-Ku, dan Aku akan berikan mereka istirehat; bahawa Akulah Dia yang mengampuni segala dosa mereka...Anak, pergi dan beritahu orang-orang itu supaya datang kepada-Ku, kerana Aku menantikan mereka dengan tangan-tangan terbuka, dan pergi beritahu mereka bahawa mereka sedang berjalan ke tempat ini.”

Sambil saya melihat orang-orang itu berjalan, saya berkata, “Tuhan, orang yang di sana itu adalah sepupu saya; pemuda itu adalah sepupu saya, Tuhan, dan gadis yang sedang berjalan ke bawah juga adalah sepupu saya; keluarga saya sedang datang ke tempat ini! Dia membalas, “Anak, mereka sedang berjalan ke tempat ini, tetapi pergi dan beritahu mereka di mana mereka sedang berjalan, pergi dan beritahu mereka sedang berjalan ke neraka. Pergi dan beritahu mereka bahawa Aku telah memilih engkau sebagai penjaga...Aku telah memilih engkau sebagai penjaga-Ku, ini bermakna bahawa engkau akan memberitahukan kebenaran. Engkau mesti pergi dan beritahu segala yang telah Aku tunjukkan padamu. Jika engkau tidak mengatakannya dan sesuatu akan terjadi pada orang itu, darahnya akan ditumpahkan ke atas engkau, tetapi jika engkau pergi dan buat seperti yang telah Aku katakan padamu, lalu orang itu mempunyai tanggungannya terhadap Aku. Jika orang itu tidak bertaubat, barulah tanggungan yang sedang timpa atasmu akan diangkat, kerana tanggungan akan ditimpa ke atas orang itu dan darahnya tidak akan ditumpahkan atas engkau.” (Yehezkiel 3:18)

Yesus beritahu saya bahawa ramai orang terkenal sedang berjalan ke tempat itu, terkenal dan orang-orang yang terpenting. Contohnya, Michael Jackson. Orang ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia tetapi dia adalah syaitan. Walaupun ramai orang tidak melihat seperti itu, namun itulah kebenarannya. Orang ini telah mengadakan perjanjian-perjanjian dengan syaitan: Dia telah mengadakan perjanjian dengan iblis supaya mencapai kemasyuran dan menarik ramai peminat.

Langkah-langkah yang dia telah persembahkan, begitulah cara saya melihat iblis-iblis berjalan sementara menyeksa orang-orang dalam neraka. Mereka akan bergeser ke belakang dan tidak bergerak ke hadapan, sementara mereka berteriak; menikmati keperitan mereka kenakan ke atas orang-orang itu. Biar saya beritahu kamu bahawa Micheal Jackson sekarang berada dalam neraka. Tuhan telah menunjukkan dia kepada saya selepas Micheal telah mati. Dia memperlihatkan saya Micheal Jackson diseksa dalam nyalaan api. Saya berseru kepada Yesus, “Kenapa?” Ianya tidak mudah melihat bagaimana dia diseksa dan bagaimana dia akan menjerit. Sesiapa yang mendengar dan menyanyikan lagu-lagu Micheal Jackson atau peminat Micheal Jackson, saya amarankan engkau bahawa syaitan sedang memerangkap engkau dalam sarang supaya engkau akan berakhir dalam neraka. Mulai sekarang, singkirkan dalam nama Yesus! Yesus ingin supaya engkau dibebaskan, supaya engkau tidak akan hilang.

Tuhan berkata, “Anak, terdapat juga orang yang mengenal Aku, yang sedang berjalan ke tempat ini.” Saya bertanya, “Tuhan, bagaimana orang yang mengenal Engkau dapat juga datang ke sini?” Dia membalas, “Orang itu yang telah berpaling dari jalan-jalan-Ku dan orang itu hidup mendua hati.” Dia mula memperlihatkan saya orang-orang yang sedang berjalan ke neraka. Mereka sedang diikat dari tangan mereka sehingga kaki mereka.

Setiap mereka memakai jubah putih, tetapi sudah koyak, dikotorkan dan berkedut. Yesus berkata, “Anak, lihatlah bagaimana umat-Ku telah berjalan keluar daripada-Ku. Anak, Aku mahu beritahu engkau bahawa Aku tidak akan datang kepada orang-orang ini. Aku sedang datang kepada orang-orang kudus, bersiap, tanpa cela, tanpa kedut dan tanpa kenajisan...Pergi dan beritahu mereka supaya kembali ke jalan-jalan lama.” Saya mula melihat ramai dari pakcik-pakcik saya dan dan orang lain telah berjalan keluar dari jalan-jalan Tuhan. “Pergi dan beritahu mereka bahawa Aku sedang menantikan mereka, supaya menyerahkan beban-beban mereka kepada-Ku, dan Aku akan berikan mereka istirehat.” Yesus menangis, “Anak, mereka sedang datang ke jalan ini! Anak, ramai yang tidak akan percaya padamu, tetapi Aku adalah saksimu yang setia, Anak, pergi dan beritahu mereka kebenaran, kerana Aku menyertaimu. Aku juga akan menunjukkan engkau, Anak, bagaimana mereka tiba ke tempat ini.

Kami pergi ke sebuah terowong di mana begitu ramai orang sedang jatuh ke dalam jurang. Bukan 1 ribu, bukan 2 ribu, tetapi sebanyak pasir di lautan, tidak terkira. Mereka sedang jatuh setiap saat, seperti segenggam pasir dalam tangan yang sedang dilempar ke bawah. Jiwa-jiwa berjatuhan begitu laju. Yesus menangis, Dia berkata, “Anak, beginilah manusia binasa; beginilah mereka hilang!...Anak, ianya melukakan Aku melihat bagaimana manusia binasa.”

Yesus berkata, “Iblis-iblis juga mengadakan mesyuarat-mesyuarat dalam tempat ini.” Dan saya berkata, “Iblis-iblis mengadakan mesyuarat-mesyuarat? Yesus berkata, Ya, Anak, mereka bertemu untuk merancang, untuk merancang apa yang mereka akan lakukan kepada manusia. Mereka mengadakan mesyuarat-mesyuarat rahsia setiap hari.” Dan pada itu, Yesus membawa saya ke sebuah sel penjara, di mana saya melihat sebuah meja kayu dengan kerusi-kerusi disekeliling. Dan di sana ada iblis-iblis – segala jenis iblis. Yesus menjelaskan, “Anak, mereka sekarang merancang untuk pergi dan memusnahkan keluarga-keluarga pastor, misionari-misionari, penginjil-penginjil dan semua mereka yang telah mengenal Aku. Anak, mereka ingin memusnahkan mereka; mereka mempunyai banyak sumpit.”

Iblis-iblis akan ketawa dan menghujat dan berkata, “Mari musnahkan manusia dan bawa ke tempat sini.” Yesus berkataPergi dan beritahu mereka bahawa Aku bersama mereka. Beritahu mereka jangan tinggalkan pintu-pintu terbuka, jangan tinggalkan tempat kepada syaitan, kerana syaitan berjalan-jalan seperti singa, mencari siapa yang dapat ditelannya. (1 Petrus 5:18)” Tetapi Firman berkata, “Dia yang berjalan seperti”, kerana Singa yang sebenar, adalah Singa Yehuda, Yesus Kristus dari Nazaret (Wahyu 5:5) ! Yesus berkata, “Anak, mereka ingin memusnahkan terutama sekali keluarga-keluarga pastor.” Saya bertanya, “Kenapa mereka ingin membinasakan keluarga-keluarga pastor?” Dan Yesus merespon, “Kerana mereka yang bertugas terhadap beribu-ribu orang iaitu domba yang telah dibungkus; domba yang telah dibungkus yang telah Tuhan berikan kepada mereka. Mereka ingin orang-orang ini untuk kembali lagi ke dunia; untuk melihat ke belakang dan berakhir dalam neraka...Pergi dan beritahu pastor- pastor untuk mengkhutbahkan kebenaran dan untuk mengatakan segala yang telah Aku beritahukan mereka dan jangan menyimpan untuk diri sendiri apa yang telah Aku beritahukan mereka!”

 

Sedang kami meninggalkan tempat itu dan Dia memberitahu saya, “Aku mahu menunjukkan engkau sesuatu...Terdapat juga kanak-kanak dalam tempat ini.” Dan saya membalas, “Kanak-kanak dalam tempat ini, Tuhan? Mengapa terdapat kanak-kanak di sini? Firman-Mu berkata, biarkan kanak-kanak itu datang kepada-Ku, jangan menghalang-halangi mereka, kerana Kerajaan Allah adalah milik mereka.” (Markus 10:14) Yesus membalas, “Anak, ianya benar merekalah empunya kerajaan Syurga, tetapi kanak-kanak mesti datang kepada-Ku, kerana dia yang datang kepada-Ku, Aku tidak akan melemparkannya keluar.”

Segera, Tuhan menunjukkan saya seorang budak lelaki lapan tahun sedang diseksa dalam api. Budak itu menangis, “Tuhan kasihanilah saya, bawalah saya keluar dari tempat ini, saya tidak mahu berada di sini!” Dia terus menangis dan menjerit. Saya melihat iblis-iblis mengelilingi budak ini, serupa dengan gambar-gambar kartun. Di sana ada Dragon, BoyZ, Ben10, Pokémon, Doral, etc. “Tuhan, kenapa budak ini berada di sini?” Yesus menunjukkan saya kehidupan budak ini pada sebuah skrin besar. Saya melihat bagaimana dia akan menghabiskan semua masanya di depan TV, menonton kartun-kartun ini.

Yesus berkata, “Anak, animasi kartun, filem-filem, drama bersiri tersebut yang dipertontonkan setiap hari di TV adalah alat-alat syaitan untuk memusnahkan manusia...Lihatlah, Anak bagaimana ia boleh terjadi.” Saya melihat bagaimana budak lelaki sangat memberontak dan tidak taat terhadap ibu bapanya. Apabila ibu bapanya bercakap dengannya, dia akan lari pergi, dan melemparkan barang-barang dan mengingkari mereka. Selepas ini terjadi, sebuah kereta melanggar dia dan mengakhiri hidupnya. Yesus memberitahu saya, “Sejak itu, dia berada dalam tempat ini.”

Saya melihat pada budak lelaki itu sambil dia diseksa. Yesus berkata, “Anak, pergi dan beritahu ibu bapa supaya mengajar anak-anak mereka seperti yang tertulis dalam Firman-Ku.(Amsal 22:6) Firman Tuhan adalah nyata, ianya memberitahu kita supaya memperbetulkan seorang anak dengan rotan, tetapi bukan setiap waktu, hanya apabila anak tersebut telah mengingkari terhadap ibu bapanya. (Amsal 22:15)

Tuhan memberitahu saya sesuatu yang sangat menyedihkan dan sangat menyakitkan. Dia berkata, “Anak, terdapat ramai kanak-kanak dalam tempat ini disebabkan oleh kartun-kartun animasi, oleh kerana pemberontakan.” Saya bertanya Dia, “Tuhan, kenapa kartun-kartun animasi yang dipersalahkan?” Dan Dia menjelaskan, “Sebab merekalah iblis-iblis yang membawa pemberontakan, ketidaktaatan, kepahitan dan kebencian; dan iblis-iblis yang lain memasuki kanak-kanak ini, supaya mereka tidak melakukan hal-hal yang baik, tetapi yang jahat; sesiapa kanak-kanak yang melihat dalam TV, mereka mahu melakukannya dalam realiti.” Neraka wujud, neraka nyata, dan kanak-kanak pun mesti membuat keputusan kepada siapa mereka akan pergi. Saya berkata, “Tuhan, beritahu saya, kenapa terdapat kanak-kanak dalam tempat ini?” Dan Yesus menjawab, “Sekali kanak-kanak mempunyai pengetahuan adanya syurga dan neraka, barulah mereka mempunyai tempat untuk memilih.”

 

 

Kerajaan Syurga.

Begitu banyak yang dikatakan tentang neraka, tetapi sekarang saya akan mengongsikon apa yang telah saya lihat dalam Syurga. Yesus berkata, “Anak, sekarang Aku akan pergi menunjukkan engkau apa yang telah Aku sediakan bagi umat-Ku yang Kudus.” Kami meninggalkan tempat itu, pergi keluar melalui sebuah terowong. Sementara mengembara melalui terowong ini, tiba-tiba kami keluar di mana terdapat terang. Saya melihat tiada lagi kegelapan, penderitaan atau nyalaan api. Dia berkata, “Anak, Aku akan menunjukkan engkau kemuliaan-Ku,” dan kami mula naik ke atas Kerajaan Syurga! Tidak lama kemudian kami tiba di sebuah pintu dengan huruf-huruf besar yang ditulis dengan emas, iaitu: “Selamat datang ke Kerajaan Syurga.” Yesus berkata, “Anak, pergi ke dalam, kerana Akulah Pintu dan barangsiapa masuk melalui Aku, akan masuk, dan keluar dan akan menemukan padang rumput.” (Yohanes 10:9)

Setelah Yesus mengatakan perkataan ini, pintu terbuka dan kami masuk. Saya melihat malaikat-malaikat memberi kemuliaan, hormat dan puji-pujian kepada Bapa Syurgawi kita! (Wahyu 7:11-12) Sambil kami terus berjalan, kami menghampiri sebuah meja di mana saya hanya dapat melihat permulaannya, tetapi tiada penghujungnya. (Wahyu 19:9) Saya memperhatikan sebuah takhta yang besar, dan sebuah takhta yang kecil yang dikelilingi dengan ribuan kerusi. Di antara kerusi-kerusi tersebut adalah jubah-jubah bersama dengan mahkota-mahkota. Tuhan berkata kepada saya, “Anak, mahkota yang engkau lihat itu adalah mahkota kehidupan.” (Wahyu 2:10)

Yesus berkata, Lihat, Anak, inilah apa yang telah Aku sediakan bagi umat-Ku.” Saya melihat meja itu dibungkusi dengan sebuah alas meja putih dengan penjurunya emas. Di sana terdapat pinggan, piala emas, buah-buahan; segalanya sudah dihidangkan. Ianya sungguh indah. Di sana terdapat sebuah bekas air yang besar di tengah-tengah meja tersebut, di mana mengandungi wain bagi jamuan malam. Dan Yesus berkata, “Anak, segalanya sudah tersedia bagi ketibaan gereja-Ku.”

Kami pergi ke tempat lain, di mana saya melihat ramai orang di sebuah taman. Di sana terdapat orang-orang terkenal dari Alkitab, namun mereka bukanlah berumur, tetapi muda. Di sana terdapat seorang pemuda dengan sehelai saputangan dalam tangannya menari dan berpusing-pusing dan memuji Tuhan. Yesus berkata, “Anak pemuda yang engkau lihat di sana ialah hamba-Ku, Daud.” Dia sedang memberi kemuliaan kepada Bapa kita. Tiba-tiba, seorang pemuda melewati dan Yesus memberitahu saya, “Anak, dia ialah Yoshua; dia ialah Musa; orang muda ini ialah Abraham.” Yesus akan memanggil mereka keluar dengan nama-nama mereka. Mereka semua mempunyai iras wajah yang sama! Yesus berkata, “Anak, wanita di sana yang engkau lihat ialah hamba-Ku, Maria Magdalena; hamba-Ku, Sara.”

Namun Yesus memberitahu saya, “Anak, dia ialah Maria. Maria, yang telah melahirkan Yesus Kristus, iaitu Aku. Anak, Aku ingin beritahu engkau bahawa dia tidak ada pengetahuan tentang apa yang sedang terjadi di Bumi. Aku ingin beritahu engkau bahawa engkau mesti pergi dan beritahu manusia, beritahu penyembah-penyembah berhala bahawa neraka itu nyata, dan penyembah-penyembah berhala tidak akan mewarisi kerajaan-Ku, tetapi pergi dan beritahu mereka jikalau mereka bertaubat, mereka boleh masuk kediaman syurgawi. Pergi beritahu mereka bahawa Aku mengasihi mereka dan beritahu mereka bahawa Maria tidak mempunyai pengetahuan tentang apa-apa [yang sedang terjadi di Bumi] dan hanya Satu sahaja yang mereka mesti tinggikan iaitu Aku, kerana bukan Maria, atau St. Gregory atau bukan santo-santo yang dapat menawarkan keselamatan. Hanya Aku sajalah yang dapat menyelamatkan dan di luar Aku – tiada sesiapa, tiada sesiapa, tiada sesiapa – menyelamatkan!” Dia mengulanginya tiga kali – bahawa tiada sesiapa yang dapat menyelamatkan; hanya Dia sahaja yang menyelamatkan.

Manusia telah ditipu dengan mempercayai pada orang yang dianggap kudus, sebenarnya tidak, tetapi ianya adalah iblis, yang bekerja melalui berhala yang dibuat oleh tangan manusia. Namun, biar Aku beritahu kamu bahawa Tuhan ingin memberi kamu yang terbaik. Dia ingin kamu masuk ke dalam Kerajaan Syurga; supaya bertaubat dan meninggalkan penyembahan berhala. Kerana penyembahan berhala tidak dapat menyelamatkan kamu. Yesus Kristus dari Nazaret ialah satu-satunya yang menyelamatkan, yang memberi hidup-Nya bagi kamu, bagi saya dan bagi semua manusia. Tuhan mempunyai mesej yang hebat kepada manusia. Sambil Dia menangis, Dia memberitahu saya, “Tolong, Anak, jangan berdiam diri; pergi dan beritahu kebenaran, pergi dan beritahu apa yang telah Aku tunjukkan padamu.”

Saya melihat bagaimana Maria menyembah Tuhan, dan saya melihat wanita-wanita dengan rambut panjang yang sangat cantik. Saya berkata, “Tuhan, begitu cantik sekali bagaimana mereka mengenakan pada rambut mereka.” Dia beritahu saya, “Anak, yang engkau lihat itu ialah selubung yang telah Aku berikan kepada setiap wanita.” Dia menambah lagi, “Anak, pergi dan beritahu wanita-wanita supaya menjaga baik-baik selubung yang telah Aku berikan pada mereka.”  

Kemudian Dia memberitahu saya, “Ada sesuatu yang ingin Aku tunjukkan pada engkau dan ianya sangat penting.” Saya memandang dari jauh dan melihat sebuah kota yang berkilauan, sebuah kota dari emas! Saya berkata, “Tuhan, apa itu? Saya mahu pergi ke sana.” Dia menjawab, “Anak, Aku akan tunjukkan pada engkau apa yang ada di sana. Apa yang engkau sedang lihat adalah kediaman syurgawi, rumah-rumah besar syurgawi yang sudah tersedia bagi umat-Ku.”

Kami mula berjalan, sehingga kami tiba di sebuah jambatan emas. Sedang kami berjalan melaluinya, kami tiba di atas jalan-jalan yang diperbuat daripada emas murni! (Wahyu 21:21)

Segalanya sungguh indah, begitu bergemerlapan, seperti gelas yang berkilauan, ia sangat luar biasa, tidak dapat dijelaskan! Kami melihat rumah-rumah besar syurgawi, dan memperhatikan beribu-ribu malaikat membinanya. Beberapa malaikat membinanya begitu laju sekali, yang lain membinanya perlahan-lahan dan yang lain tidak membinanya sama sekali. Saya bertanya Tuhan, “Mengapa beberapa malaikat membinanya begitu laju, sementara yang lain perlahan, dan yang lain sudah berhenti membinanya?” Tuhan menjelaskan, “Anak, begitulah bagaimana umat-Ku di Bumi, dan malaikat-malaikat bekerja pada masa anak-anak-Ku bekerja di Bumi....Anak, umat-Ku tidak lagi menyebarkan injil. Umat-Ku tidak lagi berpuasa. Umat-ku tidak lagi pergi ke jalan-jalan untuk mengedarkan risalah untuk memberitakan kebenaran. Umat-Ku sekarang malu. Pergi dan beritahu umat-Ku supaya kembali ke jalan-jalan lama. Malaikat-malaikat yang engkau lihat yang tidak melakukan apa-apa itu adalah milik orang-orang yang sudah berjalan keluar dari jalan-jalan-Ku...Anak, pergi dan beritahu umat-Ku supaya kembali ke jalan-jalan lama,” dan dalam mengatakan ini Dia mula menangis.

Saya terdengar orang-orang lain bernyanyi, oleh itu saya bertanyakan Dia “Tuhan, saya mahu Engkau bawa saya ke sana, di mana orang-orang itu menyanyi.” Yesus memperhatikan saya, saya dapat katakan bagaimana Dia memperhatikan saya, tetapi saya tidak dapat melihat wajah-Nya, hanya pergerakkan wajah-Nya sahaja. Sementara air mata-Nya terjatuh pada jubah-Nya, saya bertanya Dia kenapa Dia menangis. Tetapi Dia tidak menjelaskan kepada saya.

Kemudian kami tiba di taman yang indah ini. Di sana, di antara rumah-rumah besar syurgawi, saya melihat bunga-bunga melambai-lambai. Mungkin itulah nyanyian yang telah saya dengar. Tuhan arahkan jari-Nya dan berkata, “Anak, lihat, mereka memuji Aku; mereka menyembah Aku! Umat-Ku tidak lagi melakukan seperti yang mereka lakukan dahulu. Itulah sebabnya kenapa Aku memberitahu engkau, Anak, untuk pergi dan beritahu umat-Ku supaya mencari Aku, kerana Aku akan pergi, Aku akan pergi, Aku akan pergi – bagi orang-orang yang mencari Aku dalam roh dan dalam kebenaran, bagi orang-orang yang sudah bersedia, bagi orang-orang kudus!” Dan dalam tangisan Dia berkata, “Aku akan datang, Aku akan datang!” Kemudian saya mengerti mengapa Dia menangis, kerana Dia akan datang, tetapi bukan bagi yang separuh hati. Dia akan kembali hanya bagi orang-orang yang mencari Dia dalam roh dan dalam kebenaran.

Kemudian Tuhan memberitahu saya yang saya akan kembali ke Bumi. Saya berkata, “Tuhan, saya tidak mahu pergi balik ke Bumi! Apa maksud-Mu – Bumi? Saya ingin tinggal bersama-Mu. Engkau telah bawa saya ke sini dan saya tidak akan pergi ke mana-mana kerana saya bersama-Mu!” Yesus berkata, “Anak, adalah wajib bagi engkau kembali ke Bumi untuk pergi dan mempersaksikan kemuliaan-Ku yang nyata; bahawa apa yang telah engkau lihat adalah nyata – supaya manusia akan datang kepada-Ku, bertaubat dan tidak binasa.” Menangis, saya jatuh pada kaki-Nya; di mana saya melihat luka-luka di atas kaki-Nya. saya bertanya, “Tuhan, luka-luka apakah yang ada di sini?” Dia menjawab, “Anak, itulah bekas dari hari kelmarin, apabila Aku berikan hidupku kepada manusia.”

Dia juga menunjukkan saya bekas-bekas dalam tangan-Nya, saya bertanya, “Tuhan, mengapa Engkau masih mempunyai itu?” Dia beritahu saya, “Anak, inilah bekas yang masih tinggal.” Oleh itu saya bertanya, “Adakah ianya akan pergi?” Dia membalas, “Anak, ianya akan pergi apabila orang-orang saleh disatukan di sini...Anak, Aku mesti membawa engkau ke Bumi: keluargamu dan bangsa-bangsa sedang menantikan engkau.”

Saya berusaha menolak tetapi Dia arahkan jari-Nya ke Bumi dan berkata, “Lihat, orang-orang itu yang engkau lihat di bawah ialah saudara mara engkau; tubuh yang engkau lihat di sana, ialah di mana engkau akan kembali...Sudah tiba masanya untuk meninggalkan tempat ini.” Kemudian Dia mengambil saya ke sepanjang sungai kristal yang indah dan berkata “Anak, masuklah ke sungai dan tenggelamkan dirimu.” Sebelum saya masuk sungai kehidupan air kristal, saya mengalami sukacita yang tidak dapat dijelaskan, tetapi selepas saya tenggelamkan diri saya dan keluar, saya begitu kegirangan. Saya berfikir bahawa saya tidak akan kembali ke rumah, namun Tuhan memberitahu saya, “Anak, engkau harus kembali ke Bumi...Anak, Aku akan tunjukkan engkau sesuatu: Bagaimana Aku akan datang ke Bumi bagi orang-orang kudus. Aku akan pergi menunjukkan engkau bagaimana hari Pengangkatan akan terjadi.


Pengangkatan dan Kesusahan hebat.

Kami berjalan ke tempat yang mempunyai sebuah skrin gergasi. Saya dapat memperhatikan seluruh dunia. Kemudian tiba-tiba saya melihat beribu-ribu orang menghilang. Wanita-wanita mengandung dengan bayi yang dikandung hilang, dan mereka kelihatan seperti mereka menjerit dengan kegilaan.

Kanak-kanak menghilang dari keseluruhan. Ramai orang berlari-lari dari sini ke sana, menjerit, “Ini tidak mungkin, ini tidak mungkin! Apa yang sedang terjadi?”

Saya melihat mereka yang telah mengenal Tuhan, yang ditinggalkan. Mereka berkata bahawa Yesus telah datang, Pengangkatan terjadi. Mereka menjerit dan ingin membunuh diri, tetapi mereka tidak dapat. Tuhan memberitahu saya, “Anak, dalam masa-masa tersebut, maut akan lari; Anak, dalam masa-masa tersebut Roh Kudus tidak akan berada lagi di Bumi.” (Wahyu 9:6) Di sana terdapat kemalangan-kemalangan tetapi tidak ada seorang pun yang mati: semua mereka hidup, walaupun cedera.

Saya memperhatikan trafik yang begitu besar dengan ribuan orang. Dia memberitahu saya, “Anak, lihat, beginilah ia akan terjadi.” Kemudian saya melihat orang-orang berlarian dari satu tempat ke tempat lain, berteriak, “Kristus datang, Kristus datang!” Mereka akan merayu, “Tuhan, ampunilah saya, ampunilah saya, bawalah saya bersama-Mu!”

Namun dalam kesedihan Tuhan berkata, “Sudah terlambat. Masa untuk bertaubat adalah sekarang...Anak, pergi beritahu manusia supaya mencari Aku, kerana pada masa itu tiada lagi kesempatan. (Yesaya 55:6) Anak, sudah menjadi terlambat bagi yang tertinggal.” Apabila Yesus memperhatikan bagaimana orang-orang ditinggalkan, Dia mula menangis dan berkata, “Anak, Aku akan pergi ke Bumi seperti yang dikatakan dalam (1 Tesalonika 4:16-17): “Sebab pada waktu tanda diberi, iaitu pada waktu penghulu malaikat berseru dan sangkakala Allah berbunyi, maka Tuhan sendiri akan turun dari syurga dan mereka yang mati dalam Kristus akan lebih dahulu bangkit; sesudah itu kita yang hidup, yang masih tinggal akan diangkat bersama-sama dengan mereka dalam awan menyongsong Tuhan di angkasa. Demikianlah kita akan selama-lamanya bersama-sama dengan Tuhan.

Tetapi bukan semua akan pergi bersama Tuhan. Hanya yang melakukan kehendak-Nya (Matius 7:21) dan yang hidup kehidupan yang kudus. Kerana Tuhan beritahu saya, “Hanya mereka yang kudus akan masuk Kerajaan Syurga, (Ibrani 12:14), tiada satu pun yang mengetahui, hari mahupun masa di mana Aku akan pergi bagi umat-Ku yang kudus, mahupun malaikat-malaikat pun tidak.” (Matius 24:36)

Pada skrin itu saya melihat orang-orang berlari-lari di sekeliling. Majalah-majalah dan berita-berita TV mengatakan bahawa “KRISTUS TELAH DATANG.” Skrin itu ditutup, dan Yesus menghabiskan dengan berkata, “Aku akan pergi bagi orang-orang kudus.” Inilah semua yang Dia telah tunjukkan kepada saya. Selepas itu, Dia membawa saya kembali ke Bumi.

Bersama malaikat-malaikat yang berkumpul di sekeliling, kami mula turun ke bawah dengan tangga-tangga yang indah; langkah-langkah yang putih dengan bunga-bungaan mengelilinginya. Saya sedang menangis sepanjang perjalanan turun ke bawah, merayu dengan Yesus, “Tuhan, tolong, jangan tinggalkan saya di sini. Bawalah saya bersama-Mu!” Dia merespon, “Anak, bangsa-bangsa, keluargamu sedang menantikan engkau...Anak, engkau mesti masuk ke dalam tubuh tersebut. Engkau mesti terima kehidupan, Anak, supaya engkau boleh pergi dan mempersaksikan apa yang telah engkau lihat. Ramai yang tidak akan percayakan engkau, tetapi Aku adalah saksimu yang setia. Aku menyertaimu. Aku tidak akan meninggalkan engkau.”

 

Kembali ke Bumi

Maxima:

Apabila anakku pulang, kami sedang menantikan di sana, dan dia meregangkan di atas lantai. Dia akan, “uuhmm,” tiada lain. Saya berkata, “Terima kasih, Tuhan, kerana anakku kembali!”

Kami semua berterima kasih kepada Tuhan. Tidak lama kemudian dia mula bernafas perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Selepas lima jam, dia mampu membuka matanya dan bercakap. Pada mulanya sukar kami memahami apa yang dia sedang katakan; tidak begitu jelas. Dia tidak mempunyai kekuatan. Kami perlu untuk terus menutup tingkap-tingkap, kerana matanya tidak dapat menahan cahaya.

Begitu rasa ingin tahu, kami semua mahu dia beritahu kami apa yang dia telah lihat. Namun oleh kerana dia terlalu lemah, dia hanya boleh beritahu kami sedikit. 2 minggu, sehingga dia mampu mengongsikan penuh kesaksiannya.

Iblis-iblis datang untuk menyeksa dia selepas semuanya ini. Dia boleh melihat mereka dengan jelas, mereka akan cuba berselindung diri mereka dalam bayang-bayang. Mereka berada di sini selama tiga hari selepas dia kembali, sebelum dia dapat berkata-kata. Dia bertanya apa yang mereka mahukan dan mereka akan membalas, “Kami datang untuk membuat persetujuan dengan engkau...Engkau mesti tutup mulut. Engkau jangan katakan apa-apa yang telah engkau lihat di bawah sana, kerana jikalau engkau bercakap, kami akan bunuh engkau.”

Dia menerangkan iblis-iblis tersebut hodoh, besar dan gemuk, buruk. Dia beritahu tiada perkataan untuk menerangkan betapa buruknya mereka kelihatan. Dia akan menghardik mereka, tetapi mereka tidak akan pergi. Apabila mereka datang mereka akan melompat ke atasnya dan cuba mencekiknya. Dia akan melawan mereka dengan menghardik mereka, sebuah terang yang hebat muncul dan mereka akan pergi! Itu adalah Tuhan.

Apa yang telah anakku lalui bukanlah mudah. Dia telah diberikan mesej yang sangat dalam kepada semua manusia, untuk mencari Allah. Namun manusia berfikir apa yang mereka lakukan adalah baik. pemuda-pemudi yang terjerumus ke dalam dadah dan alkohol, mereka berfikir ianya OK, tetapi ianya tidak. Salah satu pengalaman yang hebat anakku telah lihat ialah apabila dia telah melihat ramai penghibur dalam neraka, termasuk penari-penari, dan juga Pope John Paul II. Inilah masa untuk mencari Tuhan, untuk bertaubat dan untuk merendahkan diri di hadapan-Nya. Firman Tuhan adalah benar apabila ia mengatakan “Syurga dan Bumi berlalu, tetapi perkataan-perkataan-Ku tidak akan berlalu.” (Matius 24:35). Firman Tuhan akan digenapi pada masa yang ditentukan.

Tuhan juga menunjukkan dia sebuah terowong, di mana orang-orang berjalan ke neraka. Ramai orang sudah berada dalam neraka. Ia adalah nyata! Tetapi umat Tuhan juga tidak percaya ini, ramai tidak begitu percaya.

Mesej utama ialah kita harus mencari Tuhan, bukan saja dari bibir-bibir kita, tetapi dari bahagian paling dalam hati kita, kerana kedatangan Tuhan sudah dekat. Yesus berkata, “Aku bukan lagi berada di pintu; Aku berada jauh melewati pintu. Aku akan datang segera; kedatangan-Ku sudah dekat. Umat-Ku telah meninggalkan Aku dan pergi balik kepada hal-hal dunia...Beritahu umat-Ku supaya kembali ke jalan-jalan lama.” Gereja kini mesti pergi balik ke jalan-jalan lama, iaitu di mana kita berada dalam api, mencari Tuhan. Apabila sangkakala-sangkakala berbunyi kita mesti bersedia untuk bertemu dengan Tuhan, dan ia akan begitu indah!

 

 

Mesej Penting dari Tuhan          Angelica bercakap di hadapan pendengar:

Tuhan memberitahu saya, “Anak, pada hari-hari tersebut Roh Kudus tidak akan ada lagi di Bumi. Pada hari-hari tersebut, Dia tidak akan berada lagi di Bumi.” (2 Tesalonika 2:7) Dan saya melihat trafik yang begitu besar, dengan kemalangan-kemalangan. Ramai orang ingin membunuh diri, tetapi Yesus berkata, “Mereka akan mencari maut, tetapi maut akan lari dari manusia. Maut tidak akan ada lagi pada masa itu.” (Wahyu 9:6) Saya melihat orang-orang menonton TV dan majalah-majalah yang dibacakan, Beribu-ribu telah lenyap.Ramai yang telah mengenal Tuhan, tetapi akan ditinggalkan, pergi ke jalan-jalan dan menangis, ingin membunuh diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Semasa di Syurga, Yesus berkata, “Aku akan datang bagi orang-orang kudus dan Aku akan datang tidak lama lagi bagi gereja-Ku.” Namun 2 minggu kemudian Tuhan memberitahu saya, “Anak, Aku berkenan dengan apa yang engkau sedang lakukan, bahawa engkau sedang memenuhi apa yang telah Aku berikan kepadamu, tetapi jangan beritahu umat-Ku bahawa Aku akan datang tidak lama lagi. Beritahu umat-Ku bahawa Aku akan datang segera.” Sekali lagi Tuhan berkata, “Beritahu umat-Ku bahawa Aku akan datang segera dan Aku akan datang bagi orang-orang kudus. Beritahu umat-Ku bahawa hanya yang kudus sahaja, hanya yang kudus sahaja yang dapat melihat Aku!...Dan jangan berdiam diri: Terus isytiharkan apa yang telah Aku beritahukan kepadamu.”


Angelica berdoa bersama pendengar:

Semua orang , tutup matamu, dan letakkan tangan kananmu di atas hatimu. Angkat tangan kirimu dan jika engkau merasa seperti hendak menangis, menangislah. Sekarang beritahu Tuhan apa yang engkau rasakan dalam hatimu. Bagi yang mahu menerima Tuhan, ikut saya. “Tuhan, saya berterima kasih kerana kasih-Mu dan belas kasihan-Mu, terima kasih, Tuhan, kerana firman telah sampai ke hati saya hari ini. Bapa, saya minta pengampunan-Mu. Ampunilah saya. Sucikan saya dengan darah-Mu yang berharga. Tuliskan nama saya dalam Kitab Kehidupan. Terimalah saya sebagai anak-Mu, Tuhan. Mulai sekarang, saya mengampuni semua orang yang saya tidak mampu mengampuni. Saya singkirkan kurangnya pengampunan saya. Saya singkirkan segala hal yang menghalang pengaliran-Mu, dan saya minta supaya Engkau mengubah saya dan penuhi saya dengan hadirat-Mu setiap hari. Terima kasih, Bapa, Anak dan Roh Kudus; dalam Nama Tuhan Yesus, Amen.

 

Angelica:

“Kesaksian ini bukan kebohongan; bukan gurauan; bukan sebuah cerita; bukan sebuah mimpi, neraka adalah nyata! Sangat nyata. Saya tidak dapat menemukan perkataan untuk memberitahu engkau betapa ianya nyata. Saya berharap engkau dapat mengalaminya sendiri.” 

Angelica, bercakap dengan Pencerita:

Masa itu tidak lama, Tuhan akan benarkan tanda-tanda untuk dinyatakan kepada manusia apa yang akan terjadi. Jangan tetap dihukum; itulah yang iblis mahukan. Tanyalah dirimu adakah engkau sudah berjalan melalui terowong neraka? Sekarang adalah hari keselamatan, sekarang adalah hari untuk menjemput Yesus, Penyelamatmu ke dalam hidupmu. Ini adalah sangat mudah tetapi perkataan-perkataan yang hebat untuk dikatakan. “Tuhan saya terima Engkau, Yesus sebagai Tuhan dan satu-satunya Juruselamatku. Saya berikan hidup dan jiwa dengan segenap hatiku kepada-Mu. Saya mahu bersama dengan Engkau buat selamanya.”

Pilihlah destinasimu yang terakhir: Hidup atau mati, Yesus atau iblis. Sangat jelas, sama ada engkau milik Yesus atau iblis. Sama ada apa yang engkau lakukan itu benar atau yang engkau lakukan itu salah. Kamu pilihlah destinasimu: hidup kekal atau lautan api. Fikirkanlah. Buatlah keputusan sekarang. Yesus Kristus mati di atas kayu salib bagi setiap kita, bagi dosa-dosa kita, dan Dia telah berikan kita kesempatan bagi keselamatan oleh belas kasihan-Nya. terimalah Yesus sebagai satu-satunya Penyelamatmu! 

Sekarang engkau telah dengar kesaksian ini, jangan biarkan waktu ini yang menyesalkan engkau buat selamanya dalam neraka.” 





Website Builder